Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN PERKATAAN

Bulatkan jawapan yang sesuai.

1. Seorang pekerja sedang ………………………………..kayu.


A menebang B membelah C menebas

2. Harimau itu ………………………………seekor anak kambing.


A membunuh B membaham C memberkas

3. Pemuda kacak itu kelihatan……………………………….fail di ketiaknya.


A menyelit B mengelek C menjinjing

4. Hasnah …………………………………..anting-anting pada telinganya.


A mengenakan B meletakkan C menggantung

5. Dahan pokok itu …………………………….setelah dipijak oleh Amran.


A meluyut B melentik C menurun

6. Maniam terpaksa ……………………………….basikal kerana tayarnya pancit.


A membonceng B menuntun C menunggang

7. Kabus ………………………………….puncak gunung itu.


A menyelubungi B menyelimuti C memenuhi

8. Ikan yang sudah disiang dan dibasuh itu ………………………………….sebelum digoreng.


A dihiris B dikelar C dikerat

9. Sejak kegagalannya dalam peperiksaan, dia asyik…………………………………….


A termenung B terdiam C terpaku

10. Jasni menjerit kesakitan akibat …………………………………ular berbisa.


A digigit B dipagut C diragut

11. Ular sawa itu …………………………………………..seekor anak kambing.


A melulur B menelan C menggigit

12. Ayah terpaksa ………………………….tulang untuk mencari sesuap nasi.


A memerah B membanting C mengerah

13. Ibu ………………………………………. kelapa sebelum diperah untuk dibuat santan.


A memarut B meraut C memotong

14. Mereka …………………………………lidi untuk dibuat penyapu.


A memarut B meraut C menyapu
15. Penduduk kampung ……………………………beberapa ekor kambing untuk dibuat kenduri.
A mengerat B melapah C menghiris

16. Program Antidadah akan ……………………………………..pada bulan Mei nanti.


A dilancarkan B diisytiharkan C diumumkan

17. Pasukan yang memungut mata yang banyak ………………………sebagai pemenang.


A dilancarkan B diisytiharkan C dimaklumkan

18. Abang ………………..lantai bilik air yang kotor dengan berus tembaga.
A membasuh B menyental C menggosok

19. Farid berjaya ………………………….tempat pertama dalam pertandingan pidato.


A menjuarai B memenangi C menggondol

20. Air yang ………………………………..itu sudah mendidih.


A dimasak B dijerang C dipanas

21. Mereka bertiga ………………………………….mendengar cerita datuk.


A terdiam B terkaku C terlopong

22. Ayah ………………………………..beberapa biji durian untuk dimakan bersama keluarga.


A membelah B mengopek C mengerat

23. Cikgu Jenny ………………………………..serangkap pantun dalam ucapannya.


A menyelitkan B menyertakan C menyatakan

24. Kapal terbang yang kerosakan enjin itu …………………..ke dalam laut.
A terbabas B tergelincir C terjunam

25. Peniaga itu sedang ……………………………………………roti canai.


A menebarkan B menegangkan C mengacau

26. Pak Hamid …………………………………….tepung untuk dibuat roti.


A menggaul B meramas C menguli

27. Faridah ………………….tepung itu bulat-bulat dengan hujung jarinya.


A menggentel B meramas C mencanai
28. Ibu ………………………….nasi lembik itu sebelum menyuapkannya ke mulut adik.
A mengepal B menggenggam C menggentel

29. Ayah ………………………………….gula lalu dimasukkan ke dalam secawan kopi.


A menggenggam B menjemput C mengaut
30. Pak Leman ……………………………..luka anaknya dengan secarik kain.
A membebat B membungkus C menutup

31. Ketua pasukan yang menjuarai pertandingan hoki itu ………………………piala


kemenangan dengan disambut tepukan gemuruh penonton.
A mengangkat B menjulang C melambung

32. Pakaian yang dipakai gadis itu begitu……………………………mata.


A menusuk B menjolok C mencolok

33. Pesilat itu berjaya ……………………………….pukulan daripada musuhnya.


A mencuit B menangkis C menguis

34. Orang buta itu mempunyai kemahiran …………………….tikar dan bakul.


A menganyam B menenun C menyulam

35. Mak Munah selalu ………………………kain songket pada masa senggang.


A mengait B menyulam C menenun

36. Ibu ………………benang emas pada sarung bantal pengantin baru.


A menekat B menekap C menenun

37. Pada musim tengkujuh, nelayan mengambil kesempatan……………jala.


A menekat B menyulam C menyirat

38. Tikus itu …………………………………….roti yang ditinggalkan di atas meja.


A meratah B mengunggis C mengungkit

39. Harimau itu ………………………….sebelum menerkam mangsanya.


A mendekam B menonggeng C menerpa

40. …………………………………biolanya begitu mendayu-dayu.


A Geselan B Petikan C Gesekan

41. Barangan tembaga akan berkilat setelah …………………………..


A dilap B digilap C dicuci
42. Lukanya yang lama itu berbau…………………………….
A lantung B tengik C haring

43. Badannya berbau……………….setelah lama tidak mandi.


A hanyir B hangit C hancing

44. Bangkai binatang yang terbiar itu berbau…………………………….


A kohong B hamis C haring

45. Jarinya terasa………………………….setelah lama memegang cili.


A sakit B pijar C pedar

46. …………………………….rasanya apabila tergigit kulit limau.


A Kelat B Payau C Pedar

47. Baju yang dipakainya semakin………………….setelah badannya semakin membesar.


A labuh B singkat C sendat

48. Wong ……………………….selama seminggu kerana kematian ibunya.


A berkabung B bergabung C berdiam

49. Mereka ……………………………..tenaga menjayakan Kempen Antidadah.


A berkabung B bergabung C berdiam

50. Sikapnya yang suka menolong orang kadangkala di……………………………ada muslihat.


A tafsir B taksir C takdir

51. Kerugian akibat kebakaran itu di…………………….kan beribu-ribu ringgit.


A tafsir B taksir C takdir

52. Kumpulan itu diberi ………………………….sebulan untuk menyiapkan tugasan mereka.


A tempah B tempoh C tempuh

53. Majalah itu perlu kita ……………………………….terlebih dahulu sebelum kehabisan.


A tempah B tempoh C tempuh

54. Cabaran dan dugaan sanggup saya…………………..selagi kemenangan tidak saya capai.
A tempah B tempoh C tempuh

55. Daripada……………percakapannya, saya tahu dia datang dari Kelantan.


A telor B telur C tempo

56. Kakak ……………………………minuman sebelum dihidangkan kepada tetamu.


A merasa B berasa C terasa

57. Hasnah ……………………..amat sedih sejak kematian sahabatnya.


A merasa B berasa C terasa

58. Undang-undang itu akan di………………………dalam masa terdekat ini.


A pindah B pinda C pisah
59. Kassim …………………………papan itu supaya licin.
A meraut B mengetam C melicin

60. Jamal ……………………………..gambar adiknya yang telah lama meninggal dunia.


A menatap B meratap C menjeling

61. Encik Hasnol diberi ……………………….untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.


A penghargaan B pengesahan C penghormatan

62. Dia turut …………………..sijil-sijil dalam surat permohonan kerjanya.


A mengepilkan B menyelitkan C menyampaikan

63. Wanita itu …………………………………………….anaknya dengan menggunakan sehelai kain


yang digantung pada lehernya.
A menggendong B mendukung C menggantung

64. Pasukan Malaysia telah …………………….kejuaraan dalam kejohanan hoki remaja.


A menjuarai B mengaut C merangkul

65. Ayah ………………………..tiga biji durian untuk kami makan.


A membuka B mengopek C mengupas

66. Kapal terbang yang gagal dikawal itu telah…………………………….ke dalam laut.
A terjunam B terbabas C tergelincir

67. Anak-anak kapal ……………………………sauh sebelum mereka naik ke darat.


A menambatkan B menjatuhkan C melabuhkan

68. Penulis terkenal itu sedang berusaha untuk ………………………..…….kisah hidupnya.


A melaporkan B membukukan C mengisahkan

69. Rakyat ……………………………….agar berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.


A disoal B diseru C disuruh
70. Rumah di perkampungan itu telah ………………………………air sedalam lima meter.
A dilanda B dibanjiri C ditenggelami

71. Kebakaran yang berlaku itu telah ...............................dua nyawa.


A menyambar B membunuh C meragut

72. Pak Cik Leman ……………………….pokok kelapa untuk memudahkannya memanjat


pokok berkenaan.
A menakik B menakuk C menarah

73. Ketibaan pengantin lelaki …………………………………dengan air mawar.


A disimbah B dijirus C direnjis

74. Pihak kerajaan akan ……………………………jalan yang berlubang-lubang itu dengan tar.
A menurap B menimbus C merata

75. Ayam jantan itu selalu ……………………………….pada waktu pagi.


A berketuk B berkicau C berkokok

76. Ayam yang baru bertelur itu sentiasa …………………………..


A berketuk B berkicau C berkokok

77. Anak burung dan anak ayam …………………… membuatkan kita tidak dapat tidur lena.
A menguak B menyalak C mencicit

78. Rimas rasanya mendengar anak burung yang …………………………………..itu.


A berketuk B berciak C berkokok

79. Puyuh yang ………………………………… memecah kesunyian malam.


A berdengut B berketuk C berdecit

80. Mereka berasa seram mendengar suara serigala yang……………………………


A mengaum B mengakak C meraung

81. Bunyi kera yang…………………………..mengejutkan kami.


A mengerih B menguak C mengiau

82. Bunyi itik yang ………………………….mengganggu tugasnya.


A menguak B mengakak C mencicit

83. Kucing peliharaan Ganesh ………………………….meminta makanan.


A menguak B mengiau C mencicit

84. Pak Hussin ………………………………tunggul pokok itu untuk dijadikan tempat duduk.
A mengerat B memepat C memotong

85. Kerja Pak Hamid yang ……………..keris mendatangkan pulangan yang lumayan
kepadanya.
A menempa B menempah C mengukir

86. Fazli mendapat tempat yang…………………………..dalam pertandingan yang disertainya.


A terlewat B terkecil C tercorot

87. Kami sekeluarga akan……………………..nenek yang sakit di kampung.


A melawat B menziarahi C merawat
88. Mereka berjaya mendaki gunung itu hingga………………………….
A kemuncak B puncak C hujung

89. Setiausaha ditugaskan ……………………………..minit mesyuarat.


A mencoret B menulis C mencatat

90. Saiful ………………………..majalah itu sebelum membelinya.


A membelek-belek B melihat-lihat C membuka-buka

Anda mungkin juga menyukai