Anda di halaman 1dari 3

Petikan Pemahaman 1

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul. (10%)


Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan
keluarganya telah bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.
Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu daun-daun kering. Kakak
menyiram pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap
tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.
Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan
yang sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah
mereka menjadi bersih dan cantik.
1. Di manakah Jia Jia tinggal ?
A. Taman Damai
B. Taman Aman
C. Taman Sentosa
2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?
A. Pada hari Ahad yang lalu.
B. Pada hari Sabtu yang lalu.
C. Pada hari Selasa yang lalu.
3. Siapakah yang berehat di kerusi ?
A. Nenek
B. Datuk
C. Ibu
4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?
A. Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.
B. Menyiram bunga dan memotong rumput
C. Mencuci longkang dan mengelap tingkap
5. Mengapakah mereka berasa gembira ?
A. Kerana halaman rumah mereka kotor.
B. Kerana halaman rumah mereka besar.
C. Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.
Petikan Pemahaman 2
Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan berikut. (10%)

Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim
seorang yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Halim dan
keluarganya dengan penuh kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan
mendengar cerita daripada ibunya. Halim sentiasa belajar bersungguh-sungguh
kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan membalas jasa ibunya apabila
dewasa.

1. Siapakah nama ibu Halim ?

Nama ibu Halim ialah _______________________________________________.

2. Apakah pekerjaan ibu Halim ?


Ibu Halim seorang ________________________________________________.

3. Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?


Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

4. Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?


________________________________ Halim mendengar cerita daripada ibunya.

5. Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?


Halim belajar bersungguh-sungguh kerana

___________________________________________________________________
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama
menganjurkan Hari Keluarga pada 25 Januari 1997.Sambutan Hari Keluarga ini
dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut
akan diadakan di kawasan Masjid Pasir Akar.Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru sekolah itu, Ahmad Abdul Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30
pagi hingga 4.00 petang. Semua kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk
membiayai projek-projek pembangunan sekolah seperti penubuhan pusat sumber
dan sebagainya.Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pegawai PendidikanDaerah
Besut.

Jawab soalan-soalan berikut.


1. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?
......................................................................................
.
2. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?
......................................................................................

3. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?

A. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar


B. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
C. Di kawasan Masjid Pasir Akar
D. Di Negeri Terengganu

4. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?


A. Untuk membina masjid baru
B. Untuk membina bangunan sekolah
C. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
D. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah

5. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?


A. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
B. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Imam Masjid Pasir Akar

Anda mungkin juga menyukai