Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2018

1. Nama Program:
Latihan Kebakaran

2. Pendahuluan:
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan
bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal ehwal murid Sekolah
Kebangsaan Bukit Papit bersetuju untuk mengadakan latihan yang pertama bagi tahun 2018.
Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah
.
3.Matlamat:
Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan
pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan
diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

4. Objektif:
4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
4.2 Memberi pendedahan kepada warga SK Darulaman tentang bahaya kebakaran
4.3 Membiasakan murid / guru / kakitangan dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan
diri
4.4 Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan
4.5 Untuk menguji peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan, Salur Bantu Mula dan lain-
lain befungsi
4.6 Untuk merekodkan anggaran kerosakkan

1
5. Anggaran Perbelanjaan: -

6. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Papit

7. Tarikh & Hari : 9 Oktober 2018 (Selasa)

8. Sasaran : Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK Bukit Papit

9. Pelaksanaan: 9.1 8.30 pagi : Loceng kecemasan dibunyikan


9.2 Semua warga sekolah bergerak dalam keadaan pantas menutup
tingkap, pintu dan mematikan semua suis.
9.3 Semua warga menuju ke tempat berkumpul mengikut laluan
kecemasan yang ditetapkan
9.4 Murid bekumpul di padang mengikut kelas masing-masing
9.5 Guru kelas merekodkan kehadiran murid
9.6 AJK membuat rondaan dan memeriksa setiap kelas dan bilik
serta persekitaran sekolah
9.7 Guru kelas dan AJK melaporkan situasi kepada pengerusi
9.8 Pengerusi membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga
sekolah
9.9. 8.45 pagi : Murid beredar ke kelas masing-masing.

10. Aktiviti: 10.1 Mesyuarat AJK Kerja Program Pengusian Bangunan


10.2 Penyedian Kertas kerja
10.3 Perlaksanaan
10.4 Penilaian

11. Penilaian Program: Dokumentasi

12. Sumber Kewangan : -

2
13. Penutup : Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi

impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat

pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.

3
JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
En.Semanto Bin Ahi
(Guru Besar SK Bukit Papit)

NAIB PENGERUSI
Pn.Asmah Binti Samion (PK Pentadbiran)
En. Abdul Syukur Sobri Bin Kamaruddin (PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA
Pn. Anja Rabu

JAWATANKUASA PROGRAM

LOCENG KECEMASAN
Cik Esther Anak Geraman

PENJAGA MASA
Pn. Faridah Binti Abu

PEMERIKSA BANGUNAN
En.Seman Bin Lamat (Pengawal Keselamatan)

4
DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR
Pn. Edah Abat (Prasekolah)
Pn. Lau Ai Mee ( Tahun 1)
Cik Sofiana Ozy Anak Siba (Tahun 2)
Pn Lau King Hua ( Tahun 3 )
Pn. Ling Shao Hwei ( Tahun 4 )
Ustaz Othman Bin Haji Omar ( Tahun 5 )
Pn. Ling Mee Ing ( Tahun 6)

Disediakan oleh: Disemakan oleh:

................................................ ....................................................
( PN. ANJA ANAK RABU) (CIK HARTINI BINTI ISMAIL)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan HEM,
Program Latihan Kebakaran

Disahkan oleh:

.............................................
(EN.SEMANTO BIN AHI)
Guru Besar
SK Bukit Papit

5
6

Anda mungkin juga menyukai