Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS PENGISAHAN

Titis Darah Kanang

Titis Darah Kanang mengisahkan seorang pemuda yang

melakukan vandalisme ke atas makam pahlawan. Sikap pemuda itu

telah mengundang kemarahan kepada penjaga makam tersebut.

Melalui pengisahan ini, penunggu makam telah menyedarkan

pemuda tersebut bahawa makam yang telah dicemarkan tersebut

merupakan pahlawan negara yang telah banyak berkorban dalam

menentang petualang negara iaitu Kanang anak Langkau. Banyak

ranjau dan cabaran yang telah dilalui Kanang anak Langkau dalam

mengangkat dirinya sebagai perwira negara yakni dalam menentang

musuh negara. Unsur kecindan, sajak, nyanyian serta elemen seni

yang lain juga diketengahkan dalam menghidupkan pengisahan kali

ini supaya tampak variasinya dan memberi pemahaman perjalanan

perjuangan perwira negara, Kanang anak Langkau. Diharap

penceritaan ini akan memberi impak positif dan kesan secara

langsung kepada penonton terutamanya generasi muda dalam

mengenali pejuang negara.

PEMEGANG WATAK

IBRAHIM MOHAMAD sebagai Pemuda

MOHAMMAD FAIZZULHELMI sebagai Penunggu kubur


CRISYANTI KULING sebagai GADIS MISTERI

Hei! Beraninya engkau melakukan vandalisme di tanah perkuburan pahlawan negara


F ini!
I Siapa engkau! Ha...siapa engkau!
Hei pemuda! Malam-malam begini sanggup engkau mencemar dan melakukan
F kerosakan pada makam pahlawan negara. Pernahkah engkau terfikir pengorbanan
mereka kepada negara.
F Demi negara yang tercinta...Dicurahkan bakti penuh setia
(Sajak Pahlawan karya Ami Masra )
Seorang pahlawan
Tak dilahirkan
Dengan keberanian
C Tetapi dizahirkan dengan kesedaran
Dalam hati dan jiwanya ada cinta
Pada tanah air pada negara.
Titis Darah Kanang
I Maafkan saya penunggu kubur! Maafkan saya! Saya tak akan ulangi lagi kesalahan ini
Mengertikah engkau pengorbanan? Pahlawan inilah yang menggadai nyawa demi nusa
C dan bangsa. Tapi..Engkau...
I siapakah empunya kubur ini? Aku buat untuk suka-suka sahaja. Aku tak faham...
Inilah Pahlawan Kanang. Perajurit yang sanggup menitiskan darah demi perjuangan
C negara sebelum dan selepas merdeka. Titis Darah Kanang... demi negara yang tercinta.
901738. Nombor bertuah Kanang dalam tentera.Kanang adalah seorang anak Iban.
F Dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manuk Nanga Meluan . Semenjak kecil,
Kanang sudah biasa dengan kehidupan di hutan, berburu dan menangkap ikan.
Sejarah pengorbanan Kanang memang patut dicontohi dan diteladani oleh muda-mudi
C zaman sekarang dalam membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.
Lihatlah muda mudi zaman sekarang...merempit, dadah, berhibur tanpa batasan.
Pernahkah terfikir tentang negara!
F Tidak...jiwa lebih kepada kebendaan. Tidak kenal pejuang-pejuang negara.
Belajar tidak memahami...buka buku hanya untuk lulus...Penghayatan dimana?
Apa pengorbanan Kanang sehingga sejarahnya terpahat dalam sejarah ketenteraan
I negara dan disanjungi sehingga disemadikan disini?
Panglima Gagah Berani
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang
Pingat Perkhidmatan Setia
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
F General Service Medal dengan clasp "Brunei", "Borneo"
Saya akan ungkaikan bagaimana beliau mendapat anugerah itu dan pengorbanan beliau
kepada negara yang tidak berbelah bahagi. Kanang juga lambang perpaduan yakni
menolong orang tanpa mengira latar dan bangsa. Berat sama dipikul ringan sama
dijinjing.
Penjejak Iban atau Iban Tracker merupakan batu loncatan Kanang dalam bidang
C ketenteraan. Bermulanya dari detik itulah, Kanang telah menjadi seorang perajurit
yang disegani dan menjadi pejuang dalam perjuangan menentang petualang negara.
Sekolah Latihan Peperangan Hutan (PULADA) Ulu Tiram, Johor menjadi pusat
F latihan yang banyak mengajar Kanang seni peperangan.
Pernah saya mendengar kisah Kanang semasa menyaksikan Pengisahan Kenegaraan
yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan. Sungguh murni usaha JaPen ini terutamanya
dalam memupuk dan mendidik jiwa rakyat Malaysia ke arah pembinaan negara
I bangsa. Melalui Kanang, rakyat Malaysia boleh memupuk dan menyuburkan semangat
integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya dan agama.

Kanang pernah berjuang dalam Pemberontakan Brunei serta Konfrontasi Indonesia-


C Malaysia1963.
Konfrontasi ? Seingat saya konfrontasi itu perbalahan. Jadi, selepas pembentukan
I Malaysia, adakah konfrontasi masih berlaku.
Konfrontasi ganyang Malaysia telah berlalu pada penghujung 1964. Awak tahu tak apa
F yang terjadi selepas itu?
Pertemuan Helen Inti telah merubah status Kanang sebagai suami dan perkahwinan
C mereka telah dilangsungkan di Simanggang yang kini dikenali sebagai Sri Aman.
Pada tahun 1965 Sarawak renjer telah ditukar kepada rejimen Renjer, dan pada masa
itu juga berrlaku penyerahan Batalion Pertama dan Kedua kepada Kerajaan
F Malaysia.Sebagai anggota perajurit yang berdisiplin,Kanang telah menjadi anggota
Rifle dan pakar serta cekap dalam menjejaki musuh.
Selepas itu, Kanang dan keluarganya telah berpindah ke Kem Terendak Melaka di
bawah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang ditubuhkan atas perintah Leftenan Kolonel
C Mokhtar Ismail.Setelah 14 tahun dalam bidang ketenteraan, Kanang telah dinaikkan
pangkat Koperal dan ini telah menaikkan semangat untuk menentang musuh iaitu
Komunis ketika itu.
I Betulkah mimpi banyak mempengaruhi Kanang?
Memang.Menurut Kanang, mimpi beliau memberikan alamat kemenangan atau
musibah semasa peperangan. Sebelum peperangan juga, Kanang kerap melakukan
F ritual untuk meminta roh menolong dan memberkati perjuangan beliau
Kalimat Agi Idup Agi Ngelaban sentiasa bermain dibibir, hati dan mindanya.Seringkali
laungan ini menjadi pembakar semangat dirinya untuk terus berjuang.
C Suatu hari, Kanang pernah bermimpi ayam sabung.Ini memberikan perlambangan
pasukan beliau dalam bahaya. Firasat beliau ternyata benar apabila pada 1 Jun 1979
dalam operasi Gerakan Setia di Hutan Simpan Perak. Mereka telah terserempak
dengan musuh pada jarak 40 meter. Jumlah musuh ketika itu lebih ramai daripada
bilangan tentera pimpinan Kanang. Hujan lebat semasa operasi dan pihak musuh telah
menembak dan mengorbankan dua anak buahnya iaitu Renjer Ramli dan Renjer
Baharuddin.Pada masa yang sama, lima orang musuh telah terbunuh dan turut
mencederakan Koperal Michael dan Renjer Kappat
Begitu besar dan mencabar menjadi tentera terutamanya semasa peperangan. Barulah
I saya mengerti.
Nak tahu lagi tak? Setelah 20 tahun berkhidmat dalam dunia ketenteraaan, Kanang
telah dianugerahkan Pingat Keberanian Kedua Tertinggi Negara iaitu Panglima Gagah
F Berani pada tahun 1980. Kanang seterusnya telah diarahkan untuk menyertai Platun
Risik Gempur yang diketuai oleh Leftenan Muda Johnson dalam menjejaki sisa musuh
iaitu Komunis di Tanah Hitam Perak.
19 Februari 1980 adalah hari yang sukar dilupakan oleh Kanang dan keluarganya
apabila Komunis telah menembak dua ahli risik platun termasuk kawannya Koperal
Nasir.Pada masa itu, peluru telah menghujani Kanang. Dada beliau ditembusi peluru
I dan cedera parah. Ketika itu, Kanang ibarat berpantang maut sebelum ajal. Beliau telah
dianggap telah mati. Ketika itu beliau sempat mengerahkan tenteranya untuk terus
berjuang dan meminta ketuanya membiarkannya dalam keadaan separuh sedar selama
tiga hari.
Kanang telah dirawat selama setahun di Hospital Ipoh. Akibat daripada keberanian dan
pertempuran itu, Kanang telah kehilangan satu buah pinggang, ususnya dipotong dan
F mengalami komplikasi jantung. Ekoran itu, Kanang telah dikurniakan Bintang
Keberanian Tertinggi Negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada tahun 1981.
Setelah 19 tahun berkhidmat dalam pelbagai unit, Kanang kembali semula dalam
Batalion Pertama rejimen renjer Malaysia. Seterusnya, Kanang telah dinaikkan
C pangkat sebagai Pegawai Waran 1 sebagai Sarjan Mejar Rejimen SMR bagi pasukan
Batalion kesebelas Rejimen Renjer Malaysia. Ini merupakan pangkat tertinggi Kanang
sepanjang perkhidmatan beliau sebagai perajurit tanah air.
Beliau juga telah menjadi Temenggong di Sri Aman dan dianugerahkan Pegawai
Bintang Sarawak pada 1987. Pada tahun 2011, beliau telah dianugerahkan Panglima
F Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan yang Dipertua
Abang Muhammad Salahuddin.
Kanang juga pernah mengetuai operasi pengkebumian tentera dikenali sebagai Operasi
I Mai Pulai iaitu membawa wira negara yang telah terkorban semasa peperangan dahulu
dari semenanjung ke Sarawak.
Begitulah hakikat putaran hidup manusia. Setiap yang hidup pasti akan mengakhiri
masa hidupnya. Pada 3 Januari 2013 Kanang telah rebah semasa menonton Televisyen
C di kediammnya di Sungai Apong Sri Aman akibat komplikasi Jantung. Beliau telah
meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada umur 67 tahun. .
Beliau telah dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan . Bagi masyarakat Iban,
F tindakan Kanang dalam ketenteraan dianggap sebagai "raja berani tau serang".
Baru saya faham dan saya sangat menyesal perbuatan saya tadi. Mulai hari ini, saya
I akan berjuang bersama negara dalam mengekalkan keharmoniannya.
Ingatlah! Jangan diremehkan pasukan keselamatan negara kerana mereka adalah
C benteng negara dan mereka sanggup mengorbankan nyawa demi maruah negara dan
keselamatan rakyat.
Sajak Titis Darah Kanang karya Haryatie Hamzah

Tak pernah kau nyatakan, berapakah harga titis


darahmu
kerana titis darah itu telah kau relakan dengan
cinta setia
yang tak pernah tergugah pada sebuah bangsa
dan tanah air
cinta setia itu telah kau materi di peti nubarimu
S tak ada sesiapa yang akan membuka dan
meleraikannya
kerana itulah janji, itulah sumpah seorang
pejuang
yang tak rela membiarkan tanah merdeka ini
diancam petualang
yang merafakkan durjana, dengan niat
tersembunyi
Titis Darah Kanang...

(Sambil menaikkan bendera)


Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah-bagi
S
Agi Idup Agi Ngelaban...Agi Idup Agi Ngelaban
Titis Darah Kanang
Kanang Dalam Kenangan

Anda mungkin juga menyukai