Anda di halaman 1dari 3

HADITH MENGENAI DOSA ORANG MENGUMPAT

Pengertian mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang walaupun ianya


benar. manakala, maksud memfitnah pula adalah menceritakan keburukan
seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong.
Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud,
mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya
(Hadis Riwayat Muslim)
Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.
sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah
swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan
diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.
Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
Pada malam aku diIsrakan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka
mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: Hai Jibril siapa mereka ini?
jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka
menjaga tepi kain org.
(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn
hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip
keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya,
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga
menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin..

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau


kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu
ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya." (HR Muslim).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat
hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang
diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.
Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima
taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan
diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib
Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa besar.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan
itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip
keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka
Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia
berada dalam rumahnya sendiri" (HR Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila
melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka,
dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau
ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan

kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.
Wallahu a'lam.

Link pilihan:

Anda mungkin juga menyukai