Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .................................................................................................................... 2

1.1 KONSEP DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB)


UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ............................... 2

1.0 TEORI – TEORI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI ............ 3

2.0 ANALISIS TUGASAN .......................................................................................................... 6

2.1 KEPENTINGAN ANALISIS TUGASAN ........................................................................ 6

2.2 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ANALISIS TUGASAN............................................... 7

2.3 ANALISIS TUGASAN YANG LENGKAP ...................................................................... 8

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) .................................................................. 9

1.0 KONSEP RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) ............................................ 9

2.0 ANALISIS TUGASAN DALAM RPH ............................................................................10

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) ...........................................................................10

4.0 PENERAPAN LANGKAH KESELAMATAN DAN KEUSAHAWANAN .........................12

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) YANG LENGKAP ..............................13

4.0 REFLEKSI ..........................................................................................................................17

5.0 PENUTUP / KESIMPULAN ................................................................................................20

6.0 RUJUKAN ..........................................................................................................................21

7.0 LAMPIRAN .........................................................................................................................22

1
1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB)
UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Secara umumnya, Kemahiran Asas Untuk Berdikari adalah satu mata pelajaran bercorak
amali yang diajar di sekolah. Mata pelajaran ini digubal bertujuan untuk memperkembangkan
keupayaan dala bidang reka bentuk dan teknologi serta peniagaan dan keusahawanan. Bidang
ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap
yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam konteks Pendidikan Khas
khususnya murid – murid bermasalah pembelajaran, pengajaran Kemahiran asas Untuk Berdikari
perlu diberikan kepada mereka sebagaimana murid – murid normal yang lain. Konsep yang baik
ini perlu diterapkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya demi masa depan murid – murid khas
tersebut.

Konsep dan definisi kemahiran asas untuk berdikari untuk murid berkeperluan khas
masalah pembelajaran terbahagi kepada kemahiran urus diri iaitu memberi fokus kepada
perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan
pengurusan rumahtangga. Seterusnya kemahiran pra-vikokasional iaitu membolehkan murid
mengenal pasti bentuk kemahiran hidup, pravokasional dan asas vokasional yang sesuai dengan
tahap kefungsiaan atau keupayaan mereka. Konsep bermatlamat melahirkan insan yang
berdikari, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri,
kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.

Kepentingan mata pelajaran kemahiran asas untuk berdikari supaya murid Pendidikan
Khas dapat belajar hidup berdikari iaitu menjalankan aktiviti seharian dalam kehidupan tanpa
bantuan orang lain. Selain itu, dapat menyediakan murid Pendidikan Khas dalam menghadapi
pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga mengambil kira
aspek kesihatan dan kebersihan supaya murid Pendidikan Khas dapat mengamalkan kebersihan
dan kesihatan yang baik untuk dirinya dan persekitaran. Mata pelajaran ini berfokuskan
kemahiran untuk murid – murid supaya murid Pendidikan Khas dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar.

2
1.0 TEORI – TEORI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Teori perkembangan sosial Erik Erickson iaitu Ahli psikologi Belanda, Erik Eriksson telah
mereka teori perkembangan kanak – kanak yang melibatkan sosioemosi sepanjang kehidupan
dari peringkat selepas lahir hingga ke peringkat hujung usia. Di dalam teori ini, terdapat krisis
yang perlu dihadapi oleh individu pada setiap peringkat perkembangan yang mempunyai
matlamat tersendiri untuk dicapai seperti yang dinyatakan oleh Haliza Hamzah, Joy N. Samuel
dan Rafidah Kastawi (2008): “Di dalam teori ini, Erikson mencadangkan individu perlu
berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap
peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang
individu”. Ini bermakna jika krisis yang dihadapi gagal, maka individu itu akan terus di dalam
konflik dan tiada keyakinan untuk berdikari bagi menyesuaikan diri dengan hidup.

Terdapat lapan peringkat perkembangan dari aspek sosioemosi pada teori ini pada
peringkat tahap umur dari lahir hingga 1 tahun iaitu Asas kepercayaan lawan asas
ketidakpercayaan. Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat untuk dapat kasih sayang dan
kepercayaan daripada penjaga. Jika gagal, ketidakpercayaan timbul. Seterusnya, 1 tahun hingga
3 tahun iaitu Autonomi lawan keraguan. Perkembanagn kanak – kanak pada tahap ini tertumpu
pada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa
percaya kepada keupayaan diri. Jika gagal, mereka mula ragu – ragu terhadap keupayaan diri.
Inisiatif lawan rasa bersalah iaitu dari 4 tahun hingga 5 tahun kanak – kanak cuba untuk berdikari,
ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal mereka mula ragu – ragu terhadap
keupayaan diri.

Industri lawan rasa rendah diri iaitu dari 6 tahun hingga 11 tahun kanak – kanak perlu
menguasai kemahiran – kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa
rasa endah diri dan tiada keupayaan. Identiti lawan kekeliruan identiti 12 tahun hingga 18 tahun
pula mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.
Keintiman lawan pengasingan pada peringkat awal dewasa 18 tahun hingga 35 tahun akan mula
membentuk keintiman dalam hubungan, menuju kearah perkahwinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih. Generativiti lawan kekakuan pada
peringkat pertengahan dewasa 35 tahun hingga 65 tahun iaitu kehidupan berkeluarga dan kerjaya
yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri. Integriti lawan

3
kekecewaan pada lanjut usia 65 tahun ke atas pula kejayaan didalam hidup berkeluarga dan
karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

Daripada kesemua lapan peringkat yang diutarakan oleh Erik Erickson, kita fokuskan
kepadatiga peringkat di permulaan perkembangan yang berkaitan dengan kemahiran asas untuk
berdikari iaitu pada peringkat kedua dan peringkat keempat. Pada peringkat kedua iaitu peringkat
autonomi lawan keraguan, kanak – kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan
iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas perlakuannya. Contohnya, memakai kasut,
membuang air dan lain-lain. Kanak – kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka
perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai autonomi namun jika tidak diberi peluang, kanak –
kanak ini akan mula rasa ragu – ragu terhadap kebolehan diri. Justeru itu, guru perlu bijak
merancang pembelajaran supaya murid dapat melakukan tugasan yang diberi oleh guru bagi
mengelakkan krisis didalam diri murid manakala pada peringkat keempat, iaitu industri melawan
rendah diri, tugasan utama dalam peringkat ini adalah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan
industri. Industri bermaksud kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan
menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak – kanak. Kebanyakan kemahiran adalah
yang berkaitan dengan kemahiran dipelajari di sekolah. Jika kanak – kanak gagal, rasa rendah
diri akan menghantui pelajar dan tiada keupayaan bukan sahaja dari sudut akademik, malahan
hubungan sosial individu itu dengan persekitaran. Justeru itu, implikasi teori perkembangan
Sosioemosi Erik Ericksson dalam pembelajaran kemahiran asas untuk berdikari ialah guru perlu
bijak merancang pembelajaran supaya murid dapat melakukan tugasan yang diberi oleh guru
bagi mengelakkan krisis didalam diri murid.

Teori Behavioris ialah tingkah laku pelajar boleh dikawal dan diramal. Mereka
menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses
pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Teori Behavioris juga dikenali
sebagai Teori Rangsangan Gerak Balas. Tingkah laku operan yang ditunjukkan dalam teori ini
ialah peneguhan positif, peneguhan negatif, kelupaan, kelenyapan, pelepasan, pengelakan dan
dendaan.Kelupaan merupakan satu kemahiran yang telah dikuasai oleh guru tetapi telah lama
tidak dipraktikkan oleh guru akhirnya dilupakan oleh murid – murid. Kelenyapan pula ialah proses
di mana tingkah laku makin berkurang apabila peneguhan diberikan dalam satu tempoh yang
agak lama. Pelepasan ialah percubaan untuk melepaskan diri daripada peneguhan negatif
dengan cara yang tidak diingini. Contohnya seorang murid meniru jawapan bagi mengelakkannya
daripada gagal. Pengelakan pula percubaan untuk melarikan diri daripada peneguhan yang
kurang seronok. Contohnya murid berpura – pura sakit kerana takut mengambil peperiksaan.

4
Dalam hal ini, bagi mengelakkan daripada terus berlaku denda akan dikenakan kepada murid –
murid untuk menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.

Teori Pembelajaran Sosial ialah proses pembelajaran yang melibatkan individu melihat
dan meniru tingkah laku orang lain. Ciri – ciri teori ini ialah unsur pembelajaran utama ialah
pemerhatian dan peniruan iaitu murid – murid akan meniru setiap tingkah laku dariapada orang
lain. Selain itu, tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan serta
pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan
akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan


tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Terdapat 3 unsur iaitu persekitaran, individu (kognitif)
dan tingkah laku. Langkah – langkah pembelajaran peniruan dari aspek pemerhatian iaitu apabila
seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan
cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Selain itu,
penyimpanan iaitu langkah – langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.
Pengeluaran pula iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai. Motivasi
iaitu sekiranya tingkah laku yang diperlihatkan menerima peneguhan (motivasi) daripada orang
lain, peniruan akan diulangi.

5
2.0 ANALISIS TUGASAN
2.1 KEPENTINGAN ANALISIS TUGASAN

Analisis tugasan merupakan proses pemecahan langkah – langkah kecil daripada satu
aktiviti yang kompleks serta disusun berturutan mengikut kesesuaian. Proses pengajaran secara
analisis tugasan dijalankan mengikut langkah – langkah kecil secara berturutan bagi
memudahkan murid menguasai sesuatu kemahiran dengan menyeluruh yang secara tidak
langsung menguji kecekapan seseorang guru pendidikan khas. Selain itu, analisis tugasan juga
merupakan hasil analisa tentang perkara yang akan dilakukan oleh seseorang sama ada melalui
tindakan ataupun yang melibatkan proses kognitif. Analisis tugasan bagi proses pengajaran
adalah hasil daripada proses menganalisa dan mengatur sesuatu pembelajaran dan hasil
pembelajaran mestilah boleh dicapai oleh pelajar pada akhir pembelajaran. Justeru, dapat
disimpulkan bahawa analisis tugasan bermaksud proses pemecahan atau pembahagian sesuatu
aksi yang kompleks kepada beberapa gabungan langkah – langkah kecil serta melibatkan proses
kognitif. Selain itu, analisis tugasan yang akan dijalankan haruslah ditentukan, dianalisis terlebih
dahulu supaya tugasan yang dipilih boleh dilakukan oleh murid – murid bermasalah
pembelajaran.

Kepentingan analisis tugasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid


bermasalah pembelajaran dapat menyediakan murid tentang perincian sesuatu perkara atau
tugasan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan. Murid
dapat lebih memahami tugasan dengan lebih lanjut dan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lancar kerana murid – murid dapat mengikut dan membuat tugasan
yang akan diberikan oleh guru. Selain itu, ia juga dapat membantu murid bermasalah
pembelajaran terutamanya murid dalam kategori autisma, murid yang mengalami kerencatan
akal atau kecacatan mental yang mengalami banyak kesukaran dalam menguasai sesuatu
perlakuan atau aksi yang kompleks. Hal ini kerana setiap tugasan yang kompleks akan dijadikan
sesuatu langkah – langkah yang kecil bagi memudahkan murid – murid memahami dan mudah
menguasai langkah – langkah yang diberikan.

6
Selain itu, memudahkan guru dalam aspek pemilihan media dan persekitaran
pembelajaran yang berasaskan sesuatu tema jahitan, pertukangan, memasak dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kepada murid – murid. Guru akan lebih terancang dalam proses
pengajaran dn pembelajaran yang dilakukan dan menyedia langkah – langakah yang lebih
spesifik untuk murid – murid lebih mudah faham dan mudah menyediakan tugasan. Bukan itu
sahaja, ia juga memudahkan guru memilih dan menentukan sesuatu hasil pembelajaran yang
bersesuaian dengan tahap perkembangan murid bermasalah pembelajaran setelah menganalisa
setiap langkah dan tugasan. Guru akan lebih mengetahui tahap perkembangan murid – murid
mereka dalam setiap tugasan. Di samping itu, analisis tugasan juga penting sebagai suatu
pentaksiran dan penilaian prestasi dan tahap keupayaan murid mengikut hasil pembelajaran yang
telah disasarkan oleh guru. Oleh itu, guru akan lebih berusaha mencari langkah yang baik dalam
meningkatkan tahap perkembangan murid – murid dalam menguasai setiap subjek.

2.2 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ANALISIS TUGASAN

Analisis tugasan dibuat oleh guru bagi memudahkan guru melaksanakan proses
pengajran dan pembelajaran. Dalam analisis tugasan guru akan menerangkan langkah – langkah
tugasan sebagai ransangan kepada murid – murid. Manakala apabila murid – murid melakukan
semula langkah – langkah yang ditunjukkan oleh guru sebagai tindak balas dari ransangan
daripada guru tadi. Hal ini dapat dijelaskan melalui teori Behaviorisme iaitu suatu perubahan
tingkah laku seseorang bertindak balas terhadap sesuatu ransangan.

Melalui analisis tugasan, murid cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan
sesuatu sendiri apa – apa yang telah guru terangkan langkah – langkah tugasan, sekiranya gagal
mereka mula ragu – ragu terhadap keupayaan diri mereka sendiri. Murid perlu menguasai
kemahiran – kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa endah
diri dan tiada keupayaan. Hal ini dapat diterangkan melalui teori Erik Erickson yang menerangkan
setiap murid mempunyai krisis dalam menyelesaikan sesuatu. Oleh itu, guru perlu menyediakan
analisis tugasan mengikut tahap kemampuan murid – murid bagi mengelakkan murid merasa
rendah diri dan kurang keyakinan diri.

7
Dalam melaksanakan analisis tugasan, guru hendaklah pandai berinteraksi dengan murid
dan menunjukkan langkah keselamatan yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana murid – murid akan memerhati dan mengikuti setiap tingkah laku murid – muridnya.
Hal ini dapat dibuktikan melalui teori pembelajaran sosial yang dikenali sebagai teori kognitif
sosial yang menerangkan pemerhatian tentang tingkah laku seseorang yang akan diperhatikan
oleh murid – murid.

2.3 ANALISIS TUGASAN YANG LENGKAP


1. Guru memperkenalkan bahan – bahan hiasan yang digunakan untuk membuat mini akuarium.
Bahan – bahan seperti berikut:
1) Bekas terpakai.
2) Pasir sungai.
3) Batu – batu kecil.
4) Batu – batu besar.
5) Tumbuhan tiruan.
6) Rumput tiruan.
7) Air.
8) Ikan hiasan.
2. Guru menunjukkan cara – cara untuk membuat mini akuarium.
3. Murid melakukan aktiviti membuat mini akuarium. Langkah – langkah seperti beriktu:
a) Murid diminta untuk membersihkan bahan – bahan hiasan menggunakan air sebelum
membuat hiasan mini akuarium.
b) Murid kemudian memasukkan satu lapisan pasir sungai pada dasar bekas.
c) Murid memasukkan batu – batu kecil pada dasar lapisan pasir sungai.
d) Murid meletakkan batu – batu besar di sudut yang sesuai dalam bekas.
e) Murid menanam tumbuhan tiruan.
f) Murid meletakkan rumput tiruan di celah – celah batu besar.
g) Murid memasukkan air bersih ke dalam bekas dengan perlahan – lahan.
h) Murid memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas yang telah siap dihias.
4. Guru memastikan murid – murid memahami langkah – langkah yang telah ditunjukkan.
5. Mini akuarium disimpan di tempat yang sesuai.
6. Murid membersihkan diri.
7. Mini akuarium boleh digunakan untuk keusahawanan dan menambah pendapatan. Boleh
digunakan sebagai hiasan di rumah.

8
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
1.0 KONSEP RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga
merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen
yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada dalam RPH adalah seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh dan masa,
mata pelajaran, tema/ tajuk, bidang pembelajaran, tujuan, hasil pembelajaran sama ada kognitif,
psikomotor dan afektif. Selain itu, konsep utama, bahan bantu pengajaran dan pembelajaran,
peralatan dan bahan sumber juga perlu tersenarai sama. Langkah – langkah keselamatan,
strategi atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penaksiran dan penilaian pembelajaran juga
dititikberatkan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian.

Beberapa kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah untuk menentukan


serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, selain untuk meningkatkan
keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. RPH juga bertujuan untuk mengelak sebarang
penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan, RPH juga bertujuan
sebagai menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan, selain
menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian
dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan
ke arah yang dikehendaki. Kepentingan RPH juga bertujuan untuk menggunakan masa
pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem, sambil
merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai, juga mengembangkan pengajaran
secara lancar dan tersusun. RPH juga dapat menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu
jangka waktu, juga membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu
untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan
efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. RPH ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input
pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah
membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. RPH yang dibina
haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.

9
2.0 ANALISIS TUGASAN DALAM RPH

Analisis tugasan bagi proses pengajaran adalah hasil daripada proses menganalisa dan
mengatur sesuatu pembelajaran dan hasil pembelajaran mestilah boleh dicapai oleh pelajar pada
akhir pembelajaran. Justeru, dapat disimpulkan bahawa analisis tugasan bermaksud proses
pemecahan atau pembahagian sesuatu aksi yang kompleks kepada beberapa gabungan langkah
– langkah kecil serta melibatkan proses kognitif. Selain itu, analisis tugasan yang akan dijalankan
haruslah ditentukan, dianalisis terlebih dahulu supaya tugasan yang dipilih boleh dilakukan oleh
murid – murid bermasalah pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah untuk
menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, selain untuk
meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

Analisis tugasan dalam Rancangan Pengajaran Harian sangat penting dalam persediaan
guru untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. analisis tugasan
diletakkan pada langkah kedua dan ketiga dalam RPH kerana dalam langkah tersebut guru telah
menerangkan langkah – langkah dengan lebih terperinci berkenaan tajuk pembelajaran untuk
memudahkan murid – murid memahami tajuk pembelajaran pada akhir pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, berdasarkan RPH yang telah saya sediakan, langkah 2 ialah guru telah
menerangkan langkah – langkah penyediaan mini akuarium dengan lebih spesifik dan
memudahkan murid – murid memahami langkah – langakah yang diterangkan oleh guru.

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku – buku teks, papan hitam, kapur dan gambar – gambar sahaja, tetapi
ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya yang merangkumi apa – apa sahaja
yang dapat dialami oleh murid-murid. Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat
murid dan mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan
pelbagai deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada murid –
murid, khususnya konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripada slaid,
video dan audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau

10
berkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan pengalaman murid dan
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964) kepentingan BBM
ialah dapat menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep yang ingin guru sampaikan
kepada murid – murid dalam proses pengajran dan pembelajaran. Selain itu, setiap murid mudah
tertarik kepada sesuatu yang menarik dan baru pada pandangan mata meraka kerana BBM yang
dapat menarik minat murid – murid akan mempengaruhi proses interaksi guru dan murid dalam
kelas ketika mengajar. Apabila murid tertarik kepada BBM yang dibuat secara tidak langsung
dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dan murid – murid akan mudah memahami.
Selain itu, BBM juga dapat memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti
sendiri dalam kalangan murid – murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat
membina pemikiran murid – murid secara berterusan, seperti melalui filem bergerak. Seterusnya,
boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata dalam kalangan murid
dan memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam
kepada muid – murid.

Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan kepentingan BBM ialah
dapat memberi rangsangan dan minat murid – murid ketika belajar. Melalui penggunaan BBM
dapat menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid – murid. Seterusnya,
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih
kekal serta dapat menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara
– cara lain. Selain itu, ia mendorong murid – murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapt
menambahkan lagi bacaan murid – murid dan menjimatkan masa agar murid dapat
mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti – aktiviti murid dan menyeronokkan untuk murid – murid.

11
4.0 PENERAPAN LANGKAH KESELAMATAN DAN KEUSAHAWANAN

Langkah keselamatan perlu diterapkan dalam diri setiap murid semasa melakukan
kemahiran yang diberikan oleh guru. Contohnya, langkah – langkah keselamatan ketika
penyediaan mini akuarium iaitu berhati – hati ketika mengisi air ke dalam bekas agar tidak
melimpah keluar dan pasir sungai tidak berselerak kerana akan mengotorkan air dalam mini
akuarium. Selain itu, murid perlu berhati – hati ketika meletakkan batu – batu kecil dan batu –
batu besar ke dalam bekas agar murid tidak luka. Langkah seterusnya murid perlulah memakai
sarung tangan bagi mengelakkan jangkitan kuman ketika penyediaan mini akuarium. Di samping
itu, semasa murid – murid membuat penyediaan mini akuarium perlu ada orang yang lebih
dewasa seperti ibu bapa atau guru untuk mengawasi murid – murid bagi mengelakkan sebarang
kecederaan berlaku.

Keusahawanan merupakan proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai
dengan memperuntukan masadan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko
psikologikal dan risikososial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk
kewangan,kepuasan diri dan kebebasan. Seterusnya, penerapan elemen kusahawanan juga
sangat penting untuk murid Pendidikan Khas dalam kehidupan. Keusahawanan dilakukan
dengan membuat sesuatu yang kreatif bagi mencipta sesuatu kejayaan pada masa hadapan.
Sesuatu yang dicipta juga merupakan sesuatu barang atau perkhidmatan yang sedia ada yang
diubahsuai kepada sesuatu yang lebih baik dan menarik dan dapat menaja pendapatan.

12
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) YANG LENGKAP

Tahun / Kelas : 5 Melur

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Tarikh : 9 September 2015

Hari : Rabu

Masa : 1 jam

Bilangan Murid : 10 Orang

Tajuk : Pemeliharaan Haiwan Kesayangan

Sub Tajuk : Penyediaan Mini Akuarium

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat bekas terpakai digunakan tempat
menyimpan ikan hiasan di rumah.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat:-

i) Menyenaraikan jenis – jenis bahan hiasan mini akurium.


ii) Menyediakan mini akuarium dengan langkah yang betul.

Penyerapan Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup, Sains dan Keusahawanan.

Penggabungjalinan Kemahiran : Menyenarai, mengingat kembali, mengenalpasti, membuat


rumusan dan menyusun.

Unsur Terapi : Fisioterapi, pertuturan, muzik, motor kasar dan halus.

Penyerapan Nilai : Ketelitian, bekerjasama, bertanggungjawab, menyayangi


haiwan pemeliharaan, sabar, menjaga kebersihan.

Bahan Bantu Mengajar : Model Mini Akuriam, pasir sungai, batu – batu kecil, batu –
batu besar, tumbuhan tiruan, rumput tiruan, air, ikan hiasan,
bekas terpakai, LCD, computer riba, pembesar suara,

13
LANGKAH AKTIVITI CATATAN
Set Induksi (mengenal dan memilih ikan hiasan) BBM:
i) Guru menunjukkan beberapa tayangan video  LCD projekter
dan gambar jenis – jenis ikan hiasan dan dan komputer
menerangkan kepada murid. riba.
ii) Murid menonton tayangan video dan guru
meminta murid untuk mengingati nama ikan
hiasan dan bahan – bahan dalam mini akuarium
tersebut.
iii) Murid diminta untuk menyebut kembali nama
jenis – jenis ikan hiasan dan bahan – bahan yang
digunakan dalam mini akuarium.
iv) Seterusnya, guru memberikan edaran gambar
setiap jenis ikan hiasan dan bahan – bahan mini
akuarium yang telah dipaparkan dan kemudian
murid akan meneka kembali gambar – gambar
yang telah ditunjukkan.
Langkah 1 (Menunjukkan video mengenai langkah – langkah BBM:
penyediaan mini akuarium suapaya murid dapat  Tayangan
gambaran awal mengenai langkah – langkah yang betul video dan LCD.
dan lebih jelas).
i) Guru menunjukkan video ringkas berkenaan
langkah – langkah menyedia dan menghias mini
akuarium.
ii) Selepas itu, guru menyenaraikan langkah
penyediaan akuarium dengan menayangkannya
di skrin LCD.
iii) Selepas menayangkan video, guru menunjukkan
demostrasi langkah – langkah sebenar
penyediaan akuarium di hadapn murid.
iv) Murid diminta mengambil perhatian dengan
penerangan guru.

14
Langkah 2 i) Wakil kumpulan akan mengambil semua BBM:
pealatan dan aksesori akuarium yang akan  Model mini
dibuat oleh setiap kumpulan. akuarium.
ii) Murid mengikuti langkah penyediaan bekas  Lemabaran
akuarium secara amali di dalam kumpulan kerja.
setelah diterangkan oleh guru beserta dengan NILAI:
bimbingan guru.  Mengamalkan
iii) Murid diingatkan tentang keselamatan dan langkah
kerjasama berkumpulan. keselamatan.
(Langkah – langkah penyediaan mini akuarium) BAHAN:
1. Guru memperkenalkan bahan – bahan hiasan  Bahan – bahan
yang digunakan untuk membuat mini akuarium. Bahan hiasan mini
– bahan seperti berikut: akuarium.
1) Bekas terpakai. KEMAHIRAN:
2) Pasir sungai.  Penelitian
3) Batu – batu kecil. ketika
4) Batu – batu besar. melakukan
5) Tumbuhan tiruan. aktiviti.
6) Rumput tiruan. LANGKAH
7) Air. KESELAMATAN:
8) Ikan hiasan.  Berhati – hati
2. Guru menunjukkan cara – cara untuk membuat ketika
mini akuarium. memasukkan
3. Murid melakukan aktiviti membuat mini air ke dalam
akuarium. Langkah – langkah seperti beriktu: bekas agar
a) Murid diminta untuk membersihkan bahan – tidak melimpah
bahan hiasan menggunakan air sebelum membuat keluar.
hiasan mini akuarium.  Masukkan batu
b) Murid kemudian memasukkan satu lapisan pasir – batu kcil dan
sungai pada dasar bekas. besar dengan
c) Murid memasukkan batu – batu kecil pada berhati – hati.
dasar lapisan pasir sungai.
d) Murid meletakkan batu – batu besar di sudut
yang sesuai dalam bekas.

15
e) Murid menanam tumbuhan tiruan.  Murid
f) Murid meletakkan rumput tiruan di celah – celah dikehendaki
batu besar. memakai
g) Murid memasukkan air bersih ke dalam bekas sarung sarung
dengan perlahan – lahan. tangan bagi
h) Murid memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas mengelakkan
yang telah siap dihias. jangkitan
4. Guru memastikan murid – murid memahami kuman.
langkah – langkah yang telah ditunjukkan.  Perlu dalam
5. Mini akuarium disimpan di tempat yang sesuai. pengawasan
6. Murid membersihkan diri. orang yang
7. Mini akuarium boleh digunakan untuk lebih dewasa.
keusahawanan dan menambah pendapatan. Boleh
digunakan sebagai hiasan di rumah.
Penutup (Rumusan ringkas mengenai ikan hiasan dan bahan –
bahan hiasan mini akuarium, faktor pemilihan bekas dan
bagaimana cara menyedia dan menghias mini akuarium.
i) Guru membuat sedikit ulasan dan komen
mengenai aktiviti yang dijalankan.
ii) Seterusnya, membuat rumusan ringkas dan
menegaskan kepada murid supaya
mengulangkajinya.

16
4.0 REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana saya diberi peluang
menjalankan kerja kursus ini. Melalui tugasan ini banyak memperoleh pengalaman baru berkaitan
bidang ini yang selama ini saya tidak terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih
mendalami lagi daripada kajian yang telah saya jalankan. Hal ini merupakan pengalaman baharu
saya yang amat bernilai bagi saya sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Bahasa Melayu
ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Shariza Binti
Said iaitu pensyarah kursus PKUK 3023 Kemahiran Asas untuk Berdikari untuk kanak – Kanak
Berkeperluan Khas kerana telah membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Di samping
itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan seperjuangan saya terutama
sekali kepada rakan sekumpulan saya yang telah banyak membantu saya dalam proses
pencarian maklumat yang berkaitan tajuk tugasan yang telah kami pilih ini serta sokongan moral
dan semangat yang diberikan.

Tugasan ini membolehkan saya membentangkan analisis tugasan beserta bahan bantu
mengajar dengan membuat hubungkait konsep dan kepentingan Kemahiran Asas Untuk
Berdikari serta aplikasi teori – teori pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari kepada murid
– murid bermasalah pembelajaran. Selain itu, tugasan ini juga membantu saya mengadaptasikan
analisis tugasan untuk kanak – kanak berkeperluan khas mengikut tahap kemampuan murid -
murid. Sebagai seorang guru pelatih, kita perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengadaptasi
analisis tugasan untuk kanak – kanak dengan betul dan berkesan. Hal ini dapat membantu dalam
P & P di bilik darjah dan berhadapan dengan kanak – kanak istimewa. Perkara ini perlu diterapkan
dan dipraktikkan dari sekarang lagi dan membiasakan diri untuk menghasilkan analisis tugasan
yang baharu dan lebih menarik serta berkesan.

Seterusnya, saya dapat membina rancangan pengajaran harian dengan aplikasi elemen
analisis tugasan yang mengikut tahap kefungsian murid – murid bermasalah pembelajaran.
Bukan itu sahaja, kerja kursus ini juga membuat saya berfikir bagaimana hendak
mengadaptasikan analisis tugasan yang sangat berkait rapat untuk kanak – kanak pendidikan
khas. Analisis tugasan ini dapat memberikan murid – murid terdedah kepada elemen aspek
keselamtan dan elemen keusahawanan semasa melakukan aktiviti. Contohnya, analisis tugasan
saya berkaitan penyediaan mini akuarium yang dapat menaja pendapatan murid – murid dan
mendedahkan murid kepada kehidupan dunia sebenar.

17
Setrusnya, saya dapat mempraktikkan analisis tugasan yang dirancang dalam rancangan
pengajaran harian dengan lebih teliti dan memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan teratur. Rancangan pengajaran harian untuk murid bermasalah
pembelajaran perlu dirancang mengikut kesesuaian tahap kefungsian murid. Rancangan
pengajaran harian dirangka oleh guru untuk kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
dilaksanakan di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu. Setelah itu,
guru juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan analisis tugasan
yang telah disediakan.

Di samping itu, melalui tugasan ini juga saya telah belajar untuk menghasilkan BBM yang
sesuai dan dicipta khas untuk kanak – kanak masalah pembelajaran. Seperti mana yang kita tahu
sekarang di setiap sekolah menggalakkan guru – guru menyediakan BBM untuk murid – murid
dalam proses pengajran dan pembelajaran. Hal ini, dapat membantu kanak – kanak dalam
perkembangan mereka terutama aspek kognitif, motor dan halus. Tugasan ini juga membolehkan
saya untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan memahami lagi implikasi terhadap keberkesanan
program Pendidikan Khas dalam sistem pendidikan dalam jangka masa panjang di Malaysia
sebagai seorang guru pelatih yang bakal menjadi mendidik kelak mestilah mempunyai akhlak
dan sahsiah yang baik agar dapat menjadi role model kepada anak – anak murid dikemudian
hari. Hal ini dapat membantu saya serba sedikit untuk megadaptasikan permainan yang
bersesuian dengan kanak – kanak Khas Bermasalah Pembelajaran.

Tambahan lagi, selain dari gedung ilmu atau perpustakaan untuk mencari maklumat,
sumber dan membuat analisis data mengenai tugasan ini, saya juga mampu mencari maklumat
malalui jaringan internet. Hal ini, membantu dan dapat melatih diri untuk menghadapi
pembelajaran Alaf ke – 21, yang mana segala – galanya hanya berada dihujung jari sahaja. Selain
itu, perkara ini dapat melatih saya untuk menggunakan segala alat kemudahan teknologi bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan era globalisasi ini.

18
Akhir kata, tugasan projek pada semester ini memberi satu ilmu baharu yang perlu
diketahui oleh para guru pelatih. Ianya bukan digunakan untuk kursus Hidup Berkualiti untuk
Kanak – kanak Berkeperluan Khas semata – mata tetapi juga untuk umum terutama sekali dalam
kemahiiara berkomunikasi yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Ianya
merupakan satu keperluan asas kepada manusia dimana kita perlu ilmu adalah yang utama
dalam hidup dan dengan ilmu kita dapat menjadikan anak murid serta anak bangsa menjadi insan
yang berguna dan dapat berkembang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
dan seterusnya dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan matlamat
negara.

19
5.0 PENUTUP / KESIMPULAN

Dalam merancang dan melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran


Kemahiran Hidup kepada murid-murid bekeperluan khas, guru – guru tidak perlu mensasarkan
terlalu banyak objektif pengajaran bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
kerana murid-murid khas tidak mungkin dapat menguasai terlalu banyak objektif pengajaran
dalam sesuatu masa. Dengan menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran yang sedikit,
guru – guru akan dapat memfokuskan kepada sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan. Bukan
semua murid-murid ini perlu diberi latihan dan aktiviti yaang sama, sebaliknya guru – guru perlu
merancang aktiviti – aktiviti yang berlainan oleh tahap kebolehan mereka juga berbeza. Jelasnya
guru-guru boleh mengubahsuai setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap
ketidakupayaan murid – murid.

Alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai
untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu
mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini
memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pengajaran. Penggunaan media
pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikaf pasif dalam kalangan murid
kerana ia akan menimbulkan minat murid untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman
pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan
menyeronokkan.

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap murid, sifat unit
yang ada pada setiap murid dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini akan membuatkan
guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut. Keadaan ini dapat diatasi
dengan penggunaan alat bantu mengajar kerana kemampuannya dalam memberikan
pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada
semua murid. Selain itu pencapaian murid akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat
bantu mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan
secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat
memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan
pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

20
6.0 RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof dan Zakaria (2001). Prinsip keusahawanan satu penilaian. Edisi Kedua Pearson
Prentice Hall.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Buku Panduan
pengurusan Diri Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Menengah. Putrajaya.
Juwita bt. Ahmad (2003). Penguasaan Guru-guru Pendidikan Khas Dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Kurikulum Pendidikan Khas Program Integrasi Bermasalah
Pembelajaran. Projek Sarjana Muda, Universisi Teknologi Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mohamad J.K.A (2006), Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Bentong. PTS
Profesional Publishing.
Zuriyah bt. Hj. Johari (2002). Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Pendidikan Khas
Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran Di dalam Menyampaikan Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Projek Sarjana Muda,
Universiti Teknologi Malaysia.

21
7.0 LAMPIRAN

Model Mini Akuarium

Bahan Bantu Mengajar (BBM)


Penyediaan Mini Akuarium

22

Anda mungkin juga menyukai