Anda di halaman 1dari 3

Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa

Sallam
3. Bacalah pula doa memohon keampunan dosa diri sendiri dan kedua ibu bapa
4. Kemudian bacalah doa solat hajat yang masyhur dibaca dalam solat hajat biasa
5. Bacalah apa-apa sahaja doa yang anda tahu
6. Seterusnya bacakanlah doa ini dalam bahasa Melayu yang difahami oleh orang Melayu
keseluruhannya:

Ya Allah ya Tuhan kami.


Pada malam yang hening ini, kami tinggalkan keenakan rehat semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan dan rahmatMu terhadap apa yang kami usaha dan harapkan.

Untuk kali ini ya Allah. Engkau tunaikan dan penuhkanlah hajat dan harapan kami ya Allah.
Iaitu kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan besar yang bakal kami tempohi di bulan
September tahun ini.

Ya Allah. Ya Tuhan kami.


Harapan ini juga merupakan harapan keluarga kami terutama ibu dan bapa kami. Mereka
mengharapkan kami ya Allah. Mereka telah banyak berkorban untuk kami ya Allah. Engkau
sedia ketahui ya Allah betapa pengorbanan mereka itu kepada kami, Ya Allah.

Hitam kulit ayah dibakar mentari mencari rezeki untuk kami. Bertungkus lumus bekerja dari
pagi ke petang, atau dari petang ke pagi mencari bekalan hidup untuk kami. Cengkung mata
ibu menjaga dan melayan kerenah dan kenakalan kami. Ya Allah.

Oleh itu ya Allah. Apakah patut kami balas pengorbanan mereka itu dengan kehampaan.
Jangan ya Allah Engkau akhiri perjalanan ini dengan kekecewaan dan kedukaan.

Ya Allah ya Tuhan kami.


Kami ini anak pertama dalam adik beradik kami. Sebagai anak sulung ya Allah. Kami perlu
kejayaan ini kerana kami akan menjadi contoh dan pendorong adik-adik kami kelak.
Seandainya kami gagal, kami diangap sebagai punca kegagalan dalam keluarga kami.

Ya Allah ya Tuhan kami.


Kami ini anak kedua, ketiga, keempat atau seterusnya yang menjadi harapan ibu bapa untuk
membawa sinar kejayaan keluarga kerana anak-anak terdahulu mungkin tidak begitu
terserlah kejayaannya. Patutkah ya Allah, kami muramkan kembali keluarga ini tanpa
kejayaan yang cemerlang.

Ya Allah ya Tuhan kami.


Kami ini anak bongsu ya Allah. Lantaran itu mereka tidak ada anak lain untuk memenuhi
harapan mereka. Hanya kami harapan keluarga. Hanya kami ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami. Jangan Engkau teruskan kekurangan dalam hidup mereka Ya Allah.
Namun begitu ya Allah kami tetap bersyukur dengan tahap pencapaian abang-abang dan
kakak-kakak kami ya Allah. Apa yang kami mahukan ya Allah ialah, lebihkanlah kami dari
mereka. Jadikan kami kebanggaan keluarga. Lantaran itu kurniakanlah kami dengan
kejayaan yang cemerlang.

Ya Allah ya Tuhan kami.


Pada malam yang hening ini. Semua ahli keluarga kami sedang berada di sini atau dengan
apa sahaja urusan mereka. Kami terbayang wajah ayah. Kami terbayangkan wajah ibu.
Terbayangkan wajah abang, kakak dan adik-adik. Satu-satu kami bayangkan, kami
bayangkan bagaimana wajah mereka apabila kami berjaya, dan bagaimana pula wajahnya
jika kami gagal.

Ya Allah. Tolonglah dan bantulah kami. Hanya Engkaulah ya Allah yang mampu memberi
pertolongan itu, ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan ini.

Ya Allah ya Tuhan kami. Ketika kami bermohon ini, guru-guru kami turut merestui,
menyertai kami, menyaksikan dan mendengar rayuan kami. Oh Tuhan, alangkah malunya
kami, sekiranya Engkau akhiri alam persekolahan kami dengan kehampaan, kekecewaan
atau kegagalan.

Ya Allah ya Tuhan kami.


Berikan kami kesihatan tubuh badan, kecergasan akal dan kecergasan fizikal... agar kami
mampu menempuh onak dan duri yang sedang kami lalui ini.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihi mereka sebagaimana mereka
mengasihi kami sejak kami kecil. Ampuni dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami dan
dosa seluruh muslimin muslimat, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.

Jika ada di kalangan kami, orang yang berdosa, ampunkanlah, Ya Allah.


Jika ada di kalangan kami, orang yang berdukacita, gembirakanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang bermuram durja, ceriakanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang daif, permudahkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang degil, lunakkanlah hatinya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang gagal, berilah kejayaan, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang jahil, mengertikanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang kesempitan, lapangkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lalai, peringatkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lemah, kuatkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lupa, terangkanlah hatinya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang malas, rajinkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang sakit, sembuhkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang sesat, berilah hidayah petunjuk, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang susah, senangkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terbeban, ringankanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terhalang, angkatkanlah rintangannya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terlalu yakin, bimbinglah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terpisah, rapatkanlah semula, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang was-was, yakinkanlah, Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah
segala ilmu yang telah kami atau guru-guru kami ajarkan kepada kami atau anak kami,
keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahaya NurMu
dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka
anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang
dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang di antara kami,
jauhkanlah rasa benci, hasad dengki dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Rasulullah
SAW dan para-para Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Ikhlaskan hati anak kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk
mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati
kami, lindungilah kami dan mereka dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya
untuk harta, hanya untuk wanita, hanya untuk lelaki dan hanya untuk tahta kedudukan.
Lindungilah kami dan mereka dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan
agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan
kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah
kejayaan kepada kami dan anak-anak kami dalam peperiksaan yang bakal kami tempuhi,
tenangkan hati kami dan hati mereka, lapangkan dada kami dan dada mereka, luaskan
fikiran kami dan fikiran mereka, kuatkan ingatan kami dan ingatan mereka serta
permudahkanlah kami dan permudahkanlah mereka.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Angkatkanlah segala rintangan dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dalam
golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kami hamba yang lemah, hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu,
golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya
kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon dan kepadaMu juga kami menyerah diri,
redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Anda mungkin juga menyukai