Anda di halaman 1dari 2

Nama : Hadry Juna Anak Juki

Pada kuliah yang telah dilaksanakan saya telah mempelajari peranan


matematik terhadap individu, masyarakat dan negara. Terutamanya
sumbangan pada teknologi komunikasi. Sebagai contoh penciptaan nombor
binari menyumbangkan kepada prosedur pengiraan dalam komputer.
Teknologi ini menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradapan sains
dan teknologi pada masa hadapan. Namun, saya berfikiran bahawa
masyarakat tidak menjiwai tentang wujudnya matematik dalam teknologi.
Pada masa kini, jenayah siber seperti pencerobohan maklumat, menyebarkan
fitnah dan mengugut dalam siber semakin meningkat. Dalam nilai matematik
ada menyentuh keindahan matematik dan membangkitkan kepentingan
matematik. Jenayah siber berlaku adalah disebabkan kurangnya penhayatan
nilai matematik dalam diri masyarakat.
Matematik bukan sekadar merupakan proses pembinaan
pengetahuan. Matematik dapat diterima sebagai sesuatu ilmu yag relatif
kerana sistem nilai yag menjadi amalan masyarakat adalah tidak sama
dengan sistem nilai amalan budaya sesuatu masyarakat. Saya cuba
memahami bahawa ini mungkin mengatakan bahawa sifat menjiwai
matematik amat penting. Namun kelemahannya adalah nilai ini sukar
ditafsir dan bagi mengatasi masalah ini pembelajaran yang memfokuskan
nilai perlu dirancang oleh guru.
Untuk refleksi saya pada minggu ini, saya ingin menyatakan bahawa
pada minggu lepas agak sibuk bagi saya kerana terlampau banyak kerja
diberikan. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk belajar.
Selain itu, saya agak gementar pada sesi pebentangan tutorial minggu
lepas. Penghasilan slaid juga saya agak cuai dan sering melakukan
kesilapan seperti tulisan yang tidak kemas, tidak nampak dan sebagainya.
Namun begitu, penghasilan slaid kumpulan saya mendapat pujian kerana
mempunyai gambar-gambar yang menarik dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai