Anda di halaman 1dari 3

Rukun Negara pertama: 
Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Prinsip pertama ini harus ada pada setiap warganegara kerana
kepercayaan beragama yang positif dapat mewujudkan keharmonian
antara agama dan kaum.

Meskipun Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi


Persekutuan, agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman
dan tenteram.

Janganlah terlalu radikal dan ekstrem sehingga menghina agama lain


menerusi komen-komen di media sosial. Tindakan seperti itu boleh
mengundang perbalahan antara agama seterusnya menggugat keamanan
negara.

Rukun Negara kedua: 
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja


berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong diangkat sebagai Ketua
Negara.

Institusi raja haruslah dihormati kerana ia merupakan lambang dan payung


kedaulatan negara.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini, perbuatan memperlekeh dan
menghina raja seperti menjadi satu gejala di media sosial. Dalam konteks
di negara ini, raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan kerana raja umpama
pohon dan rakyat itu adalah akarnya.

Sehubungan itu, wajar untuk rakyat melihat kembali sejarah tentang


hubungan antara rakyat dan raja-raja serta peranan yang dimainkan
institusi itu.

Selain instutusi raja, sistem dalam negara juga perlu dihormati termasuk
kerajaan yang memerintah. Sekiranya tidak bersetuju dengan dasar-dasar
kerajaan, tidaklah perlu sampai menyebar fitnah sehingga boleh
menggugat keselamatan negara.

Rukun Negara ketiga: 
Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan


mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Persekutuan
yang merupakan sumber perundangan tertinggi negara.
Rakyat perlu memahami sejarah Perlembagaan negara supaya tidak
mudah terpedaya apabila terdapat pihak cuba memutarbelitkannya.

Semua yang terkandung dalam Perlembagaan termasuk soal hak-hak


istimewa orang Melayu dan bumiputera, kedudukan raja, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan
adalah satu kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum.

Tindakan individu dan pihak tertentu mempersoalkan perkara-perkara


tersebut khususnya di media sosial tidak akan membawa sebarang
kebaikan, melainkan hanya merosakkan keharmonian kaum dan agama.

Rukun Negara keempat: 
Kedaulatan Undang-undang

Negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan


satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.

Kewujudan undang-undang menjamin kehidupan anggota masyarakat


bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana
semua anggota masyarakat akan merasa selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas termasuk


kebebasan bersuara asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk tidak menjadikan internet atau media sosial sebagai medium
untuk menyebarkan fitnah, hasutan dan penghinaan yang boleh
mengancam keselamatan negara serta masyarakat.

Jika undang-undang tidak didaulatkan, maka janganlah berharap untuk


melihat negara ini berada dalam keadaan aman dan stabil.

Rukun Negara kelima: 
Kesopanan dan Kesusilaan

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila sangat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain terutama dalam masyarakat
berbilang kaum di negara ini.

Sekiranya mempunyai nilai-nilai baik tersebut, sudah tentu semua orang


akan lebih beretika ketika melayari internet. Melontarkan kata-kata kesat,
memaki-hamun, melakukan buli siber dan menyebar berita palsu hanya
melambangkan ketidaktamadunan sesuatu bangsa.
Kesopanan dan kesusilaan perlu diamalkan dan disemat dalam diri setiap
orang bagi membentuk individu yang berdisiplin serta berakhlak tinggi
sekali gus mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Rukun Negara: Teras Kehidupan Bermasyarakat

Setiap rakyat yang mengaku warganegara Malaysia mestilah menjadikan


Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.

Jangan lupa bahawa Rukun Negara telah membantu memulihkan


perpaduan rakyat Malaysia selepas keharmonian kaum tergugat akibat
tragedi 13 Mei 1969.

Rukun Negara dirangka bukan sekadar untuk hiasan atau dihafal tetapi
dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian setiap rakyat di negara
ini.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-60 ini, MCMC menyeru rakyat supaya


menggunakan internet dengan lebih beretika dan penuh tanggungjawab.

Jadilah warga digital yang berintegriti dan amanah demi kesejahteraan dan
pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai