Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga,


pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu
bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang
berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan
dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan
perkara-perkara berikut:

 Mengenalpasti peluang perniagaan


 Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang
ramai.
 Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang
ramai.
 Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
 Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
 Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan
pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
 Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh
meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia


yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat
membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia
merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang
dihajati. Maka, bagi memenuhi objektif yang kami hajati, sebuah Projek Keusahawanan
telah dijalankan dan kami diberi peluang untuk mencuba resepi pastri lapis, pastri choux dan
pastri rapuh. Kemudian, kami dikehendaki untuk menjual hasil masakan kami dan kami
kecilkan skop jualan kepada warga IPG Kampus Perempuan Melayu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai