Anda di halaman 1dari 3

SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

72200 BATU KIKIR


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KOD SEKOLAH: NEE 6002
TEL : 06-4981393 FAX : 06-4982620

Ruj Kami : Bil (21) UBK/SMKBK(MK)/09/05


Tarikh : 20 Mei 2009

Kepada:
.............................................
.............................................
.............................................
.............................................

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA HARI KOKURIKULUM DAN HARI KOPERASI


SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) TAHUN 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu Kikir (Model Khas) akan menganjurkan Hari Kokurikulum dan
Koperasi seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)


2.2 Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
2.3 Tempat : Dewan Za’ba, SMK Batu Kikir (Model Khas)

3. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat pendidikan, kemahiran dan kerjaya kepada
pelajar dan semua lapisan masyarakat yang hadir pada hari tersebut. Program ini merupakan program satu hari,
semua penduduk setempat dan orang ramai dijemput hadir untuk meraikan dan mengikuti semua aktiviti yang telah
dirancangkan sepanjang hari tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar jemputan ini mendapat persetujuan daripada pihak tuan
dan bayaran bagi sewa tapak adalah sebanyak RM 50.00 (cek atau tunai atas nama PIBG SMK Batu Kikir
(Model Khas). Bayaran boleh dibuat pada 24 Jun 2009 semasa pendaftaran. Bersama-sama ini dilampirkan surat
persetujuan daripada pihak tuan untuk menyertai pameran tersebut dan mohon untuk mengembalikan borang ini
melalui faksimile kami yang tertera di atas sebelum 12 Jun 2009.

5. Justeru, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat yang diperlukan bolehlah berhubung dengan
pihak sekolah di talian di atas atau berhubung terus melalui talian 017-3794790 (Pn. Norzita Kamarudin)/
012-3904935 (Cik Norulhuda Muhamad). Kerjasama dan komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(SHANTI A/P V.K RAMAN)
Guru Penolong Akademik
b/p Pengetua,
SMK Batu Kikir (Model Khas)

BORANG JAWAPAN

Kepada: Tarikh:
Pengetua,
SMK Batu Kikir (Model Khas)
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

U.P:- Guru Bimbingan dan Kaunseling

Pihak kami _____________________________________ dengan ini * bersetuju / tidak bersetuju untuk


(Nama Kolej)
menyertai Pameran sempena Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Batu Kikir (Model Khas) Tahun
2009 pada 24 Jun 2009 (Rabu) jam 8.00 pagi – 4.30 petang.

Yang benar,

...........................................................
( )
BORANG JAWAPAN

Kepada: Tarikh:
Pengetua,
SMK Batu Kikir (Model Khas)
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

U.P:- Guru Bimbingan dan Kaunseling

Pihak kami _____________________________________ dengan ini * bersetuju / tidak bersetuju untuk


(Nama Kolej)
menyertai Pameran sempena Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Batu Kikir (Model Khas) Tahun
2009 pada 24 Jun 2009 (Rabu) jam 8.00 pagi – 4.30 petang.

Pihak kami juga akan membuat bayaran sewa tapak pameran sebanyak RM 50.00 secara ____________
(cek / tunai) atas nama PIBG SMK Batu Kikir(Model Khas) pada 24 Jun 2009 semasa pendaftran.

Yang benar,

...........................................................
( )

Anda mungkin juga menyukai