Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Amir Mohamad, al-Faysal al-Su’ud berpendapat ekonomi Islam ialah satu ilmu
wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan
masyarakat sesuai dengan syariat. Akram Kahn mendefinisikan ekonomi Islam sebagai
kajian al-Falah manusia melalui pengurusan sumber bumi , berasaskan kerjasama dan
penyertaan. Hailani Muji Tahir (1991) menerangkan bahawa ekonomi islam adalah suatu
ilmu sains kemasyarakaan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan
menguruskan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga kepentingan
masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah SWT.

Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah
(1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). Ibn Taimiyah yang berpusat di
Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran
sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibn Khaldun
pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak
perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran,
penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara, dll. Beliau yang berasal dari
Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi
yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, Sistem Ekonomi Islam adalah sistem yang
padanya terdapat bagaimana Islam mengatur kehidupan berekonomi dengan apa yang
dimliki melalui keteliyiam berfikir yang , meliputi nilai-nilai moral Islam dan Ilmu Ekonomi. Ia
juga mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah sama da pada peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk maslahah diri , masyarakat dan
negara termasuklah aspek rohani dan jasmani untuk mencari mardhatillah.

Sistem ekonomi Islam mempunyai objektif untuk menyatupadukan pembangunan


material dan spiritual. Ini kerana aspek kehidupan , jasmani dan rohani tidak boleh
dipisahkan. Falsafah sistem ekonomi Islam menggariskan bahawa sumber harta dan
kekayaan adalah milik Allah. Manusia saling bantu-membantu sama ada untung atau rugi
yang mana kehidupan di dunia tidak akan terlepas daripada kehidupan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai