Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus yang telah saya usahakan selama ini. Ribuan terima kasih
saya ucapkan kepada individu yang telah banyak membantu saya sepanjang saya
menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini.

Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Noor Liza binti
Abdullah selaku pensyarah kursus ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada
saya. Selain itu, terima kasih saya ucapkan juga kepada semua rakan-rakan saya
atas sokongan dan dorongan mereka sehingga saya mampu menyiapkan tugasan ini.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan saya ini amatlah saya
hargai.

Seterusnya jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan dan
dorongan yang diberikan dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana
turut membantu saya dari segi kewangan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-
pihak yang telah membantu saya secara lansung dan tidak lansung sehingga saya
mampu menyelesaikan kerja kursus saya ini.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasan saya ini, segala kekurangan harap dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datangnya
dari Allah melalui kelemahan saya sendiri.

1
2
1.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul bahasa Melayu itu lahir bersama-sama bangsa yang menuturkannya.
Kepercayaan bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau selatan negara China
juga dipercayai timbul daripada pemahaman bahawa penduduk terawal di Asia
Tenggara adalah berasal daripada kumpulan manusia yang bergerak keluar dari
selatan China ke Taiwan dan seterusnya ke Asia Tenggara (arah pergerakan utara ke
selatan). Catatan orang Cina menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-
yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644-645
Masihi. Ada yang menyatakan bahawa kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah
Melayu dan ada pula yang mengatakan kerajaan ini terletak di Jambi, Sumatera, iaitu
dari sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

Selain itu, satu lagi catatan oleh orang Cina iaitu catatan rahib Buddha bernama
I’tsing yang menggunakan perkataan mo-lo-yu terhadap dua buah kerajaan yang
dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa kuno, perkataan mlayu
bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dikaitkan dengan orang-orang
Austronesia yang bergerak dari Yunan. Bukti yang dapat dilihat tentang bentuk dan
sifat bahasa Melayu diperoleh sejak tahun 683 Masihi. Bukti tersebut berupa empat
buah batu bersurat yang ditemui di beberapa tempat. Antaranya adalah di kedukan
Bukit, Palembang pada tahun 683 Masihi, di Talang Tuwo, Palembang pada 684
Masihi, di Kota Kapur, Pulau Bangka pada tahun 686 Masihi dan di Karang Brahi,
Meringin daerah Hulu Jambi pada tahun 686 Masihi.

Walau bagaimanapun,kepercayaan yang bertapak sekian lama ini telah berjaya


digugat apabila bukti daripada kajian DNA menunjukkan pergerakan manusia di Asia
dan Asia Tenggara adalah sebaliknya. Kajian menggunakan Single Nucleotide
Polymorphisms (SNPs) yang telah diterbitkan dalam majalah Science yang bertajuk,
Mapping Human Genetic Diversity in Asia pada tahun 2009 menunjukkan bahawa
Asia Tenggara adalah lokasi terawal kemasukan manusia dari Afrika ke Asia.

3
2.0 LANGKAH MEMARTABAT BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT
ANTARABANGSA

Usaha perlu dipergiatkan lagi bagi mempromosikan bahasa Melayu di peringkat


antarabangsa agar minat terhadapnya dapat dipertingkatkan. Antara usaha yang
dapat dilakukan adalah menganjurkan pertandingan bertaraf antarabangsa. Sebagai
contohnya, pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Penglibatan peserta
dari negara luar dapat membantu memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Hal ini kerana,
mereka akan secara tidak lansung bukan sahaja mempelajari Bahasa Melayu tetapi
perlu mendalaminya agar dapat menguasai bahasa kebangsaan kita ini. Para peserta
dari dalam dan luar negara mampu menjadi duta bahasa ke peringkat antarabangsa
bagi memperkenalkan Bahasa Melayu dan budaya Melayu yang terkenal dengan
adat yang unik. Sekali gus mereka dapat mengetengahkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang mempunyai unsur kebudayaan serta mempunyai tamadun yang tinggi.

Seterusnya, pihak kerajaan Malaysia perlu menjalinkan usahasama dengan


pihak kerajaan negara luar bagi menambahkan bilangan pelajar bahasa luar di
negara kita. Antara kerjasama yang dapat dijalankan ialah pemberian biasiswa
kepada pelajar luar yang berminat mahu mempelajari bahasa Melayu di Malaysia.
Melalui usaha ini, Bahasa Melayu dapat dikembangkan lagi sehingga ke peringkat
antarabangsa. Malah, pihak kementerian khususnya Kementerian Pengajian Tinggi
seharusnya mewajibkan pelajar asing yang belajar di negara ini mempelajari dan
mensyaratkan kepada mereka untuk mengambil Bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran wajib. Usaha ini dapat memperkembangkan bahasa Melayu ke peringkat
antarabangsa. Agenda memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan mestilah difahami dan dihayati sepenuh hati dan jiwa bagi
menuju ke arah bahasa moden.

4
RUJUKAN

Nizam Yatim. (2016, September 27). Memartabatkan Bahasa Melayu. Utusan Online.
Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/rencana/memartabatkan-bahasa-
melayu-1.387667
Nurulanuar Mansor. (2017, Julai 24). Bahasa Melayu Mampu Kuasai Dunia. Utusan
Online. Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bahasa-
melayu-mampu-kuasai-dunia-1.506828
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu I. Selangor.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Utusan Online. (2016, Ogos 09). Orang Melayu Penduduk Asal. Dicapai daripada
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/orang-melayu-penduduk-asal-1.368232
Zafarina Zainuddin. (2015, November 29). DNA Dan Asal Usul Melayu. Utusan
Online. Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-
melayu-1.163353

5
6
1.0 PENGENALAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan penemuan dan inovasi


yang dicipta dan dikembangkan oleh bijak pandai dari negara Barat. Bagi
mengembangkan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, Bahasa Inggeris
digunakan seluas-luasnya tanpa sempadan geografi. Atas sebab itu, TMK telah
tersebar luas ke seluruh dunia sehingga ke negara di mana Bahasa Inggeris bukan
bahasa rasmi atau bahasa utama seperti di Malaysia, India, dan lain-lain negara.
Menurut Nik Safiah (1999), apabila TMK dikembangkan dalam Bahasa Inggeris,
maka istilah-istilah yang digunakan itu perlu disesuaikan dan diselarikan dengan
bahasa rasmi dan utama di negara yang tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa rasmi mereka. Sebagai contohnya, oleh kerana di Malaysia, Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi, maka Bahasa Inggeris perlu dibuat penyesuaian, iaitu
kepada suasana yang penggunaan Bahasa Melayu menjadi selari dengan Bahasa
Inggeris. Yang dimaksudkan di sini ialah walaupun Bahasa Inggeris bermula dan
kekal sebagai satu bahasa penting dalam dunia teknologi maklumat, namun ada
ruang bagi penggunaan Bahasa Melayu mengikut keperluan masyarakat dan negara
Malaysia. Perspektif demikianlah yang digunakan apabila melihat persoalan
kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam konteks kemajuan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.

2.0 ISU BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Isu bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi terus
mengganggu. Bahasa kita ibarat pemilik yang disingkir daripada rumahnya sendiri.
Bagaimana hal ini boleh terjadi sedangkan negara telah memperuntukkan tempat
yang tinggi kepada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
dengan kedudukannya yang terpateri kemas dan jelas dalam Perlembagaan
Persekutuan melalui Perkara 152. Namun, pada hari ini roh dan semangat yang
dibawa oleh Perkara 152 yang mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu tidak lagi
dihayati sepenuhnya dan seolah-oleh sengaja dilupakan oleh rakyat.

7
Antara isu berkaitan Bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi yang timbul adalah penggunaan bahasa rojak yang dilihat semakin
berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Antara alasan yang sering
dikemukakan bagi isu penggunaan bahasa rojak adalah penggunaannya boleh
meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Alasan ini sangat tidak dapat diterima
kerana hakikatnya penggunaan bahasa rojak bukan sahaja menjadikan seseorang itu
tidak mencapai kemahiran berbahasa Inggeris malah turut menghakis keupayaannya
dalam berbahasa Melayu. Justeru, apabila seseorang itu mengunakan bahasa rojak
dalam percakapannya, apatah lagi dalam penulisannya, ia jelas menunjukkan
bahawa seseorang itu tidak dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Penggunaan bahasa rojak ini turut merisaukan bekas Timbalan Perdana Menteri kita
iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berpendapat bahawa tindakan segera perlu
diambil terhadap isu pencemaran bahasa kebangsaan yang semakin berleluasa
dalam program-program televisyen, radio, drama siaran televisyen mahupun papan
iklan.

Selain itu, apa yang lebih membimbangkan lagi adalah penggunaan bahasa
rojak secara meluas di media hingga akhirnya menjejaskan usaha untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan. Masalah yang timbul rentetan daripada isu
penggunaan bahasa rojak ini berlanjutan apabila pihak media turut menyumbang
kepada percambahannya. Penggunaan Sure Heboh dalam media pernah menjadi
polemik yang berpanjangan sehinggalah pihak kabinet terpaksa masuk campur bagi
meredakan keadaan. Hasil campur tangan pihak atasan telah menyebabkan
penggunaan istilah Sure Heboh ditukar kepada Jom Heboh. Penggunaan bahasa
rojak dalam jaringan komunikasi dan teknologi maklumat seperti SMS dan aplikasi
WhatsApp juga semakin membimbangkan. Seorang penulis, Zaitul Azma Zainon
Hamzah dalam Pelita Bahasa pernah menyebut dalam rencananya ‘Bahasa SMS
menconteng bahasa standard’ bahawa keghairahan masyarakat kini terutamanya
golongan remaja telah mengikis keupayaan bahasa rasmi negara untuk berada pada
tahap yang sepatutnya. Kegilaan remaja dengan bahasa SMS, bertutur bercampur
aduk antara bahasa sendiri dengan bahasa asing memburukkan keadaan dan
menjejaskan imej bahasa sendiri.

8
Seterusnya, isu yang timbul berkaitan bahasa Melayu dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah masalah penggunaan Bahasa Melayu yang
terhad dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ketaksuban dan keterlaluan
bergantung kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti
komputer, Internet, laman sesawang, e-mel dan lain-lain boleh memberi impak yang
besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Dalam hal ini, pendidikan
Bahasa Melayu juga tidak terkecuali menghadapi masalah dalam pelaksanaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Guru dan pelajar akan mengalami masalah dan cabaran yang amat
besar jika kedua-duanya terlalu bergantungan kepada TMK untuk memperoleh dan
menguasai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, seperti yang kita ketahui, kebanyakan
maklumat yang terdapat di laman sesawang adalah berbahasa Inggeris. Ini akan
menyebabkan pengetahuan yang diperoleh terbatas dan pelajar tidak dapat
menguasai sesuatu ilmu secara mendalam dan lebih menyeluruh. Umum mengetahui
Bahasa Inggeris telah diakui sebagai bahasa dunia, bahasa ilmu dan bahasa
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Ilmu teknologi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), penciptaan


komputer, Internet, laman sesawang dan sebagainya bermula di negara Barat, maka
hampir kesemua istilah yang terdapat dalam komputer dan TMK adalah dalam
Bahasa Inggeris. Demikian juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana
penggunaan Bahasa Inggeris tidak lagi terhad kepada mata pelajaran Bahasa
Inggeris, tetapi telah menjadi semakin meluas. Ini terjadi apabila kerajaan
memperkenalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSMI)
sekitar tahun 2004. Akibatnya, penggunaan Bahasa Inggeris semakin meluas dan
mengukuhkan lagi penggunaannya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Apabila perkara ini terjadi, hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
TMK akan lebih sukar. Ini sudah tentu akan menyukarkan Bahasa Melayu untuk
memecahkan monopoli Bahasa Inggeris sebagai bahasa alam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Di samping itu, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai di dalam Internet, di laman-laman sesawang dan sebagainya banyak
dibincang dan ditulis dalam Bahasa Inggeris. Di sinilah letaknya permasalahan yang
terus dan akan dialami oleh guru-guru dan juga pelajar. Langkah mengatasi seperti
memahami istilah dan menyesuaikannya dengan istilah Bahasa Melayu perlu
dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu.

9
Tambahan pula, Mohd Arif, Rosnaini dan Zainuddn (2007), menyatakan bahawa
kini terdapat banyak laman web yang dibina dan ditulis dalam Bahasa Melayu dalam
Internet. Bagi laman web yang berkaitan pendidikan, sudah tentu ianya sesuai
dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru Bahasa Melayu.
Namun begifu, tidak semua bahan yang terdapat dalam Internet, laman sesawang
dan lain-lain sesuai dengan kurikulum sesuatu mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini
sudah tenfu menyukarkan guru-guru Bahasa Melayu untuk mengetengahkan bahan-
bahan yang sesuai untuk pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya. Ini
secara tidak langsung membataskan pengetahuan pelajar untuk mempelajari bahasa
menggunakan teknologi maklumat seperti Intemet. Di samping itu, bahan-bahan yang
terdapat dalam internet lebih kepada cita rasa, budaya dan norma-norrna masyarakat
Barat yang kurang sesuai untuk pendidikan para pelajar. Justeru, guru Bahasa
Melayu perlu mengenal pasti dan mengubahsuai kandungan kurikulum bahan yang
diambil dari Intemet, laman sesawang dan lain-lain mengikut budaya masyarakat di
Malaysia.

Justeru, semua pihak perlu memandang serius terhadap peringatan Penasihat


Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr, Rais Yatim dimana beliau berpendapat bahawa
Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang lemah hanya dalam tempoh 20 tahun
akan datang jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk memperkukuhkan
kedudukannya. Oleh yang demikian, usaha untuk menyedarkan semua lapisan
masyarakat akan kepentingan bahasa kebangsaan ini terutamanya dalam sebuah
negara yang terdiri daripada pelbagai etnik ini perlu ditingkatkan agar bahasa Melayu
ini “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”. Usaha-usaha ini perlu dilakukan untuk
melindungi budaya yang diwariskan sejak turun-temurun tanpa menolak kemasukan
budaya luar. Pengaruh budaya luar dapat ditangkis dengan kemantapan jati diri dan
budaya tempatan yang sudah lama berakar umbi dalam diri masyarakat negara ini.

10
Antara usaha yang boleh dilakukan ialah guru-guru perlu memainkan penting
bagi menaikkan imej bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sejak di tadika
sehinggalah ke institut pengajian tinggi awam dan swasta. Namun begitu, tugas ini
bukan hanya terletak di bahu guru subjek bahasa Melayu sahaja, tetapi semua guru
kerana mereka sewajarnya memahami isu kedudukan bahasa kita yang semakin
terpinggir ini. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal untuk tujuan rasmi dan bukannya seperti
sekarang apabila bahasa Inggeris digunakan secara meluas termasuklah dalam
ucapan pemimpin negara.

Selain itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu memainkan peranan
penting dalam membantu mengatasi masalah yang berlaku ini. Kegiatan pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka boleh diperkukuhkan lagi dengan peranan yang lebih
aktif bersama-sarna dengan pihak luar seperti Kementerian Pelajaran. Antara usaha
yang boleh dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menerbitkan pelbagai
buku berkaitan dengan bahasa yang digunakan dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi untuk kegunaan guru-guru di sekolah termasuklah guru Bahasa Melayu
seperti kamus-kamus pelbagai jenis, istilah dan pedoman ejaan dan bahan rujukan
untuk mempergiatkan penggunaan Bahasa Melayu oleh guru-guru di sekolah.
Peranan yang dimainkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha
mengeluarkan pelbagai penerbitan dengan harga yang berpatutan adalah amat
digalakkan.

Tuntasnya, masa depan bahasa Melayu bergantung kepada pengamal dan


penuturnya. Bahasa Melayu akan menjadi mantap bukan sahaja kerana wujud
pertuturan atau komunikasi dalam kalangan masyarakat, tetapi kualiti bahasa itu
sendiri lebih penting. Justeru pembelaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sunguh. Jika tidak, tanah air kita akan
kehilangan identiti asas dan kepentingan bahasa sendiri. Oleh itu, langkah-langkah
yang konkrit dan pragmatik perlu diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat
Malaysia. Setiap warga yang terdiri daripada pelbagai kaum ini haruslah
memanfaatkan masa untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan turut memberikan faedah yang besar
kepada perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

11
RUJUKAN

Farhana Joni. (2017, Mei 05). Bahasa Rojak Sukarkan Penerbit. Utusan Online.
Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/realiti-bahasa-rojak-
sukarkan-penerbit-1.477508

Lee Lam Thye. (2014, Oktober 23). Bahasa rojak bukan budaya kita. Utusan Online.
Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/rencana/bahasa-rojak-8232-bukan-
budaya-kita-1.15866

Muhamad Nor. (2017, Mac 8). Bahasa Melayu Pupus Dalam 20 Tahun?. Utusan
Online. Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/rencana/forum/bahasa-
melayu-pupus-dalam-20-tahun-1.453302

Ramjah Hasan. (2017, April 15). Mengangkat bahasa melayu dalam TN50. Utusan
Online. Dicapai daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengangkat-bahasa-melayu-dalam-
tn50-1.469732

Zamzurina Ahmad. (2017, Mac 14). MPK roboh 200 papan iklan haram. Utusan
Online. Dicapai daripada
https://www.utusan.com.my/mobile/berita/wilayah/mpk-roboh-200-papan-iklan-
haram-1.456604

12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

Anda mungkin juga menyukai