Anda di halaman 1dari 1

30

SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG


Jalan Dato, Lutong
98100 Miri, Sarawak

UNIT PENGURUSAN ICT

No. Daftar : AS . 1148 No. Telefon : 085 655033 No. Fax : 085 655968 No. Kod Sekolah : YBE 4105 Email : sk_ lutong@ymail.com
655033
Ruj Kami: SKL(ICT)/01/10/004/02(12)
Tarikh: 14 Februari 2019
PUAN JENNIFER MURING NGAU ING
Sekolah Kebangsaan Lutong
Miri.

Tuan/Puan,

LATIHAN ICT BIL 1/2019 - KURSUS ASAS MICROSOFT EXCEL


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan ICT SK Lutong menganjurkan kursus di atas
mengikut ketetapan berikut:

Hari /Tarikh : JUMAAT / 15 FEBRUARI 2019


Masa : 2:15 PM- 3:15PM
Tempat : Makmal Komputer Atas SK Lutong
Penceramah : Puan Hirawati binti Abdul Rahman (GPB SK Lutong)

3. Tuan/Puan adalah diminta membawa Modul Asas Microsoft Excel yang telah diedarkan
pada 13 Februari yang lepas supaya memudahkan pemahaman semasa sesi kursus tersebut
dijalankan. Pihak kami akan membekalkan NETBOOK LENOVO 1M setiap seorang untuk
kegunaan sepanjang kursus.

4. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri ke kursus tersebut bagi
memantapkan lagi kemahiran dalam penggunaan ICT khususnya dalam bidang lembaran kerja
memandangkan ianya menjadi satu keperluan dalam pengurusan dokumen sekaligus menyumbang
kepada pencapaian sekolah. Komitmen pihak Tuan/Puan amat dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(SAUFIE BIN HJ SA’AIT)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lutong,
Miri

har/gpb/upict/skl/2019

Anda mungkin juga menyukai