Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN HARI ORIENTASI TAHUN 2019

Bismillahirrahmanirrahim .
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera,

Yang Berusaha Encik Mohamad Rofai bin Mokhtar Guru Besar SK Galing;

Yang Dihormati Pn. Maharon binti Osman Guru Penolong PEntadbiran SK


Galing.

Pn. Zaini binti Mohamad , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pn Masniza binti Kamarudin,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

barisan para guru, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi
menjayakan Hari Orientasi Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Galing. Hadirin yang
dihormati,Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1
telah diterima masuk ke SK Galing. Selamat datang ke SK Galing dan sekali gus
menjadi warga sekolah ini. Diharapkan anak-anak murid yang diterima dapat
belajar membina kecemerlangan mereka di peringkat rendah.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat
hadir padahari orientasi anak tuan/puan pada hari ini. Untuk makluman hadirin,
objektif hari orientasi ini untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana
persekolahan sebenar serta memberikan penerangan kepada ibu bapa
mengenai hal ehwal sekolah yang perlu mereka ketahui.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta
;Doa diamin moga selamat.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz_________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alami
nMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ustaz______________________________ atas bacaan doa itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Galing. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Encik Mohamad Rofai bin Mokhtar Guru Besar SK Galing untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan
************(Ucapan GB.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan guru
besar atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya majlis menjemput pn maharon binti Osman selaku guru penolong
kanan pentadbiran untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.
************(Ucapan gpk1)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pn maharon atas ucapan
sebentar tadi.

Untuk makluman ibu bapa, semua murid tahun 1 akan bergerak mengikut
kumpulan untuk sesi orientasi Bersama guru pembimbing .Ibu bapa diminta
tunggu di dewan bagi meneruskan sesi taklimat.Diminta semua guru
pembimbing bersedia untuk mengiringi murid ke kelas yang telahditetapkan.
Semua murid diminta berdiri.
**********(murid bergerak)

Majlis diteruskan dengan taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh Guru
Penolong Kanan HEM,Puan Zaini binti Mohamad. Majlis dengan ini
mempersilakan.
**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaini di atas penerangan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Masniza binti KAmarudi bagi sesi


pengenalan program kokurikulum sekolah . Dengan ini, majlis mempersilakan.
**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Masniza di atas penerangan sebentar
tadi.
KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI;
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,


KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu


jemputan, Ahli Jawatankuasa Program Orientasi Tahun 1, para ibu bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis
ini.

Pengumuman penting semua ibu bapa diminta untuk ke kelas tahun 1 untuk tujuan
perekodan murid Bersama guru kelas dan selepas itu ibu bapa akan diberikan buku
teks murid tahun 1 sesi 2019. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai