Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa

hukuman pasukan masing-masing.

7.1. Kawad Asas:


a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan
dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti
di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah
128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan
Dikenakan penalti.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke
hadapan, kanan....pusing”.
Ketua platun dan platunnya akan mengadap kehadapan
bersama-sama.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”.
Selepas hukuman diberi, Ketua platun akan berpusing
mengadap platunnya.
“Pandang......depan”.
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa
Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan
sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah
“Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM /
Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan”.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun
diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut
mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri,
kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke
kanan, belakang pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman:
“menghadap ke belakang, kanan....pusing”
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “
menghadap ke hadapan, ke belakang pusing “.

g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas.


Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad
dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan
apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar
Pertandingan 2).
k. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan
setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.
l. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam
pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai
membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”
diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang
melintasi para hakim .
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)

n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman


“bergerak ke kiri, kiri.....pusing” diberikan.
o. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah
skuad berada antara kon C dan kon D.
p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok”
diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”.
Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan
pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah,
tukar langkah, maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat
selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah perlahan, perlahan.....jalan”.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa
hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah cepat, cepat jalan”.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri,
belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap
ke belakang, kiri......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap
ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti
dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara
mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan
bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
q. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Anda mungkin juga menyukai