Anda di halaman 1dari 3

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul.

(10%)

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan

keluarganya telah bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.

Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu daun-daun kering. Kakak

menyiram pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap

tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.

Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan

yang sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah

mereka menjadi bersih dan cantik.

1. Di manakah Jia Jia tinggal ?


A. Taman Damai
B. Taman Aman
C. Taman Sentosa
2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?
A. Pada hari Ahad yang lalu.
B. Pada hari Sabtu yang lalu.
C. Pada hari Selasa yang lalu.
3. Siapakah yang berehat di kerusi ?
A. Nenek
B. Datuk
C. Ibu
4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?
A. Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.
B. Menyiram bunga dan memotong rumput
C. Mencuci longkang dan mengelap tingkap
5. Mengapakah mereka berasa gembira ?
A. Kerana halaman rumah mereka kotor.
B. Kerana halaman rumah mereka besar.
C. Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.
Petikan Pemahaman 2
Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan berikut. (10%)

Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim seorang
yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan penuh
kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan mendengar cerita daripada ibunya. Halim
sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan
membalas jasa ibunya apabila dewasa.

1. Siapakah nama ibu Halim ?

Nama ibu Halim ialah _______________________________________________.

2. Apakah pekerjaan ibu Halim ?


Ibu Halim seorang ________________________________________________.

3. Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?


Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________

4. Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?


________________________________ Halim mendengar cerita daripada ibunya.

5. Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?


Halim belajar bersungguh-sungguh kerana

___________________________________________________________________

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama
menganjurkan Hari Keluarga pada 25 Januari 1997.Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan
dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan di
kawasan Masjid Pasir Akar.Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad
Abdul Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua
kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan
sekolah seperti penubuhan pusat sumber dan sebagainya.Hari Keluarga ini akan dirasmikan
oleh Pegawai PendidikanDaerah Besut.

Jawab soalan-soalan berikut.


1. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?
......................................................................................
.
2. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?
......................................................................................
3. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?

A. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar


B. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
C. Di kawasan Masjid Pasir Akar
D. Di Negeri Terengganu

4. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?


A. Untuk membina masjid baru
B. Untuk membina bangunan sekolah
C. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
D. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah

5. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?


A. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
B. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Imam Masjid Pasir Akar

Anda mungkin juga menyukai