Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AMALI

SEMBELIHAN

TARIKH:
11 Februari 2014 ( Selasa )

TEMPAT:
Perkarangan ASPURI,
SMKANI

ANJURAN:
Unit Pendidikan Islam,
SMKA NURUL ITTIFAQ
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2014
1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan
ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada
kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan semata-mata,
tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka Unit Pendidikan Islam ingin melaksanakan Program
Amali Sembelihan. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling
berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan yang
betul.
2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan
sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan
sehingga proses memasak.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

3.0 TARIKH & MASA

11 Februari 2014 ( Selasa ), 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

4.0 TEMPAT

Dataran ASPURI,SMKANI.

5.0 SASARAN

5.1 34 orang pelajar Tingkatan 3IBK


5.2 35 orang pelajar Tingkatan 3IBR
5.3 Jumlah keseluruhan pelajar : 69 orang
6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Bil Jawatan Bidang Tugas


Penaung (Pengetua)
1 -
Hjh. Hapsah bt A.Ghani

Penasihat (PK HEM)


2 -
En. Kasim b. Awang
Penyelaras 1. Menyelaraskan keseluruhan aktiviti program
3
En. Zul Izzi b. Berahim 2. Memantau kelancaran aktiviti
Setiausaha 1. Menyediakan laporan dokumentasi untuk
4 En. Wan Mohd Amran b. sekolah di akhir program.
Wan Ahmad
1. Menyediakan peralatan-peralatan yang
diperlukan untuk amali sembelihan seperti
JK Peralatan
5 pisau, batu asah, cangkul untuk menggali
En.Mohamad b. Chik
lubang, plastik sampah dan lain-lain yang
dirasakan perlu.
Jk Persiapan Tempat 1. Memastikan tempat program berada dalam
6 Pn. Shamsiah bt Wan keadaan selamat dan bersih.
Sulaiman 2. Menyediakan lubang tempat sembelihan.
1. Memastikan para pelajar sentiasa menjaga
JK Kebersihan kebersihan tempat sembelihan dan tempat
7
Ketua Kelas 3IBR memasak sebelum, semasa dan selepas
program.
1. Memastikan semua pelajar menepati masa dan
JK Kawalan Pelajar berada di tempat program seperti yang
8 Ketua Kelas 3IBK dijadualkan.
2. Memastikan pelajar tidak meninggalkan tempat
program sehingga program tamat.
JK Doa 1. Membaca doa sebelum memulakan program.
9
Tn.Hj.Muda b. Ahmad

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


07.50 pagi Pelajar berkumpul
08.00 pagi Taklimat program dan pembahagian puyuh Penyelaras
sembelihan
08.15 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan Penyelaras
dan demonstrasi penyembelihan
08.30 pagi Praktikal sembelihan oleh para pelajar Semua guru PAI
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Pelajar memasak puyuh sembelihan masing- -
masing
01.00 petang Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti JUMLAH (RM)


1 Puyuh 70 ekor x RM 2.50 175.00
2 Plastik Sampah 1 peket 5
Air Mineral JK 1 kotak 10
3
Perlaksana
JUMLAH RM 190 .00

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak yang
terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah
s.w.t.

Disediakan oleh,

(EN. ZUL IZZI BIN BERAHIM)


Penyelaras
Amali Sembelihan 2014
SMKA Nurul Ittifaq.

Disokong/ tidak disokong,

(EN. KASIM B. AWANG)


Timbalan Pengetua Hal Ehwal Ehwal Pelajar
SMKANI.

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

(HJH.HAPSAH BT A.GHANI)
Pengetua
SMKANI.
AKTIVITI BERGAMBAR

Pelajar-pelajar perempuan tidak ketinggalan mencuba sendiri proses penyembelihan puyuh


secara amali

Penerangan oleh orang berpengalaman, Opps!! Sapa punya kerja ni?


Ust.Mat Hussin Ismail

Anda mungkin juga menyukai