Anda di halaman 1dari 8

TAJUK:

MASALAH IBU BAPA MUDA


DALAM MENJAGA ANAK KECIL

TARIKH:
02 NOVEMBER 2018

HARI:
JUMAAT

MASA:
3.00PM – 3.40PM

TEMPAT:
LAB CPD, KULIYYAH OF EDUCATION,
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA,
GOMBAK,
SELANGOR
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa.
Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal
dan bermasalah. Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada
kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang
sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain
putih itu dengan corak dan warna tertentu. Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai
kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan
mengenai aspek keibubapaan. Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan
melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada
apa yang didengar. Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik
sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka
lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan. Maka, wajarlah dalam
mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

2.0 RASIONAL

Untuk memberi bimbingan kepada mereka yang terlibat supaya dapat membuat
perancangan yang betul dalam mendidik anak anak

3.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Kohort 2 dan Kohort 3, Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling), Cawangan Kota Bharu, Kelantan.
4.0 JENIS KUMPULAN

4.1 KOMPOSISI KUMPULAN

Pelajar yang sudah berkahwin atau baru berkahwin dan sudah mempunyai
anak minima seorang.

4.2 SAIZ KUMPULAN

Seramai 6 – 8 orang ahli termasuk fasilitator program.

4.3 KEKERAPAN DAN TEMPOH MASA

Diadakan sebanyak sekali sesi iaitu selama 40 minit satu sesi.

4.4 TEMPOH PROGRAM

Satu sesi sahaja

4.5 MASA DAN TEMPAT

Program ini akan diadakan pada jam 3.00 petang, bertempat di Lab CPD,
Kuliyyah Of Education, International Islamic University Malaysia, Gombak,
Selangor

4.6 KUMPULAN TERBUKA ATAU TERTUTUP

Kumpulan untuk program ini adalah tertutup.

4.7 JENIS PROGRAM

Berkonsepkan Teori Psikologi Individu (Alfred Adler) di mana menekankan


konsep berusaha ke arah superioriti. Ini bermaksud usaha mereka untuk
berkembang. Kuasa yang mendorong individu untuk berusaha ke arah
superioriti wujud sejak lahir dan setiap individu menggunakan potensi ini
mengikut gaya hidup mereka yang unik di samping gigih mencapai matlamat
yang diidamkan.
4.8 SUKARELA ATAU DIRUJUK

Pelajar-pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Kohort 2 dan Kohort 3, Ijazah


Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) yang sukarela adalah
seperti berikut:

- Noraini
- Mala
- Azizah
- Azwan
- Izwanies

5.0 OBJEKTIF

5.1 mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak kecil
dalam mendidik dan mengasuh anak

5.2 Berkongsi strategi dan cara daripada ahli kumpulan dalam menangani masalah
mereka

5.3 Ahli-ahli dapat membuat pilihan kaedah dan teknik kemahiran keibubapaan yang
sesuai dengan pendekatan islam.

6.0 KANDUNGAN

6.1 Masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak kecil dalam mendidik
dan mengasuh anak

6.2 Contoh-contoh cara yang dilakukan oleh mereka dalam menangani dilemma
mereka.

6.3 Pemilihan kaedah oleh mereka sendiri bagi menangani hal mereka secara lebih
islamik
7.0 TANGGAPAN/KRITERIA KUMPULAN

Diantara ciri-ciri ahli yang diambil kira dalam program ini ialah:

- Lelaki atau Perempuan


- Berumur antara 21 tahun sehingga 45 tahun
- Seorang yang sudah berkahwin dan mempunyai minimum seorang
anak
- Anak hendaklah berumur tidak kurang 12 bulan.

8.0 PROSEDUR

KANDUNGAN SOALAN CARA KEMAHIRAN /


AKTIVITI
Masalah-masalah Nyatakan Soalan  “Attending
masalah yang Terbuka Skills”
anda hadapi
dalam mendidik  Kemahiran
anak anak anda. Mendengar

Nyatakan  Kemahiran
reakasi anak Bertanya
anda apabila Soalan
anda meminta
mereka
melaksanakan
sesuatu arahan

Contoh-contoh Bagaimana cara Soalan  Kemahiran


cara yang menangani Terbuka Mendengar
dilakukan oleh kerenah anak
mereka anda yang  Kemahiran
bermasalah. Bertanya
Soalan

 Kemahiran
Memberi
Tindak Balas
 “Reflecting
Content”

Pemilihan kaedah Anda rasa apa Soalan  Kemahiran


oleh mereka yang patut dan Terbuka Mendengar
sendiri boleh anda
lakukan untuk  Kemahiran
menambah baik Bertanya
cara mendidik Soalan
anak anak anda.
 “Paraphrasing”

9.0 LIMITASI/ BATASAN

Di antara halangan pengendalian dalam program ini adalah seperti:

- Fasilitator yang berkemahiran atau tidak


- Fasilitator yang kreatif atau tidak
- Ahli yang aktif dan pasif
- Ahli yang beremosi
- Persekitaran yang teraputik atau tidak
10.0 PENILAIAN

BORANG KAJI SELIDIK

PROGRAM KESEIMBANGAN BEKERJA DAN BELAJAR

(Tandakan √ pada yang berkenaan)

Sangat Baik Sederhana Lemah Sangat


Baik Lemah
(5) (4) (3) (2) (1)
Fasilitator:
Seorang yang berkemahiran dalam
program ini
Fasilitator:
Seorang yang kreatif dalam program
ini
Ahli:
Dapat berkongsi masalah tanpa ada
perasaan was-was
Ahli:
Berkongsi alternatif lain antara satu
sama lain
Ahli:
Mempunyai idea baru untuk dicuba
dalam menangani masalah yang ada
Persekitaran:
Tempat program yang diadakan
sesuai, selesa dan bagus

Cadangan/Komen:
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………….
11.0 RUJUKAN

11.1 Perkhidmatan Kaunseling Keluarga : Satu Alternatif Dalam Pengurusan Konflik

Rumah Tangga

https://www.scribd.com/doc/48257693/kaunseling-keluarga

11.2 7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

https://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/

11.3 Anak Akan Jadi Lebih Beradab Bila Ibu Bapa Didik Anak Dengan Cara Ini..

http://www.terlajakvirals.com/anak-akan-jadi-lebih-beradab-bila-ibu-bapa-didik-
anak-dengan-cara-ini/?fbclid=IwAR0GB-59uWfBZ0MxjXFw4qscwLWBB-
6brtbczpfYqpaDGWWPAQ8JynRdt3A

11.4 Teori Psikologi Individu Alfred Adler

https://www.scribd.com/doc/6055575/Teori-Psikologi-Individu-Alfred-Adler

Anda mungkin juga menyukai