Anda di halaman 1dari 5

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (22-26)

KOSWER VISUAL ASSISTED TEACHING AID (VATA) DALAM


MENANGANI MISKONSEPSI DAN MENINGKATKAN KEFAHAMAN
MURID MENGENAI KONSEP FASA-FASA BULAN

KOSWER VISUAL ASSISTED TEACHING AID (VATA) Courseware to Overcome Students’


Misconception and Improve Understanding of the Concept of Phases of the Moon

Soleh Mohd Noor


Maria Salih
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
solehmohdnoor@yahoo.com

Abstrak

Ini adalah satu kajian tindakan bagi mengenal pasti keberkesanan koswer Visual Assisted Teaching Aid (BBM-VATA)
dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman murid bagi topik fasa-fasa bulan. Refleksi awal
menunjukkan murid mempunyai miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan, sukar untuk menggambarkan konsep kejadian
fasa-fasa bulan dan keliru di antara kejadian fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan juga gerhana bulan. Model Kajian
Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) diguna sebagai kerangka kajian dan kuasi eksperimen dipilih sebagai reka
bentuk kajian. Sampel terdiri daripada dua kumpulan 35 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Instrumen
yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara. Data yang diperoleh dianalisis
secara statistik inferensi menggunakan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor
ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai t=8.081 (miskonsepsi) dan nilai
t=13.042 (kefahaman) pada p = 0.00 < 0.05. Boleh disimpulkan bahawa penggunaan koswer BBM-VATA dapat
membantu dalam memahami isi kandungan topik yang dipelajari serta menangani miskonsepsi yang wujud. Justeru
para pendidik digalakkan untuk memperkenalkan BBM-VATA dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kata kunci: visual assisted teaching aid, pengajaran, pembelajaran, fasa-fasa bulan, miskonsepsi.

Abstract

The is an action research to determine the effectiveness of the use of a Visual Assisted Teaching Aid (VATA) to
overcome students’ misconceptions and to enhance understanding of the topic ‘phases of the moon’. Previous
reflection had shown that students have misconceptions about the ‘phases of the moon’, difficult to visualise the
formation of phases of the moon and confused between the different phases of the moon, eclipse of the sun and eclipse
of the moon. Kemmis and McTaggart (1988) action research model was used as the research framework and the quasi
experimental was the research design employed. The sample comprised of two groups of 35 students from two
equivalent year six classes. The instrument used to collect data is a set of equivalent pre and posttest. The data obtained
is analysed using inferential statistic. The findings showed that there is a significant difference in the pre and posttest
scores between the control and experimental group with a value of t=8.081 (misconception) and t=13.042
(understanding) at p= 0.00<0.05. It can be concluded that the use of VATA can assist the understanding of the content
learnt and overcome the misconceptions that existed. It is encouraged for all educators to introduce VATA in the
teaching and learning process.

Keywords: visual assisted teaching aid, teaching, learning, phases of the moon, misconception.

22
Koswer Visual Assisted Teaching Aid (VATA) dalam Menangani Miskonsepsi dan
Meningkatkan Kefahaman Murid Mengenai Konsep Fasa-Fasa Bulan

PENGENALAN

Sains merupakan satu bidang yang amat luas merangkumi cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan
pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap
fenomena alam semulajadi (Dewan Bahasa & Pustaka, 2000). Untuk memberikan pemahaman yang lebih
mendalam dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) sains, penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) adalah sangat dititikberatkan. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Nor Ilyani,
Ahmad Fauzi & Fadzilah (2012) menyatakan bahawa penggunaan TMK dalam pdp mampu meningkatkan
kualiti pengajaran, meningkatkan daya ingatan, memotivasikan murid dan murid boleh berinteraksi secara
aktif dan kreatif. Jadi adalah satu keperluan bagi guru untuk mempelbagaikan sumber dalam pdp yang
dijalankan.

REFLEKSI MASALAH

Analisis keputusan peperiksaan akhir tahun murid mendapati keputusan pencapaian bagi mata pelajaran
sains adalah kurang memuaskan. Analisis item bagi soalan peperiksaan kertas satu dan kertas dua
menunjukkan topik fasa-fasa bulan merupakan soalan yang paling sukar bagi kebanyakkan murid. Adakah
murid tidak memahami topik tersebut atau mereka mempunyai masalah dalam menjawab soalan yang
diberikan? Untuk mendapat kepastian, satu ujian diagnosis mengenai fasa-fasa bulan telah diberikan kepada
70 orang murid daripada dua kelas. Skor min yang diperoleh adalah 55.7. Pengkaji juga telah menemu bual
beberapa orang guru sains dan murid bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Guru sains memberitahu bahawa topik fasa-fasa bulan adalah salah satu topik yang sukar untuk
difahami oleh murid kerana topik ini sukar untuk diterangkan dengan menggunakan cara yang biasa
walaupun telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM). Selain itu, penerangan tentang konsep
pembentukan fasa-fasa bulan kepada murid juga didapati sukar kerana murid telah mempunyai miskonsepsi
topik terdahulu iaitu siang dan malam. Hasil temubual dengan murid mendapati mereka mempunyai
masalah dalam memahami peredaran bulan mengelilingi bumi yang menyebabkan fasa bulan berubah.
Pandangan ini sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Mohd Nuruzzaman (2013) di mana murid
mempunyai masalah dalam memahami konsep pusingan dan putaran.

FOKUS KAJIAN

Topik fasa-fasa bulan adalah salah satu topik penting yang menjadi pilihan sewaktu peperiksaan. Justeru
murid perlu memahami secara mendalam konsep fasa-fasa bulan sebelum mempelajari konsep gerhana
matahari dan gerhana bulan. Sekiranya murid terus menghafal konsep abstrak ini, mereka akan terus
menguasai miskonsepsi ini dan sekiranya tidak diperbetulkan, ia akan menyebabkan kekeliruan berlaku
apabila mempelajari topik-topik berkaitan yang seterusnya. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada
refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji memfokuskan kajian kepada tindakan menggunakan satu
intervensi dalam pengajaran dan pembelajran topik ini, iaitu BBM-VATA untuk melihat keberkesanannya
dalam menangani miskonsepsi sedia ada murid dan juga meningkatkan tahap kefahaman mereka mengenai
topik fasa-fasa bulan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji keberkesanan BBM-VATA dalam menangani miskonsepsi murid bagi topik fasa-fasa bulan.
2. Mengkaji keberkesanan BBM-VATA dalam meningkatkan kefahaman murid mengenai topik fasa-fasa
bulan.

23
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (22-26)

HIPOTESIS KAJIAN

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen dalam menangani miskonsepsi murid bagi topik fasa-fasa bulan.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen dalam kefahaman murid mengenai topik fasa-fasa bulan.

METODOLOGI KAJIAN

Ini merupakan satu kajian tindakan menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988). Sampel kajian
terdiri daripada 70 orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Lutong Miri. Pemilihan sampel adalah
secara kuasi eksperimen dengan mengambil sampel yang sedia ada yang setara (Ary, Jacobs, & Razavieh,
2002). Ujian pra dan ujian pasca yang setara yang terdiri daripada 10 soalan objektif dan 4 soalan subjektif
mengenai fasa-fasa bulan diguna untuk mengumpul data. Data dikumpul sepanjang proses pdp selama lapan
minggu.

PROSEDUR KAJIAN

Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) terdiri daripada empat fasa iaitu (i) refleksi (tinjauan
awal), (ii) merancang tindakan, (iii) melaksanakan tindakan dan (iv) membuat pemerhatian dan penilaian.

REFLEKSI (TINJAUAN AWAL)

Tinjauan awal yang telah dijalankan melalui ujian diagnosis, temubual bual bersama guru yang mengajar
sains dan murid mendapati topik fasa-fasa bulan sukar untuk diajar dan difahami oleh murid. Ini adalah
kerana ia satu topik yang abstrak dan sukar bagi guru menyampaikan kepada murid walau pun diajar dengan
BBM yang lazim. Tambahan pula murid sukar untuk memahaminya kerana telah mempunyai miskonsepsi
mengenainya.

PERANCANGAN TINDAKAN

Dalam usaha untuk menambahbaikkan pengajaran guru dan juga pembelajaran murid bagi topik fasa-fasa
bulan, pengkaji telah merancang untuk membangunkan satu BBM menggunakan TMK yang dinamakan
BBM-VATA bagi mengajar topik fasa-fasa bulan. Pengkaji berpendapat bahawa BBM-VATA ini
merupakan satu kaedah untuk murid menghasilkan visualisasi gambaran sebenar tentang pembentukan fasa-
fasa bulan yang merupakan satu konsep abstrak bagi mereka. Dalam kajian ini, penggunaa BBM-VATA
merupakan pembelajaran topik fasa-fasa bulan secara video yang telah disusun mengikut model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987). Menurut Needham (1987) penggunaan model ini membantu
murid untuk membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka
disamping meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep sains.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Sampel terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, setiap satu
kumpulan mengandungi 35 orang murid. Sebelum sesi pdp bermula dan tindakan dilaksanakan kepada
kumpulan eksperimen, kedua-dua kumpulan diberi ujian pra terlebih dahulu. Pengkaji menjalankan pdp
kepada kedua-dua kumpulan pada sela masa yang berlainan di sebelah petang. Pengkaji menggunakan
BBM-VATA, iaitu paparan video beserta dengan maklumat penting untuk mengajar fasa-fasa bulan kepada
kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan diajar secara tradisional menggunakan BBM seperti
24
Koswer Visual Assisted Teaching Aid (VATA) dalam Menangani Miskonsepsi dan
Meningkatkan Kefahaman Murid Mengenai Konsep Fasa-Fasa Bulan

globe, lampu suluh, bola ping pong, dan gambar rajah. Selesai sesi pdp, kedua-dua kumpulan diberi ujian
pasca. Keseluruhan kajian ini dijalankan selama dua bulan dengan purata setiap kumpulan diberi masa satu
jam pdp seminggu.

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Ujian t telah jalankan bagi melihat perbezaan min skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan dalam menangani miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman murid mengenai topic
fasa-fasa bulan. Hasil ujian t ditunjukkan dalam jadual 1.1 dan 1.2.

KEPUTUSAN UJIAN-t BAGI MENANGANI MISKONSEPSI TOPIK FASA-FASA BULAN

Jadual 1 Ujian–t bagi menentukan perbezaan min pencapaian dalam menangani miskonsepsi bagi kedua-dua
kumpulan dalam ujian pasca

Sampel N Min t Sig.


Kawalan 35 64.08
Eksperimen 35 86.53 8.081 .000
P < 0.05

Hasil ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pasca di antara kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan dengan nilai t=8.081 pada p = 0.00 < 0.05. Ini menunjukkan kumpulan eksperimen
yang telah menggunakan BBM-VATA dapat menangani miskonsepsi dalam topik fasa-fasa bulan dengan
lebih baik berbanding kumpulan kawalan yang menggunkan BBM yang lazim.

KEPUTUSAN UJIAN t BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN TOPIK FASA-FASA BULAN

Jadual 2 Ujian–t bagi menentukan perbezaan min pencapaian dalam meningkatkan kefahaman bagi kedua-dua
kumpulan dalam ujian pasca

Sampel N Min t Sig.


Kawalan 35 64.1
Eksperimen 35 79.3 13.042 .000
P < 0.05

Hasil ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pasca di antara kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan dengan nilai t=13.042 pada p = 0.00 < 0.05. Ini menunjukkan kumpulan eksperimen
yang telah menggunakan BBM-VATA dapat memahami topik fasa-fasa bulan dengan lebih baik berbanding
kumpulan kawalan yang menggunkan BBM yang lazim.

REFLEKSI DAN CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA

Kajian ini dapat menunjukkan impak penggunaan BBM-VATA untuk menerangkan konsep abstrak fasa-
fasa bulan. Bagi murid yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan cenderung terhadap keupayaan
visual, penggunaan BBM ini merupakan satu kelebihan. Namun begitu, bagi murid yang tidak dapat
membayangkan konsepa abstrak, mereka dapat menggunakan BBM-VATA sebagai panduan semasa
mereka belajar. Ini adalah kerana setiap murid mempunyai tahap kognitif dan gaya pembelajaran yang
berbeza-beza terutamanya keupayaan menghasilkan visualisasi mental tentang sesuatu konsep abstrak.

25
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (22-26)

KESIMPULAN

Daripada kajian tindakan ini, boleh disimpulkan bahawa penggunaan BBM-VATA berkesan dalam
membantu guru untuk menerangkan konsep abstrak dengan baik. Kepada murid pula, pembelajaran menjadi
lebih mudah kerana mereka dapat menggambarkan konsep abstrak yang dipelajari secara visual dan dapat
memahami konsep tersebut dengan lebih mendalam (Tversky, 2005). Sehubungan itu para pendidik
digalakkan untuk memperkenalkan BBM-VATA dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam
kelas.

RUJUKAN

Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education. Belmont, CA: Wadsworth
Thompson Learning.
Aziz Nordin & Lee, Y. H. (2009). Miskonsepsi dalam konsep mol di kalangan pelajar tingkatan empat SMK Pontian,
Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Bayraktar, S. (2009). Pre-service primary teachers ideas about lunar phases. Journal of Turkish Science Education,
6(2), 12-23.
Dayana Farzeeha Ali, Cheng, L. Y., & Mohd Nur Khafiz Hussin. (2014). Persepsi guru-guru terhadap sistem KBSR
dan KSSR: Satu kajian tinjauan dari aspek kurikulum kesediaan guru dan pelaksanaannya. Batu Pahat: Universiti
Teknologi Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Malaysia.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Third Edition, Geelong, Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Martin, B. L., Mintzes, J. J. & Clavio, I. E. (2000). Restructuring knowledge in biology: Cognitive processes and
metacognitive reflections. International Journal of Science Education, 22(3), 303-323.
Mohd Nuruzzaman Izam. (2013). Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran kajian lapangan mata pelajaran
Sains tahun 5: Bumi dan alam semesta. Miri: Open Universiti Malaysia.
Naresh, K. M. (1999). Marketing research: An applied orientation. New Jersey: Prentice Hall.
Needham, R. (1987). Teaching strategies for developing understanding in science. England, UK: Science and
Mathematics Education.
Nor Ilyani, H, Ahmad Fauzi M. A. & Fadzilah, A. R. (2012). Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran Tatabahasa. Jurnal Bahasa Melayu, 2(1), 31-42.
Suhaimi Zakaria, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah. (2014).
Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model stesen rotasi pelbagai mod. Batu Pahat: Universiti
Teknologi Malaysia.
Suseela, M. (2001). Pengumpulan dan analisis data kualitatif: Satu Imbasan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Tversky, B. (2005). Functional significance of visuospatial representations. Dalam Shah, P. & Miyake, A. (Eds.).
Handbook of higher-level visuospatial thinking. Cambridge: Cambridge University Press.

26

Anda mungkin juga menyukai