Anda di halaman 1dari 1

1. 1. Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah.

Ini kerana
operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set,
sedangkan operasi Tolak pula berhubung dengan pengasingan atau
pengurangan sesuatu set kepada set-set yang kecil. Pendek kata
operasi tolak merupakan proses songsangan (menterbalikkan ) operasi
tambah.
2. 2. Bermula dengan sesuatu set. Kemudian mengeluarkan satu subset
daripada set berkenaan Di dalam sebuah bikar, terdapat 7 biji guli. 3 biji
guli dikeluarkan dari bikar. Berapa biji guli yang tinggal di dalam bikar?
3. 3. Dua set yang berasingan diberi. Kemudian menyusun semula serta
padankan set pertama dengan set kedua. Ahli yang tidak ada
pasangannya dikenali baki atau beza.
4. 4. Dalam sebuah taman rama-rama terdapat 10 ekor rama-rama dan 6
kuntum bunga. Berapa banyakkah rama-rama dari kuntum bunga
5. 5. Bermula dengan satu set. Kemudian perlu tambah berapa lagi supaya
dapat set keseluruhan. Saya ada 8 ekor ayam dalam sebuah kandang
yang boleh menampung 12 ekor ayam. Berapa ayam lagi saya boleh
masukkan ke dalam kandang. Contoh
6. 6. Dalam konsep tambah, dua set objek dicantumkan untuk
menghasilkan satu set yang lebih besar,kemudian bilangan objek dalam
set baru ditentukan. Jika kita bermula dengan set yang besar dan
mengasingkannya kepada dua set serta mencari berapa banyak objek
dalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses yang terlibat disini
ialah songsangan proses untuk tambah.

Anda mungkin juga menyukai