Anda di halaman 1dari 24

MRSM MUADZAM SHAH

Nama Program: Lawatan ke Pusat Tenun Diraja Pahang

Pelajar bersama 4 guru pengiring bertolak dari MRSM Muadzam


Ringkasan Program:
Shah pada pukul 8.00 pagi ke Pusat Tenun Diraja Pahang di Kuantan
tidak jauh dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Pelajar tiba di sana
sekitar jam 9.00 pagi. Lawatan ke Pusat Tenun Diraja Pahang ini
diadakan adalah bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang
keistimewaan tenun diraja Pahang yang hanya terdapat di negeri
Pahang berdasarkan daripada sumber yang asli dan diyakini. Selain
itu, lawatan ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang
cara pembuatan kain tenun diraja Pahang sambil mendengar
penerangan daripada wakil pusat tenun tersebut. Selepas itu para
pelajar juga dibawa untuk melawat lokasi pameran yang menarik yang
terdapat di sana. Selesai aktiviti lawatan, para pelajar telah membeli
cenderamata yang diperbuat daripada kain tenun diraja Pahang.
Lawatan yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.30
tengahari. Kebanyakan pelajar sangat berpuas hati dengan penerangan
dan layanan daripada wakil Pusat Tenun Diraja Pahang.

Gambar Program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama Program: Ekspedisi Bukit Ridan

Aktiviti mendaki Bukit Ridan seawal jam 7.00 pagi melibatkan 138
Ringkasan Program:
orang. Seramai 5 orang guru yang turut menyertai pendakian bukit
ridan. Program ini dijalankan bertujuan menerapkan semangat
kerjasama berpasukan dan interaksi menyeluruh. Selain daripada itu ia
juga untuk melatih ketahanan mental dan fizikal bagi menempuhi
segala cabaran kerjaya hidup kelak. Sepanjang aktiviti berlangsung
pelajar bersungguh-sungguh membuat pendakian. Sebelum pendakian
dibuat, aktiviti pemanasan dilakukan bagi mengelakkan pelajar
tercedera sepanjang program. Ia tamat pada jam 12 tengahari dan
pelajar pulang ke Maktab menaiki bas.

Gambar Program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama Program: Pertandingan memasak

Pertandingan memasak bermula dengan pelajar perlu ke pasar


Ringkasan Program:
untuk membeli bahan mentah sekitar jam 8.00 – 9.30 pagi. Selepas itu
pelajar mula masak sehingga jam 11.00 pagi. Sesi penghakiman
bermula jam 11.00 pagi sehingga selesai. Tema masakan adalah
berasaskan mee, bihun dan kuetiaw. Program ini dijalankan untuk
mempupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan.
Penghakiman bukan sahaja dinilai dari segi rasa, warna dan tekstur
masakan tetapi juga dari segi kerjasama. Pertandingan ini juga dapat
mencungkil bakat dikalangan pelajar. Bakat tersebut sekiranya digilap
dapat dimanfaatkan pada masa hadapan

Gambar Program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama Program: Solat Jenazah

Ringkasan Program:
Program solat jenazah ini dibuat untuk memberikan pendedahan
mengenai cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab
sebagai muslim .Selaras dengan usaha peningkatan ilmu dan amalan
penghayatan Islam dalam pelajar, program ini adalah sebagai satu
cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke arah melahirkan
masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan
tuntutan agama dalam kehidupan mereka. Semasa program ini tetamu
jemputan dijemput untuk menerangkan berkenaan dengan

1. Ceramah: pengurusan jenazah


2. Pratikal: mengurus jenazah selepas meninggal dunia
3. Memandikan mayat
4. Mengkafankan jenazah
5. Solat jenazah dan mengkebumikan jenazah
6. Talkin

Gambar Program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: English Drama

Ringkasan program: Drama dan sketsa merupakan aktiviti yang menarik minat dan
mendapat sambutan baik daripada pelajar tingkatan 3. Sambutan
pertandingan drama dan sketsa antara pelajar amat menggalakan.
Syarat-syarat pertandingan telah ditentukan oleh guru mengikut tahap
dan kebolehan pelajar. Aktiviti drama atau sketsa ini akan memberi
peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan serta
memperkembangkan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga akan
memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih luas
dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan hiburan dan pendidikan. Tema
untuk pertandingan drama ini adalah “courage”. Sepanjang program
berlangsung pelajar begitu bersemangat dan teruja melakokan watak
masing-masing.

Gambar Program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: English Awareness

Ringkasan program: Program dijalankan dengan membuat aktiviti di empat buah


sekolah di sekitar Muadzam iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan,
Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya, Sekolah Kebangsaan Muadzam
Shah dan Sekolah kebangsaan Buluh Nipis. Aktiviti ini melibatkan
pelajar tingkatan 3 sebagai fasilitator membimbing pelajar untuk
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu terdapat sesi
menari lagu bersama pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini dapat
mengeratkan hubungan di antara MRSM dan sekolah di sekitar
Muadzam Shah. Ia dapat memberikan role model yang baik kepada
pelajar sekolah rendah.

Gambar-gambar

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Living Skill (Fetergasi)

Bagi program fetergasi ini, memandangkan pada asalnya adalah


Ringkasan program:
lawatan fertigasi ke Jabatan Pertanian Negeri Pahang tidak dapat
dijalankan memandangkan pada ketika itu JPNP mempunyai program
yang lain. Oleh yang demikian, pegawai di jemput untuk memberi
ceramah kepada pelajar berkenaan dengan sistem fertigasi. Banyak
input yang diperolehi ketika ceramah dilaksanakan iaitu
 Pengenalan sistem fertigasi
 Bagaimana sistem fertigasi berfungsi
 Jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk fertigasi
 Faedah sistem fertigasi

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Living Skill (Simen Ferro)

Ringkasan program: Program Simen Ferro dimulakan dengan penerangan oleh guru
penyelaras tentang langkah-langkah membuat simen fero. Setelah itu
pelajar dibahagikan dengan enam kumpulan untuk membuat simen
fero yang berbentuk meja dan kerusi. Berikut merupakan langkah-
langkah membuat simen ferro

1. Membuat lakaran projek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya


apabila projek siap kelak, ia menyamai lakaran yang dibuat.
2. Menggunakan bahan yang sesuai seperti simen, keluli,
pasir, air, jejaring dawai (BRC) dan dawai mata punai.
3. Menggunakan alat yang sesuai seperti perata simen, sudip,
sekup, penapis, gunting besi, dan peralatan lain yang berkaitan.
4. Memotong bahan kerangka (BRC) menepati spesifikasinya
iaitu mengikut lakaran. Elakkan pembaziran bahan
5. Untuk menambah kekuatan struktur, gunakan juga besi
'link' yang diikat bersama BRC.
6. Membentuk kerangka mengikut lakaran.
7. Mengikat kerangka dengan kemas. Ikat kerangka dengan
dawai halus / lain-lain yang sesuai.
8. Balut kerangka tadi dengan dawai mata punai agar mortar
mudah melekat ke kerangka semasa melepa.
9. Menyediakan bahan bancuhan mortar dengan nisbah yang
betul: 2 bahagian pasir halus, 1 bahagian simen dan ½ bahagian air.
10. Membancuh mortar dengan sekata.
11. Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka.
12. Melepa mortar pada kerangka dengan betul dan
ketebalannya sekata.
13. Biarkan keras.
14. Buat lepaan lapisan kedua. Ketebalannya lebih kurang 1
cm. Biarkan mengeras 2 hingga 3 jam.
15. Buat lorekan seperti kulit kayu. Lorekan ini dibuat sebelum
mortar betul-betul keras. Kalau mortar dah keras, tak bolehlah nak
dilorek. Ingat tu...
16. Buat lorekan dengan betul dan kreatif agar nampak lawa
dan cantik...buatlah lorekan seperti kulit kayu...
17. Apabila dah dilorek, biarkan betul-betul kering.
18. Sebelum mengecat, bersihkan projek itu dari gerigis simen
menggerutu dan habuk dengan menggunakan berus keluli.
19. Cat kulit kayu lapisan pertama dengan car berwarna hitam
termasuk di celah-celah lorekan. Bahagian yang berupa potongan

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

kayu tak payah dicat hitam, kan nanti nak disapu dengan cat warna
kuning atau coklat muda...
20. Apabila lapisan pertama cat dah kering, bolehlah cat
lapisan kedua dengan warna-warna yang menyerupai warna kulit
kayu seperti warna coklat, kuning, putih, oren dan lain-lain warna
yang sesuai.
21. Biarkan kering.
22. Kilatkan projek menggunakan pengilat. Barulah nampak
cantik dan menarik.

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Mengecat

Ringkasan program: Program mengecat ini dibuat bagi menggantikan program kulinari
di IKM rompin. Program tersebut tidak dapat dijalankan kerana pada
ketika itu pelajar ikm sedang bercuti. Pelajar dibahagikan beberapa
kumpulan untuk mengecat di sekitar MRSM Muadzam Shah seperti
di kawasan Aspura dan Aspuri. Aktiviti melatih fizikal pelajar untuk
aktif dan dalam pada yang sama dapat menyuburkan sifat-sifat yang
baik seperti kerjasama, tolong-menolong dan bertanggung jawab.

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Kelas Al-Quran & Bicara Ummah

Ringkasan program: Program Bicara Ummah di laksanakan dengan menjemput wakil


daripada sekolah Menengah Agama Muadzam Shah untuk menjadi
ahli panel di dalam forum yang membincangkan “Cinta: Fitrah @
Fitnah?”. Kupasan tentang isu ini diberikan oleh kedua-dua pihak
sangat menarik walaupun terdapat beberapa isu yang tidak
sependapat. Namun gap itu dibincangkan oelh kedua-dua untuk
mendapatkan kesimpulan yang baik.

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Kelas Hafazan

Ringkasan program: Program ini dijalankan untuk melatih pelajar menghafal surah-
surah di dalam al-Quran. Guru penyelaras akan memantau bacaan
setiap pelajar bagi memastikan bacaan yang dibaca betul mengikut
tajwid.

Gambar Program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Futsal

Akti
Ringkasan program:
Aktiviti Futsal ini dilakukan bertujuan untuk mengaplikasi
segala teknik dan skil futsal yang telah dipelajari di dalam
pertandingan ini. Ia juga bertujuan mengeratkan silaturrahim dalam
kalangan pelajar tingkatan 3. Selain daripada itu ia dapat
menggalakkan para pelajar agar mengamalkan gaya hidup sihat.
Pertandinagn Futsal ini dibuat untuk mengisi masa lapang pelajar
yang telah tamat peperiksaan tingkatan 3. Terdapat 6 kumpulan yang
bertanding di dalam acara Futsal ini. Dan program dapat ditamatkan
mengikut masa yang ditetapkan.
4.
4

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Khidmat Masyarakat Masjid

Ringkasan program:
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta
tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan
dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan
ataupun output yang berguna. Bagi pelajar, kerja khidmat masyarakat
ialah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan
muhibah antara komuniti dan pelajar. Aktiviti yang bermula seawal
8.00 pagi dengan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Muadzam Shah.
Aktivit yang dijalankan adalah seperti mengecat kawasan masjid,
membersihkan kawasan luar dan dalam masjid.

Gambar-gambar

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

LAPORAN AKTIVITI MIGTY MRSM MUADZAM SHAH


Nama aktiviti: Ice Breaking & Team Bulding & Profesional Chat

Ringkasan program:
Program ice breaking ini adalah sesi pengenalan berkenaan dengan
program MIGTY dan pembahagian pelajar mengikut kumpulan.
Sepanjang program MIGTY ini pelajar perlu membuat aktiviti di
dalam kumpulan dan mereka di nilai pada etiap pertandingan yang di
pertandingan. Tujuannya adalah untuk mempupuk perasaan
kerjasama di kalangan ahli kumpulan dan rasa tanggungjawab di
antara satu sama lain. Bagi program Team Building program yang
dilakukan adalah Master Chef. Setiap kumpulan perlu memasak
makanan yang berasaskan ayam. Mereka juga perlu menyediakan
menu dan cara penyediaan dengan menulisnya di atas kertas mahjung
mengikut kretiviti masing-masing. Aktiviti ini di lakukan di Dewan
Selera.

Gambar program

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Young Innovators Development Programme

Ringkasan program:
Program sepanjang dua hari ini menggabungkan program-
program Getting Idea For Science Project, Research Methodology
& Presentation, Discussion/Search Idea, Project Proposal dan
Presentation Board & Talking Science. Sepanjang dua hari ini
pelajar mengikut kumpulan perlu membangunkan projek sains
untuk di pamerkan pada hari kedua program ini. Pelajar didedahkan
bagaimana cara mendapatkan idea-idea membuat projek sains.
Selepas itu mereka perlu merancang dengan mendapatkan input
daripada pelbagai sumber. Setelah mendapatkan idea dan
merancang projek mereka secara pratikal perlu membangunkan
projek tersebut supaya ia dapat berfungsi seperti yang dirancang.
Pelajar perlu membangunkan prototaip dan model untuk
dipersembahkan untuk penilaian. Program ini banyak memberikan
input bermanfaat kepada pelajar untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Dinner Tamat Tingkatan 3

Ringkasan program:
Program ini merupakan kemuncak bagi acara MIGTY. Dinner
dapat dilaksanakan dengan baik oleh guru penyelaras dan pelajar
tingkatan 3. Program ini dimulakan dengan perarakan masuk guru
dan timbalan pengetua ke Dewan Budiman. Montaj dan gimik
perasmian dilakukan untuk permulaan majlis. Acara makan malam
bermula di selang selikan dengan persembahan daripada pelajar
tingkatan 3. Dinner tamat tingkatan 3 di akhiri dengan sesi
penyampaian hadiah kepada pemenang sepanjang program MIGTY
berlangsung.

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI


MRSM MUADZAM SHAH

Nama aktiviti: Maths Creativity

Ringkasan program:
Sudoku :
1. Penerangan oleh guru tips menjawab sudoku
2. Permainan sudoku dalam kumpulan
3. 10 markah diberikan kepada setiap petak 9x9 yang betul.
4. Markah bonus diberikan untuk strategi kumpulan.

Modul kalkulator :
1. Penerangan pengunaan kalkulator menggunakan modul yang
diberikan.
2. Pertandingan kuiz kalkulator mengikut kumpulam.
3. Pelajar bergilir - gilir menjawab soalan menggunakan
kalkulator dalam masa yang diperuntukkan.
4. 2 markah diberikan bagi setiap jawapan yang betul.

Gambar program:

Setiausaha migty 2016- SURAINI

Anda mungkin juga menyukai