Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

1.0 Pentaksiran

1.1 Penilaian

“ Penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang


nilai fenomena pendidikan. Secara lebih umum, penilaian pendidikan itu mencakupi
aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah mana
usaha pengajaran dihalakan. Oleh itu, perkara yang akan dibincangkan
keseluruhannya adalah tentang penilaian pendidikan yang berbentuk formal dan
sistematik, khususnya aktiviti yang relevan dengan penilaian di kelas, selari dengan
definisi oleh Popham (1975).

Justeru Gronlund (1981) juga berpendapat penilaian sebagai satu proses


sistematik untuk menentukan sejauh mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
Terdapat dua aspek penting daripada definisi di atas. Pertama, penilaian ialah
proses sistematik. Kesannya, peraturan tertentu mestilah dipatuhi dalam proses
penilaian dalam kelas. Kedua, penilaian mengandaikan objektif pengajaran
dikenal pasti terlebih awal.

1.3 Penilaian
Refleksi

Bagaimana anda menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran


BM dan merancangan penilaian formatif daripadanya.

Alat bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ngui Kuen Sang (1981)
menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu
mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan
pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan
dan pandangan seseorang pelajar. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan
pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu
mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-
alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama “ alat bantu
mengajar”.

Sehubungan dengan itu, saya dan rakan telah mengambil keputusan untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar dengan mengguna semula bahan terbuang
iaitu kotak dan gulungan tisu untuk menghasilkan Roda Tembak-tembak. Pada
asalnya Roda Tembak-tembak ini merupakan Roda Impian di mana cara
penggunaannya adalah diputarkan ketika bermain. Namun selepas memerah
otak, akhirnya terhasillah Roda Tembak-tembak setelah diubahsuai. Sedikit
sentuhan diberikan dengan menggunakan polistrin supaya lebih tahan dan ringan
serta mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Antara faktor kami memilih bahan bantu mengajar ini adalah kerana mudah
untuk dibina dan mengambil masa yang singkat sahaja untuk membuatnya.
Justeru, sesuai dengan status kami sebagai guru pelatih yang menjalani pratikum
yang mempunyai beban kerja yang banyak membatasi kami untuk menghasilkan
bahan bntu mengajar. Namun, Roda Tembak-tembak ini hanya mengambil masa
yang singkat sahaja.
Faktor kedua yang menjadi kekuatan bahan bantu mengajar Roda Tembak-
tembak ini adalah kos yang digunakan adalah dari segi kos yang dibelanjakan.
Kami hanya membeli 1 keping polistrin, 8 keping kertas A4, 8 keping kertas
laminate dan kotak yang tidak digunakan lagi. Saya percaya sebagai seorang
guru bahan-bahan yang digunakan oleh saya dan kawan adalah bahan utama
yang harus dimiliki oelh guru. Justeru tidak akan wujud masalah untuk
mendapatkan bahan-bahan yang digunakan.

Selain daripada itu, faktor ketiga Roda Tembak-tembak ini mengaplikasikan


ketiga-tiga kemahiran yang diperlukan dalam media yang digunakan. Secara
tidak langsung pengabungjalinan kemhiran telah saya lakukan dalam
penghasilan bahan bantu mengajar Roda Tembak-tembak ini.

Anda mungkin juga menyukai