Anda di halaman 1dari 1

Nantha Kumar A/L Tamil Selvan,

218- Blok Pinang,


IPG Kampus Pulau Pinang,
Tel: 013-2405281

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,


Ipg Kampus Pulau Pinang,
Bukit Coombe,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. 11hb Januari 2019

Tuan,
KESALAHAN GAGAL MENANDATANGANI BUKU DAFTAR MASUK KOLEJ KEDIAMAN
DALAM MASA YANG TIDETATAPKAN
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Saya mengaku bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti tidak menandatangani
buku daftar masuk kolej kediaman dalam masa yang ditetapkan. Saya juga mengaku dengan
sepenuhnya bahawa saya telah melanggar peraturan Kolej Kediaman yang ditetapkan.
3. Kesalahan ini berlaku kerana saya telah mengalami demam panas dan sakit kepala
sewaktu balik ke asrama. Saya terpaksa pergi ke klinik untuk mengambil ubat dan
pemeriksaan kesihatan. Oleh itu, saya tidak dapat menghadirkan diri saya ke pejabat kolej
kediaman untuk menandatangani buku daftar masuk kerana saya terpaksa mengambil rehat
yang secukupnya setelah mengambil ubat-ubatan.
4. Saya memohon maaf dan berjanji agar tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Saya
berharap agar perkara ini mendapat pertimbangan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Segala pertimbangan dan perhatian yang diberi diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

Saya yang benar,

(NANTHA KUMAR A/L TAMIL SELVAN)

Anda mungkin juga menyukai