Anda di halaman 1dari 3

Ketua

 Memastikan keadaan disiplin pelajar dalam keadaan yang terkawal

 Memastikan Pengawas yang bertugas pada hari berkenaan menjalankan tugas mereka
dengan sempurna dan mencatitkannya ke dalam Buku Laporan yang disediakan.

 Mengutip segala bentuk penerimaan kewangan dan memberikan kepada guru untuk
dimasukkan ke dalam akaun

 Mengambil alih tugas Pengawas Perpustakaan yang tidak dapat menghadirkan diri untuk
bertugas pada hari berkenaan.

 Memastikan perpustakaan dibuka dan ditutup pada masanya.

 Mengikut dan menjalankan arahan yang diberikan oleh guru PSS

Penolong Ketua

 Mengambil alih semua tugasan apabila ketua tiada

 Membantu Ketua dalam menjalankan tugasnya

 Mengikut dan menjalankan arahan yang diberi oleh AJK Pengawas dari masa ke semasa.

Susun Buku

 Memastikan buku-buku disusun dengan betul di dalam rak mengikut:-

 Tulang buku menghadap keluar agar tajuk buku mudah dibaca oleh pengguna

 Hanya buku-buku yang mempunyai No Pengkelasan yang sama diletakkan di dalam rak yang
mewakili nombor pengkelasan berkenaan (Perhatian:- Buku-buku yang mempunyai nombor
pengkelasan yang berbeza hendaklah diletakkan di rak yang mewakili nombor pengkelasan
buku berkenaan).

 Menyemak buku-buku agar mempunyai nombor pengkelasan yang betul mengikut Sistem
Dewey.

 Menggunakan daya kreativiti masing-masing menyusun buku yang berlainan saiz agar rak
kelihatan kemas dan menarik.

 Memastikan rak sentiasa kemas, menarik dan teratur

 Menghantar buku-buku yang rosak di rak ke Bilik Kerja PSS untuk baikpulih.

 Mengambil buku-buku yang berada di kaunter pinjaman/ pemulangan untuk di susun di


dalam rak.

Kaunter

 Merekod pinjaman dan pemulangan buku-buku dengan betul.

 Merekodkannya ke dalam komputer.

 Memastikan pinjaman dibuat dengan betul iaitu Kad Putih untuk buku-buku di rak luar.

 Memungut denda dengan betul iaitu 20 sen untuk setiap hari yang terlewat hantar bagi buku
fiksyen dan 50 sen bagi buku rujukan dan merekodkan kutipan.
 Memungut bayaran pembelian kad oleh pelajar iaitu RM2.00 untuk setiap keping kad dan
merekodkan kutipan.

 Memastikan pelajar hanya memiliki satu kad perpustakaan.

 Menyemak kad-kad pinjaman pelajar untuk merekodkan kelewatan agar tindakan segera
dapat diambil iaitu dengan menghantar memo ‘ hantar lewat’ kepada pelajar berkenaan.

 Memastikan buku-buku disusun dengan rapi dalam almari ‘red-spot’

Keceriaan / Kebersihan

 Memastikan kebersihan di perpustakaan berada pada tahap maksima iaitu lantai tidak ada
sampah, tingkap tidak berhabuk, siling tidak mempunyai sarang labah-labah.

 Memastikan susunan di ruangan bacaan ringan sentiasa kemas, teratur dan menarik.

 Membuat laporan apabila mendapati ada pengguna yang membuang sampah seperti kartas
gula-gula, kertas tisu dan lain-lain setelah memberi amaran kepada pelajar berkenaan.

 Memastikan ruangan di Papan Kenyataan sentiasa ‘ up-to-date’ dengan maklumat terkini dan
membuang mana-mana kenyataan yang dirasakan tidak diperlukan lagi.

 Memastikan pengguna tidak mengalihkan kerusi yang diletakkan di meja-meja

 Mengelap meja perpustakaan dan memastikan perpustakaan sentiasa kelihatan ceria

 Memastikan peralatan seperti pen, pensil dan lain-lain di kaunter berada dalam keadaan
yang boleh berfungsi dan menukarkannya apabila perlu

Memeriksa keluar masuk pelajar

 Memeriksa kemasukan pelajar ke perpustakaan agar tidak membawa masuk bahan-bahan


yang tidak dibenarkan seperti buku rujukan persendirian, fail dan sebagainya.

 Memeriksa pelajar yang keluar agar mereka tidak membawa keluar buku-buku perpustakaan
atau bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran.

Pengawas Sudut Bacaan di Kantin, laluan koperasi dan teratak minda

 Meletakkan buku-buku di sudut bacaan di kantin, laluan koperasi dan teratak minda.

 Mengambil kembali buku tersebut dan disimpan di perpustakaan setelah perpustakaan di


tutup.

 Memastikan buku-buku sentiasa berada dalam keadaan tersusun.

 Memastikan sudut bacaan ini sentiasa bersih dan kemas.

Pengawas Media Elektronik

 Menjaga alat-alat di dalam bilik tersebut.

 Merekod pinjaman alat-alat elektronik.

 Memastikan pinjaman dibuat dengan betul dan dikembalikan

 Memastikan papan hitam sentiasa bersih dan pemadam serta kapur tulis berada di
tempatnya.
 Membantu mengurus alat-alat pandang dengar (Perkakasan dan perisian)

 Membantu membaik pulih bahan-bahan yang rosak

 Menjaga kebersihan bilik media elektronik.

 Memastikan rak sentiasa kemas, menarik dan teratur

 Memastikan kerusi berada dalam keadaan teratur

 Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh guru Media Elektronik.

Pengawas Bilik BBM

 Menyusun, mengemas, membersih bilik BBM

 Membantu menyediakan bahan-bahan

 Menjaga alat-alat yang terdapat dalam bilik BBM

 Membantu mambaik pulih bahan-bahan yang rosak

 Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh guru BBM.

Pengawas PAK

 Menjaga alat-alat di bilik PAK dan merekodkan pinjamannya

 Menjaga alat-alat di bilik PAK dan merekodkan pinjamannya

 Memastikan pinjaman dibuat dengan betul dan dikembalikan

 Memastikan ‘white board’ sentiasa bersih dan ‘maker pen’ serta pemadam berada di
tempatnya.

 Membantu membaik pulih bahan-bahan yang rosak

 Menjaga kebersihan bilik PAK

 Memastikan rak sentiasa kemas, menarik dan teratur

 Menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan oleh guru PAK

Anda mungkin juga menyukai