Anda di halaman 1dari 3

CONTOH SOALAN (SINTESIS)

1. Sabrina lahir pada 28 Februari 1989, tahun bilakah dia menduduki peperiksaan awam SPM?

a. 1999

b. 2002

c. 2003

d. 2006

2. Susun semula baris-baris pantun dibawah menjadi pantun yng lengkap

I. Budi yang baik dikenang juga

II. Gunung Daik bercabang tiga

III. Hancur badan dikandung tanah

IV. Pulau Pandan jauh ke tengah

A. I,II,III dan IV

B. II,III,I dan IV

C. IV, II, III dan I

D. IV, I, II dan III

3. Ramalkan apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu menuntut
kemerdekaan?

Contoh jawapan: Pada pendapat saya, jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato’ Onn dan
golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu, sudah semestinya
kemerdekaan akan cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun jalan kekerasan.

4. Bina satu contoh rantaian makanan bagi haiwan yang tinggal di sawah padi?

5. Cadangkan langkah-langkah untuk membanteras gejala sosial di kalangan remaja. Karangan


anda hendaklah tidak kurang 350 patah perkataan.

6. Anda dikehendaki untuk mendeklamsikan sajak pada sambutan Hari Guru. Gubahkan satu
sajak yang bertemakan Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

7. Rancangkan satu eksperimen bagi mengukur kelajuan troli A dan B.


8. Hasilkan seberapa banyak gambarajah bentuk segi empat. Cuba letakkan nombor pada setiap
sisi sehingga berjaya menemui perimeter yang berjumlah 24 cm. Kemudian, gunakan
kemungkinan kemungkinan nombor lain yang difikirkan sesuai. Seterusnya, gunakan rumus luas
segi empat untuk mencari luas maksimum segi empat tersebut dengan mendarab panjang dan
lebar. Akhirnya, padanan nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui bersesuaian
dengan kehendak soalan tersebut iaitu seperti gambarajah di bawah.

9. Karangkan sebuah teks pengucapan awam yang bertajuk Bahasa mencerminkan Bangsa.
Panjang teks anda hendaklah tidak melebihi 250 patah perkataan.

Kereta itu sudah lama Enjin kereta itu masih baik

10. Kembangkan ayat di atas menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang
betul.

a. Dan

b. Kerana

c. Tetapi

d. Oleh itu
CONTOH SOALAN (MENILAI)

1. Hospital mesra ibadah merupakan satu konsep baharu yang memberikan perkhidmatan terbaik
dan professional dalam memberi keselesaan kepada pesakit untuk melakukan ibadah.

2. Berikan pendapat anda tentang bagaimanakah konsep ini dapat dilaksanakan oleh pihak
pengurusan hospital?

3. Buktikan sejauh manakah aktiviti gunung berapi telah mengubah landskap permukaan bumi?

4. Adakah kawasan tempat tinggal anda sebuah kawasan penempatan terancang?

Berikan alasan-alasan anda.

5. Anda dikehendaki merumuskan semula jalan cerita dalam novel “Anak Din Biola”.

6. Bolehkah seseorang itu mengamalkan sikap berbohong? Berikan kritikan berdasarkan petikan
diatas.

7. Patutkan atau bolehkah kanak-kanak diberi kebebasan bagi memilih bahan bacaan yang
disukainya?

Anda mungkin juga menyukai