Anda di halaman 1dari 3

Acara Teks pengacaraan Tindakan

Pengumuman Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat / Majlis mengalu-alukan


Ketibaan Tetamu kedatangan :
Kehormat
Yang Berusaha,
En. Mohd Halit bin Abd Ghani
Penghulu Sekolah

Ke Hari Sukan Negara peringkat SJKC Tit Bin

Ucapan alu-aluan Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan terdahulu

Yang Berusaha,
En. Mohd Halit bin Abd Ghani
Penghulu Sekolah

Yang Berusaha,
Pn. Yew Bee Lang,
PK Pentadbiran

Yang Dihormati,
En. Shu Bah Ki,
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah

Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa atau penjaga, para


peserta, murid-murid dan seterusnya para hadirin yang dimuliakan.

SELAMAT DATANG KE HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SJKC Tit


Bin

Taklimat Dijemput Pen Pengerusi Teknik, Cikgu Amirul untuk memberikan taklimat
merentas desa kepada pegawai-pegawai kejohanan dan peserta di Dewan
Serbaguna.

Dijemput En. Shu Bah Ki ke tempat pelepasan peserta. Dipersilakan.


Ucapan alu-aluan Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan terdahulu

Yang Berusaha,
En. Mohd Halit bin Abd Ghani
Penghulu Sekolah

Yang Berusaha,
Pn. Yew Bee Lang,
PK Pentadbiran

Yang Dihormati,
En. Shu Bah Ki,
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah

Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa atau penjaga, para


peserta, murid-murid dan seterusnya para hadirin yang dimuliakan.

Nyanyian lagu Seterusnya, majlis dimulakan degan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu
Negaraku Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah.
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu
dengan penuh semangat.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Marilah kita bersama-sama mendengar ucapan daripada En. Mohd Halit
bin Abd Ghani, Penghulu Sekolah. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Halit bin Abd Ghani, Penghulu
Sekolah, di atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Hari Sukan Negara SKSAA akan diteruskan dengan menjemput Yang


Berusaha, Pn. Yew Bee Lang, PK Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih atas ucapan sebentar


tadi.

Senamrobik Hadirin yang dihormati,


Acara senamrobik akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Hadirin diminta
untuk bersedia. Aktiviti senamrobik ini diketuai oleh Kelab Senam Limfa
Pantai Remis. Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima kasih di atas ______________


Penyampaian Sijil Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati
Penghargaan kepada En. Mohd Halit bin Abd Ghani. Dijemput Pn Ye Bee Lang untuk
menyampaikan cenderahati.

Terima kasih diucapkan


kepada___________________________________________kerana sudi
menyampaikan sijil penghargaan itu tadi.
Penyampaian Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijemput
cenderamata ______________________________________, untuk
kepada perasmi mengiringi_______________________________, bagi menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia, Pn. Sapiah binti Sam, Pegawai
Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Sirih puan terselit di jari,


Ingin ku cecah kapur di gagang,
Kesudian tuan hadir ke mari,
Temasya yang indah tambah gemilang.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Pengumuman Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi, maka sebentar sahaja lagi
Hari Sukan Negara akan diteruskan dengan acara-acara yang telah
dirancangkan iaitu dimulai dengan acara senamrobik diikuti dengan aktiviti
permainan bola jaring, bola baling, bola sepak, sepak takraw, ragbi, hoki
dan sofbol.

Di samping itu, dimaklumkan bahawa 40 cabutan bertuah telah disediakan


kepada para hadirin dan murid. Semua hadirin diminta untuk memeriksa
nombor masing-masing pada penutup botol air yang diedarkan. Oleh itu,
diharapkan semua yang datang pada hari ini akan menjaga botol air
masing-masing kerana di situ adanya nombor bertuah.

Untuk permulaan, 10 hadiah cabutan bertuah akan saya umumkan.


Dengan ini, dijemput _________________________________________
untuk mencabut nombor dan seterusnya menyampaikan hadiah.

Dimaklumkan juga bahawa Hari Sukan Negara dijangka akan tamat pada
jam 10.30 pagi.

Semua murid diminta berkumpul di dalam Dewan Sekolah selepas selesai


program sukan pada hari ini. Ini kerana, hari ini merupakan hari sekolah
ganti bagi seluruh negara. Murid akan pulang pada jam 12.30 tengah hari.
Mohon kerjasama ibu bapa atau penjaga untuk mengambil anak pada jam
12.30 tengah hari.

Ucapan penutup Dengan ini, saya memohon kemaafan andainya ada tersalah kata, terguris
bahasa atau terkasar bicara sepanjang mengendalikan majlis pada pagi
ini. Semoga program Hari Sukan Negara pada pagi ini akan berlangsung
dengan penuh keceriaan, kemeriahan dan kegembiraan. Majulah sukan
untuk Negara. Sekian, wabillahi….

Anda mungkin juga menyukai