Anda di halaman 1dari 1

MUSIM BUAH-BUAHAN

Musim buah-buahan tempatan kembali lagi. Berbanding musim lepas, buah durian,
rambutan, manggis, langsat dan lain-lain amat menjadi kali ini. Sepanjang jalan di
kawasan kampung, buah rambutan yang memerah menarik perhatian pengguna jalan
raya. Buah yang bergayut ke arah jalan seolah-olah melambai-lambai untuk dihampiri
pasti saja menggugat kehendak hati penggemar rambutan.
Begitu juga pemandangan di musiam buah-buahan sepanjang perjalanan
selama 40 minit ke tempat kerja yang melalui kawasan kampung amat indah sekali.
Rambutan yang memerah dicelah-celah rimbunan daun menghijau menggoda
penggemar rambutan. Samada memandangnya sahaja tanpa peduli lambaiannya atau
membeli di gerai jualan bagi memenuhi selera atau memetik sahaja tanpa perlu izin tuan
punya rambutan.
Mengambil buah rambutan tanpa izin tuan punya pokok rambutan pernah dilihat
di suatu hari semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Sebuah keluarga yang
terdiri dari bapa, ibu dan seorang anak lelaki bujang tanpa rasa bersalah memetik buah
rambutan tersebut. Siibu mengarahkan anaknya berdiri atas motor bagi mengambil buah
rambutan yang tinggi. Keadaan yang tidak sepatutnya.
Aku hanya memandang sahaja tingkah laku keluarga terebut dari kereta. Apa
yang boleh dibuat hanyalah membunyikan hon kereta menyedarkan semua orang.
Sedarkan keluarga tersebut yang tindakan mereka tidak betul dalam mendidik anak
mereka. Anak semakin membesar dan ibubapa semakin tua. Ajaran ini tertanam di
dalam hati iaitu tidak perlu meminta izin dari tuan punya. Bunyi hon untuk sedarkan tuan
rumah bahawa ada pencuri buah rambutan mereka. Bunyi hon untuk sedarkan
pengguna jalan raya yang lain tentang adanya pencuri di depan mata. Walaupun hanya
pencuri buah rambutan pada awalnya tetapi sekiranya tidak dicegah mungkin kesalahan
lain yang dianggap “biasa” dilakukan oleh si anak.
Hon dibunyikan untuk menegur kesalahan itu. Bukan tak mahu turun tetapi
keselamatan diri sendiri perlu difikirkan. Keluarga yang terdiri dari bapa, ibu dan anak
mungkin akan meninggikan suara memarahi orang yang menegur. Apabila dilihat oleh
pengguna jalan raya yang lain seolah-olah tindakan mereka adalah betul sebab mereka
ramai dan aku hanya seorang sahaja. Dan perempuan pula. Hanya kerana rambutan,
kes lain pula yang timbul.

Anda mungkin juga menyukai