Anda di halaman 1dari 4

Definisi Konsep Pembelajaran Sosial

Inti dari teori pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan permodelan

ini merupakan salah satu langkah paling penting dalam pembelajaran terpadu. Ada dua

jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning). Pertama, pembelajaran

melalui pengamatan dapat terjadi melalui keadaan yang dialami orang lain atau vicarious

conditioning. Misalnya, seorang pelajar melihat kawannya dipuji atau ditegur oleh gurunya

kerana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan perbuatan lain yang tujuannya

sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan contoh peneguhan melalui pujian

yang dialami orang lain atau vicarious reinforcement. Kedua, pembelajaran melalui

pemerhatian menyerupai tingkah laku model walaupun model tidak mendapat pengesahan

atau sokongan apabila pemerhati memberi perhatian kepada model yang menunjukkan

sesuatu yang pemerhati ingin belajar dan berharap mendapat pujian ketika menguasai

secara menyeluruh apa yang dipelajari. Model tidak perlu dipamerkan oleh seseorang

secara langsung, tetapi kita juga boleh menggunakan orang yang bertindak sebagai model.

Teori/model yang Menyokong Konsep Pembelajaran Sosial

Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu setiap individu dapat

belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya ialah konsep

permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu yang sedang

mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang

memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru

yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang
akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang

guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian maklumat

yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang

diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang

individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui

permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah

tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah pemerhatian

adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku individu yang ingin

ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah

penyimpanan. Apabila individu yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia

akan menghasilkan tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini

merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau

peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara yang

sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si

peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai

hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada model

tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak menghasilkan

tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu proses pembelajaran

akan berlaku sama ada terdapat perubahan tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan
pemodelan ini, si peniru sebenarnya telah mempelajari bahawa tingkah laku yang

diperhatikan adalah sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah

laku yang diperhatikan. Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang dapat

diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa tingkah laku

yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.Kedua-dua prinsip ini dapat dilihat

dengan lebih jelas dalam eksperimen yang dilakukan oleh Bandura terhadap kanak-kanak

tadika (tiga hingga enam tahun) dalam kajiannya pada tahun 1963.

Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang

tradisional (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert

Bandura (1986). Teori ini menerima sebahagian besar dari prinsip-prinsip teori belajar

perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada kesan dari isyarat-isyarat pada

perilaku, dan pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial kita

akan menggunakan penjelasan pengukuhan luaran dan penjelasan kognitif dalaman untuk

memahami bagaimana kita belajar dari orang lain.

Teori pembelajaran sosial ( Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran

behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan

evaluasi. Dalam teori ini, eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll

yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa di

sekitarnya.
Education Management Made Smart-Smart School Management System (Ssms)
file:///C:/Users/user/Downloads/school-erp-online-offline.pdf

Gibbs’ reflective cycle. University of Cumbria. 2016. Academic Services & Retention
Team
https://my.cumbria.ac.uk/media/mycumbria/documents/ReflectiveCycleGibbs.pdf

Maharani Maha. 2014. Siklus Refleksi Gibbs Step by Step


https://www.scribd.com/doc/230110283/Siklus-Refleksi-Gibbs-Step-by-Step

Muhamad Suhaimi Taat. 2012. Pengajaran dan Penyampaian yang


Berkesan.http://eprints.ums.edu.my/5547/1/nc0000002412.pdf

Patty Mulder. Gibbs Reflective Cycle by Graham


Gibbshttps://www.toolshero.com/management/gibbs-reflective-cycle-graham-gibbs/

Anda mungkin juga menyukai