Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN ISLAMOFOBIA

Islamofobia tercetus semasa peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di New
York pada 11 September 2001 yang telah mencetuskan fenomena Islamofobia ini. (Whitman,
2015) Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada pihak yang bermusuh atau tidak suka
dengan Islam dengan memberikan gambaran buruk terhadap Islam kepada seluruh dunia.
Malah, terdapat gerakan yang teratur dan dibiayai oleh pihak tertentu untuk meluaskan dan
menyerbarkan propaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia.
Walaupunbagaimanapun, terdapat banyak lagi gerakan yang mempelopori keganasan seperti
Liberation Tigers of Tamil Elam di Sri Lanka, gerakan Khalistani di India, Pemberontak Ireland
Utara, ‘Basque separatists’ di Sepanyol dan Zionis Israel namun, kumpulan-kumpulan ini semua
tidak pula dianggap sebagai mewakili agama mereka sendiri dan tiada istilah Kristianofobia atau
Hindufobia atau Judaismofobia dikaitkan dengan mereka.
Hal ini membuktikan bahawa fenonema Islamofobia yang telah berlaku di dunia ini adalah
bukan disebabkan oleh keganasan umat orang Islam, akan tetapi ianya juga berkaitan dengan
faktor lain yang perlu dipandang serius oleh umat Islam sendiri. Perkara ini juga telah
memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan Islam sehingga Pertubuhan Negara-Negara
Islam telah menubuhkan “OIC Islamofobia Observetory” bagi memantau perkembangan isu ini.
Sesungguhnya, fenomena Islamofobia ini harus dibincangkan dengan lebih teliti dalam
membincangkan isu-isu berkaitan, konsep, manifestasi, implikasi, bentuk serta faktor-faktor
Islamofobia termasuk menggariskan beberapa strategi yang boleh diusahakan dalam
membetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam.

2.0 KONSEP ISLAMOFOBIA

Sebelum menghurai dengan lebih lanjut tentang isu fenomena Islamofobia ini, kita terlebih
dahulu perlu memahami konsep Islamofobia ini. Hal ini penting supaya senang untuk kita
mengupas adan menganalis kefahaman terhadap beberapa isu Islamofobia. Aspek lain yang
perlu dibicarakan adalah manifestasi, implikasi dan faktor-faktor tentang isu Islamofobia. Selain
itu, bahagian kedua pula adalah menjustifikasikan beberapa langkah yang boleh diusahakan
dalam menangkis persepsi negatif masyarakay terhadap Islam.

1
2.1 DEFINISI ISLAMOFOBIA

Definisi Islamofobia ini jika dilihat atau diperhatikan pada masa kini dalam media massa yang
tersebar meluas adalah Islamofobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat mahupun benci
terhadap Islam. Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah ketakuatan atau kebencian yang
keterlaluan yang tidak rasional terhadap sesuatu”. Islamofobia ini lebih dari bukan sekadar
makna malah ianya turut mengambarkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis,
diskriminasi dan stereotaip.
Fenonema Islamofobia ini pada asasnya adalah kebencian berasaskan kepada agama Islam
dan ianya mempunyai dua aspek yang berbeza iaitu dari sudut protagonis Islamofobia dan dari
sudut mangsa Islamofobia sendiri. Istilah Islamofobia diperkenal pada tahun 1996 oleh
“Commission on British Muslim and Islamophbia” yang merujuk kepada “dread or hatred of Islam
and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims”atau “irrational fear of Islam or anti-
Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism”. Melalui pentakrifan ini,
tersimpulah bahawa Islamofobia ini merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam
bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap
Islam atau umat Islam.
Pada tahun seberikutnya,“Commission” tersebut telah mengeluarkan “Runnymede Trust
Report Islamophobia : a challenge for all of us” menginstitusikan kosa kata Islamofobia bererti
“prejudis terhadap Islam”. Runnymede juga turut mengenal pasti kompenan-komponen yang
mendefinisikan Islamofobia iaitu: “Islam is perceived as a monolithic block, static and
unresponsive to change; it is viewed as separate and “other”; it does not have values in common
with other cultures, is not affected by them and does not influence them. Islam is seen as
inferior to the West; it is considered barbaric, irrational, primitive and sexist; Islam is seen
as violent, aggressive, threatening, and supportive of terrorism and engaged in a “clash of
civilizations.” (Runnymede, 2011)
Rumusan yang telah dibuat oleh Runnymede ini telah mengesahkan bahawa Islam telah
disalahfahami oleh ramai pihak secara serius terutamanya masyarakat bukan Islam di barat.
Oleh itu, persepsi tentang Islam ini perlu diperbetulkan dengan segera bagi memastikan Islam
tidak lagi disalahertikan dan difahami. Sesungguhnya, tanggungjawab sebegini mestilah dipikul
oleh setiap individu Muslim termasuk institusi-institusi, badan-badan dan pertubuhan Islam
bagi mengatasi isu Islamofobia ini.

2
3.0 MANIFESTASI ISLAMOFOBIA

Manifestasi Islamofobia ini bermaksud kepada cara situasi di mana tanggapan dan persepsi
negatif atau kebimbangan serta kebencian kepada umat Islam itu dinyatakan dalam bentuk
ekspresi intelektual seperti penulisan karya ilmiah, gerakan Islamofobia itu sendiri malah
perbuatan merangkumi keganasan dan protes. Antara kategori manifestasi Islamofobia yang
digunakan adalah:-

3.1 Manifestasi Media Terhadap Islamofobia

Peranan media dalam membentuk pendapat umum dan dasar awam di seluruh pelosok
dunia sememangnya tidak dapat dinafikan dalam mengambil peranan positif untuk menyatakan
isu-isu berkaitan Islamofobia. Media pro-barat juga sentiasa mengambil peluang untuk
menunjukan imej yang buruk kepada Islam seterusnya menyebarkan berita-berita yang
mengambarkan kenegatifan Islam. Contohnya dalam kes pembunuhan Marwa al-Sherbini di
Dresden, Jerman pada 1 Julai 2009 yang bermotifkan kebencian dan salah faham terhadap Islam
yang mengatakan bahawa defenden telah membunuh saksi dalam mahkamah daerah atas
alasan pergaduhan di taman permainan kanak-kanak. Pada hakikatnya, media Jerman tidak
menyatakan bahawa saksi tersebut ialah seorang wanita Islam dan pertengkaran itu sebenarnya
berakhir dengan defendan menjerit kepada wanita Islam itu perkataan lucah dan pengganas.
Malahan penerbitan filem ‘Fitna’ oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang
kemudiannya disiarkan secara berleluasa menyebabkan masyarakat umum mempunyai
pandangan yang amat negatif terhadap Islam khususnya al-Quran.

3.2 Manifestasi Intelektual Terhadap Islamofobia

Menurut pelapor khas PBB, En. Doudou Diene, tren politik dan idealogi semasa kuat
dipengaruhi oleh legitimasi intelektual dan saintifik terhadap elemen perkauman, xenophobia dan
sikap tidak bertoleransi. (Doudou, 2006) Hal ini kerana tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah
naskah buku yang telah diterbitkan oleh beberapa penulis dengan tujuan untuk memanfaatkan
peluang yang ada dalam meningkatkan isu Islamofobia sekaligus mengubah imej Islam kepada
yang lebih negatif. Antara buku yang cuba memberikan gambaran negatif terhadap Islam adalah
karya Andrew Boston iaitu “The Legacy of Jihad” yang menerangkan bahawa jihad bersifat
pemusnah.

3
3.3 Manifestasi Politik Dan Perundangan Terhadap Islamofobia

Perasaan ketakuatan dan kebimbangan terhadap ini juga berpunca daripada dunia polotik
dan perundangan itu sendiri. Sebagainya contohnya yang terjadi Switzerland, disebabkan
daripada kempen anti Islam oleh Daniel Streich yang telah mencetus kepada pindaan undang-
undang mengharamkan pembinaan menara-menara masjid yang kini beliau telah memeluk
agama Islam. Hal ini nyata menunjukan bahawa Islamofobia wujud dalam dalam bentuk institusi
dan perundangan. Sungguhpun ianya telah melanggar hak asasi umat Islam di Switzerland,
malahan telah dikecam oleh pelbagai kerajaan, phak bukan kerajaan, badan hak asasi termasuk
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amnesty
International. Namun pindaan undang-undang tersebut tetap dijalankan atas alasan kemahuan
politik. Terdapat banyak juga insiden lain yang berlaku dalam bidang politik melibatkan isu
Islamofobia ini khasnya yang ditunjukkan oleh Geert Wilders seorang ahli politik.

3.4 Manifestasi Islamofobia Dalam Kartun

Perkara ini berlaku dalam kartun dengan bukti kepada dua percubaan membunuh didakwa
berlaku kepada kartunis Denmark dan Sweden pada Januari dan Mac 2010 telah mendorong
kepada beberapa akhbar Nordic untuk mencetak semula kartun sebagai pihak yang memihak
kepada kebebasan bersuara. Tambahan pula, pada Februari 2010, akhbar Norway, Dagbladet
telah menerbitkan sebuah karikatur Nabi Muhammad dengan mangaitkan kontroversi di halaman
Facebooknya.

3.5 Manifestasi Struktur Terhadap Islamofobia

Manisfestasi struktur terhadap Islamofobia ini merujuk kepada diskriminasi dalam pelbagai
sektor seperti masalah mendapatkan keperluan asas, peluang perkerjaan, tempat tinggal,
penjagaan kesihatan serta pendidikan yang sempurna akibat daripada stereotypeter. Terdapat
banyak insiden yang berlaku menunjukkan situasi isu Islamofobia berstruktur semakin
meningkat. Antaranya adalah pertimbangan BBC terhadap perlantikan seorang Muslim sebagai
ketua agama dan etika tersebut sebagai sesuatu ‘penghinaan’ bagi orang bukan Islam.
Sehubungan dengan itu, wanita muslim yang berkerja sebagai pencuci sebagai satu ‘ancaman
kselamatan’ di negara Itali dan terdapat doktor yang tidak mahu merawat seorang remaja muslim
yang bernama Jihad di negara Jerman. Hal ini kerana jihad bermaksud perjuangan suci atau
perang dalam perkataan Arab. Lain pula yang berlaku di negara Kanada apabila pengusiran
pelajar muslim dari sekolah atas sebab tidak mahu menanggalkan tudung semasa masa
persekolahan. Perkara sebegini membuktikan bahawa Islamofobia ini telah banyak memberi
kesan kepada kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

4
3.6 Manfestasi Islamofobia Protes Dan Keganasan

Kebimbangan terhadap umat Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan lebih teruk
lagi adalah keganasan yang melampau. Hal ini disabitkan dengan penerbitan kartun yang
mengina Nabi Muhammad oleh penulis karya yag berasal dari Denmark iaitu Kurt Westergaard
yang membuktikan Islamofobia yang ditunjukkan melalui siri kartun beliau. Selain itu, peristiwa
membakar al-Quran sepanjang sembilan bulan dari bulan september 2010 sehingga bulan april
2011 di negara Amerika sekaligus dengan kempen untuk membakar al-Quran menunjukkan
manifestasi protes kesan daripada Islamofobia. Tambahan pula dengan kes keganasan yang
berlaku di mana oarang muslim ditembak di negara Amerika setelah menunaikan solat Jumaat.
Polis juga menahan umat Islam yang menunaikan olat di tempat letak kereta di Nevada dan yang
lagi teruk adalah peristiwa pembunuhan kejam terhadap Marwa El Sharbini di dalam mahkamah
akibat daripada perasaan benci yang meluap dan tidak berasas kepada Islam di Dresden,
Jerman.

4.0 IMPLIKASI ISLAMOFOBIA

Antara implikasi Islamofobia ini adalah kepada sosio-ekonomi umat Islam. Hal ini memberikan
impak yang ketara kepada pembangunan sosio-ekonomi yang menunjukkan diskriminasi
terhadap umat Islam dalam pelbagai bidang antaranya bidang pendidikan, peluang pekerjaan,
tempat pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagai amat memberikan kesan kepada kehidupan
umat Islam terutamanya di negara majoriti bukan Islam. Tambahan pula, hak-hak asas
kehidupan manusia berpotensi untuk diketepikan akibat ianya mampu mengganggu
pembangunan sosio ekonomi sesebuah negara tersebut. Contohnya seperti negara-negara
miskin Somalia, Afghanistan dan negara lain-lain akan kurang mendapat bantuan antarabangsa
disebabkan oleh faktor Islamofobia.

Implikasi lain Islamofobia ini juga adalah kepada mental dan fizikal yang mampu memberi
kesan terhadap seseorang individu. Mengikut United State of America Today Gallup poll yang
telah melaporkan bahawa 22% daripada responden yang ditemubual mengakui bahawa mereka
tidah ingin berjiran dengan umat Islam. Sebanyak 18% yang mengatakan berasa gementar
dengan ada wanita Muslim bersama-sama mereka berada di dalam kapal terbang dan 31% jika
penumpang adalah lelaki Muslim. Perkara ni menunjukkan bahawa keadaan mental yang
tergganggu disebabkan oleh persepsi negatif dan kebimbangan mereka sendiri kepada umat
Islam.

5
Sehubungan dengan itu, implikasi Islamofobia juga berlaku dengan penganiayaan individu
dan kerosakan fizikal terhadap umat Islam. Menurut ‘OIC Observatory Report’ tentang insiden
berkaitan dengan mencemarkan kesucian masjid meningkat sebanyak 100% dan penodaan
terhadap perkuburan Islam juga sebanyak 75%. Insiden keganasan dan gangguan terhadap
umat Islam berpurdah dan burqah juga turut meningkat sebanyak 500% malah sikap tidak
bertoleransi terhadap simol-simbol suci agama Islam meningkat lebih dari 100%.

5.0 FAKTOR-FAKTOR ISLAMOFOBIA


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda Van Der Noll yang bertajuk
‘Islamophbia and Its Origins: A study Among Dutch Youth’ terhadap 580 remaja di negara
Belanda pada tahun 2006 telah mengesahkan bahawa 54% daripada responden mempunyai
pandangan dan tanggapan negatif tentang Islam dan Muslim. (Noll, 2009) Antara rumusan
penting yang disimpulkan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan faktor-faktor Islamofobia.
Kajian yang dijalankan juga mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan dalaman yang
membina persepsi negatif orang bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa kebimbangan
atau ketakutan mereka terhadap umat Islam. Antara berkut adalah faktor-faktor Islamofobia :-

5.1 Penghijrahan

Penghijrahan orang Islam ke dalam negara bukan majoriti bukan Islam adalah merupakan
salah satu faktor terjadinya Islamofobia ini. Hal ini disebabkan faktor kemunduran ekonomi dan
masalah kesempitan hidup yang telah menyebabkan ramau umat Islam berhijrah ke negara yang
maju. Situasi ini mengakibatkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat asal negara
tersebut dan seterusnya mengugat taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat Islam
yang berhijrah ini kerana ingin melakukan jenayah serta tidak menghormati budaya negara
tersebut. Ini adalah punca kepada faktor yang menyebabkan masyarakat negara tersebut
memandang serong terhadap orang Islam dan emlihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.

5.2 Pengaruh Media Dan Gerakan Islamofobia

Pengaruh media dan gerakan Islamofobia ini memang sudah tidak nafikan bahawa media
mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam membentuk persepsi masyarakat. Media juga
dikuasai oelh pihak yang prejudis kepada Isla yang sudah pasti akan menggunakan saluran
sebegini untuk menanam perasaan kebimbangan dan ketakutan kepada Islam. Contohnya, surat
khabar yang sering kali menerbitkan isu-isu yang berkaitan dengan keganasan umat Islam di
seluruh dunia. Hal ini ditambah lagi dengangerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan
yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu. Contohnya ‘The Centre for American Progress’
melaporkan bahawa terdapat tujuh pihak yayasan yang telah membayar sebanya USD42 juta
untuk menanam ketakutan dan kebimbangan kepada umat Islam di Amerika. Di antara badan

6
yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon Scaife
Foundations’, ‘Lynde and Harry Bradley Foundation’ dan lain-lain.

5.3 Kurang Ilmu Pengetahuan Dan Pendedahan

Kekejaman dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga merupakan salah punca faktor
Islamofobia ini. Hal ini disebabkan sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus
untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya
pendedahan dan lmu pengetahuan maka tiadanya fahaman terhadap ajaran Islam di peringkat
rendah dan tinggi. Oleh sebab itu, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya
hidup dan ganas termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabila ianya melibatkan
kaum hak-hak wanita. Selain itu, kejahilan yang berpunca daripada orang Islam itu sendiri juga
menjadi penyumbang kepada Islamfobia. Hal ini kerana jika dilihat pada hari ini terdapat juga
segelintir orang Islam yang tidak berpegang teguh dan tidak mahu mempelajari agama Islam itu
sendiri. Akibatnya apabila ditanya tentang Islam mereka tidak dapat menjawab dan memberi
penjelasan kepada orang bukan Islam.

5.4 Kebangkitan Negara Islam

Kebangkitan negara Islam dalam bidang kuasa politik seperti negara Iran dan Turki dengan
kemajuan teknologi mereka telah menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap
pengaruh Islam ini. Kebangkitan pada pentadbiran ekonomi negara-negara Islam yang menjadi
pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset strategik di negara-negara lain juga
punca faktor Islamofobia berlaku. Kejadian ini menimbulkan kemuskilkan dan kecurigaan orang
ramai terhadap Islam. Terutamanya, Iran selalu dilabelkan sebagai ancaman kepada kestabilan
di Timur Tengah.

5.5 Kelemahan Penyebaran Maklumat

Antara faktor-faktor terjadinya Islamofobia ini adalah disebabkan oleh kelemahan dan kurang
penyebaran maklumat mengenai agama Islam itu sendiri. Media massa kebanyakkan yang
dimiliki oleh golongan bukan Islam dan liputan yang negatif selalu ditimbulkan mengenai agama
Islam. Terdapat juga media massa yang tidak mempunyai maklumat dan sumber yang sahih
tentang gerakan keganasan negara Islam ini malah tiada data yang lengkap negara Islam yang
harus menjadi mangsa keganasan akibat isu daripada Islamofobia. Pihak media yang memiliki
institusi Islam pula pada hakikatnya sangat kurang efisen dan kurang berjaya menapilkan
program-program atau kempen yang mampu atau boleh memperbetilkan persepsi negatif
masyarakat terhadap agama Islam ini.

7
6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISLAMOFOBIA

Langkah-langkah untuk mengatasi Islamofobia ini harus ditanggani dengan segara oleh semua
pihak agar perkara ini tidak semakin meningkat pada saban har di serata dunia. Pelbagai inisiatif
yang perlu diambil kira dalam melaksanakan langkah untuk mengatsi isu islamofobia ini. Antara
langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan program dan aktiviti yang
dirancang bagi merangkumi inisiatif yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
Pertubuhan Islam, masyarakat sivil, media dan membina kefahaman.

6.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Langkah-langkah yang diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam isu yang
bermula pada 2001 iaitu semasa ‘Durban World Conference on Racism, Racial
Discrimination, Xenophobia, and Related Intolerance’. Disebabkan inilah Pertubuhan Negara-
Negara Islam melalui ‘OIC Islamophobia Observatory’, ‘United Nation Human Rights Council’
pada akhirnya telah membuat resolusi menyokong usaha-usaha menangani isu Islamofobia
ini. Contohnya, ‘The Ministerial meeting at the 62nd Session of the UN General Assembly
on October 4-5, 2007’ di New York yang membincangkan topik ‘The High-Level Dialogue
on Inter-religious and Intercultural Understanding and Cooperation for Peace’ telah
mengeluarkan resolusi iaitu ‘The UN Resolution Combating Defamation of Religions: Human
Rights Council Resolution 7/19. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini juga telah melantik
‘Special Rapporteur on contemporary forms of racism, racial discrimination, xenophobia and
related intolerance’ yang bertanggungjawab secara khusus dalam menangani isu etnik
termasuk isu Islamofobia.

6.2 Pertubuhan Negara-Negara Islam

Apabila melihat impak Islamofobia ini terlampau serius terhadap umat Islam di seluruh dunia,
Pertubuhan Negara-Negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan badan khas bagi
memantau dan menangani isu Islamofobia ini. Kesemua negara-negara Islam bersetuju untuk
menubuhkan “OIC Islamopbhia Observatory” secara rasminya pada tahun 2007. Melalui
pertubuhan ini, sebanyak 4 laporan telah dikeluarkan diantaranya adalah ‘The First Annual
Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2007 to May 2008’. Kesemua laporan
ini telah menyediakan fakta dan maklumat yang terperinci dan sahih mengenai kes-kes
Islamofobia yang berlaku di seluruh dunia bagi mengatasi isu ini. Laporan ini juga sekaligus
memaparkan segala aktiviti serta program-program yang telah dilaksanakan bagi menangani
Islamofobia.

8
6.3 Media

Media juga perlu memainkan peranan penting dalam dalam membentuk persepsi dan
pemikiran masyarakat di seluruh dunia kerana media mempunyai fungsi yang amat penting
dalam menyebarkan isu-isu sebegini. Pihak media juga harus lebih bertanggungjawab dalam
memastikan program dan aktiviti yang disiarkan termasuklah berita yang dipaparkan tidak
mempunyai unsur yang salah tentang Islam. Pihak media juga sepatutnya menerbitkan program
dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta yang
sahih. (AHMAD, 2012)

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, fenomena Islamofobia ini bukanlah sesuatu yang baru pada adab ke-20 ini.
Persepsi dan tanggapan terhadap Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan
budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah tidak betul da
tidak tepat. Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia ini kepada kehidupan,
mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, langkah-langkah menangani isu ini perlu
digembleng secara berhikmah dan berterusan pada setiap masa supaya ianya mampu mengubah
persepsi negatif orang bukan Islam. Inisiatif yang bersepadu melalui kerjasama di setiap
peringkat pihak menerusi jaringan kerja yang kuat dapat memastikan langkah-langkah mengatasi
Islamofobia ini dapat dicapai dengan berjayanya. Segala gerakan, langkah-langkah, inisiatif
serta program ini merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka
bumi ini dan bagi memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah,
iltizam dan itqan merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.

9
8.0 BIBLIOGARFI
AHMAD, M. S. (2012). Menangani Islamofobia. Selangor: Utusan Online.

Doudou, D. (2006). International Service for Human Right’s summaries . UNHCR: Geneva.

Islamophobia: Understanding Anti-Muslim Sentiment in the West. (n.d.). Retrieved from 2016
Gallup, Inc. All rights: http://www.gallup.com/poll/157082/islamophobia-understanding-anti-
muslim-sentiment-west.aspx

Noll, H. D. (2009). Islamophobia and Its Origins A Study. Leiden : Leiden University.

Runnymede. (2011). Islamophobia: A Challenge For All Of us. London: The Runnymede Trust.

Whitman, E. (12 September, 2015). What Is Islamophobia? The History And Definition Of Anti-
Muslim Discrimination In The US. Retrieved from International Bussines Times:
http://www.ibtimes.com/what-islamophobia-history-definition-anti-muslim-discrimination-
us-2218446

10
Isi Kandungan
1. Pengenalan Islamofobia............................................................................. 1

2. Memahami Konsep Islamofobia................................................................. 1

2.1 Definisi Islamofobia................................................................................. 2

3. Manifestasi Islamofobia Terhadap :- ......................................................... 3

1.1 Media.......................................................................................... 3

1.2 Intelektual.................................................................................... 3

1.3 Politik Dan Perundangan............................................................. 4

1.4 Kartun.......................................................................................... 4

1.5 Struktur ....................................................................................... 4

1.6 Protes Dan Keganasan................................................................ 5

4. Implikasi Islamofobia.................................................................................. 5–6

5. Faktor – Faktor Islamofobia : - ................................................................... 6

1.1 Penghijrahan............................................................................... 6

1.2 Pengaruh Media Dan Gerakan Islamofobia................................. 6

1.3 Kurang Ilmu Pengetahuan Dan Pendedahan.............................. 7

1.4 Kebangkitan Negara Islam.......................................................... 7

1.5 Kelemahan Penyebaran Maklumat.............................................. 7

6. Langkah- Langkah Mengatasi Persepsi Negatif Islamofobia :- ............... 8

6.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu..................................... 8

6.2 Pertubuhan Negara-Negara Islam......................................... 8

6.3 Media..................................................................................... 9

7. Kesimpulan.................................................................................................. 9

8. Bibliografi.................................................................................................... 10

11

Anda mungkin juga menyukai