Anda di halaman 1dari 2

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan.

Tuliskan
sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.

Sabtu, 10 Mac 2018

7.00 pagi

Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Kami sibuk membuat persiapan untuk pergi
berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah
dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.

8.15 pagi.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke
Port Dickson mengambil masa selama satu jam. Ketika kami sampai, orang ramai sudah
membanjiri pantai Port Dickson.

9.45 pagi.

Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang
rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang lalu
meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka
bekalan yang dibawa.

10.00 pagi.

Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja.
Sementara itu, ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-
jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-
sama.

12.15 tengah hari.

Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh
ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera
sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-
enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat
gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang.

Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat
berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami
berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada kelapangan
pada masa lain.
1) Ali dan Abu
ternampak
kemalangan
jalan raya

4) Mereka
2) Menelefon
berterima Kemlangan
pasukan
kasih kepada Jalan raya
kecemasan
Ali dan Abu

3) Ambulans
datang
membantu
mangsa
kemalangan

Tuliskan dan lengkapkan sebuah karangan yang berakhir dengan perenggan berikut....

“Ali dan Abu berasa sangat berbangga dan gembira kerana berjaya menyelamatkan
nyawa mangsa kemalangan tersebut.”

1) Ali dan Abu


ternampak
kemalangan
jalan raya

4) Mereka
2) Menelefon
berterima Kemlangan
pasukan
kasih kepada Jalan raya
kecemasan
Ali dan Abu

3) Ambulans
datang
membantu
mangsa
kemalangan

Tuliskan dan lengkapkan sebuah karangan yang berakhir dengan perenggan berikut....

“Ali dan Abu berasa sangat berbangga dan gembira kerana berjaya menyelamatkan
nyawa mangsa kemalangan tersebut.”

Anda mungkin juga menyukai