Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Tajuk inovasi

Penggunaan permainan interaktif (Haoshoku Maze) matematik dalam meningkatkan konsep


penukaran unit bagi topik Isi padu Cecair.

2.0 Nama Pengkaji

Hadry Juna Anak Juki

3.0 Objektif

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menukar unit isi padu cecair, 1000
mililiter bersamaan dengan 1 liter.

3.2 Objektif Khusus

I. Murid menguasai kemahiran menukarkan unit isi padu cecair dengan betul.
II. Murid tidak melakukan kesilapan dalam menukarkan unit isi padu cecair.
III. Murid tidak memberikan tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Masalah-masalah yang dihadapi

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, murid 4 Bestari terdiri daripada murid
cemerlang, sederhana dan lemah dalam Matematik. Kesukaran untuk mengenalpasti
kelemahan murid adalah satu faktor yang menyebabkan penambahbaikan sukar
dilaksanakan. Kebanyakkan murid suka untuk menyembunyikan kelemahan mereka semasa
di dalam kelas. Melalui pemerhatian saya, murid kurang memberikan tumpuan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Apabila meminta murid menunjukkan penyelesaian di papan
putih dilihat murid tidak dapat menguasai penukaran unit isi padu cecair. Konsep penukaran
unit ini kemudian dikonkritkan lagi dengan menggunakan kaedah simulasi. Didapati hanya
murid cemerlang dan beberapa murid sederhana memahami konsep penukaran unit isi padu
cecair.

5.0 Sorotan literatur

Inovasi ditakrifkan sebagai proses atau hasil pengembangan dan pengelaman untuk
menciptakan sessuatu dan membaiki produk. Kini, dalam era globalisasi teknologi dan inovasi
sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia
termasuk pendidikan. Tanpa teknologi, individu akan digelar kolot dan paling menyedihkan
kehidupan manusia seolah-olah menjadi serba kekurangan. Menurut Noor Mazlan dan
Noraziah (2016), teknologi dapat meningkatkan pencapaian akademik dan menjayakan
proses pengajaran. Tambahan pula, teknologi digunakan meluas dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik seperti permainan interaktif Matematik. Menurut Hairol Anuar et al.
(2014), penggunaan aplikasi permainan digital dalam sistem pendidikan merupakan adaptasi
dasar keterbukaan kerajaan dalam usaha memperkasakan institusi pendidikan dalam negara.
Namun begitu didapati masih berlaku proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
kepada guru tanpa memberikan murid menelaah sendiri konsep Matematik. Menurut
Nurfazliah Muhamad et al. (2015), corak pengajaran di sekolah kebanyakannya masih
berpusatkan guru di mana amalan latih tubi dan menghafal petua dan rumus ditekankan
dalam pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa guru perlu mengubah kaedah pembelajaran
yang diterapkan dalam blilik darjah.
RUJUKAN

Hairol Anuar et al. 2014.Tranformasi Pendidikan Melalui Pendekatan Permainan Digital Di


Dalam Sistem Pembelajaran.Jurnal Pendidikan. Vol.2, Bil.1, hlm 67.
Noor Mazlan Ahmad Ghazali dan Noraziah Kassim (2016). Penggunaan ICT Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Jurnal
Pendidikan. Bil 1, hlm 52.
Nurfazliah Muhamad et al. 2015. Penggunaan Game-Based Learning Bagi Meningkatkan
Kemahiran Penyelesaian Masalah Kreatif Dalam Matematik. Jurnal Pendidikan dan
Komputer. Vol 17, hlm 67.

Anda mungkin juga menyukai