Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM PRAKTIKUM)

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di
Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi
sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan
guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major dan
elektif guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan
maksimum 12 jam.

Bagi praktikum fasa 1 ini, yang bermula pada 2 Julai 2017, saya mengharapkan
segala perkara yang berkaitan dengan pedagogi pendidikan dalam diri saya dapat
dipertingkatkan lagi. Aspek – aspek yang dinyatakan merupakan objektif yang telah
saya sasarkan sebelum praktikum selaras dengan kehendak unit praktikum IPG
Kampus Sultan Mizan. Banyak yang saya akan belajar melalui sesi praktikum kali ini
tidak kiralah dari aspek kaedah pengajaran, teknik, alat bantu mengajar, penampilan
saya dan sebagainya. Yang penting semua ini dapat disatukan menjadi satu
pengalaman yang sangat berguna untuk saya aplikasikan apabila berada di lapangan
nanti. Di samping itu juga, penambahan dari segi ilmu pengetahuan juga saya
harapkan berlaku terutamanya dari bidang pendidikan. Hal ini kerana apabila berada
di sekolah yang dikelilingi oleh guru – guru berpengalaman akan memberi peluang
kepada saya untuk menimba sepenuhnya ilmu dan pengalaman mereka untuk
dijadikan pedoman pada masa akan datang.

Malah bukan itu sahaja, selain daripada aspek pengajaran di dalam bilik darjah,
banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di
sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai
segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri disetiap
perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah
disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih
yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik
bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang kebun mahupun pekerja kantin.
Saya perlu memehami budaya di sekolah serta komuniti di situ selain perlu
membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat mengajar untuk saya terapkan
bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa
lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran
dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Oleh yang
demikian, secara keseluruhanya saya mengharapkan praktikum kali pertama ini, akan
memberi saya satu pengalaman yang paling bermakna serta dapat menimba
pengetahuan yang amat berharga untuk saya jadikan pedoman pada masa akan
datang nanti, menjadi seorang guru yang gemilang, cemerlang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai