Anda di halaman 1dari 14

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA TEPAT KATA TEPAT Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

1Ubat ini amat......untuk sakit gigi. A hebat B mujarab C berperisa C berkhasiat 2 A B C D Dia tidak mengharapkan... ..atas pertolongannya. balasan kurniaan pemberian permintaan

3 Aktiviti memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk mengelakkan... ...nya. A kematian B kepupusan C kehilangan D kebinasaan 4Perempuan muda itu .....dua baldi air di kiri dan kanan tangannya. A membimbit B memegang C mengandar D mengangkut 5 Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah... .. oleh Pak Abu. A ditakik B ditebas C ditebang D dicantas 6Kenderaan awam yang melalui jalan itu......beberapa jam akibat kemalangan jalan raya. A terhenti B tersekat C terkandas D terhumban

7Shasha ....memikirkan masalah yang dihadapinya. A keliru B matang C bingung D bengang 8 Setiap orang... .pendapat yang berbeza-beza tentang pelantikan Aizat sebagai ketua murid. A menerima B memberikan C mengambil D menyediakan 9Budak lelaki itu dipanggil oleh pengawas kerana... ... gula-gula getah semasa berada di dalam kelas. A menelan B menggigit C mengerit D mengunyah 10 Pegangan agama yang kukuh dapat mengelakkan seseorang daripada .....ke lembah yang hina. A terjatuh B terperosok C terjerumus D terhumban 11 Pada masa lapang, nelayan itu akan ... .. jalanya yang rosak. A B C D menyirat menenun menjahit menyulam

12 Kak Hasniza berlalu dari situ tanpa ... . tetamu yang datang. A B C D melihat menyapa mengintai menjenguk

13 Pelari itu sempat ... .. air untuk menghilangkan dahaganya. A menjilat B meneguk C menuang D menghirup

14 Api ... dengan cepat kerana angin bertiup kencang semasa kebakaran itu. A menjilat B membakar C merebak D menyambar 15 Mak Odah ... ... paha anak bongsunya yang nakal itu. A B C D memicit mencubit memegang menggenggam

16 Setelah meneliti permohonan daripada Encik Tahir, pegawai itu bersetuju untuk...... permohonan tersebut. A melihat B mengadili C mengambil D menimbangkan 17 Rancangan hiburan yang menjadi ..... ramai itu tidak lagi ditayangkan di televisyen. A kecenderungan B kesukaan C keasyikan D kegilaan 18 Rizal dan Razli ... ... kerana berebut harta peninggalan ayah mereka. A bertumbuk B bercakaran C bertelagah D bergusti 19 Tidak mungkin Zaki mendapat ikan kerana... ...jala pun dia tak tahu. A B C D menyulam menebar menjahit menampal

20 Dari jauh kelihatan asap... ..dari serombong kapal itu. A mengepul B mengarak C mengumpul D membumbung 21 Bagi memudahkan memanjat pokok kelapa itu, Amri ...batangnya dengan parang. A menakik B mengerat C menghiris D menggaris 22 Kerajaan sentiasa berusaha untuk ... ...kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya. A menghalang B membuang C membasmi D membaiki 23 Bangunan yang ... ..langit itulah yang menjadi kebanggaan Malaysia. A B C D menjangkau menyentuh memegang mencapai

24 Orang ramai ... .melihat persembahan ahli silap mata itu. A B C D tercabar terpegun tergoda terharu

25 Murid-murid Cikgu Jamal membuat... .sebelum mewarnai lukisan itu. A B C D contengan lakaran gurisan garisan

26 Kerja-kerja... ...padi daripada tangkainya dilakukan dengan menggunakan mesin. A menanggalkan B memencilkan C meleraikan D menjauhkan 27 Tanah di tebing sungai itu makin lama makin... A sebu B pupus C malap D mendap 28 Kumpulan pengakap yang keletihan itu... ...setelah tiba di puncak bukit. A melepoh B melepek C melepet D melepuk 29 Strategi.....budaya lepak dalam kalangan remaja akan dibincangkan dalam mesyuarat itu. A B C D menyekat menangani menghapuskan menghentikan

30 Si Tompok ... .daun pintu kerana hendak keluar. A mengais B mengorek C mencakar D mengambus 31 Beliau memberikan ... ..kepada remaja supaya aktif dalam bidang sukan. A paksaan B galakan C bantuan D sokongan 32 Bagi murid-murid yang rajin dan ada... .mereka akan mencapai cita-cita. A kebolehan B kemahuan C keinginan D kelemahan

33 Daging ini hendaklah....sehingga lumat, kata ibu kepada Suzana. A ditetak B diiris C dikerat D dicincang 34 Pasukan kami akan mengikuti ekspedisi... ..hutan belantara. A B C D meredah memintas merempuh meneroka

35 Posmen itu ....sepucuk surat kepada Hazlina. A menyerahkan B meletakkan C melepaskan D mengeluarkan 36 Seekor rama-rama sedang ... ..madu bunga itu. A menjilat B menghirup C menghisap D meneguk 37 Dia berjalan dengan hati-hati di atas batas supaya tidak... ..ke dalam sawah. A terjerumus B tertolak C terjerut D terjunam 38 Penduduk kampung bergotong-royong untuk membetulkan rumah yang A B C D bongkok bengkok senget serong

39 Minyak kelapa yang sudah... A hanyir B tengik C masam D basi 40 Nasi yang dimasaknya hangit kerana... A leka B minat C cuai D khusyuk

41 Saya suka akan keropok ikan yang... A rapuh

B gembur C empuk D rangup

...itu dibuang oleh ibu.

.menonton video.

.dan enak itu. 42 Wajahnya.....setelah seminggu sakit. A B C D pudar pucat layu sayu

43 Encik Jasman bekerja sebagai....di firma guaman itu. A B C D juruacara juruhebah jurubahasa juruulas

44 Pihak polis telah... ...tiga orang pemuda yang menculik Azmil. A mengikat B merampas C memberkas D membungkas 45 Budak itu belum bersekolah tetapi sudah....membaca. A petah B cepat C bagus D lancar

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA TEPAT 46 Sepakannya kencang tetapi sering... .dari pintu gol. A terlencong B tersenget C terbabas D tersasar 47 Bakal-bakal haji... jadual perjalanan. ...selama dua jam kerana perubahan A tersekat B terhenti C tertunggu D terkandas 48 Juruacara majlis memulakan ucapannya dengan beberapa ... .pantun. A baris B rangkap C petikan D perenggan 49 Kemalangan di jalan utama itu telah menyebabkan kenderaan yang melalui jalan itu... A B C D tersekat terkandas terhumban terperangkap

50 Semua harta benda mereka... ..dalam kebakaran itu. A B C D ranap remuk hancur musnah

51 Pengajaran guru akan lebih berkesan jika... ..oleh rakaman video. A B C D disusuli dijalani didasari diperoleh

52 Pak Hamid .....pohon kekabu di belakang rumahnya. A membajak B menebang C mengayuh D mendayung

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA TEPAT

53 Banyak murid yang ... A tersekat B terhenti C terkandas D terhalang 54 Pohon kelapa yang tumbang itu... A menghantuk B menghentak C menghempas D menghempap 55 Jika... ..hutan dikawal,hakisan tanah dapat dielakkan. A penghapusan B pembersihan C pembasmian D penerokaan 56 Dulang tembaga itu kelihatan....kerana sudah lama tidak digilap. A B C D pucat kusam suram kelam

...dalam ujian pemilihan itu.

..kandang kambing.

57 Perdana Menteri menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara kita masih... A kuat B padu C padat D kukuh 58 Ketika cuaca baik, keindahan alam di puncak bukit itu... A ternampak B tergambar C terserlah D tersebar 59 Encik Ismail terpaksa... ...pelbagai cabaran sebelum berjaya dalam perniagaannya. A B C D menjalani mendalami mengharungi menyelubungi

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA TEPAT

60 ...yang dialaminya tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengejar penyeluk saku itu. A B C D Kemusnahan Kecederaan Ketenatan Kematian

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA TEPAT

JAWAPAN KATA TEPAT

BIL ABJAD JAWAPAN 1 B mujarab 2 A balasan 3 B kepupusan 4 A membimbit 5 D dicantas 6 C terkandas 7 C bingung 8 B memberikan 9 D mengunyah 10 C terjerumus 11 A menyirat 12 B menyapa 13 B meneguk 14 C merebak 15 B mencubit 16 D menimbangkan 17 D kegilaan 18 C bertelagah 19 B menebar 20 A mengepul

BIL ABJAD JAWAPAN 21 A menakik 22 C membasmi 23 A menjangkau 24 B terpegun 25 B lakaran 26 C meleraikan 27 D mendap 28 B melepek 29 B menangani 30 C mencakar 31 B galakan 32 B kemahuan 33 D dicincang 34 A meredah 35 A menyerahkan 36 C menghisap 37 A terjerumus 38 C senget 39 B tengik 40 A leka

BIL ABJAD JAWAPAN 41 D rangup 42 B pucat 43 C jurubahasa 44 C memberkas 45 D lancar 46 D tersasar 47 D terkandas 48 B rangkap 49 B terkandas 50 D musnah 51 A disusuli 52 B menebang 53 C terkandas 54 D menghempap 55 D penerokaan 56 B kusam 57 D kukuh 58 C terserlah 59 C mengharungi 60 B kecederaan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

Anda mungkin juga menyukai