Anda di halaman 1dari 6

1 GGGB6293 Sintesis Jurnal Jong Yii Phin GP05447

Pendahuluan

Kanak-kanak dengan kelewatan bahasa sering menunjukkan kesukaran dalam kemahiran


bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif umumnya mendahului kemahiran bahasa
ekspresif dan secara beransur-ansur terbentuk dalam kanak-kanak (Bao Xin Gang, Suhaila
Zainudin, Hasherah Mohd Ibrahim, & Lam Meng Chun, 2017). Seorang kanak-kanak
didiagnosis mengalami kelewatan bahasa apabila dia gagal untuk mencapai tahap
perkembangan dalam pembelajaran untuk bercakap dan pengertian bahasa. Kelewatan bahasa
adalah sebahagian daripada gangguan komunikasi yang lebih luas yang mempunyai kesan
buruk ke atas kemampuan kanak-kanak untuk bercakap, memahami, membaca, dan menulis
(Bao Xin Gang, Suhaila Zainudin, Hasherah Mohd Ibrahim, & Lam Meng Chun, 2017).

Kelewatan ucapan dan bahasa pada kanak-kanak akan menyebabkan peningkatan kesukaran
dengan membaca, menulis, perhatian, dan sosialisasi. Kanak-kanak yang mempunyai
kelewatan berbahasa, perlu menjalani penilaian pertumbuhan yang komprehensif. Ini kerana
kelewatan bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain (McLaughlin, 2011).
Terdapat dua jenis kelewatan Bahasa iaitu Kelewatan Bahasa Primer dan kelewatan Bahasa
Sekunder (McLaughlin, 2011; Wallace, et al., 2015)

Kelewatan Bahasa Primer termasuklah kelewatan perkembangan Bahasa dan pertuturan,


gangguan Bahasa ekpresif dan Bahasa reseptif (McLaughlin, 2011; Wallace, et al., 2015).
Kelewatan Bahasa sekunder pula merupakan simptom kepada masalah yang lain seperti
masalah pendengaran, kecacatan intelektual, austisme atau masalah-masalah lain Pertuturan
Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk
masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain (McLaughlin, 2011; Wallace, et al.,
2015) .

Pertuturan dan perkembangan bahasa adalah salah satu petunjuk yang paling berguna dalam
perkembangan keseluruhan kanak-kanak dan fungsi inteleknya (Thakur, Pawar, & Gupta,
2016). Pertuturan dan perkembangan Bahasa membolehkan kanak-kanak untuk
berkomunikasi dengan jayanya. (Thakur, Pawar, & Gupta, 2016). Masalah kelewatan
Bahasa juga dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk
2 GGGB6293 Sintesis Jurnal Jong Yii Phin GP05447

bercakap. Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak


menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,
morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatic (Thakur, Pawar, & Gupta, 2016). Kanak-
kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu
perkataan (McLaughlin, 2011). Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan
diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi
penerangan atau arahan (Law, Garrett, & Nye, 2010) . Mereka akan terus mendiamkan diri
kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang
lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap (Wallace, et al., 2015).

Kesan Kelewatan Bahasa

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan Bahasa pada peringkat umur prasekolah
mempunyai risiko untuk menghadapi masalah pembelajaran apabila mereka masuk ke alam
persekolahan (Wallace, et al., 2015). Kanak-kanak yang menghadapi kedua-dua jenis
kelewatan Bahasa akan menghadapi kesukaran untuk mempelajari Bahasa terutama sekali
membaca dan menulis (Wallace, et al., 2015; Thakur, Pawar, & Gupta, 2016) . Kanak-kanak
juga akan menghadapi masalah untuk memahami arahan atau perkataan, ayat dan lain-lain. Ia
juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa
(Law, Garrett, & Nye, 2010).

Jadi jika masuk ke sekolah atau tadika atau taska, mereka akan mengalami kesukaran dan
terpaksa bekerja keras untuk memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru yang seterusnya
menyebabkan mereka ketinggalan(Wallace, et al. 2015; Thakur, Pawar, & Gupta, 2016).
Kesannya adalah kanak-kanak akan mendapat pencapaian yang rendah dan IQ yang rendah.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan Bahasa juga akan mempunyai masalah
tingkah laku dan ketidakseimbangan psikologikal (Wallace, et al. 2015; Thakur, Pawar, &
Gupta, 2016). Masalah kelewatan bahasa juga akan mempengaruhi sosial, emosi dan
tingkahlaku kanak-kanak (Law, Garrett, & Nye, 2010). Kanak-kanak akan lebih suka
menyendiri dan tidak bergaul dengan kanak-kanak lain.
3 GGGB6293 Sintesis Jurnal Jong Yii Phin GP05447

Oleh itu adalah penting bagi ibubapa untuk mengenalpasti tanda-tanda awal kepada
kelewatan bahasa di kalangan anak-anak. Keprihatinan pihak taska juga diperlukan untuk
membuat pengesanan kepada permasalahan kelewatan bahasa di kalangan kanak-kanak.
Pengesanan awal akan dapat membolehkan tindakan awal diberikan kepada kanak-kanak agar
masalah kelewatan bahasa tidak menjadi lebih teruk (McLaughlin, 2011).

Cara Menangani

Apabila kanak-kanak disyaki mempunyai masalah kelewatan Bahasa adalah perlu bagi
ibubapa untuk membawa anak-anak berjumpa dengan ahli terapi Bahasa untuk mengikuti
program intervensi awal dan audiologist (McLaughlin, 2011; Wallace, et al., 2015).
Intervensi merupakan salah satu langkah awal dalam mengatasi masalah kelewatan Bahasa di
kalangan kanak-kanak (Law, Garrett, & Nye, 2010).

Kanak-kanak yang menghadapi masalah kelewatan Bahasa akan menjalani terapi dengan
terapi Bahasa bagi membantu kanak-kanak mengatasinya (Law, Garrett, & Nye, 2010;
McLaughlin, 2011; Thakur, Pawar, & Gupta, 2016). Namun demikian masa Bersama dengan
ahli terapi adalah singkat. Justeru ibubapa kanak-kanak memainkan peranan penting dalam
memastikan kanak-kanak dapat mengatasi masalah kelewatan Bahasa.

Sesi kaunseling turut diberikan kepada ibubapa bagi membantu kanak-kanak dalam
mengatasi masalah kelewatan Bahasa (McLaughlin, 2011). Seterusnya ini akan
membolehkan ibubapa untuk sama-sama dalam membantu kanak-kanak belajar untuk
bercakap. Ibubapa perlu merangsang anak-anak mereka untuk bercakap agar kelewatan
Bahasa dapat di atasi (Law, Garrett, & Nye, 2010; Thakur, Pawar, & Gupta, 2016).

Penggunaan teknologi yang bersesuaian juga dapat membantu kanak-kanak dalam mengatasi
masalah kelewatan Bahasa. Aplikasi mudah alih yang boleh digunakan secara dalam talian
juga telah dibangunkan agar dapat membantu kanak-kanak dalam mengatasi kelewatan
Bahasa (Bao Xin Gang, Suhaila Zainudin, Hasherah Mohd Ibrahim, & Lam Meng Chun,
2017). Namun demikian pada peringkat awal pendedahan kanak-kanak kepada teknologi
adalah kurang digalakkan kerana ini akan memburukkan lagi masalah kanak-kanak. Gajet
4 GGGB6293 Sintesis Jurnal Jong Yii Phin GP05447

juga merupakan salah satu kepada factor penyumbang kepada berlakunya masalah kelewatan
Bahasa.

Rumusan

Gangguan kepada perkembangan kanak-kanak akan menyebabkan mereka mengalami


masalah pada masa kemudiannya. Masalah kelewatan Bahasa misalnya akan memberikan
kesan kepada kanak-kanak apabila mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan
mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka
dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka
sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif.
Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam
bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka
tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat
terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi
terhad.

Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh
bertutur dengan baik apabila masuk sekolah. Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan
tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan
pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal
dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan. Malangnya sehingga kini tiada kaedah
membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan
tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang
memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-
kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.
Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak
5 GGGB6293 Sintesis Jurnal Jong Yii Phin GP05447

balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik
sebelah.

Rujukan

Bao Xin Gang, Suhaila Zainudin, Hasherah Mohd Ibrahim, & Lam Meng Chun. (2017). A
Bahasa Malaysia Interactive Book App as a Speech-Language Theraphy Tool For
Children With Language Delay. Asia-Pacific Journal of Information Technology and
Multimedia, 6(1), 23-37.

Law, J., Garrett, Z., & Nye, C. (2010). Speech and language therapy interventions for
children with primary speech and language delay or disorder. The Cochrane
Collaboration, 1-80.

McLaughlin, M. R. (2011). Speech and Language Delay In Children. American Academy of


Family Physicians, 1183-1188.

Thakur, B., Pawar, A. M., & Gupta, P. (2016). Paediatric Dentist: The Difference Maker for
Children Suffering from Speech and Language Delay. Indian Journal of Mednodent
and Allied Sciences, 90-96.

Wallace, I. F., Berkman, N. D., Watson, L. R., Coyne-Beasley, T., Wood, C. T., Cullen, K.,
& Lohr, K. N. (2015). Screening for Speech and Language Delay in Children 5 Years
Old and Younger: A Systematic Review. PEDIATRICS, 1-17.
6 GGGB6293 Sintesis Jurnal Jong Yii Phin GP05447

Anda mungkin juga menyukai