Anda di halaman 1dari 4

Pertandingan bercerita Tahap 2 SKPJYA 2018

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar kawan-kawan? Pada hari ini saya ada satu kisah yang hendak
dikongsi bersama dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah “Bekas
Polisterina yang Sunyi”. Hmmmmm.... menarik kan bunyinya? Kawan-kawan
semua nak tahu tak? Marilah dengar cerita saya.

Begini kisahnya....

Pada suatu petang yang tenang, di sebuah taman permainan terlihat


sebatang pokok yang tua. Di bawah pokok itu, terdapat sebuah bangku untuk
orang ramai yang datang berkunjung ke taman permainan tersebut untuk
melepaskan lelah.

Tiba-tiba....

Aaahhhh...yeahhh..yeahhh...seronoknya! Kedengaran satu suara kecil dari


sehelai daun yang sedang gugur.

“Akhirnya saya boleh tinggalkan pokok tua ini”, jerit sehelai daun kecil yang
kegirangan.

Di sebelah daun itu, terdapat sebuah bekas polisterina yang tampak


usang. Si daun memulakan bicaranya.

“Hai! Saya ialah daun!”.

“Hai, saya ialah bekas polisterina!”. Masing-masing mula memperkenalkan diri.


Pertandingan bercerita Tahap 2 SKPJYA 2018

Si daun yang sedang gembira meneruskan bual bicara.

“Adakah kamu baru sampai di sini, bekas polisterina ? “ tanya si daun.

“Saya sudah lama berada di sini, “ jelas bekas polisterina.

Setahun yang lalu, ada seorang manusia makan di bawah pokok ini.
Kemudian, dia mencampakkan saya di sini selepas habis makan. “Begitulah
ceritanya bagaimana saya boleh berada di sini” ,tambah bekas polisterina.

“Apaaaaa! Setahun?”, jawab si daun dengan penuh kerutan dan kejutan di


wajahnya. “Kamu mesti kenal ramai kawan dalam tempoh masa ini”, ujar si
daun.

“Ya, saya berkawan baik dengan ranting pokok dan kulit buah”, jawab bekas
polisterina. “Tetapi, lama kelamaan mereka menjadi semakin kurus dan lemah.
Ranting pokok dan kulit buah sudah tidak larat untuk bermain dengan saya”,
terang bekas polisterina.

Bekas polisterina mengimbau kembali saat-saat bersama dengan ranting


pokok dan kulit buah. Pada suatu petang, mereka kelihatan tidak bermaya.
Lantas saya bertanya. “Adakah kamu sakit ranting pokok dan kulit buah?

“Tidak! Kami akan diuraikan” , jawab ranting pokok.

“Kami ialah organisma hidup yang akan diuraikan oleh bakteria atau kulat
secara perlahan-lahan. Akhirnya, kami akan menjadi bahan organik dan kembali
semula ke tanah”, kulit buah memberi penjelasannya.

Tidak lama kemudian, bekas polisterina melihat ranting pokok dan kulit
buah hilang satu demi satu. Sedang asyik bekas polisterina bercerita kepada si
daun, tiba-tiba muncul buah oak.
Pertandingan bercerita Tahap 2 SKPJYA 2018

“Siapakah kamu ? “ tanya bekas polisterina.

“Saya ialah buah oak. Saya juga ialah organisma hidup. Proses semua organisma
hidup diuraikan dan kembali ke tanah adalah proses semula jadi” , terang buah
oak.

“Manusia itu, tidak boleh membuang kamu di sini. Kamu bukan organisma
hidup dan kamu memerlukan beratus tahun untuk diuraikan”, getus buah oak
dalam sedikit nada marah berbaur kesal atas perbuatan manusia.

“Lamanya......”. Air muka bekas polisterina berubah dan tampak sedih.

“Manusia itu sepatutnya membuang kamu ke dalam tong sampah mengikut


klasifikasi”, getus buah oak lagi.

Suasana sepi seketika. Masing-masing membisu. Tiba-tiba bekas


polisterina bersuara.

“Daun, kamu juga akan diuraikan satu hari nanti?” tanya bekas polisterina. “Ya”,
jawab si daun dengan nada yang sedih.

“Walau bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi mendengar
cerita saya”, ujar bekas polisterina kepada si daun dan buah oak.

Beberapa hari selepas itu, si daun dan buah oak turut hilang dalam
proses penguraian. Polisterina kembali sepi dan terus terbiar di tanah
menunggu kawan-kawan yang baru.
Pertandingan bercerita Tahap 2 SKPJYA 2018

Pengajaran daripada cerita saya ini adalah, kita haruslah menjaga


kebersihan alam sekitar. Sisa daripada bahan yang tidak terbiodegradasikan
seperti bekas polisterina haruslah diasingkan mengikut klasifikasinya.

Ingat! Tong biru untuk kertas. Tong coklat untuk kaca dan tong jingga
untuk tin aluminium dan plastik. Mari semua! Sayangi alam sekitar kita!

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai