Anda di halaman 1dari 38

PENGHARGAAN

Pohon sirih pohon selasih,


Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.
 
Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan rasa syukur yang tidak terhingga
atas pimpinan Tuhan sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah buat kali ini. Sesungguhnya terdapat pelbagai
rintangan dan cabaran yang telah saya tempuhi demi usaha menyiapkan
tugasan ini. Contohnya dalam masa yang sama banyak aktiviti di institut yang
harus dihadiri. Tambahan lagi tempoh penghantaran tugasan adalah pada masa
yang sama. Namun dengan hikmat dan kesabaran yang dianugerahkan oleh
Tuhan, syukur semuanya dapat ditempuhi dan segala halangan dijadikan sebagai
cabaran yang membangun.
Seterusnya ucapan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing
kursus ini iaitu Puan Mispura bin Matali atas tunjuk ajar serta bimbingan beliau
yang menyampaikan maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas. Maklumat yang saya perolehi semasa kuliah sangat
membantu dan memudahkan proses ke arah menyiapkan tugasan ini.

Dan akhir sekali, saya turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan yang turut sudi dalam berkongsi maklumat dan saya berharap agar
kolaborasi ini akan mengeratkan juga hubungan sesama kekitaan .Harapan saya
ialah, semoga saya mampu menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kursus lain
seperti tugasan ini juga. Saya akan sentiasa memberi komitmen yang seratus
peratus dalam menghasilkan tugasan yang terbaik.

1
1.1 Pentaksiran

Pentaksiran ialah aktiviti penggenap pada pengajaran. Aktiviti ini mengambil tempat
secara formal dan tidak formal sewaktu pengajaran berjalan sama ada secara sedar
atau tidak sedar kewajaran untuk mentaksir pengajaran sama penting dengan
pengajaran itu sendiri. Isu penting pentaksiran ialah cara menjalankan aktiviti ini
supaya mendapatkan maklumat pentaksiran yang tepat yang boleh membantu
pengajaran, seterusnya mencapai matlamat pengajar dan matlamat sistem
pendidikan keseluruhannya.

Secara spesifik isu pentaksiran pendidikan merupakan disiplin dalam


psikometrik, iaitu yang melibatkan disiplin psikologi dan pengukuran pendidikan.
Pentaksiran juga boleh diertikan satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal
berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi,
dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran seperti rajah di bawah.

Instrumen

Kumpulan
Skor yang
ditaksir
Aspek-aspek
utama dalam
pentaksiran

Kumpulan
yang Respon
menaksir

2
Rajah 1 menunjukkan aspek-aspek utama dalam pentaksiran.

Pentaksiran juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan


aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan juga
pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Pentaksiran merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu
subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.

1.2 Pengujian

Pengujian ditakrifkan sebagai prosedur bersistemnyang menggunakan instrumen


untuk mencerap dan memperihalkan ciri pelajar dengan menggunakan skala
numerikal atau skema pengelasan (Nitko 2004).

Pengujian adalah skop yang lebih sempit daripada konsep penaksiran. Di


peringkat sekolah pengujian lazimnya dilihat sebagai ujian bertulis. Dimana murid
menjawab satu siri soalan. Para guru biasanya menskor ujian dengan
menambahkan semua markah yang diperoleh oleh pelajar bagi setiap soalan.
Dengan cara ini, guru memperihalkan pelajar dengan skala numerikal.prosedur
pencerapan bersistem yang biasa digunakan untuk murid-murid prasekolah
misalnya, menggunakan skema pengelasan dan memperihalkan murid sebagai
“berpusatkan ego” atau “berpusatkan dorongan”.

Pengujian juga merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur


sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu
set instrumen. Menurut Cronbach, 1970, menyatakan ujian ialah satu prosedur
sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan mengelaskannya
dengan satu sistem yang berkategori . Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu

3
pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali
sebagai ujian pra atau pretest.

Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku ujian diberikan sama


ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh
pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat.
Dalam P&P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang
telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru
membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang
baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak
jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.

1.3 Penilaian

Menurut Stufflebaam (1971), Thorndike dan Hager (1977) dan Laubiszyn 


dan Borich (1996), penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan
mentafsir maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan dalam membuat
keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Penilaian merupakan
proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu
kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada
pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif (Abdul Aziz Abdul Mutalib, 1993,
p.5) Terdapat tiga proses utama penilaian iatu seperti rajah di bawah.

4
Penentuan objektif atau sebagai ukuran. 

Mendapatkan maklumat dan memproses maklumat atau


menganalisis ukuran.

Membuat kesimpulan, menyatakan nilai dan menginterpretasi


ukuran.

Rajah 2 menunjukkan proses utama dalam penilaian.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu


proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan
yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu
proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru
untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif


pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Pentaksiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia
boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh
dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan
kurkulum. Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam
mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta
membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan
kelemahan pelajar.

1.4 Taksonomi

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005) ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan
amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat

5
organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa
digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Terdapat tiga domain
dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran
pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. Seterusnya, domain afektif yang melibatkan perkembangan
sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara
penyesuaian diri. Ketiga, domain psikomotor yang melibatkan perkembangan
kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Benjamin S. Bloom pada tahun (1959),


merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran yang
melibatkan otak dan pemikiran manusia. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari
tahap rendah kepada tahap tinggi.

Pe
nil Pemikiran
ai
an aras tinggi
sintesis

Analisis

aplikasi
Pemikiran
kefahaman aras
rendah
pengetahuan

Rajah 3 menunjukkan hierarki Taksonomi Bloom

1.4.(i) Pengetahuan

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah
yang menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan
ini, pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan
atau simbol.

6
Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan,
penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras
yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak
dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri
khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental
untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan
prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

1.4 (ii) Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu
perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama
penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain
tanpa menggubah makna asal. Kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu
mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang
akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri
soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan
menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk
diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,
bezakan, nyatakan dan kelaskan.

1.4 (iii) Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan
prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori,
hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan
penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti
selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

1.4.(iv) Analisis

Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-
unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan
keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras

7
analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid
menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur
yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti
dan hipotesis. Ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti
prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan
menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah
soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman
perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat
perkaitan antara komponen.

1.4 (v) Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang
lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik
iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea,
perasaan atau pengalaman kepada orang lain.

Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik


untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.

1.4 (vi) Penilaian

Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan


kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai
sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.
Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan,
baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu
membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu
tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau
kaedah memenuhi sesuatu kriteria.

8
Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu
pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan
bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-
kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang.
Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan
yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.

1.5 Taksonomi Karathwohl

David R. Krathwohl merupakan pengasas taksonomi Karathwohl yang meliputi


emosi, sikap, dan nilai murid. Aras taksonomi Krathwohl dibahagikan kepada lima
iaitu:

1.5 (i) 1.5 (ii) 1.5 (iii)


Peerimaan Gerak balas Menilai

1.5 (iv) 1.5(v)


Perwataka
Organisasi n

1.5(i) Penerimaan

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar


mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa
atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran
menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal
bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

9
1.5(ii) Gerak balas

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa
membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

1.5(iii) Menilai

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi
konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh
dipratikkan.

1.5 (iv) Organisasi

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa
membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

1.5(v) Perwatakan

Perubahan tingkah laku positif.

Kategori:

a) Set up – mengekalkan nilai-nilai

b) Perwatakan – disiplin diri.

2.0 Penilaian dalam bahasa Melayu

2.1 Penilaian formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian formatif ialah
soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. Guru sepatutnya
memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan penilaian formatif,
iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi pelajar

10
dalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru dapat mengenal
pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala pelajar akan mengetahui
kelemahan mereka. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah
kaedah pengajaran dan pembelajaran, yang akhirnya akan membantu pelajar
meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan penggal atau akhir tahun.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu
diberi perhatian oleh guru:

2.1.1 Menentukan tajuk pengajaran

Guru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu
tahun persekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut
peringkat kesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai cakupan yang luas,
maka ia perlu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar-pelajar dapat
menguasai semua tajuk kecil terlebih dahulu, sebelum meneruskan pengajaran ke
tajuk lain. Sekurangkurangnya, sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu
mengadakan ujian formatif untuk menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah
diajar.

2.1.2 Menentukan aspek dan tahap penguasaan

Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang
perlu dikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan
membaca mengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspek-aspek berkenaan
ditentukan, maka guru perlu pula menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap
aspek-aspek yang ditentukan itu. Misalnya, apabila 80% hingga 90% pelajar
menguasai sesuatu tajuk, ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah
menguasai tajuk tersebut.

2.1.3 Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk

Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran
pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Setelah
penyusunan elemen mengikut tahap perlakuan dibuat, guru seterusnya mengaitkan
semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak terpisah.

11
2.1.4. Membina soalan ujian

Selepas menghubungkait elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemen


dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada
pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina
untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen ini.

2.1.5. Mencadangkan tindakan susulan

Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian


formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat,
tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika
pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru
perlu mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran
agar pelajar dapat menguasai tajuk tersebut.

3.0 Penilaian sumatif

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir
penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun, yang
juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif
ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR dan PMR. Secara
amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan
pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh
pelajar boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian di kalangan
pelajar.

Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar akan
berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. Sebelum memulakan
mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki menduduki ujian untuk menentukan sama
ada mereka telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Sekiranya mereka
sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil
mata pelajaran baru. Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-
langkah berikut harus diberi penekanan semasa menggubal ujian sumatif.

12
3.1.1. Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif
pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat memastikan kesahan ujian
dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin
disampaikan.

3.1.2. Membina soalan

Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah menguji


objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Ketas soalan perlu mengandungi arahan
yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.

3.1.3. Mengumpul soalan secara sistematik

Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan


daripada soalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan pendek. Soalan ini
juga boleh disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.

3.1.4. Menguji soalan melalui kajian rintis

Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan


bagi memastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu, aras kesukaran
dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira.

3.1.5. Menyiapkan skema pemarkahan

Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Ia menjadi
panduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras permarkahan supaya
tidak berlaku bias dalam pemberian markah.

13
Perbezaan penilaian formatif dan sumatif

Perkara Sumatif Formatif


konsep Penilaian boleh dibuat secara Penilaian yang dijalankan secara
formal atau tidak formal bagi formal bagi menentukan
mengesan penguasaan atau pencapaian pelajar diakhir setiap
kelemahan pelajar bagi setiap pengajaran, seperti pada hujug
tajuk pelajaran. semester atau tahun.
Waktu Sepanjang proses pengajaran Pada akhir penggal atau akhir
penilaian Formal: Ujian pensel-kertas tahun.
kaedah
Tidak Formal: Ujian pensel- Formal: Pemerhatian, soal jawab,
kertas, ujian lisan,tugasan, Ditadbir secara berkumpulan.
latihan. Ditadbir secara
individu atau berkumpulan.
Tujuan Selepas tahap kemajuan atau Selepas pencapaian pelajar
penguasaan pelajar ditentukan bagi tempoh
ditentukan, tindakan susulan persekolahan tertentu, gred
perlu diambil untuk mengatasi pencapaian diberikan kepada
kelemahan pelajar. pelajar.
Selepas Mengatasi kelemahan pelajar Menempatkan murid mengikut
penilaian dengan mengulang semula pencapaian. Memberi pengiktirafan
dijalankan topik atau mengadakan seperti sijil hadiah dan sebagainya.
pemulihan. Menjalankan Membaiki kurikulum.
aktiviti pengayaan bagi pelajar
yang tiada masalah.

14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

Nama Guru Pelatih : Crisyanti Kuling Angki Tarikh : 3 September 2013


: Syahidah Bt Abd. Majid Hari : Rabu

Tajuk : Membina ayat Masa : 0800-0830

Kelas : PPKI A Bil.Murid : 8 orang

Bil. Nama Kehadiran


Hadir Tidak hadir
NURUL FATUMISSA BINTI SAMSUDDIN

MOHD IZZAUDIN BIN ZAIDIE

NUR FASIHAH BINTI ABDULLAH

FAZIRA BINTI HAMINALLAH

NUR ASYIQIN BINTI BUJANG

NUR HAMIZAH BINTI DULRAHIM

AMY BINTI SETU

NOR AZMAN BIN SAPUAN

15
Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tunjang Utama : Komunikasi

Standard Kandungan : 6. 1 Membina ayat

Standard Pembelajaran : 6.9.1 Ayat

Tunjang yang disepadukan : Keterampilan diri, Fizikal dan estetika

Objektif : Murid dapat menulis ayat sekurang-kurangnya 3 daripada 5 perkataan yang diberikan

dengan betul.

Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab, kasih sayang.

Teknik : Didik hibur, soal jawab, penerangan, latih tubi, imbas kembali

Bantu Mengajar : gambar situasi, gambar, kad rangkai kata

Terapi : Terapi motor halus, pertuturan

EMK : Kreativiti dan inovasi

Penggabungjalinan : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur

16
Masa/ Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Langkah

Set Induksi - Kehadiran Teknik : Didik Hibur BBM :


(5 minit) - Permainan 1. (a) Guru mewujudkan kelas menjadi suasana - Kain penutup mata
“Permainan rumah berhantu” rumah berhantu yang mempunyai kad - Kotak Emas
perkataan yang banyak. - Kad perkataan
(b) Dengan iringan muzik yang menyeramkan - Muzik
sambil menutup mata murid. Murid
dikehendaki menutup mata dan berjalan di Nilai :
dalam rumah hantu. - Kerjasama
(c) Setelah sampai di satu stesen murid
dikehendaki mendengar arahan guru, dan EMK :
mengambil kad perkataan sebanyak mungkin - Kreativiti dan inovasi
di dalam kotak emas.
(b)Murid bersedia melakukan aktiviti dengan
baik.

17
Langkah 1 Membaca perkataan Teknik : Penerangan / soal jawab BBM :
( 10 minit) - Kad perkataan
- roti canai
1. (a) Guru menunjukkan kad perkataan dan Nilai :
- ketupat
membaca secara mekanis. - Bertanggungjawab.
- nasi lemak
(b) Murid mendengar pembacaan guru dan
- capati
mengajuk. Kemahiran :
- laksa sarawak
2. (a) Guru menyoal murid satu persatu cara - Mendengar
menyebut perkataan dengAn betul. - Bertutur
(b) Murid jawab secara lisan.

Langkah 2 Gambar makanan


Teknik : Soal jawab BBM :
(5 minit )
1. (a) Guru menayangkan gambar makanan - Gambar makanan
tradisional dan bertanya kepada murid Penilaian :
apakah yang dapat dilihat pada gambar. - Formatif
(b) Murid menyebut nama makanan.

18
Langkah 3 Teknik : Didik Hibur
Permainan
( 5minit )
Roda Tembak-tembak
1. (a) Guru meminta murid menembak salah BBM :
satu bahagian berwarna roda tembak- - Roda tembak-tembak
tembak yang disediakan oleh guru. - Peluru mainan.
(b) Setelah murid menembak mereka perlu - Kad arahan
menjawab soalan yang terdapat pada kad
arahan.
(c) Murid bersedia melakukan aktiviti.

Langkah 4 Teknik : Latih tubi


Latihan/ lembaran kerja
( 10 minit ) 1. (a) Guru memberikan lembaran kerja
- Menulis ayat menggunakan
kepada murid.
perkataan yang diberi.
(b) Guru memberi penerangan kepada
murid.
2. (a) Guru membimbing murid yang lemah.
(b) Pengayaan diberikan kepada murid yang
dapat menguasai.

19
Penutup Teknik : Imbas kembali Nilai :
Rumusan/ Soal Jawab
( 3 minit ) - Kerajinan
1. (a) Guru meminta murid mengeja semula
perkataan yang dipelajari.
(b) Ganjaran diberikan kepada murid dalam
bentuk token pada Buku pencapaian.

2. (a) Guru menyemak buku dan lembaran


kerja murid dan murid membuat pembetulan
untuk setiap kesalahan.
(b) Guru bersoal jawab dengan murid untuk
membuat rumusan.

SENARAI SEMAK BAHASA MALAYSIA

20
Matapelajaran : Bahasa Malaysia

Standard Kandungan : 6.1 Menyusun dan menulis semula ayat supaya menjadi ayat yang betul

Standard Pembelajaran : 6.7.1 Ayat

Nama :_________________________ Kelas : ________________ Tarikh : ____________________

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan “ Menguasai” atau “Belum Menguasai” berdasarkan kemahiran murid.

Bil. Item yang diuji. Menguasai Belum Catatan


Menguasai
1. Mendengar dan memahami arahan guru.

2. Mengeja perkataan dengan betul.

3. Menulis perkataan dengan betul dan kemas.

Refleksi guru pelatih:

.................................................................................................................................................................................................................

21
.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

Catatan pensyarah / guru pembimbing:

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................................................................

................................................................................................................................................................................................................

22
4.0 Pengubah suaian bahan bantu mengajar

Apakah keputusan yang perlu dilakukan? Inilah persoalan yang sentiasa berlegar-
legar di minda kami untuk membuat keputusan mengenai perkara-perkara
berkaitan dengan alat yang digunakan bersama-sama bahan tersebut. Pertama ,
kami telah menentukan bahawa alat bantu mengajar ini akan digunakan untuk
guru dan murid. Alatan sebaik-baiknya digunakan berulang-ulang agar lebih
mudah untuk dijalankan dan lebih tahan.

Kedua adalah penentuan teknik dan ciri-ciri khusus yang diperlukan. Alat
bantu mengajar yang telah kami pilih dan ubah suai dikenali sebagai Roda
Tembak-tembak. ABM ini asalnya merupakan papan roda yang digunakan dengan
cara memutarkan roda. Setelah berbincang kami teah mengubah cara penggunaan
ABM ini kepada Roda Tembak-tembak. Roda tembak -tembak ini dibahagikan
kepada 8 bahagian. Memandangkan kanak-kanak menggemari permainan kami
telah menyelitkan unsur permainan iaitu menggunakan pistol kanak-kanak dan
peluru getah sebagai alatan. Hasil dapatan kami, ABM ini amat menarik minat
murid untuk belajar.

Cara permainannya adalah :


(a) Guru meminta murid menembak salah satu bahagian berwarna roda tembak-
tembak.
(b) Permainan sah apabila peluru terkena atau terlekat pada bahagian berwarna
roda.
(b) Setelah murid menembak mereka perlu menjawab soalan yang terdapat pada
kad arahan.

23
Konsep pengabungjalinan melibatkan keempat-empat kemahiran bahasa dan
aspek-aspek bahasa iaitu lisan, bacaan dan pemahaman, tatabahasa dan tulisan.
Sehubungan dengan itu, aspek ini haruslah diambil berat oleh guru dalam memilih
penggunaan alat bantu mengajar sekaligus meningkatkan keberkesanan
pembelajaran malahan dapat memberansangkan minat murid-murid.

Berdasarkan matlamat berikut, saya dan rakan sepejuangan telah memilih


beberapa kecekapan berbahasa yang hendak dicapai. Objektif yang hendak kami
capai berdasarkan rancangan pengajaran harian kami ini adalah berfokuskan
kepada kemahiran mendengar dan bertutur serta membaca. Di samping itu,
kemahiran menulis turut digabungjalinkan.

Menurut Charles F. Hoban, James D.Finn dan Edgar Dale, jika alat bantu
mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi
objektif-objektif berikut akan tercapai. Antara objektif yang kami ingin capai adalah
alat bantu mengajar (ABM) menjadi daya penarik yang penting untuk murid,
menghasilkan pembelajaran yang kekal, dan membantu pemahaman dan
perbendaharaan kata murid-murid.

Dan aspek yang terakhir adalah harga alat bantu mengajar (ABM). Alat bantu
mengajar ini dibina menggunakan polistrin, kertas warna, kotak dan lidi. Selain
daripada pengubahsuaian cara pengendalian ABM, kami juga telah mengubah
sumber bahan daripada gulungan tisu kepada gulungan kotak yang telah keras
dan tahan. Dari segi kos perbelanjaan, kos yang diperlukan tidaklah tinggi hanya
mengeluarkan wang untuk membeli polistrin sahaja. Justeru alat bantu mengajar
kami ini gunakan ini sangat fleksibel, murah dan senang dikendalikan.

24
Kotak ditebuk dijadikan Kotak dibalut untuk dijadikan
penahan roda tembak-tembak. tapak .

Roda tembak-tembak yang


telah siap.

Gambar menunjukkan prosedur menghasilkan Roda Tembak-tembak.

1 Sila eja perkataan ‘roti canai’.

2 Selain daripada ketupat, berikan 2 lagi jenis makanan yang telah dipelajari.

3 Sila eja perkataan ‘ ketupat’.

4 Apakah makanan bagi orang Melayu?

5 Capati terkenal dalam kalangan kaum?

6 Laksa Sarawak amat terkenal di negeri _______.

7 Lakonkan cara menebar roti canai

8 Bina ayat menggunakan ‘ketupat’ di papan tulis.

Soalan-soalan pada Kad Soalan Permainan Roda Tembak-tembak.

25
5.0 Penilaian Formatif

5.1 Kemahiran Lisan

Kami memantau kemajuan pembelajaran murid semasa pengajaran masih


berlangsung. Kami menggunakan pelbagai kaedah seperti hibur didik, soal jawab,
dan penerangan. Antara contoh pentaksiran formatif ialah soal jawab semasa
pengajaran dilakukan.

Guru meminta murid membuat satu tembakan Roda Tembak-tembak. Kad


soalan akan dibaca oleh guru dan murid harus mendengar dengan baik apabila
guru membaca arahan. Kemudian murid akan menjawab soalan tersebut dengan
memberi jawapan yang betul. Contoh soalan yang akan diberikan adalah;

1. Sila eja perkataan ‘ ketupat’.


2. Lakonkan suasana menerba ROTI CANAI sambil bersoal jawab dengan pelanggan.
3. Bercerita berpandukan gambar makanan yang ditunjukkan menggunakan perkataan
sendiri.

Melalui arahan kad soalan, murid diminta untuk mendengar dengan teliti
arahan yang terdapat pada kad. Setelah mendengar, murid akan menjawab soalan
dengan mengeja perkataan “ketupat”. Selain itu, murid dikehendaki untuk bercerita
menggunakan perkataan sendiri berdasarkan bahan ransangan. Hal ini telah
membuktikan bahawa kami telah mengaplikasikan kemahiran lisan dengan
kewujudan Roda Tembak-tembak sekaligus dapat membantu kami untuk memantau
prestasi murid untuk mencapai objektif pembelajaran.

26
5.2 Kemahiran Membaca

Guru meminta murid untuk membuat tembakan lagi. Murid akan diminta
untuk membaca arahan yang tertera ada kad soalan. Berbekalkan kemahiran
membaca, murid dapat menyelesaikan soalan. Contohnya soalan no. 2.

2 Selain daripada ketupat, berikan 2 lagi jenis makanan yang telah dipelajari.

Selain daripada itu, murid akan membaca perkataan makanan yang ditampal
di Roda Tembak-tembak secara seorang demi seorang secara mekanis. Guru akan
menampalkan semua kad perkataan pada Roda Tembak-tembak. Guru akan
menunjukkan perkataan, dan murid akan menyebutnya. Melalui aktiviti ini, guru
dapat menilai murid dapat membaca perkataan dengan betul mahupun tidak.

5.3 Kemahiran Menulis:

Dalam permainan Roda Tembak-tembak, kami turut menyelitkan beberapa


buah soalan yang akan menilai kemahiran menulis murid-murid. Contohnya soalan
nombor 8 yang meminta murid untuk membina ayat mudah menggunakan perkataan
“ketupat” di papan tulis.

Sebagai pengukuhan, kami mengedarkan lembaran kerja. Murid diminta


untuk membina ayat mudah berdasarkan perkataan yang dipelajari. Guru bertindak
sebagai fasilitator terus membetulkan kesalahan -kesalahan murid-murid dari segi
huruf besar, tanda noktah dan sebagainya.

27
Nama : ____________________ Kelas : __________________ Tarikh : ______________

Arahan : Bina ayat mudah berdasarkan nama makanan yang berikut.

Contoh :

1. roti canai

Roti canai merupakan makanan kegemaran bagi orang India.

2. ketupat

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------

3. capati

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. roti canai

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Kuih bulan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. laksa sarawak
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28
6.1 Refleksi

NAMA : SYAHIDAH BINTI ABD MAJID

Penulisan refleksi merupakan satu bentuk penulisan yang dapat


membentuk guru pelatih berfikiran reflektif dimana mereka perlu mengimbas
kembali segala hasil usaha yang dilakukan agar segala kebaikan dapat
diamalkan dan kelemahan dapat diperbaiki. Ini bersesuaian dengan profesion
perguruan dimana guru perlu sentiasa menilai hasil pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang telah dilakukan agar dapat menghasilkan kualiti
pembelajaran yang berkualiti. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Illahi
kerana dapat menyiapkan tugasan ini iatu Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (BMM 3103). Bagi pandangan saya secara peribadi tugasan
kali ini sangat membantu guru pelatih meningkatkan pelbagai aspek baik dari
segi kognitif iaitu dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dalam
pentaksiran bahasa melayu iaitu meliputi cara membuat soalan ujian di
peringkat sekolah rendah. Konklusinya, setelah melakukan tugasan ini
pelbagai kelebihan, kelemahan, dan cadangan penambahbaikan dapat
disimpulkan.
Kelebihan dalam melakukan tugasan ini adalah memberi peluang
kepada saya sebagai guru pelatih untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan
dalam bahasa melayu. Walaupun saya merupakan bangsa Melayu dan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan namun tidak
menjamin saya menguasai segala kemahiran dalam bahasa melayu kerana
penguasaan dalam bahasa melayu memerlukan seseorang individu
memperluaskan bacaan. Oleh itu, melalui tugasan ini merupakan satu
platform kepada saya untuk memperluaskan bidang bacaan secara intensif.
Tambahan lagi, melalui tugasan ini memberi peluang kepada saya
untuk mempelajari bagaimana pengujian terhadap murid dikendalikan. Melalui
bacaan yang dilakukan pengujian ditakrifkan sebagai prosedur bersistem
yang menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperihalkan ciri
pelajar dengan menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan (Nitko
2004). Sebagai bakal guru semestinya ilmu sebegini sangat penting perlu
dikuasai.

29
Di sini saya juga dapat merumuskan selain pengujian, penilaian
terhadap murid juga perlu saya pelajari. Menurut Stufflebaam
(1971), Thorndike dan Hager (1977) dan Laubiszyn  dan Borich (1996),
penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan mentafsir
maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan dalam membuat
keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Namun begitu,
tugasan kali ini meminta saya memfokuskan penilaian secara formatif.
Alhamdulillah, penilaian secara formatif telah berjaya saya kendalikan
sebagaimana tuntutan tugasan. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian
formatif ini berkesan, beberapa prosedur perlu diberi perhatian oleh guru iaitu
Menentukan tajuk pengajaran, menentukan aspek dan tahap
penguasaan,menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk, membina
soalan ujian dan mencadangkan tindakan susulan.
Selain itu, saya dan juga pasangan saya Crisyanti Kuling Angki telah
mewujudkan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang pada asalnya adalah
pemutar roda telah diubah suai menjadi papan penembak dimana telah kami
gunakan semasa pengajaran Bahasa Melayu semasa pengajaran
berpasangan berlangsung. Apa yang dapat saya lihat murid sangat tertarik
dengan BBM tersebut dan meningkatkan motivasi mereka untuk meneruskan
sesi p&p.
Seterusnya, tugasan ini telah memberi saya peluang untuk memahami
nilai kerjasama yang perlu diterapkan dalam diri individu yang bergelar seoran
guru. Kerjasama dalam melakukan tugasan ini dapat disimpulkan dengan
pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tidak dinafikan
untuk melakukan tugasan ini bersama rakan memerlukan pelan waktu yang
terancang memandangkan masing-masing sangat sibuk dengan praktikum
yang sedang dijalankan. Namun hasil kesefahaman dan tolak ansur dengan
rakan pasangan menjadikan tugasan ini berjalan dengan lancar dan
diharapkan dapat mencapai objektif tugasan seterusnya memuaskan hati
pensyarah kami iatu Puan Mispura Binti Matali. Tidak dinafikan juga tugasan
ini juga dapat memperkembangkan aspek sosial saya dimana saya telah
bertanya warga sekolah termasuk guru pembimbing untuk memberikan idea
dalam proses membuat BBM yang boleh dipelbagai gunakan. Justeru itu,
telah mendedahkan saya dengan situasi pergaulan bersama rakan sejawat.
30
Seterusnya, melalui tugasan ini memberi pengalaman kepada saya
mendekatkan diri dengan bidang keguruan dalam semua aspek. Dalam
perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan
peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan
dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik
permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui
proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang
seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai
seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang
tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.
Seterusnya, beralih pula kepada kelemahan dalam melakukan tugasan
ini. Tidak dinafikan kelemahan dalam menghasilkan tugasan ini bermula
dengan diri sendiri. Salah satunya adalah kekangan waktu. Memandangkan
saya sedang manjalani praktikum membuatkan saya leka dengan tugasan
praktikum yang agak banyak. Namun begitu semua ini dapat diatasi jika saya
membuat perancangan sebaik mungkin. Seterusnya, apa yang dapat saya
analisis tentang kelemahan saya dalam melaksanakan tugasan ini ialah dari
segi pencarian bahan rujukan. Saya akui saya agak lemah dalam mencari
kepelbagaian sumber sebagai bahan rujukan. Ini kerana saya telah
ditempatkan berpraktikum di Daerah Sematan dimana kawasan yang agak
terpencil membataskan saya untuk mencari bahan rujukan keran
perpustakaan di kawasan ini sangat kurang menyediakan buku rujukan.
Tambahan pula, penyambungan internet di sini kadang kala terputus
ekoran pencurian kabel Telekom Malaysia oleh sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab. Selain itu, sikap malas dan sedikit sambil lewa dimana
tidak lari pada diri setiap manusia telah membataskan saya menghasilkan
tugasan yang lebih berkualiti. Selain itu, sikap saya yang gemar melakukan
tugasan disaat-saat terakhir perlu diperbaiki. Tambahan lagi, semua tugasan
lain yang datang secara serentak membuatkan saya menjadi kelam kabut dan
buntu. Namun begitu semua ini dapat diatasi melalui penambahbaikan yang
akan dilakukan dari masa ke semasa. Kekangan kewangan juga menjadi
salah satu punca kelemahan dalam tugasan ini. Dimana perbelanjaan sara
hidup di tempat praktikum yang sangat tinggi membantutkan saya untuk
31
selalu pulang ke Kuching untuk mendapatkan bahan-bahan sebagai
pemantapan tugasan.
Konklusinya, apa yang dapat disimpulkan di sini segala kebaikan perlu
diteruskan dan segala kelemahan haruslah diperbaiki. Di sini
penambahbaikan yang perlu saya lakukan adalah dari segi sikap. Sebagai
guru pelatih seharusnya saya perlu lebih fokus dan komited dalam
menjalankan segala tugasan yang diberikan. Peluang melakukan tugasan
sebegini sepatutnya saya ambil untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak
mungkin. Oleh itu, segala penambahbaikan ini diharapkan dapat dijadikan
panduan agar menjadi guru tang lebih baik pada masa akan datang. Guru
yang baik adalah guru yang sentiasa mencari ilmu pengetahuan sebanyak
mungkin tidak kira dimana jua mereka berada. Guru yang baik juga akan
sentiasa menjadikan segala kelemahan yang telah dilakukan sebagai
panduan untuk tidak melakukan kesilapan yang berulang kali dan sentiasa
melakukan penambahbaikan untuk memantapkan lagi diri untuk membentuk
jati diri guru berkualiti.
Selain itu, saya juga perlu membuat perancangan sebaik mungkin
dalam memulakan segala tugasan agar tidak kelam kabut dan tugasan akan
menjadi teratur. Seterusnya, melalui pengalaman saya di sini, apa yang dapat
saya lihat pihak jawantankuasa kampong perlu lebih peka dengan aspek
akademik anak-anak kampung agar mereka tidak keciciran dengan kanak-
kanak di Bandar sana. Pihak bertanggunjawab perlu lebih peka dengan
kemudahan belajar mereka seperti buku rujukan di mana sangat kurang.
Semua pihak perlu bertanya kepada diri sendiri bagaimana untuk
mewujudkan negara yang maju menjelang tahun 2020 jika peluang
pendidikan masih di tahap yang rendah.
Natijahnya, tugasan ini amatlah bermkna kepada saya kerana pelbagai
aspek dapat saya perolehi. Oleh itu, saya sangat berharap pihak Institut
Perguruan Malaysia dapat meneruskan tugasan bercorak sebegini kerana
dapat member pendedahan kepada guru pelatih dalam pelbagai aspek baik
dari segi perkembangan teori mahupun praktikal. Saya juga berharap agar
hasil tugasan kali ini dapat member seribu kebaikan kepada diri sendiri,
masyarakat dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan agar sedikit sebanyak
dapat memberi manfaat sesiapa sahaja untuk meluaskan ilmu mereka.
32
Nama : Crisyanti Kuling Angki

Alat bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ngui Kuen Sang (1981)
menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu
mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan
pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan
dan pandangan seseorang pelajar. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan
pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu
mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-
alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama “ alat bantu
mengajar”.

Sehubungan dengan itu, saya dan rakan telah mengambil keputusan untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar dengan mengguna semula bahan terbuang
iaitu kotak dan gulungan tisu untuk menghasilkan Roda Tembak-tembak. Pada
asalnya Roda Tembak-tembak ini merupakan Roda Impian di mana cara
penggunaannya adalah diputarkan ketika bermain. Namun selepas memerah
otak, akhirnya terhasillah Roda Tembak-tembak setelah diubahsuai. Sedikit
sentuhan diberikan dengan menggunakan polistrin supaya lebih tahan dan ringan
serta mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Antara faktor kami memilih bahan bantu mengajar ini adalah kerana mudah
untuk dibina dan mengambil masa yang singkat sahaja untuk membuatnya.
Justeru, sesuai dengan status kami sebagai guru pelatih yang menjalani pratikum
yang mempunyai beban kerja yang banyak membatasi kami untuk menghasilkan
bahan bntu mengajar. Namun, Roda Tembak-tembak ini hanya mengambil masa
yang singkat sahaja. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih.

Faktor kedua yang menjadi kekuatan bahan bantu mengajar Roda Tembak-
tembak ini adalah kos yang digunakan adalah dari segi kos yang dibelanjakan.
Kami hanya membeli 1 keping polistrin, 8 keping kertas A4, 8 keping kertas
laminate dan kotak yang tidak digunakan lagi. Saya percaya sebagai seorang
guru bahan-bahan yang digunakan oleh saya dan kawan adalah bahan utama

33
yang harus dimiliki oleh guru. Justeru tidak akan wujud masalah untuk
mendapatkan bahan-bahan yang digunakan.

Selain daripada itu, faktor ketiga Roda Tembak-tembak ini mengaplikasikan


ketiga-tiga kemahiran yang diperlukan dalam media yang digunakan. Secara
tidak langsung pengabungjalinan kemahiran telah saya lakukan dalam
penghasilan bahan bantu mengajar Roda Tembak-tembak ini. Sehubungan
dengan itu, aspek ini haruslah diambil berat oleh guru dalam memilih
penggunaan alat bantu mengajar sekaligus meningkatkan keberkesanan
pembelajaran malahan dapat memberansangkan minat murid-murid.

Melalui tugasan ini, saya telah sedar betapa pentingnya kita membuat pilihan
untuk mengggunakan sesuatu bahan bantu mengajar. Bukan setakat menarik
minat belajar murid-murid tetapi saya juga mempelajari bahawa setiap bahan
bantu mengajar yang kita gunakan adalah bersifat fleksibel iaitu dapat
diaplikasikan untuk matapelajaran yang lain seperti Matematik, Pengurusan
Tingkah Laku. Saya berani berkata demikian kerana saya telah mencuba bahan
bantu mengajar ini sebagai BBM atau ABM saya semasa mengajar. Sifatnya
yang multifunction ini menjadikan Roda Tembak-tembak ini mempunyai nilai
estetikanya tersendiri.

Satu hal yang dapat saya banggakan dengan hasil pengubahsuaian bahan
bantu mengajar ini adalah apabila dapat menghasilkan roda Tembak-tembak
setelah diinovasikan. Saya percaya sekiranya saya tidak membuat tugasan ini,
sudah pasti saya belum membuat inovasi bahan bantu mengajar sedia ada.
Melalui tugasan menghasilkan bahan bantu mengajar ini, saya sedikit sebanyak
memberikan ruang untuk minda saya untuk terus berfikir mencari idea yang
terkini.

Hal baharu yang saya pelajari secara ilmiah melalui tugasan ini adalah
mengenai model gabungjalin bahan media. Ini kerana melalui pembacaan untuk
mendapatkan maklumat, saya telah terbaca satu buku yang membincangkan
teknik pengabungjalinan bahan daripada media. Jika sebelum ini, saya hanya
tahu pengabungjalinan hanya berlaku dalam matapelajaran. Justeru saya amat
bersedtuju dengan idea Di Vesta dan P. Rieber yang mengatakan bahan-bahan

34
yang digunakan dalam pengajaran biarlah berurutan iaitu mempunyai perkaitan
secara hierarki dan mengikut susunannya.

Saya dan rakan sepejuangan telah sepakat memilih beberapa kecekapan


berbahasa yang hendak dicapai. Objektif yang hendak kami capai berdasarkan
rancangan pengajaran harian kami ini adalah berfokuskan kepada kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Berpandukan objektif ini, saya
dan Syahidah menghasilkan Roda Tembak-tembak ini.
Menurut Charles F. Hoban, James D.Finn dan Edgar Dale, jika alat bantu
mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi
objektif-objektif berikut akan tercapai. Antara objektif yang kami ingin capai adalah
alat bantu mengajar (ABM) menjadi daya penarik yang penting untuk murid,
menghasilkan pembelajaran yang kekal, dan membantu pemahaman dan
perbendaharaan kata murid-murid.
Penilaian Formatif sesungguhnya telah didedahkan kepada kami guru pelatih
dalam pengajaran yang lepas. Namun kali ini tugasannya agak mencabar kerana
kami akan merancang penilaian formatif berdasarkan Roda Tembak-tembak yang
telah dihasilkan oleh kami. Untuk mendapatkan hasil yang baik, saya telah
berkomitmen untuk meminjam buku di perpustakaan institut balik pada hujung
minggu untuk mendapatkan maklumat.
Melalui penghasilan penilaian ini, saya dan Syahidah telah sepakat untuk
menggabungjalinkan kemahiran - kemahiran bahasa yang perlu dipelajari semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam rancangan pengajaran
harian, setiap langkah mengaplikasikan kemahiran yang berbeza. Langkah 3 di
mana Permainan Bahasa iaitu Roda Tembak-tembak dimainkan. Bukti wujudnya
kemahiran lisan adalah ketika guru bersoal jawab dengan murid. Murid mendengar
soalan atau arahan guru dan memberi respon dengan bertutur. Contohnya guru
mengarahkan murid mengeja perkataan “ketupat”. Mendengar arahan guru dan
mengeja sama ertinya bertutur.
Kesimpulannya, saya telah menimba ilmu mengenai pentaksiran Bahasa
Melayu ini. Secara keseluruhannya saya berharap agar tugasan kali ini akan
membantu saya kelak untuk melakukan penilaian sumatif mahupun formatif. Seperti
kata Bloom et.al (1971), kebanyakan pelaja iaitu mungki 90% dapat menguasai

35
pembelajaran. Oleh itu, menjadi tugas pengajar mencari jalan untuk membolehkan
pelajar menguasai pelajaran.

36
BIBLIOGRAFI

Laman Web

Diakses pada 29 Julai 2013

 http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/menulis-karangan-secara-
proses.html
 http://nyaringnora.blogspot.com/2011/07/pendekatan-pengajaran-bahasa.html
 http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.html
 http://zamanrasa.blogspot.com/2009/09/nota-penting-4-konsep-kaedah-
pandang.html

 Diakses pada 28 Julai 2013 di laman


http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/penilaian-formatif-dan-
sumatif.html
 Diakses pada 30 Julai 2013 di laman
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/taksonomi-bloom-
perubahan-yang.html
 Diakses pada 3 Ogos 2013 di laman http://www.ums.edu.my/v51/index.php?
option=com_content&view=article&id=1655%3Apenilaian&catid=682%3Apenerb
itan&Itemid=2073&lang=ms
 Diakses pada 23 Ogos 2013 di laman
http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kendalian_sekolah.pdf

Buku

- Mokhtar Ismail, 2009. Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa


dan Pustaka.
- Noraini Idris, 2009. Pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpu: The McGraw.
- Mohd. Hilmi haji Ismail, 1982. Pengajaran dana pembeajaran Bahasa Malaysia
di Sekolah-Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Insititut Bahasa, 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

37
Roda Tembak-tembak

38

Anda mungkin juga menyukai