Anda di halaman 1dari 2

Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu “movere” yang bermaksud “to move”

atau untuk bergerak.Baron (1992) – motivasi adalah proses internal yang mengaktifkan memberi
panduan dan mengawal tingkah laku sepanjang masa. Conger dan Galamus (1997) istilah motivasi
merujuk kepada keperluan, matlamat dan kemahuan yang membakar semangat seseorang melakukan
sesuatu.

Perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah


mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia
biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi.

Pada masa sekarang ada sahaja mereka yang menggunakan kata kata motivasi yang menjadi
pendorong kepada mereka untuk mencapai matlamat tertentu. Perkara ini tidak asing lagi dengan
adanya penyampaian serta huraian yang telah diberikan oleh golongan pakar tentang peri pentingnya
mempunyai motivasi dalam setiap diri tidak kira teerhadap golongan pelajar, mahasiswa, golongan
pekerja mahupun rakyat marhain.

Bagi diri saya perkara baru yang telah saya pelajari ialah, tidak melupakan apa yang terdapat
dalam Al-Quran itu sendiri yang mana terdapat banyak ayat ayat daripadanya mendorong manusia
supaya bermotivasi dalam hidup dengan Mukjizat Qalam yang penuh hikmah. Selain daripada Ayat suci
ini sebagai pemangkin semangat manusia, Hadith daripada Nabi Muhammad juga telah menjadi
panduan besar yang kedua dalam hidup manusia. Daripanya juga terdapat Qaul Qaul yang menyatakan
hikmah, hukum syarak, dan pelbagai panduan termasuklah kata kata motivasi untuk seluruh ummat.

Yang menjadi pilihan saya ialah, Rasulullah SAW bersabda, "Man la Yarham, la Yurham.."-Hadis
Riwayat Muslim. Maksudnya, barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi. Sahabat,
saya terkesan dengan hadis ini kerana acap kali di pendengaran. Ia mudah difahami dan didalami
maksudnya. Agama kita amat menggalakkan kita berkasih sayang sesama makhluk Allah. Jika kita ingin
diri kita disayangi oleh orang lain, maka sayangilah mereka dahulu. Hidup ini indah bila dilatari dengan
ukhwah dan kasih sayang keluarga, sahabat dan saudara seIslam.

Masakan kita boleh membayangkan bila mana kita keseorangan, tidak disayangi, dijauhi, dan
tiada berteman?? Dari kasih sayang akan membuahkan ukhwah, melahirkan cinta, menghasilkan doa
dan memekarkan rahmat Allah. In fact, sesuatu kasih sayang itu akan tumbuh, bercambah dan bersemi
hanya dengan izin Allah. Pendek kata, paksikanlah kasih sayang kita ikhlas Lillah. Sehebat mana pun
kuasa kita, setinggi mana pangkat kita, segunung mana harta kita dan segah mana nama kita, kasihilah
Allah terlebih dahulu.
Yang menjadikan diri saya ini memilih untuk menyebut perkara besar ini adalah datang
daripada contoh terbaik dalam hidup saya, beliaulah ayah saya yang saya segani lagi kasihi. Kasihnya
kepada Anak dan penting nya beliau dalam hidup saya, beliaulah tempat saya bergantung hidup dan
lelah usahanya menjadikan saya sudah berada ditahap ini. Kasihnya beliau tidak hanya kepada
keluarga, malah dapat dilihat apabila dipercayai oleh mukim tempat kami menumpang teduh. Beliau
disegani dan dilantik menjadi Imam Muda Mukim.

Dijadikan kisah terdekat, cara beliau bermuamalat adalah dengan cara kasih dan penuh
hikmah, kami yang menyaksikan sendiri merasakan inilah perkara yang patut dicontohi, perlu
diteladani, dan ini lah yang telah dibenarkan dengan sabda daripada Nabi, “ Man la yarham, La
yurham”. Kisahnya, beliau memiliki rumah yang telah disewakan kepada penyewa yang telah
berkeluarga dan berkerjaya. Satu masa diketahui daripada Abang saya yang penyewa tersebut sudah
lama tidak membayar sewa bulanan yang sudah tertunggak hingga 4 bulan. Perkara ini tidak sekalipun
diceritakan oleh ayah walaupun ianya berlarutan setelah sekian lama. Bila perkara ini ditanya kan
sendiri dengan persaan yang sedikit bercampur baur kepada Ayah, beliau menjawab dengan penuh
hemah, “ tak mengapalah, jangan minta. Mungkin mereka tengah ada masalah, biarlah”. Jawapan ini
telah meruntun jiwa saya agar saya juga kuat untuk menyayangi agar diri disayangi. Benarlah, patutlah,
ramai yang menyantuninya dek kerana kasih sayang yang ditabur pada awalnya.

Menyaksikan perkara yang besar2 yang lain, kisah mereka yang hebat hebat belaka,
menjadikan diri ini juga ingin berada pada maqam yang sama iaitu dengan mengasihi sekalian apapun,
insyaAllah kita dikasihi dan kitalah yang sebenarnya menjemput rahmat daripada Allah yang
sememangnya cukup cukup luas untuk bernaung dibawahnya.

Sebagai penutup, galilah dan carilah tentang banyaknya kata kata motivasi yang diwahyukan
sendiri oleh Allah pencipta Agong dan sabda sabda daripada Nabi Besar Muhammad s.a.w. sebagai
pedoman dan perangsang supaya pemikiran kita jenih dengan kata kata positif yang sememangnya
banyak terdapat dalam Al-Quran.

MAN LA YARHAM LA YURHAM , -Nabi Muhammad s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai