Anda di halaman 1dari 11

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka

yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan
perkembangan kognitif mereka.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

Konsep Asas Teori Kognitif David Ausubel

Menurut David P. Ausubel, secara umum kelemahan teori belajar adalah menekankan pada
belajar asosiasi atau menghafal, di mana bahan asosiasi dihafal secara sewenang-
wenangnya. Padahal, belajar seharusnya merupakan asimilasi yang bermakna. Bahan yang
dipelajari diasimilasikan dan dihubungkan dengan pengetahuan yang telah dimiliki dalam
struktur kognitifnya (Muhaimin, 2002: 201). Ausubel memisahkan antara belajar
bermakna dengan belajar menghafal. Ketika seorang peserta didik melakukan belajar
dengan menghafal, maka ia akan berusaha menerima dan menguasai bahan yang diberikan
oleh guru atau yang dibaca tanpa makna. Hal ini berbeza dengan belajar bermakna, di mana
dalam belajar bermakna ini terdapat dua komponen penting, iaitu bahan yang dipelajari
dan struktur kognitif yang ada pada individu.

Struktur kognitif ini adalah jumlah, kualiti, kejelasan dan organisasi pengetahuan
yang telah dikuasai oleh individu. Agar tercipta belajar bermakna, maka bahan yang
dipelajari harus bermakna: istilah yang mempunyai makna, konsep-konsep yang bermakna,
atau hubungan antara dua hal atau lebih yang mempunyai makna. Selain itu, bahan
pelajaran hendaknya dihubungkan dengan struktur kognitifnya secara substansial dan
dengan beraturan. Substansial bererti bahan yang dihubungkan sejenis atau sama
substansinya dengan yang ada pada struktur kognitif. Beraturan bererti mengikuti aturan
yang sesuai dengan sifat bahan tersebut (Sukmadinata, 2007: 188) Selaras dengan huraian
tersebut, menurut Reilly dan Lewis, belajar memerlukan prasyarat tertentu, iaitu:
(1) isi pembelajaran dipilih berdasarkan potensi yang bermakna dan diatur sesuai dengan
tingkat perkembangan peserta didik serta tingkat pengalaman masa lalu yang pernah
dialaminya

(2) diciptakan situasi belajar yang lebih bermakna. Dalam hal ini, faktor motivasi
memegang peranan penting kerana peserta didik tidak akan mengasimilasikan isi
pembelajaran yang diberikan atau yang diperoleh apabila peserta didik tidak mempunyai
keinginan dan pengetahuan bagaimana cara melakukan kegiatan belajar (Muhaimin, 2002:
201).

Singkatnya, inti dari teori David P. Ausubel tentang belajar adalah belajar
bermakna, iaitu suatu proses dikaitkannya informasi baru pada konsep-konsep relevan
yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang (Trianto, 2007: 25).

Pandangan Teori Kognitif David Ausubel Terhadap Manusia

Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif berkembang dengan


pembelajaran bermakna melalui 4 proses. Proses pertama adalah proses subsumsi. Proses
subsumsi merujuk kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum
dan inklusif di dalam struktur kognitif seseorang individu. Proses ini terdiri daripada
subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif. Subsumsi terbitan merujuk kepada maklumat
baru yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid. Maklumat baru
ini akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Sementara subsumsi
korelatif merujuk pada suatu keadaan di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai
struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat atau konsep baru.

Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam


pembentukan kerangka pengetahuan. Proses subordinat adalah pengolahan maklumat
untuk memahami konsep secara terperincidan khusus. Proses ini adalah spesifik dan bukan
umum. Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui pengajaran induktif.
Sebaliknya, proses superordinat adalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.
Proses pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.
Proses ketiga adalah perbezaan progresif. Dalam pendekatan ini, guru-guru akan
cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur
khasnya apabila konsep itu sangat sukar. Guru-guru akan mendedahkan murid-murid
kepada proses pembelajaran di mana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih
am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan diantara satu sama lain. Kemudian,
guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebih terpencil yang wujud di dalam
konsep-konsep yang sukar ini. Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan
yang wujud di antara konsep-konsep yang saling berkaitan. Langkah ini akan membantu
murid-murid meningkatkan kefahaman dan memperolehi penguasaan pembelajaran
terhadap konsep-konsep yang sukar.

Proses penyelarasan integratif atau pengubahsuaian bersepadu adalah proses


terakhir. Dalam proses penyelarasan integratif, guru-guru mesti memainkan peranan untuk
menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat
daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.
Mereka akan cuba menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya
lebih mudah difahami oleh murid-murid. Justeru itu, pengubahsuaian bersepadu juga
merujuk kepada satu pendekatan di mana percanggahan makna di antara konsep-konsep
yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.
Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu
teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik
untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di
Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses
pembentukan konsep dan proses penemuan.

Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau,
konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal
pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui
cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-
sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan
keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami,
mempelajari serta mengingati.

Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat
diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan
anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan
mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari
bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus
memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan
mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa
dalam pengajaran di sekolah.

Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan


gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep
disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu
situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut
dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh
diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara
guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana
pembelajaran.

Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan
secara efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan
manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-
tiga tahap itu adalah:

(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau


pengalaman baru;
(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat
untuk hal-hal yang lain, dan
(3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.

Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat


ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada
empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu:

a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,


b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,
c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk
memotivasinya

Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman
perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui
bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi
semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat
ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik.
dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak
merasa puas.

Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori
ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam
proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak
untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti
bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam
bahasa mereka sendiri.

Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat
diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan
anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan
mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari
bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan
kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-
konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu
teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses
pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam
sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak
tindak balas melalui sistem saraf.

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka


panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne
kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia
dalam proses pembelajaran.

Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana
didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk
menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran
tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.

Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang


tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap
rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan
melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi
perbualan daripada rakan-rakan sekelas.

Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih


rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan
dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa
Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan
disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi
sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.

Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan
dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun
melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati
kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula
merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang
individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan
menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.

Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa
ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses
pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang
individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam
proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi
jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan
meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.

Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable
mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah
proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat
dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat
menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:

- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial

- Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.

Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki
kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur
kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable
mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:

1. Pengatur awal (advance organizer)

Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu
mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan
pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama
materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali
pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan,
sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.

2. Diferensiasi progresif

Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-
konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru
yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.

3. Belajar superordinat

Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan


kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep
dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada
suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang
lebih luas dan inklusif.

4. Penyesuaian Integratif
Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau
lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang
sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable
mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun
sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan
ke bawah selama informasi disajikan.

Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan


oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang
dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui
apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi
eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di
sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar
penangkapan.

Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori


Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia
mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi
menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab
aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan
celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif
yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.

Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi


menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung
sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang
tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah,
iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal.

Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu


menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah
pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi
mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai
guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing
pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.

Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu


persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di
persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-
langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta
bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep
dan proses penemuan.
Ramlan Jantan, Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan . Tanjong Malim, Perak.
Mc Graw-Hill Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Psikologi pendidikan. Ipoh, Perak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (Mei, 2012). Pedagogi. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohamad Syukur. (2010, Ogos 22). Teori Pembelajaran Kognitif. Diperolehi semula
daripada
http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-kognitif-jean-piaget.html

Mohamad Alif. (2007, April 18). Pertumbuhan dan perkembangan kognitif manusia daripada
perspektif teori piaget. Diperolehi semula daripada
http://teoripiaget.blogspot.com/

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/teori-kognitif.html

Anda mungkin juga menyukai