Anda di halaman 1dari 3

M ENGUMPAT : Ialah satu perbuatan menceritakan atau menyebut perihal

keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Sebagai contoh


menceritakan kepada seseorang bahawa orang itu makan harta anak yatim,
sekalipun perkara itu adalah benar, itulah dinamakan mengumpat. Jika perkara makan harta
anak yatim tidak dilakukan oleh orang yang kena umpat maka itu dinamakan FITNAH.
Pengertian mengumpat berdasarkan hadits, Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai
mengumpat seperti sabdanya bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut
perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila
menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi
diketahui oleh orang yang mendengarnya. Dalil Al-Qur'an dan Hadits Haram Mengumpat
"Dosa pengumpat tidak terampun tanpa keampunan yang di umpat" Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri. Sebagaimana firman Allah dalam al-Qur'an: Ertinya : "Wahai orang-orang
Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan
Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani." (Al-Hujurat: 12). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada
mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya
orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang
yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). Zina berbeza dengan
merogol, kerana berzina adalah perbuatan suka sama suka maka kedua-dua pihak wajib
menanggung dosa dan wajib dihukum dan bertaubat nasuha untuk menghilangkan dosanya.
Adapun dalam masalah rogol, perogol tidak akan diterima taubatnya jika tidak diampun oleh
orang yang dirogol. Ini bermakna orang yang kena rogol tidak bersalah dan tidak berdosa.
Berbalik kepada masalah mengumpat, disebabkan terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak
dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Dan amat ramai penghuni neraka terdiri dari kalangan pengumpat. Mengumpat dan
mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang
sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan
pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi
belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah
kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya,
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud) Balasan Terhadap
Pengumpat Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat nasuha. Dosa
mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang
diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan pengumpat akan
menerima pembalasannya di akhirat. Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian
besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang
menghapuskan pahala. Orang yang mengumpat akan semakin bertambah dosanya dan
semakin berkurang pula pahalanya kerana diambil oleh Allah dan diberikan kepada orang
yang kena umpat. Jika sudah kering pahalanya, maka Allah akan ambil dosa orang yang kena
umpat dan ditambah pula kepada pengumpat. Akhirnya pengumpat akan menjadi seorang
yang muflis di akhirat nanti. Dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan
mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang
dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan
kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Balasan Kepada Orang Yang Diumpat
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seseorang akan terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia
berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini,
sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan
(pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Memandangkan betapa
buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya.Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat. Hukum Mengumpat Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah satu dosa
daripada dosa besar. Ia disebutkan oleh Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan
daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ). Rasulullah pernah menggunakan satu
teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika
Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di
tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-
orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqah). Adapun bagi
kesalahan mengumpat, ia bukanlah satu kesalahan yang sangat besar sehingga terdapat
peruntukan hukuman Allah di dunia ini. Justeru, apabila si pesalah mengaku salah dan
memohon maaf, amat digalakkan untuk memaafkannya berdasarkan sebuah hadith yang
menyebut bahawa sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya,
maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akahirat kelak. (Riwayat At-
Tabrani, Albani : Hadits Dhoif)

Anda mungkin juga menyukai