Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN (Bizz-Edu)


PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK SERI BEDENA

1.0 PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dari aspek JERIS, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar
yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang
keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar ini, pelbagai program telah
disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas. Penyertaaan pelajar khas
sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan
intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan
dengan itu, satu projek keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia
merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu
merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan
kehidupan.

2.0 RASIONAL
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Menyedari
kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan
potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan,Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya.Komponen Keusahawanan telah
diperkenalkan dalam subjek Kemahiran HIdup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah.
Berlandaskan usaha tersebut PPKI SMK Seri Bedena ingin membudayakan keusahawanan
di kalangan pelajar khas .Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan melalui mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bermula 2011 hingga kini dalam pelaksanaan KSSM
Pendidikan Khas.

3.0 MATLAMAT

Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk pelajar khas sebagai
pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja.Bekerja sendiri dan
memiliki perniagaan adalah satu obsyen yang realistik untuk pelajar Khas yang mempunyai
kemahiran vokasional dan teknikal. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan
ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar. Aktiviti ,produk dan modul yang
disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran
para pelajar khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang. Disamping
itu, program ini bertujuan untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan
kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.

4.0 OBJEKTIF

a. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-


pelajar khas.

b. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan


keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar
yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

c. Mencapai objektif dalam Bab 10 :Projek Jualan Makanan KSSMPK Asas Masakan.

d. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.

e. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih


mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Bermula Februari 2019

6.0 TEMPAT JUALAN

Kosbena SMK Seri Bedena

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Keusahawanan Sekolah

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Bestari 1 dan PAV1 yang mengikuti kemahiran hidup kokurikulum alternatif
dan KSSMPK. Penghantaran ke Kosbena dan jualan di gerai pada waktu tertentu akan
dilakukan oleh pelajar dengan bantuan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
8.0 SASARAN JUALAN

Pelajar Pendidikan Khas, Pelajar Aliran Perdana , Guru-guru SMKSB, kakitangan serta para
pelawat dari sekolah-sekolah yang lain.

9.0 PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang akan dijual ialah:

a) Kekacang

Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan keupayaan pelajar khas
untuk bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri
sendiri kelak. Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk
menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para pelajar khas.

KEPERLUAN LOGISTIK

a) Pembungkus ziplock

b) Stiker produk

c) Sarung tangan

d) Penutup muka @ face mask

e) Skop Ais

f) Alat penimbang
PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah


dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : PUAN FARIDAH BINTI A. RAHMAN


(PENGETUA SMK SERI BEDENA )
PENGERUSI 1 : PUAN NORHAYATI BINTI JUPRI
(GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS )
PENGERUSI II : ENCIK ISHAK BIN MASUDI
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI I : PUAN HAJAH HATIFAH BINTI MOHD YUSOFF
(GURU PENOLONG KANAN HEM)
NAIB PENGERUSI II :PUAN HAJAH NOR FARIDAH BINTI JAJULI
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : PUAN SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI
BENDAHARI : PUAN ADAWIYAH BINTI NGATIREN

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGURUS JUALAN : PUAN NORAZMA BINTI SAIDINA ABU BAKAR


PUAN NORASHEANA BINTI ABD RAZAK
PUAN SITI RULIZAH BINTI NORHATIM

PENYEDIAAN TEMPAT : ENCIK MOHD MURIZAL BIN JOSTI


ENCIK BASRI BIN ARSAT
ENCIK SHAHROL NIZAM BIN MISPAN

DOKUMENTASI : PUAN ADLIN JULIANA BINTI JAAFFAR


PUAN NORAZLINA BINTI SHAFIE
PENJADUALAN GURU

DAN PELAJAR : PUAN SUHANA BINTI MOHD ROYANI


CADANGAN LATAR BELAKANG PROGRAM KEUSAHAWANAN

Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu teori semasa PdPc dan latihan
praktikal yang dijalankan di bengkel masakan.

1. Teori Dalam Kelas

Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan / Asas
Keusahawanan yang dipelajari dalam bab 1 dan bab 2 KSSMPK Asas Masakan dan latihan
pengukuhan dan penilaian yang dibuat selepas PdPc.

Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan

Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah dibina
khas untuk program ini iaitu;

i) Mengenali Dunia Keusahawanan


Tayangan video usahawan jaya dalam bidang perniagaan bagi menarik minat murid-
murid dalam bidang keusahawanan.

ii) Kepimpinan dan “Teamwork”


Aktiviti masakan secara berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan
dan kepimpinan.

iii) Asas Kewangan dan Pemasaran


Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas kewangan;
modal, perbelanjaan dan pendapatan.

iv) Asas Nilai Murni

Murid diberi pendedahan dan tanggungjawab untuk bersikap jujur,sopan, kerjasama,


mendengar arahan dan menjaga kebersihan semasa jualan.

Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan ‘role play’ berkaitan aktiviti
pengurusan kewangan dan aktiviti jualan

Murid-murid akan diberi bimbingan melalui sesi perbincangan, bengkel, permainan


perniagaan dan latihan keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid-
murid mengenai konsep keusahawanan yang disampaikan. Segala aktiviti murid-murid akan
dinilai dan diberikan token.

Modul 2 : Program Pengukuhan Dan Penilaian

Di peringkat ini, murid-murid akan diberi tugasan menyediakan makanan dengan


pemantauan guru. Pelajar akan dinilai oleh guru untuk terlibat dalam urusniaga atau
sebaliknya. Pelajar akan terus diberikan pengukuhan untuk mengelakkan sebarang risiko
kemalangan sepanjang aktiviti dijalanakan.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI SEKIRANYA DIJALANKAN.

a) Bersesuaian dengan misi PPKI SMK Seri Bedena iaitu Meningkatkan Kualiti Urusdiri,
Kurikulum, Kokurikulum Dan Penyediaan Ke Kerjaya Murid-Murid PPKI SMK Seri Bedena.

b) Berdasarkan ketidakupayaan pelajar menguasai bidang akademik adalah amat wajar


memupuk kesedaran dan persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif
kepada kerjaya mereka pada masa hadapan.

c) Motto PPKI SMK Seri Bedena iaitu Ketidakupayaan Bukan Kekurangan, Kecacatan
Bukan Halangan

e) Menerusi program ini diharap dapat membantu pelajar khas menukar corak pemikiran
minda mereka dalam bekerja makan gaji,mengharapkan bantuan kerajaan dan menangih
simpati kepada pemikiran uasahawan yang berjaya yang mampu bersaing dengan insan
biasa.

RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di


samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga
program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan
terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru khas .Dengan
adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar
khas ini.Selain daripada itu,ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat
guru-guru lakukan khas untuk pelajar yang kurang upaya ini.
Disediakan oleh :

...................................
(SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI)
Setiausaha PPKI SMKSB

Tarikh :

Disemak oleh,

.......................................
(NORHAYATI BINTI JUPRI)

Tarikh :

Diluluskan / Tidak diluluskan :

.......................................

Tarikh :

ULASAN :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai