Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(UKM)
KAMPUS BANGI
PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN

KESIHATAN MENTAL
(GGGB6133)
Fakulti : Pendidikan
Program Pengajian : Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
Nama Ahli : Lee Ling Fang (GP07174)
Neo Sau Rou (GP07178)
Teo Ker Sing (GP07194)
Teo Pei Wei (GP07195)
Te Shi Ying (GP07193)
Wong Shuang (GP07197)
Nama Pensyarah : Dr. Shahlan Surat
1.0 Pengenalan

Istilah "Kognitif" berasal dari perkataan kognisi yang bermaksud memahami. Definisi
kognisi adalah pengambilalihan, penstrukturan dan penggunaan pengetahuan. Dalam
perkembangan seterusnya, istilah kognitif menjadi popular sebagai salah satu bidang
psikologi manusia atau satu konsep umum yang merangkumi semua bentuk pengiktirafan
terhadap setiap tingkah laku mental yang berkaitan dengan masalah pemahaman, perhatian,
pemikiran, pertimbangan, memproses maklumat, menyelesaikan masalah, imaginasi,
anggaran dan kepercayaan. Ini termasuk mentaliti yang berpusat di otak yang juga
berkaitan dengan nafsu (kehendak) dan kasih sayang (rasa) yang berkaitan dengan rasa.
Menurut para ahli psikologi, tingkah laku seseorang itu sentiasa berkaitan dengan kognisi.

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam


pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan
pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur
pengetahuan. Pengkajian terhadap teori kognitif memerlukan penggambaran perhatian,
ingatan dan penggubalan semula, mengesan, dan membuat maklumat yang bermakna.

Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung


kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam
persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama
utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan
atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini
melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep
(penanggapan).

Penyakit mental adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi


dan tingkah laku yang boleh menjadikan kehidupan seharian seseorang sukar (Azizi Yahya
& Soon Yin, 2007). Penyakit mental juga dikenali sebagai sejenis penyakit yang
melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses
pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk
menjalani aktiviti seharian dengan baik. (Jabatan perkhidmatan Awam,2018)
Seorang individu tidak dapat lari dari mengalami tekanan, kemurungan dan
keresahan terutamanya ketika berhadapan dengan kesukaran hidup yang berpunca sama
ada kesan dari konflik diri, interaksi dengan orang lain atau cara bagaimana seseorang itu
menanggapi kehidupannya {The Malaysian Mental Health Assocation, 2008).

Penyakit yang berkaitan dengan masalah mental merupakan satu isu yang merentasi
semua masyarakat di dunia. Keadaan ini menunjukkan bahawa kesihatan mental amat
penting kepada kehidupan individu dan masyarakat. Di sinilah peranan kaunselor atau ahli
psikoterapi untuk membantu individu yang memerlukan sokongan.

Matlamat utama bantuan pula adalah agar individu ini dapat menyedari tentang
masalah yang sedang hadapi dan berkeupayaan untuk menangani masalah harian yang
berlaku. Dalam hal ini, tugas kaunselor dan ahli psikoterapi adalah untuk merawat dan
membantu pesakit yang bukan dalam kategori psikopatologi. Manakala tugas ahli psikiatri
pula adalah merawat dan membantu pesakit yang termasuk dalam kategori pesakit mental
(Azizi Yahya & Soon Yin, 2007).

Kesedihan, kemurungan dan tekanan jika tidak dapat diurus dengan baik boleh
menjadi punca gangguan yang memberi kesan kepada tahap kesihatan mental. Menurut
Haron Din (2011), manusia hilang ketenangan rohani dan hati akibat dua sebab utama.
Pertama, rasa kekecewaan yang terlampau akibat dari kegagalan memiliki sesuatu yang
berbentuk kebendaan. Kedua, akibat kekosongan jiwa dari pengisian nilai-nilai rohani yang
luhur.

Manusia kerap mencari jalan untuk mengkaji dan menangani masalah mental.
Beberapa orang pakar seperti Jean Piaget, Jerome S.Bruner dan David P. Ausubel telah
mencipta teori kognitif masing-masing berdasarkan kajian mereka. Teori-teori ini telah
menjelaskan perkembangan serta jenis keadaan kognitif seseorang. Teori-teori ini juga
menjadi rujukan dan rangka setiap terapi kognitif supaya dapat mengawal keadaan pesakit
mental dengan berkesan.
Terapi kognitif adalah suatu bentuk psikoterapi yang dapat membantu pesakit untuk
mengubah cara pesakit pentafsiran dan pandangan terhadap sesuatu perkara sehingga
pesakit merasa lebih baik dan dapat bertindak secara lebih produktif.
2.0 Konsep Asas Teori Kognitif

2.1 Konsep Asas Teori Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan mengalami peringkat-peringkat perkembangan


yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak
membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai
persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk
menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan
keseimbangan.

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus
dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti
sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila
seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema
yang diperolehi semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema juga adalah
proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila
seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan
mengenggam dan apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya.
Seperti puting susu atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang
mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema
sahaja iaitu menghisap.

Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan
Prasekolah, asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia
ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Contohnya,
seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak
tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru
baginya berkenaan "sebiji epal”. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan
sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu,
perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta


perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat
itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini menyebabkan, proses
penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan
dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat
dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku
sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu
kemahiran tertentu. Hal ini berlaku secara berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang
berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam
skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak


menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke
dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika
ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema
atau mencipta skema yang baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi
sehingga dewasa.

2.2 Konsep Asas Teori Kognitif Bruner

Bruner yang memiliki nama lengkap Jerome S.Bruner seorang ahli psikologi (1915) dari
Universitas Harvard, Amerika Serikat, telah mempelopori aliran psikologi kognitif yang
memberi dorongan agar pendidikan memberikan perhatian pada pentingnya
pengembangan berfikir. Bruner banyak memberikan pandangan mengenai perkembangan
kognitif manusia, bagaimana manusia belajar, atau memperoleh pengetahuan dan
mentransformasi pengetahuan. Dasar pemikiran teorinya memandang bahawa manusia
sebagai pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Bruner menyatakan perkembangan
kognitif merupakan suatu proses aktif yang memungkinkan manusia untuk menemukan
hal-hal baru diluar informasi yang diberikan kepada dirinya.

Pendirian yang terkenal yang dikemukakan oleh J. Bruner ialah bahawa setiap mata
pelajaran dapat diajarkan dengan efektif dalam bentuk yang jujur secara intelektual kepada
setiap anak dalam setiap tingkat perkembangannya. Pendiriannya ini didasarkan
sebahagian besar atas penelitian Jean Piaget tentang perkembangan intelektual anak.

Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan


gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep
disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu
situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-
atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain.
3.0 Pandangan Teori Kognitif Terhadap Manusia

3.1 Pandangan Teori Kognitif Jean Piaget Terhadap Manusia

Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-


peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-
peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas
bagi perkembangkan yang berikutnya. Piaget mendapati kemampuan mental manusia
muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur.

Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga
berumur 2 tahun. Pada masa dilahirkan otak kanak-kanak belum banyak bekerja
menyebabkan ia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja. Walaupun
begitu fungsi derianya berkembang dengan cepat dan dengan itu ia dengan cepat menjadi
pemerhati alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula oleh gerakbalas. Pada peringkat
ini, kanak-kanak belum menguasai lambang bahasa untuk menamakan benda-benda di
sekelilingnya. Kanak-kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan
badannya. Pada masa umurnya kira-kira 10 bulan seseorang kanak-kanak itu mula
mengetahui yang benda-benda itu mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari
penglihatannya. Sebagai contohnya, apabila Rani melihat ibunya hilang dari pandangan
dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula. Selain
itu, bayi mengkodinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema
tingkah laku yang membolehkan mereka “bertindak” dan “mengetahui” persekitarannya.
Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling
melalui pancaindera. Mereka sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu
boleh dikesan oleh salah satu pacaindera. Contohnya, bayi belajar dengan mengangkat
benda, memainkannya, merasa dan mengigitnya.

Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7
tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu
konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih
dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.
Seterusnya, mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka,
boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang
(2001), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada
peringkat ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya
dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek
maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian
atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka
sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri
seperti ‟lebih berat‟, ‟lebih tinggi‟ dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga boleh
memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak. Pada masa yang sama, ingatan
mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak masih
belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan,
syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu
prinsip identiti, prinsip ganti rugi ('compensation‟) dan prinsip keterbalikan. Pertamanya,
prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah
atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah 9 sama walaupun bentuknya berubah.
Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai „compensation‟, menunjukkan bahawa mereka
tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang
lain manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses yang
berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun


hingga 15 tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,
termasuklah pemikiran abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan sanggup
membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan “apa
yang mungkin berlaku”. Oleh sebab pemikiran operasi formal sanggup membuat
penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji
idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Mereka berkebolehan untuk menggunakan
beraneka jenis strategi untuk menyelesaikan masalah. Bahkan pelajar ini dapat menerima
idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan
penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah
digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.

3.2 Pandangan Teori Kognitif Bruner Terhadap Manusia

Bruner berpendapat bahawa ciri-ciri perkembangan kognitif tidak berdasarkan usia tertentu,
tetapi berdasarkan pemerhatiannya tentang tingkah laku anak-anak. Menurut Bruner, tahap
perkembangan kognitif dibahagikan kepada tiga, iaitu tahap enaktif, tahap ikonik dan tahap
simbolik.

Yang pertama ialah tahap enaktif (0-2 tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak
memahami alam sekitar. Misalnya, tidak ada kata yang dapat membantu orang dewasa
semasa mengajar anak menunggang basikal. Menunggang basikal bererti lebih
mengutamakan kecekapan motor. Pada peringkat ini, kanak-kanak memahami objek
berdasarkan apa yang mereka lakukan, contohnya dengan memegang, bergerak, memukul,
menyentuh dan sebagainya.

Seterusnya, tahap ikonik yang merupakan tahap perkembangan kognitif sesuatu


pengetahuan di mana pengetahuan diwakili (diwujudkan) dalam bentuk citra visual, imej,
atau gambar rajah, yang menggambarkan aktiviti konkrit atau situasi konkrit yang terdapat
di peringkat aktif. Bahasa menjadi lebih penting sebagai medium pemikiran dan kemudian
seseorang mencapai tempoh peralihan dan menggunakan persembahan ikonik berdasarkan
pengertian ke dalam pembentangan simbolik berdasarkan pemikiran abstrak.

Dalam tahap simbolik, bahasa adalah corak asas simbolik, kanak-kanak


memanipulasi simbol atau simbol objek tertentu. Kanak-kanak tidak lagi terikat dengan
objek seperti pada peringkat terdahulu. Kanak-kanak pada peringkat ini dapat
menggunakan notasi tanpa bergantung pada objek sebenar. Pada peringkat simbolik ini,
perkembangan kognitif diwakili dalam bentuk simbol abstrak, iaitu simbol penimbang
yang digunakan berdasarkan persetujuan orang di lapangan berkenaan, simbol lisan (huruf,
kata, ayat) , simbol matematik, serta simbol abstrak lain.
Bruner mengemukakan bahwa belajar melibatkan tiga proses yang berlangsung
hampir bersamaan. Ketiga-tiga proses itu ialah : memperoleh informasi baru,
transformasi informasi, menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan. (Bruner 1973).

Informasi baru boleh melicinkan maklumat terdahulu yang seseorang mempunyai


atau maklumat itu bertentangan dengan maklumat sebelumnya yang ada pada seseorang.
Sebagai contoh, seseorang akan mempelajari bahawa darah itu beredar baru dia belajar
secara terperinci mengenai sistem peredaran darah. Demikian pula, setelah berfikir bahawa
tenaga itu dibuang-buang atau tidak hemat, baru ia belajar tentang teori konservasi tenaga.

Dalam peringkat transformasi pengetahuan, seseorang mengaplikasikan


pengetahuan sedia ada agar sesuai dengan tugasan baru. Oleh itu, transformasi melibatkan
cara kita mengaplikasikan pengetahuan, sama ada dengan menerangkan atau mengubahnya
menjadi satu lagi bentuk. Kita meneliti perkaitan dan ketepatan pengetahuan dengan
menilai sama ada cara kita mengaplikasikan pengetahuan sesuai dengan tugasan yang
sedang dijalankan.

Peringkat menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan bermaksud informasi


yang diterima dianalisis, diproses atau diubah menjadi konsep yang lebih abstrak agar suatu
saat dapat dimanfaatkan.
4.0 Teknik / Kaedah yang digunakan untuk menangani isu masalah kesihatan
mental

Menurut Yosep (2009) terdapat beberapa teknik terapi kognitif yang mesti diketahui oleh
ahli terapi. Pengetahuan tentang teknik yang berkenaan dapat membantu setiap ahli terapi
supaya lebih memahami situasi dan keadaan klien agar dapat mengurus kes-kes tersebut
secara optimal. Beberapa teknik ini termasuk:

1. Kognitif Penyusunan Semula (Restructuring Cognitive)

Ahli terapi bertanggungjawab untuk memudahkan klien untuk membuat pemerhatian


terhadap pemikiran dan perasaan yang timbul. Teknik KognitIf Penyusunan Semula
bermula dengan mengembangkan kesedaran diri dan mengamati perasaan dan pemikiran
yang mungkin timbul oleh klien. Biasanya ia menggunakan pendekatan 5 ruangan. Setiap
lajur terdiri daripada perasaan dan pemikiran yang timbul ketika menghadapi masalah,
khasnya apa yang dianggap menyebabkan kecemasan pada saat itu.

Tarikh Keadaan Emosi Fikiran Respon Rasional Hasil


Automatik

Tarikh  Peristiwa  Pemikiran  Tulis respons Tulis semula


apabila sebenar yang automatik rasional tahap
masalah menyebabkan yang timbul terhadap keyakinan
dirasakan ketidakselesaan terutama pemikiran dalam
emosi. sedih, cemas, automatik peratusan
marah. yang timbul pemikiran
 Subjek fikiran,
automatik 1-
khayalan yang  Emosi skala  Tuliskan
100%
menyebabkan dalam julat 0 peratusan
ketidakselesaan - 100% kepercayaan
emosi. dalam julat 0-
100%
2. Teknik Penemuan Fakta-Fakta (Questioning the evidence)

Ahli terapi akan cuba memudahkan para klien untuk membiasakan diri dalam
menumpukan pemikiran secara konkrit dengan cara bertulis untuk mengumpulkan data
yang memudahkan proses analisis. Seterusnya, ahli terapi akan mencari fakta untuk
menyokong pandangan mereka. Klien yang mengalami gangguan dalam pemikiran mereka
sering memberi penumpuan yang sama kepada semua sumber data atau data yang mereka
tidak menyedari, sedangkan klien ini mempertimbangkan data untuk menyokong
pemikiran buruknya. Data boleh diperolehi dari kakitangan, keluarga atau anggota
masyarakat lain sebagai sokongan dalam persekitaran sosial mereka. Persekitaran boleh
memberi klien input yang lebih realistik daripada pemikiran buruk mereka. Dalam kes ini,
penemuan fakta dapat berfungsi sebagai penimbangan terhadap pendapat klien mengenai
pemikirannya yang tidak baik. Berdasarkan data yang boleh dipercayai, klien dapat
membuat kesimpulan yang tepat mengenai perasaannya setakat ini.

3. Teknik Pengujian Alternatif ( examing alternatives)

Ramai klien menganggap masalahnya itu sangat serius kerana tidak ada penyelesaian
alternative terutamanya pada pesakit yang tertekan dan cuba bunuh diri. Latihan untuk
mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah klien boleh dilakukan terhadap klien
dengan bantuan ahli terapi. Klien digalakkan untuk menulis masalah-masalah yang
dihadapi. Kemudian, susunkan masalah daripada paling ringan ke paling berat. Seterusnya,
cari penyelesaian alternatif. Klien yang tertekan atau klien yang mangalami gangguan
mental selalu mempertimbangkan masalah itu rumit kerana pengumpulan pelbagai
masalah seperti: bil elektrik yang terlalu mahal, suami atau isteri yang tidak setia, anak
sakit, tekanan kerja dan sebagainya. Apabila masalah-masalah ini disusun semula
mengikut tahap, klien mampu mencari alternatif yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, bil
elektrik yang mahal disebabkan oleh penggunaan elektrik yang terlampau. Klien boleh
mengimbas semula penggunaan elektrik di rumahnya dan cuba mengurangkan perkara
yang menggunakan elektrik supaya mengelakkan masalah ini berlaku lagi pada masa kelak.
Selepas itu, barulah klien fikirkan cara untuk membayar bil tersebut seperti meminta
bantuan dengan ahli keluarga yang lebih berkemampuan. Ahli terapi berperanan penting
untuk merangsang klien berani untuk berfikir "selain daripada biasa" atau berani untuk
"berfikir secara berbeza".

4. Dekatastropik (decatastrophizing)

Teknik ini termasuk usaha untuk membantu klien menilai keadaan di mana klien cuba
melihat masalah yang berlebihan dari keadaan semula jadi untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan paling teruk yang mungkin berlaku.

Soalan yang boleh dikemukakan oleh ahli terapi adalah seperti berikut:

 "Perkara paling buruk yang akan berlaku jika ..."

 "Adakah ia benar-benar buruk jika ia benar-benar berlaku ...?"

 "Tindakan menyelesaikan masalah jika ia benar-benar berlaku ...?"

Matlamatnya adalah untuk membantu klien melihat akibat dari kehidupan di mana
tidak selalu sesuatu berlaku atau tidak berlaku. Sebagai contoh, klien yang tinggal di pantai
mesti berani untuk berfikir : “apa yang akan saya lakukan jika mengalami tsunami tiba-
tiba tiba?” “gempa tiba-tiba melanda?” “suami tiba-tiba tenggelam?” dan sebagainya.

5. Pembinaan semula (Reframing)

Pembinaan semula adalah strategi dalam mengubah persepsi klien terhadap situasi atau
tingkah laku. Ini termasuk memberi tumpuan kepada sesuatu atau aspek lain dari masalah
atau menyokong klien untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang lain. Ahli terapi
berperanan penting untuk memperluaskan persepsi klien tentang kelebihan dan kekurangan
masalah. Ini dapat membantu klien melihat masalah dengan cara yang seimbang dan
melihat dalam perspektif baru. Memahami aspek positif dan negatif masalah yang dihadapi
oleh klien dapat mengembangkan kesedarannya. Strategi ini juga boleh mencetuskan
peluang bagi klien untuk berubah dan menemui makna kehidupan baru. Apabila makna
kehidupan berubah, tingkah laku dan pemikiran klien juga akan berubah. Sebagai contoh,
pengangguran boleh dilihat sebagai kegagalan dan tekanan tetapi selepas klien mengubah
persepsi pengangguran, dia boleh berfikir bahawa pengangguran ini adalah peluang untuk
belajar dari kesilapannya, meluangkan masa bersama keluarga dan mendapatkan peluang
pekerjaan lain.

6. Penghentian Pemikiran Negatif (Thought Stopping)

Pemikiran yang salah sering mempunyai kesan seperti bola salji untuk klien. Pada mulanya,
masalahnya adalah kecil, namun dari masa ke masa ia menjadi sukar untuk diselesaikan.
Teknik menghentikan pemikiran negatif amat perlu digunakan apabila klien mula
memikirkan sesuatu hal lain sebagai masalah. Klien diminta untuk memberitahu masalah
dan mengatakan ringkasan masalah itu. Ahli terapi mengganggu imaginasi klien dengan
mengatakan "berhenti" dengan kuat. Selepas itu, klien cuba menghentikan fikiran yang
terlampau itu dengan cara yang sama tanpa diganggu oleh ahli terapi. Akhirnya, klien boleh
cuba menerapkannya dalam situasi harian.
5.0 Kajian Kes

5.1 Kajian Kes Pertama

Seorang wanita bernama Mrs DM yang berumur 83 didiagnosis dengan penyakit demensia
pada tahun 2008. Mrs DM tinggal bersama dengan suaminya dan disara oleh ahli keluarga.
Suaminya melaporkan bahawa keadaan Mrs DM yang sering bangun dan sedar pada waktu
malam semakin teruk. Mrs DM juga sering meletakkan barang pada tempat yang salah.
Seterusnya, Mrs DM menyalahkan ahli keluarga kerana mengambil barangnya. Sejak
beberapa bulan yang lalu, Mrs DM mula melihat beberapa orang muda di halaman
rumahnya. Dia berasa risau kerana orang muda mungkin bergaduh. Kebelakangan ini, dia
mendengar suara kanak-kanak menangis. Dia berasa tertekan. Mrs DM juga melihat kanak-
kanak berjalan di jalan raya. Saudara-maranya dimarahi oleh Mrs DM kerana
memberitahunya bahawa apa yang dia terlihat adalah tidak benar.

Perubatan masa kini: simvastatin 40mg od, aspirin 75 mg od

Rawatan:

 kajian perubatan dijalankan untuk merawat demensia: darah dan MSU.

 Suami dinasihatkan supaya tidak mencabar Mrs DM bahawa halusinasinya adalah tidak
wujud.

 Pentaksiran penjaga diberi kepada suami untuk mengenalpasti cara-cara untuk menjaga
Mrs DM.

Kajian Perubatan:

 Keputusan pemeriksaan darah dan MSU Mrs DM adalah normal.

 Rawatan ubat yang dipreskripsikan ialah Risperdal 0.25mg nocte. Ubat ini ditetapkan
untuk pelbagai masalah yang mempengaruhi fikiran, perasaan atau tingkah laku. Ubat-
ubat ini berfungsi pada keseimbangan bahan-bahan kimia di dalam otak. Ubat ini
berlesen dalam agitasi demensia.
 Rawatan ubat hanya dipreskripsikan setelah berbincang kemungkinan kesan
sampingan ubat yang digunakan dengan ahli keluarga.

Kajian perubatan yang diteruskan:

Menghubungi Mrs DM dalam masa dua minggu untuk mendapat maklum balas selepas
mengambil ubat. Penggunaan ubat akan dikaji dalam masa dua belas minggu.

Sokongan Kemasyarakatan:

Saudara-mara dibekal dengan pendidikan psikologi dalam bidang penyakit demensia untuk
mempelajari cara mengurus pesakit demensia, contohnya gentle reality orientation.

Pelaksanaan Terapi Kognitif:


1. 15-22 kali pertemuan diadakan selama 3-4 bulan.

2. Pertemuan dijalankan selama 1 jam.

3. Agenda setiap pertemuan disenaraikan untuk memanfaatkan penggunaan masa.

4. Pertemuan perlu berorientasikan ahli terapi dan pesakit.

5. Pertemuan juga perlu memberi tumpuan kepada perumusan dan penyelesaian masalah.

5. Proses terapi bersifat terbuka dan tidak mengandungi unsur mistik. Kedua-dua ahli terapi
dan pesakit memahami apa yang berlaku dalam terapi.

Rumusan

Terapi kognitif berorientasi pada masalah yang diarahkan untuk membetulkan


masalah yang berkaitan psikologi dan keadaan yang boleh menyumbang kepada
penderitaan pesakit. Terapi ini dipanggil "terapi kognitif" kerana teknik yang digunakan
dalam terapi ini bertujuan mengubah kesilapan atau bias dalam fikiran pesakit. Teknik ini
juga termasuk cara-cara yang digunakan untuk menilai keadaan dan tekanan, andaian
mengenai diri sendiri, alam sekitar dan masa depan serta kepercayaan dan sikap.
Selain ubat-ubatan yang diterima dari pakar perubatan, terapi kaunseling boleh
membantu individu untuk berbincang dan meluahkan perasaan mereka. Selain itu, terapi
kognitif didapati berkesan bagi membantu menguruskan gangguan emosi seperti
kemurungan. Untuk merangsang minda, terapi rangsangan kognitif adalah pilihan untuk
membantu minda untuk kekal aktif. Adalah penting untuk mereka yang mengalami
demensia untuk tetap aktif mengikut keupayaan mereka dalam aktiviti yang boleh
merangsang aspek fizikal, mental, dan sosial diri. Penglibatan dalam aktiviti seperti ini
boleh merangsang emosi yang lebih positif dalam menghadapi gejala gangguan ini.

5.2 Kajian Kes Kedua

Steve adalah seorang duda yang berumur 67 tahun. Dia merupakan seorang akauntan
bersara. Pada zaman remaja, Steve telah berpindah 32 kali sebelum dia menamat
pengajiannya dari sekolah menengah. Hal ini demikian kerana ayahnya berkhidmat dalam
angkatan darat. Dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang semasa belajar di sekolah
menengah, walau bagaimanapun, oleh sebab konflik keluarga, dia hanya mendapat gred
biasa semasa dia berada di kolej. Oleh itu, dia menamat pengajiannya dari kolej dan
berpindah ke sesuatu pulau di Pasifik Selatan selama 1 tahun.

Selepas kembali ke Amerika Syarikat, dia memperoleh ijazah sarjana muda dalam
bahasa Inggeris dan kemudian ijazah kedua dalam bidang perakaunan. Selepas tamat
pengajian, dia berkahwin dan bekerja selama 20 tahun sebagai seorang akauntan.
Kemudian, Steve mendirikan syarikat perakaunannya sendiri, tetapi dia mengalami
kesukaran untuk mengekalkan perniagaan dan gagal menyelesaikan projek pada masa yang
tepat.

Steve menyakinkan diri telah mengalami kemurungan melebihi 30 tahun. Kali


pertama dia mengalami perasaan tertekan berlaku ketika dia didiagnosis bahawa telah
menghidapi penyakit kencing manis pada 36 tahun yang lalu. Pada tahun 1988, dia berasa
lebih tertekan selepas kematian kakaknya yang berusia 47 tahun disebabkan kanser kolon.
Kemudian, ayahnya yang berusia 74 tahun juga meninggal dunia akibat penyakit jantung
pada tahun 1991. Tetapi, dia mengatakan bahawa hidupnya "benar-benar hancur" ketika
isterinya yang berumur 54 tahun meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 1995.
Dia berfikir tentang bunuh diri selama 3 bulan tetapi tidak pernah bertindak. Selama
tempoh ini, dia menghilang motivasi untuk bekerja. Ini telah menyebabkan syarikatnya
terpaksa ditutup.

Selepas itu, dia berpindah ke West Coast untuk tinggal bersama dengan ibunya.
Seterusnya, dia mengalami masalah kemurungan dan masalah mengawal paras gula darah
akibat diabetis. Kedua-dua masalah ini juga menyebabkan Steve mengalami kemalangan
jalan raya.

Pada tahun 1998, Steve berpindah ke East Coast untuk tinggal bersama dengan
adiknya. Pada tahun 2000, Steve bertunang dengan seorang wanita tetapi wanita itu telah
meninggalkan Steve dan berkahwin dengan orang lain. Steve berkata dia berasa telah
menghilangkan segala-galanya dalam kehidupan. Selepas itu, dia menolak diri daripada
masyarakat dan tidak keluar dari rumahnya kecuali pada masa yang diperlukan. Dia
menghadapi masalah untuk menguruskan kewangannya, menjaga kebersihan rumahnya
dan mengambil ubat pada masa yang tepat.

Rawatan pada awal masa

Steve pergi ke hostipal pada jam yang tepat tetapi pada hari yang salah. Dia
mengalami neuropati, retinopati, dan tahap glukosa darah yang tidak dapat diramalkan. Dia
perlu memerikasa tahap glukosa darahnya 8-12 kali dalam sehari. Selain itu, makanan yang
diambil juga perlu diberi perhatian.

Dia juga mempunyai masalah apnea tidur. Dia kerap tidur pada pukul 4:00 pagi
dan ini menjadikannya hanya dapat tidur selama 2 jam sehari. Oleh itu, dia akan tidur masa
panjang pada waktu petang. Dia memulakan rawatan positive airway pressure untuk
mengatasi masalah tidur pada tahun 2003 tetapi tidak melihat kesan. Justeru itu, dia telah
bertukar kepada bilevel positive airway pressure (biPAP) dalam tempoh 18 bulan.
Diagnosis tambahan termasuk hiperlipidemia, hipertensi, fibrillation atrial, penyakit
Meniere, tinnitus, dan arthritis. Senarai ubatnya termasuk atorvastatin, lisinopril,
hydrochlorothizide, warfarin, meclizine, dan asid folik. Dia tidak merokok tetapi minum
alkohol kadang-kala. Nenek Steve juga mengalami penyakit kencing manis.
Steve telah mengalami kemurungan semenjak beliau dikenalpasti mempunyai
penyakit diabetis. Keadaan kemurungan semakin serius setelah kematian kakak dan
bapanya. Steve mempunyai keinginan untuk bunuh diri setelah kematian isterinya pada
sepuluh tahun yang lalu. Pada empat tahun yang lalu, dia menjalani rawatan
Electroconvulsive therapy (ECT). Walaupun ECT tidak dapat menghilangkan keinginan
Steve untuk bunuh diri tetapi Steve tidak pernah buat apa-apa percubaan untuk bunuh diri.
Beberapa orang ahli keluarganya juga mengalami kemurungan termasuklah kedua-
dua ibu bapanya, abang dan kakaknya. Salah satu mak cik Steve juga mempunyai masalah
demensia.

Pelaksanaan Terapi Kognitif untuk kes kemurungan

1. Though Catching

Aktiviti ini dapat membaca minda klien dengan membolehkan mereka meluahkan dialog
dalaman apabila mereka merasa tertekan.

Prosedur teknik membaca minda adalah seperti berikut:

i) Meramalkan hubungan antara pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

ii) Mengarahkan klien untuk meluahkan pemikirannya.

2. Ujian Realiti (realitas testing)

Tujuan teknik ini adalah untuk mencari bukti yang menyokong atau menyingkirkan
andaian dan pemikiran negatif.

Prosedur teknikal ini adalah seperti berikut:

i) Mengenalpasti pemikiran atau kenyataan negatif yang dibuat oleh klien.

ii) Bertanya kepada klien sejauh mana dia percaya kenyataannya akan menjadi perkara
yang benar atau berapa banyak kemungkinan kejadian negatif akan terjadi sekali lagi.
iii) Memerhati perasaan yang dikaitkan dengan pernyataan. Biarkan pernyataan klien
dianggap sebagai sahih. Kaunselor akan mencari bukti yang berkaitan dengan
pernyataan pada masa

iv) Jika klien mempunyai ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang,
minta klien menganalisis kemungkinan hal itu akan terjadi.

v) Memeriksa lagi sejauh mana klien percaya kenyataannya akan menjadi perkara yang
benar.

3. Terapi elektrokonvulsif (ECT)

Kaedah terapi elektrokonvulsif (ECT) merupakan alternatif kepada pengambilan ubat


antipsikotik dan terapi psikologi untuk merawat kemurungan. Rawatan ECT menggunakan
arus elektrik bertujuan menyeimbangkan semula perubahan hormon yang berlaku dalam
otak pesakit yang mendorong tindakan luar kawalan dan juga menghilangkan sesetengah
memori dalam ingatan pesakit. Rawatan biasa dijalankan dalam tempoh beberapa hari
dengan sekurang-kurangnya enam kali terapi.

Penyediaan E.C.T:

i. Izinkan izin / tindakan yang diberi maklumat

ii. Pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan standard

iii. Ujian makmal menurut sejarah perubatan

iv. Pemeriksaan EKG dan EEG

v. Penilaian anestetik akan berisiko menggunakan anestesia

Prosedur Pelaksanaan E.C.T

i. Pesakit berpuasa 8-12 jam

ii. Premedasi dengan suntikan atropin 0.6 - 1.2 mg I.M atau S.C
iii. Pemeriksaan gigi dan pemasangan spatel

iv. Anestetik thiopental / penthotal 3 mg / kg berat badan i.V, ketamine 6-10 mg / kg


berat badan i.M.

v. Relaks otot kholin succinyl (0.5-1.5 mg / kg)

4. Terapi Berkumpulan

Psikoterapi ini berbentuk jangka pendek, mengambil masa antara 12 hingga 16 minggu dan
diguna pakai terutamanya bagi rawatan kemurungan yang bukan bipolar atau
psikotik. Terapi berkumpulan menekankan sokongan dan peningkatan kemahiran sosial,
ada kumpulan yang menekankan kelegaan daripada gejala tertentu dan ada juga yang
merungkai konflik-konflik intrapsikik yang tidak selesai. Kumpulan ini selalunya
berjumpa 1atau 2 kali seminggu, biasanya selama 1 jam setengah. Kumpulan ini mungkin
serba serupa (homogenous) atau pelbagai (heterogenous), bergantung kepada diagnosis.
Kumpulan yang serba serupa yang mana ahli kumpulan berkongsi masalah perubatan atau
masalah psikiatri yang serupa. Contonya, Steve diperkenalkan kepada golongan pesakit
yang juga menghadapi masalah yang sama iaitu golongan pesakit yang mempunyai diabetis
dan kes kemurungan pada masa yang sama. ini boleh memberi bantuan untuk membina
hubungan dengan masyarakat.
6.0 Kesimpulan

Terapi kognitif adalah terapi yang menggunakan pendekatan yang berstruktur, aktif, secara
lanjut dan jangka masa yang pendek untuk menangani pelbagai halangan peribadi, seperti
kebimbangan atau kemurungan. Terapi kognitif digunakan untuk mengenal pasti,
mengehadkan serta menghalang gejala kognitif negatif berdasarkan aspek teori kognitif
yang sedia ada. Ahli terapi dengan pendekatan kognitif dapat membantu pesakit atau klien
untuk mengawal situasi buruk mereka.

Terapi kognitif diaplikasikan kepada klien yang mengalami kemurungan (ringan


hingga sederhana), gangguan panik dan kebimbangan keseluruhan atau gangguan
kecemasan, individu yang mengalami tekanan emosi, gangguan obsesif kompulsif
(obsesessive compulsive disorder), gangguan fobik (contohnya agoraphobia, fobia sosial,
fobia tertentu), gangguan stres pascatrauma (post traumatic stress disorder), gangguan
makan (anoreksia nervosa), gangguan mood, gangguan psikoseksual, dan sebagainya.

Beberapa teknik yang biasa digunakan dalam terapi kognitif ialah teknik
penyusunan semula kognitif (restructuring cognitive), teknik mempersoalkan bukti
(questioning the evidence), teknik memeriksa alternatif (examing alternatives),
decatastropik (decatastrophizing), pembinaan semula (reframing) dan menghentikan
pemikiran negatif (thought stopping). Teknik-teknik ini selari dengan konsep teori kognitif
dan merupakan cara yang berkesan terhadap rawatan gangguan mental.

Kini, penyakit mental sudah boleh diubati. Hal Ini kerana selain daripada terapi
kognitif, kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-
ubatan yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang
digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya
boleh dilihat. Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi,
terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan
pemulihan psiko-sosial juga telah terbukti kepentingannya dalam memngubati penyakit
mental.
Rujukan

Ahmad Irfan. 2017. Teori Belajar Kognitif Jerome S Brunner.


https://samplingkuliah.blogspot.com/2017/10/teori-belajar-kognitif-jerome-s-
brunner.html

Aletheia Rabbani. 2018. Jerome Bruner- Belajar Sebagai Proses Kognitif.


https://sosiologi79.blogspot.com/2018/08/jerome-bruner-belajar-sebagai-
proses.html

Anon. 2016. Teori Belajar Kognitif.


https://sites.google.com/site/mulyanabanten/home/teori-belajar-
behavioristik/teori-belajar-kognitif

Atifah Ruzana Abd Wahab. 2017. Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan
Konsep Bruner. https://www.slideshare.net/eepapoppins/teori-pembelajaran-
kognitif-teori-pembentukan-konsep-bruner

Dr Silica Water. 2018. Gangguan Demensia.


https://silicawater.com.my/2018/01/29/gangguan-demensia-2/ [2 Ogos 2018]

Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir. 2012. Kemurungan (Dewasa). http://www.myhealth.
gov.my/kemurungan-2/ [18 September 2018]

Durani Hanis. 2013. Teori Kognitif. Https://Www.Slideshare.Net/Hanisdurani/Teori-


Kognitif-29184054

Fanera Jeffery. 2013. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Https://Www.Slideshare.Net/Fanera91/Teori-Perkembangan-Kognitif-Jean-Piaget

Gurdeep MajorB. 2012. PSD Workshop: case histories. file:///C:/Users/Acer/Downloads


/Telegram%20Desktop/ Dementia_Workshop_Case_Scenarios.pdf [20 September
2018]
Herisoerojo. 2014. Terapi Kognitif. https://herirsjs09.wordpress.com/2014/04/21/terapi-
kognitif/

Jabatan Perkhidmatan Awam.2018.Info Kesihatan Mental.


http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2633:
artikel-psikologi-kaunseling&catid=525:perkhidmatan-psikologi&lang=ms

John Zrebiec. 2006. Case Study: Cognitive Impairment, Depression, and Severe
Hypoglycemia. file:///C:/Users/Acer/Documents/case%20study.pdf [18
September 2018]

M. Faisal Idrus. 2012. Electro Convulsive Therapy (ECT).


https://med.unhas.ac.id/kedokteran/wp-content/uploads/2016/10/Electro-
Convulsive-Therapy.pdf [10 Ogos 2018]

Mohd Nasir Bin Masroom. 2016. Aplikasi Modul Terapi Jiwa Dalam Kalangan Pesakit
Mental Dan Faedahnya Terhadap Kesihatan Jiwa.

Newbornagain . 2011. Teori Belajar Bruner.


https://newbornagain.wordpress.com/tag/teori-bruner/

Rita Kurniawati. 2012. Perkembangan Kognitif Menurut Pandangan Bruner.


http://reithatp.blogspot.com/2012/04/perkembangan-kognitif-menurut-
pandangan_17.html

SevenKoto. 2010. Teori Belajar Menurut Jerome Bruner.


https://tujuhkoto.wordpress.com/2010/06/21/teori-belajar-menurut-jerome-bruner/

Starlet Gerdi Julian. 2015. Teori Belajar. http://juliancreative.blogs.uny.ac.id/wp-


content/uploads/sites/1984/2015/10/Teori-Belajar.pdf

Syufaal. 2010. Teori Kognitif Jean Piaget.Http://Syufaal.Blogspot.Com/2010/08/Teori-


Kognitif-Jean-Piaget.Html
Umi Amini. 2016. Teori Kognitif Menurut David Ausubel.
https://www.academia.edu/8176305/Teori_Kognitif_Menurut_David_Ausubel

Vell Vira. 2014. Psikologi Abnormal (Kemurungan).


http://velly92.blogspot.com/2014/10/strategi -atau-langkah-langkah-yang.html
[22 September 2018]

Vivi Muflifah . 2015. Teori Belajar Kognitif Menurut Bruner.


http://vivimuflifah31.blogspot.com/2015/03/teori-belajar-kognitif-menurut-
bruner.html

Waldinger R.J. 1997. Psychiatry for medical student, Washington, DC: American
Psychiatry Press.

Anda mungkin juga menyukai