Anda di halaman 1dari 2

Panduan jawapan Penulisan Bahagian C (Ujian 1)

Catatan.
Jumaat , 12 Mac 2018
Kami sekeluarga berkemas-kemas untuk pergi melancong
ke Port Dickson. Pada pukul 4.00 petang kami bertolak
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Ayah
memandu dengan berhati-hati kerana banyak kenderaan
pada waktu cuti sekolah. Kami sampai di hotel yang
telah ditempah oleh ayah kira-kira pukul 6.00 petang.
Kami berehat sebentar, sebelum keluar untuk makan
malam. Kami bercadang makan malam di Restoran Asam
Pedas Bakar.

Sabtu, 13 Mac 2018


Kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke pantai Port
Dickson. Sampai di pantai, orang ramai telah mula
membanjiri kawasan perkelahan.
Saya dan abang mandi-manda dengan gembira.
Ayah memerhati kami untuk menggelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini.
Pada waktu malam, kami mendirikan khemah di tepi
pantai sambil menghidupkan unggun api. Abang
memetik gitar sambil menyanyi. Kami turut menyanyi
bersama-sama lagu kegemaran ibu. Pada pukul 11.00
malam kami pulang ke hotel untuk tidur setelah penat
bersuka ria.

Ahad, 14 Mac 2018

Kami bersiap-siap untuk mendaftar keluar dari hotel


tempat kami menginap. Kami bertolak pulang kira-kira
pukul 10.00 pagi. Setelah dua jam perjalanan kami pun
sampai ke rumah dengan selamat. Saya berharap akan
dapat pergi melancong ke tempat lain pula pada cuti
yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai