Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA GOTONG

ROYONG PERDANA PERINGKAT


SEKOLAH

31 MAC 2018

Anjuran :
SMK (P) BANDARAYA
CHANGKAT THAMBI DOLLAH,
55100 KUALA LUMPUR

Dengan Kerjasama:
PERSATUAN IBU BAPA - GURU (PIBG)
SMK (P) BANDARAYA, KL.
1
1.0 PENDAHULUAN
Sesi persekolahan bagi tahun 2018 telah bermula 2 bulan yang lalu. Bagi memastikan
keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di SMK (P) Bandaraya berada
pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu
dititikberatkan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu Program Gotong Royong Perdana
akan dijalankan di SMK (P) Bandaraya pada 31 Mac 2018.

Sepertimana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong royong
perdana pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah yang terdiri
daripada para guru, staf-staf sokongan serta para pelajar. Tidak terkecuali para ibu bapa serta
masyarakat setempat yang turut sama membantu mengerah keringat demi kemajuan sekolah.

Antara objektif Program Gotong Royong Perdana ini adalah:

(i) Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.


(ii) Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
(iii) Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah.
(iv) Meningkatkan kerjasama & mengeratkan silaturahim antara warga sekolah
serta masyarakat setempat

Program Gotong Royong Perdana pada kali ini dimulakan dengan satu sesi perhimpunan
khas yang diadakan di Dewan Terbuka SMK (P) Bandaraya yang dihadiri oleh semua guru,
ibu bapa dan pelajar . Acara dimulakan seawal jam 8.00 pagi didahului dengan ucapan alu-
aluan oleh Puan Pengetua, Mek Emas binti Abdullah dan taklimat gotong royong.

Fokus utama bagi program gotong royong perdana pada kali ini adalah membersih dan menceriakan
kawasan sekolah dan keceriaan kelas di bawah bimbingan guru kelas masing-masing. Setiap kelas
dikehendaki untuk memastikan segala kemudahan yang berada dalam kelas termasuk kerusi dan
meja pelajar berada pada keadaan terbaik. Setiap kelas juga perlu mengemaskini papan notis kelas
masing-masing dengan maklumat-maklumat yang diperlukan.

2
Kawasan-kawasan lain yang turut terlibat dalam program gotong royong pada kali ini adalah:
(i) Pondok Rumah Kampong
(ii) Kawasan taman bunga
(iii) Kawasan semaian KH
(iv) Bilik-bilik Khas
(v) Bilik BOSS / SPBT
(vi) laluan ke Pejabat am/kawasan kolam
(vii) Papan notis PK & Bidang

2.0 MATLAMAT
i) Peserta dapat menerapkan nilai-nilai kerjasama dalam diri.
ii) Peserta dapat meningkatkan semangat kesatuan ummah dalam diri.
iii) Peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang aktiviti kesukarelawan.
iv) Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dari aktiviti ramah.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 31 Mac 2018
Masa : 8.00 – 1.00 tengahari
Tempat : Kawasan sekitar SMK (P) Bandaraya dan termasuklah semua kelas,
Bilik-Bilik Khas, PSS, rumah kampong, tapak
semaian KH, taman herba, kawasan sekitar pondok jaga, Tandas murid
dan guru.

4.0 SASARAN
Semua warga SMK (P) Bandaraya , ibu bapa dan semua murid.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam pembangunan diri dan pendidikan
untuk menjadi institusi pendidikan yang terbilang.
5.2 Mewujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif.
5.3 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
5.4 Memupuk kesedaran dan menerapkan nilai- nilai murni dalam pendidikan.
5.5 Memenuhi kepuasan pelanggan dan stakeholders.
3
6.0 KPI (‘Indikator’, ‘Output’ dan ‘Outcome’)

Output Meningkatkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja


serta memudahkan proses kerja.

Outcome 1. Keadaan Bilik-bilik Khas / Kelas menjadi bersih dan tersusun


2. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produkti
3. Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang
4. Meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru
5. Semua warga SMK (P) Bandaraya akan lebih berdisiplin dan
beretika
6. Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat
7. Menjadi kebanggaan semua warga SMK (P) Bandaraya dan
meningkatkan imej sekolah.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


PERBELANJAAN
Bil PERKARA JUMLAH
PCG WANG SUWA
(RM) (RM) (RM)

1 Plastik sampah, tali 50.00 50.00

2 Bahan-bahan keceriaan
bilik khas 10.00 x 5 panitia 50.00
(Bilik MBMMBI, Bilik
Bahasa Jepun, Bilik P.
Moral, Bilik Pendidikan
Seni, Bilik Sejarah &
Geografi)

3 Jamuan guru dan AKP - - 200.00


(sumbangan )

JUMLAH 400.00

4
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn. Mek Emas binti Abdullah (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Noor Aini binti Ibrahim (PK Hem)
Naib Pengerusi : Pn. Haslina binti Kamari (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn. Wan Mazni binti Wan Ali (PK KoKurikulum)
Setiausaha : Pn. Puteri Rosemizana binti Abdul Latif
Dokumentasi : Pn. Fatin Amalina binti Mohd. Hafzan
Juru gambar : Pn. Zalizah bt Mohd Yusof
AJK : Lampiran Senarai AJK.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Bilik Stor Sementara
- Menyisihkan kelengkapan dan peralatan yang tidak boleh digunakan
- Menyusun dan menyimpan peralatan
- Mengitar semula peralatan yang masih boleh digunakan.

9.2 Makmal Am
- Menyisihkanan kelengkapan dan peralatan yang tidak boleh digunakan
- Mengasingkan dan menyusun peralatan PPSMI yang tidak boleh digunakan
9.3Bilik-Bilik Khas
- Membersih, menyapu dan menceriakan papan kenyataan

- Membersih, menyapu, menyusun peralatan dan stok


pejabat ( Rujuk Lampiran Agihan Tugas Jawatan Kuasa )

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


MASA AKTIVITI
07.30 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan
07.40 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.00 pagi Gotong Royong bermula
10:30 pagi Berkemas/membersihkan alatan/diri
10.45 pagi Rehat
11.05 pagi Jamuan
12.05 – 1.00 Bersihkan dan ceriakan kelas kelas
tengahari
5
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

BIL TEMPAT NAMA PEMANTAU

1 Makmal Am Ketua Bidang Sains & Matematik

2 Bilik Stor Sementara Pegawai Aset

3 Bilik MBMMBI Ketua Bidang Bahasa

4 Bilik Bahasa Jepun Ketua Bidang Bahasa

5 Bilik Pendidikan Moral Ketua Bidang Kemanusiaan

6 Bilik Sejarah & Geografi Ketua Bidang Kemanusiaan

7 Bilik Pendidikan Seni Ketua Bidang Kemanusiaan

8 Stor Pejabat Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum

12.0 PENUTUP
Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan matlamat untuk meningkatkan kebersihan,
kekemasan dan keselamatan di tempat kerja dapat diterapkan di kalangan warga SMK (P)
Bandaraya dapat diterapkan dan seterusnya menjadi kebanggaan semua pekerja dan
meningkatkan imej organisasi.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

_______________________________ ________________________
( Pn Puteri Rosemizana binti Abdul Latif ) ( PN. Mek Emas binti Abdullah )
Setiausaha Kebersihan & Keceriaan Pengetua

6
7

Anda mungkin juga menyukai