Anda di halaman 1dari 4

GGGB6843 Penulisan dan pembentangan ulasan GP05447 JONG YII PHIN 1

Pengenalan

Artikel yang akan dikupas dalam tugasan ini adalah Implementing Transition Activities: How
Competent Do Special Education Teachers Feel? oleh Vickir E.Curry dan Rose Jones pada
tahun 2014. Artikel ini membincangkan mengenai Program Transisi untuk pelajar keperluan
khas. Responden kajian terdiri daripada Guru Pendidikan khas yang dlantik dalam tempoh
2009-210 yang terdiri daripada 191 orang guru perempuan. Persampelan Bertujuan
digunakan untuk mendapatkan sample. Rekabentuk Kajian pula adalah Kajian Kuantitatif.

Dapatan

Secara umumnya, transisi merupakan sebuah program yang membolehkan pelajar-pelajar


bergerak atau beralih dari alam persekolahan ke alam persekolahan selepas sekolah. Hal ini
termasuklah pendidikan selepas sekolah menengah, latihan vokasional, pekerjaan, latihan
hidup berdikari dan sebagainya.

Selain itu juga, program transisi merujuk kepada keberkesanan program yang membimbing
pelajar berkeperluan khas ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari dengan
kemahiran sosial dan kemahiran hidup seharian. Program tersebut bertujuan untuk memberi
mereka pengalaman sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Peralihan
dari alam sekolah ke alam selepas persekolahan merupakan cabaran yang amat besar bagi
pelajar pendidikan khas.

Kelemahan guru dalam merancang dan melaksanakan program transisi dikenalpasti sebagai
salah satu faktor kepada kegagalan dalam melaksanakan program trasnsisi dengan baik.
Tahap keyakinan guru dan kepercayaan mereka untuk merancang dan melaksanakan program
transisi amat diperlukan dalam memastikan kejayaan program tersebut. program transisi
terhadap pelajar berkeperluan khas sangat mendatangkan manfaat kepada pelajar tersebut dari
segi kemahiran motor, kemahiran sosial serta daya kreativiti sekiranya dilaksanakan dengan
betul. Program ini amat penting bagi mempersiapkan para pelajar untuk memasuki alam
kehidupan yang sebenar.

Program transisi terhadap pelajar berkeperluan khas sangat mendatangkan manfaat kepada
pelajar tersebut dari segi kemahiran motor, kemahiran sosial serta daya kreativiti sekiranya
dilaksanakan dengan betul. Program ini amat penting bagi mempersiapkan para pelajar untuk
memasuki alam kehidupan yang sebenar.
1
GGGB6843 Penulisan dan pembentangan ulasan GP05447 JONG YII PHIN 2

Terdapat halangan dalam pelaksanaan program transisi. Antaranya adalah para guru tidak
mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan program transisi. Namun terdapat juga
pendidik yang tidak menyedari akan kepentingan program transisi kepada para pelajar
berkeperluan khas.

Adalah perlu bagi seorang guru untuk mengetahui mengenai keperluan dan kepentingan
program transisi kepada para pelajar berkeperluan khas. Guru perlu bijaksana untuk
melaksanakan program transisi agar ia dapat menghasilkan impak yang memberi manfaat
kepada para pelajar. Ini seterusnya membuatkan para pelajar bersedia untuk memasuki alam
pekerjaan.

Antara sebab para guru Pendidikan khas mempunyai persepsi yang negatif mengenai
kepentingan program transisi adalah mereka tidak mempunyai pensijilan tertentu, tidak
menerima latihan program transisi yang mencukupi dan pengetahuan mereka untuk
mengadakan program transisi yang berkesan adalah kurang.

Kegagalan guru untuk mengadakan program transisi ini turut disebabkan oleh kebimbangan
dan kerisauan untuk melaksanakannya. Kerjasama guru dalam melaksanakan program ini
juha dilihat tidak begitu menyakinkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para guru
memerlukan pembelajaran yang berterusan mengenai program transisi. Latihan khas perlu
dijalankan pada peringkat daerah agar guru dapat menimba pengalaman dan bekerjasama
antara satu sama lain agar program transisi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kemahiran untuk menyediakan dan melaksanakan program transisi amatlah perlu diberi
perhatian oleh guru Pendidikan khas. Mereka harus menguasainya. Perkongsian amalan
terbaik juga boleh dilakukan agar memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelaksanaan
program transisi ini Berjaya dilakukan.

2
GGGB6843 Penulisan dan pembentangan ulasan GP05447 JONG YII PHIN 3

Rumusan

Pelaksanaan Program Transisi untuk murid berkeperluan merupakan satu langkah bijak yang
telah dijalankan oleh guru-guru pendidikan khas berdasarkan kreativiti dan inisiatif sendiri
Namun demikian, disebabkan panduan yang kurang jelas dalam pelaksanaan Program
Transisi untuk Murid berkeperluan khas. Meskipun KPM telah menyarankan agar
dilaksanakam Program Transisi Khas untuk Murid Berkeperluan Khas, namun masih belum
banyak sekolah yang melaksanakannya.

Justeru artikel yang dipilih ini amat relevan dengan keadaan semasa yang berlaku dalam
Pendidikan Murid berkeperluan khas. Para guru di minta untuk mengadakan Program
Transisi, namun mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan
program ini. Kajian yang dijalankan menyatakan adalah perlu bagi para guru untuk mendapat
latihan dan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan program transisi masalah
pembelajaran.

Oleh yang demikian, pentingnya sebuah panduan dan perancangan jitu yang sistematik dalam
pelaksanaan Program Transisi untuk masalah pembelajaran khas berdasarkan sekolah yang
telah Berjaya diwujudkan. Ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan
program tersebut.

Para guru pendidikan khas mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan
pelaksanaan program transisi di sekolah. Namun begitu mereka tidak mempunyai kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman tentang cara-cara untuk melaksanakannya. Mungkin ini adalah
antara faktor penyebab program transisi masih kurang dilaksanakan di program-program
intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Oleh yang demikian, bagi memastikan segala perancangan ke arah kerjaya murid
berkeperluan khas dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerjasama daripada pelbagai pihak
seperti pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, agensi kerajaan dan juga swasta serta
komuniti adalah sangat perlu. Hal ini adalah kerana golongan Murid berkeperluan khas
memerlukan sokongan dalam menentukan kesedaran diri, kesedaran dan penerokaan kerjaya,
dan persediaan kerjaya.

Maka dengan itu, saya berpendapat bahawa kajian yang dijalankan amat releven untuk dibuat
kajian susulan di dalam negara kita. Ini adalah bagi memberikan lebih panduan dan ilmu

3
GGGB6843 Penulisan dan pembentangan ulasan GP05447 JONG YII PHIN 4

pengetahuan kepada para guru tempatan yang memerlukan lebih bahan yang dapat dijadikan
sebagai panduan dalam menjalankan Program Transisi Kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai