Anda di halaman 1dari 16

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016

ISSN: 2231-9948

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN


PENGGUNAAN INTERNET KANAK-KANAK

Wan Anita Wan Abas


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
anita@upm.edu.my

ABSTRAK
Peranan ibu bapa dalam penyediaan teknologi dan pemantauan penggunaan teknologi di
peringkat keluarga adalah sangat penting kerana proses pendidikan dalam diri individu
bermula daripada sejak dini. Tingkah laku pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan
teknologi dalam kalangan anak-anak adalah berasaskan gaya keibubapaan yang
diimplimentasi dalam proses perkembangan anak-anak. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti hubungan antara pola penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak
sekolah rendah dengan gaya keibubapaan. Gaya keibubapaan kajian ini merujuk kepada gaya
autoritarian, autoritatif, permisif, dan pengabaian (Baumrind, 1991; Maccoby & Martin,
1983). Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik
melibatkan 350 murid berumur 10 dan 11 tahun dan penjaga mereka di beberapa buah
sekolah kebangsaan di sekitar Putrajaya. Secara umumnya, dapatan kajian ini membuktikan
bahawa gaya keibubapaan autoritatif adalah cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa,
diikuti dengan gaya permisif dan autoritarian. Sementara gaya pengabaian adalah cara yang
paling sedikit digunakan oleh ibu bapa. Keputusan ini menggambarkan bahawa ibu bapa
yang inginkan proses pembelajaran dalam kalangan anak-anak, mengiktiraf akan potensi
kesan positif internet ke atas anak-anak. Mereka menyokong penggunaan internet oleh anak-
anak dengan peraturan atau had yang munasabah. Di samping itu, aktiviti penggunaan
internet oleh anak-anak pula didapati lebih cenderung kepada penggunaan untuk tujuan
hiburan dengan purata masa penggunaan selama 3 jam sehari. Sebagai kesimpulannya,
pemantauan terhadap penggunaan internet oleh anak-anak sejak awal memerlukan
kesungguhan dan kesabaran di pihak ibu bapa dalam perkembangan teknologi semasa, agar
ia dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin demi kesejahteraan pembangunan insan dan
membantu proses pendidikan keseluruhannya.

Kata kunci: gaya keibubapaan internet, pemantauan ibu bapa, penggunaan internet, sekolah
rendah

15
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

PENGENALAN
Dewasa ini internet merupakan alat yang sangat popular dan sedang mengubah budaya,
aktiviti harian, serta cara bersosial dan bekerja dalam kalangan masyarakat pada semua
peringkat dan golongan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, penggunaan internet dalam
kalangan kanak-kanak telah semakin biasa (Johnson, 2010). Ini dibuktikan melalui laporan
World Internet Project (2013), lebih 90% kanak-kanak dalam lingkungan umur 12 hingga 14
tahun telah menggunakan internet secara meluas. Selain itu, kajian Rideout, Foehr, dan
Roberts (2010) telah menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan populasi internet yang
paling cepat meningkat dari segi jumlah masa yang dihabiskan secara atas talian.

Tidak dapat dinafikan bahawa internet merupakah salah satu teknologi yang penting masa
kini yang dapat membantu pembangunan dan perkembangan kanak-kanak secara positif
kerana ia menyediakan pelbagai peluang dan manfaat untuk digunakan. Soeters and Van
Schaik (2006) menegaskan bahawa dengan penggunaan internet, kanak-kanak melalui
pengalaman yang sangat hebat, namun ia juga boleh menjadi persekitaran yang sangat
bahaya kepada mereka. Malah ancaman dan risiko daripada internet dikatakan semakin
kompleks dan meningkat secara drastik dari semasa ke semasa (Byun, Ruffni, Mills,
Douglas, Niang, Stepchenkova, Lee, Loutfi, Lee, Atallah & Blanton, 2009; The Star, 2009;
The Strait Times, 2009).

Penggunaan Internet dalam kalangan Kanak-kanak


Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 9 hingga
16 tahun adalah sangat meluas. Dapatan kajian menunjukkan lebih separuh daripada kanak-
kanak menggunakan internet secara ekstensif setiap hari (Sarina, Mohd Nizam, Md. Salleh &
Misha, 2014). Biasanya penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak termasuklah untuk
berkomunikasi (contoh e-mel), mencapai maklumat (mengunjungi laman web tertentu), dan
bermain game (Johnson, 2006). Menurut Johnson dan Johnson (2008), kanak-kanak yang
menggunakan internet di rumah untuk tujuan pembelajaran dan berkomunikasi menunjukkan
penguasaan bahasa dan meta kognisi yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang
tidak terlibat dengan tingkah laku dalam talian (online). Valkenburg dan Peters (2007) pula
mendapati kanak-kanak yang selesa- bersosial (socially-comfortable) lebih kerap
berkomunikasi secara dalam talian berbanding dengan kanak-kanak yang bimbang-bersosial
(socially-anxious). Kanak-kanak lelaki yang menggunakan e-mel secara kognitifnya adalah
lebih sofistikated dan lebih popular dalam kalangan rakan-rakan mereka, berbanding dengan
kanak-kanak yang tidak menggunakan e-mel (Johnson & Buck, 2009). Walau bagaimanapun,
menggunakan media berskrin secara berlebihan seperti internet juga dikatakan mempunyai
perkaitan dengan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak (Vandewater, Shim, &
Caplovitz, 2004).

16
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Penggunaan internet yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa adalah
bermain games (Hammer & Black, 2009). Van Deventer dan White (2002) telah
memperhatikan pemain mahir video game kanak-kanak berumur 10-11 tahun mendapati
mereka mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam aspek kawalan-kendiri, pengecaman
pola, dan memori visual. DeBell dan Champman (2006) merumuskan bahawa penggunaan
internet dapat menggalakkan perkembangan kognitif dalam kalangan kanak-kanak,
terutamanya dalam aspek kepintaran visual. Hal ini kerana sesetengah aktiviti komputer,
khususnya games, boleh meningkatkan keupayaan untuk mengawal beberapa ransangan
visual secara serentak; seperti untuk membaca rajah, mengecam ikon, dan membayangkan
hubungan antara ruang. Walau bagaimanapun, bermain video games boleh juga dikaitkan
dengan zaman kanak-kanak yang mudah terganggu, terlebih rangsangan, permusuhan dan
pencerobohan (Anderson, Gentile, & Buckley, 2007).

Daripada perspektif pendidikan, internet dapat membantu kanak-kanak “memanipulasi


pelbagai maklumat yang terdapat di dalamnya untuk tujuan pembelajaran dan meningkatkan
pembelajaran menerusi komunikasi” (Fuchs & Wobmann, 2005, ms. 4). Li dan Atkins (2004)
juga berpendapat kanak-kanak pra sekolah yang terdedah kepada komputer sejak awal
berkait dengan kesediaan untuk ke sekolah. Kumtepe (2006) mendapati bahawa kanak-kanak
yang celik komputer diukur oleh guru-guru mereka sebagai mempunyai kemahiran sosial
yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak celik komputer.

Pemantauan oleh Ibu Bapa


Kebanyakan ibu bapa hari ini sedar akan potensi yang besar pengaruh internet terhadap
perkembangan anak-anak mereka. Peranan ibu bapa memantau penggunaan internet anak-
anak sangat penting dan mendesak (Duerager & Livingstone, 2012; Valcke, De Wever, Van
Keer, & Schellens, 2011). Dalam banyak keadaan, ibu bapa tidak sedar tentang anak-anak
yang menggunakan internet secara tidak bersesuaian dan mereka terdedah kepada laman-
laman yang tidak sesuai. Dengan demikian, keadaan ini sangat memerlukan pemantauan ibu
bapa terhadap penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, penyelidik-
penyelidik dalam bidang keibubapaan sangat menitikberatkan kepentingan kajian
pemantauan media dilaksanakan bagi membantu menangani kanak-kanak daripada terlibat
dengan ancaman internet.

Dalam memantau penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa berdepan
dengan beberapa cabaran. Ini termasuklah penyerakan media di rumah, terutamanya sifat
teknologi yang mudah alih boleh dibawa ke mana-mana dari tempat makan hingga ke bilik
tidur. Selain itu, pertambahan kuantiti dan kekompleksan media dan teknologi komunikasi
baharu yang berupaya melaksanakan pelbagai fungsi dengan hanya satu alat menjadikannya
pelbagai guna dan pada masa yang sama boleh memberi pelbagai kesan buruk yang lain.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila golongan dewasa sendiri yang kurang mahir dalam

17
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

aspek-aspek teknikal media baharu menyebabkan implimentasi pemantauan yang baik dan
berkesan di rumah terhalang (Facer, Furlong, Furlong, & Sutherland, 2003; Livingstone &
Bober, 2006). Kajian Johnson, Code, dan Zaparyniuk (2007), mendapati bahawa kanak-
kanak yang mempunyai ibu bapa yang terlibat sama semasa pembelajaran dalam talian
mempamerkan penggunaan bahasa yang lebih ekspresif, perancangan metakognisi, dan
ingatan audiotori yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa mereka
tidak terlibat sama.

Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Salah
satu faktor ialah cara gaya keibubapaan terhadap anak-anak (Berg 2011; Rosen, Cheaver, &
Carrier, 2008; Valcke, Bonte, Wever, & Rot, 2010). Dengan demikian, memahami jenis atau
cara gaya keibubapaan ialah suatu perkara yang asas yang dikaitkan dengan penggunaan
internet dalam konteks keluarga khususnya dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini.

GAYA KEIBUBAPAAN
Gaya keibubapaan menggambarkan cara ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak dan
memberi respons terhadap tingakah laku mereka. Mengikut Baumrind (1991), “parenting
style is used to capture normal variations in parents’ attempts to control and socialize their
children” (ms.57). Baumrind (1967) telah mengemukakan tiga jenis gaya keibubapaan, iaitu
autoritarian, autoritatif, dan permisif. Sementara Maccoby & Martin (1983) telah
mengembangkan gaya keibubapaan kepada penambahan satu jenis lagi gaya, iaitu gaya
pengabaian. Dengan demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat empat jenis gaya
keibubapaan, iaitu gaya keibubapaan autoritarian, autoritatif, permisif, dan pengabaian.
Keempat-empat gaya ini adalah hasil daripada interaksi antara dua faktor utama dalam
tingkah laku keibubapaan, iaitu: 1) keibubapaan responsif atau kemesraan dan 2)
keibubapaan kawalan atau permintaan (Baumrind, 1991; Maccoby & Martin, 1983).

Gaya Keibupaan Autoritarian


Keibubapaan autoritarian dicirikan oleh ibu bapa yang mengamalkan permintaan yang tinggi
dan responsif yang rendah terhadap anak-anak. Cara keibubapaan ini mengharapkan anak-
anak untuk mematuhi sepenuhnya segala peraturan ketat yang dikenakan terhadap mereka.
Ibu bapa autoritarian sangat mementingkan kepatuhan anak-anak, tidak menggalakkan
perbincangan dengan anak-anak, mengehadkan kebebasan anak-anak, dan menetapkan
tingkah laku yang diterima atau yang tidak diterima. Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini
menggunakan hukuman untuk mengawal anak-anak mereka, dan mereka tidak merasa
keperluan untuk menerangkan alasan di sebalik tindakan hukuman tersebut (Dwairy, 2006).
Dengan kata lain, ibu bapa mengharapkan anak-anak patuh kepada segala arahan dan
peraturan tanpa bantahan. Kanak-kanak yang melalui pengalaman dalam keluarga sebegini
mempunyai sangat sedikit kebebasan untuk bertindak.

18
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Gaya Keibubapaan Autoritatif


Baumrind (1966, 1991) menerangkan ibu bapa yang mengadaptasi gaya ini adalah sangat
menuntut dan responsif. Ibu bapa autoritatif mengenakan peraturan yang ketat tetapi
memberi rasional kepada anak-anak mereka, dan secara amnya mereka adalah penyayang
dan terlibat dengan anak-anak. Kaedah disiplin diadaptasi dalam suasana yang menyokong
bukan untuk menghukum. Ibu bapa ini juga bersifat demokratik, mereka cenderung untuk
memberi sokongan dan galakan, dan menjadi model tingkah laku yang bersesuaian terhadap
anak-anak (Buri, Louiselle, Misukanis, & Mueller; 1988). Selain itu, ibu bapa autoritatif
mempunyai jangkaan yang jelas dan munasabah terhadap anak-anak, terbuka dalam
perbincangan, pendengar kepada anak-anak, dan mengukuhkan kualiti istimewa anak-anak
(Kuczynski, 2003).

Gaya Keibubapaan Permisif


Ibu bapa gaya permisif adalah responsif tetapi tidak menuntut. Ibu bapa ini juga dikenali
sebagai ibu bapa yang berkecenderungan memenuhi semua kehendak anak-anak, jarang
menetapkan disiplin kepada anak-anak, cenderung mempunyai tahap kawalan yang rendah
tetapi tinggi dalam kemesraaan dengan anak-anak. Ibu bapa permisif juga tidak menyatakan
hasrat mereka kepada anak-anak, mengelakkan konflik, berkomunikasi dengan anak-anak,
dan menawarkan sokongan yang padu kepada anak-anak (Buri et al. 1988). Kesimpulannya
mereka adalah ibu bapa yang sangat mesra, menerima, dan menyokong. Anak-anak dalam
keluarga permisif dibesarkan dengan cara menerima kebebasan tanpa batasan.

Gaya Keibubapaan Pengabaian


Ibu bapa dengan gaya pengabaian dijelaskan sebagai ibu bapa yang tidak ambil peduli, tidak
responsif atau tidak juga menuntut (Maccoby & Martin, 1983). Ibu bapa gaya ini secara
normalnya adalah terasing daripada kehidupan anak-anak mereka. Mereka tidak berbuat apa-
apa berkaitan dengan tingkah laku anak-anak, dan terlibat secara sangat minimum dengan
aktiviti anak-anak (Kopko, 2007). Secara emosinya ibu bapa ini tidak begitu menyokong dan
memberi maklum balas yang sangat sedikit. Mereka seakan-akan mengabaikan keperluan
anak-anak, menunjukkan komunikasi yang buruk dan interaksi yang rendah dengan anak-
anak (Maccoby, 1992).

Peranan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak sangat besar dan utama. Penggunaan internet
yang semakin berleluasa dalam kehidupan kanak-kanak kini memberi cabaran yang besar
dalam kefungsian keibubapaan. Kajian-kajian dalam bidang ini secara relatifnya adalah baru
apatah lagi dalam konteks negara-negara timur seperti Malaysia berbanding barat. Justeru,
kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pola penggunaan internet dalam keluarga, jenis
pemantauan dan gaya keibubapaan berkaitan dengan penggunaan internet oleh kanak-kanak
dalam konteks domestik.

19
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

METODOLOGI
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik berstruktur sepenuhnya terhadap 345
orang murid sekolah rendah berumur 10 dan 11 tahun di sekitar Putrajaya dan ibu bapa
mereka. Bagi mendapatkan data yang berkaitan, kajian ini menggunakan dua set soal selidik
secara berasingan, iaitu untuk versi kanak-kanak dan versi ibu bapa. Set soal selidik kanak-
kanak dijawab oleh murid di dalam bilik darjah di sekolah di bawah pemantauan penyelidik.
Sementara set soal selidik ibu bapa diberi kepada ibu bapa melalui murid yang kemudiannya
menyerahkan kepada penyelidik setelah ibu bapa mereka selesai menjawab. Sebanyak 296
soal-selidik ibu bapa dipulangkan daripada kanak-kanak dapat digunakan untuk analisis data.
Soal selidik tersebut dikodkan secara numerikal. Setiap pasangan ibu bapa dan kanak-kanak
dianalisis sebagai satu kes. Sebagai asas, kajian ini menumpukan kepada keluarga yang
mempunyai komputer di rumah dan mempunyai akses kepada internet.

Pengukuran
Kekerapan penggunaan.
Kekerapan penggunaan diukur terhadap ibu bapa dan anak-anak, berdasarkan soalan berikut:
Berapa kerapkah anda menggunanakn internet, dalam bentuk skala 8 poin: daripada 1 (tidak
pernah) hingga 8 (beberapa kali sehari). Jumlah masa penggunaan sehari pada hari
bersekolah/bekerja dan masa penggunaan sehari pada hujung minggu juga diukur dengan
soalan nisbah.

Aktiviti penggunaan.
Kanak-kanak ditanya dengan soalan seperti berapa banyak mereka menggunakan internet
untuk tujuan menghantar dan menerima emel, menggunakan chatrooms, mesej segera
(instant messaging @ IM), bermain games di talian, melihat atau membeli produk, memuat
turun muzik, memuat turun video, mendengar muzik, menonton video, menonton TV,
mendapatkan maklumat untuk kerja-kerja sekolah, menonton YouTube, dan menggunakan
Facebook dalam bentuk skala 5 poin: daripada 1 (tidak pernah) hingga 5 (sangat kerap).

Skala gaya keibubapaan internet


Skala ini mengandungi 36 item yang meliputi empat gaya keibubapaan-autoritarian,
autoritatif, permisif, dan pengabaian dengan skala 5 poin (1 sangat tidak setuju hingga 5
sangat setuju) yang diadaptasi daripada Baumrind (1991) dan Macobby dan Martin (1983).

20
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

HASIL KAJIAN
Data kajian dipersembahkan hasil daripada analisis terhadap jawapan soal selidik 296 ibu
bapa dan anak yang mempunyai internet di rumah bagi mengenal pasti gaya keibubapan
internet yang diamalkan oleh ibu bapa dan penggunaan internet dalam kalangan anak-anak.

Dari segi demografi penjaga atau ibu bapa, kajian ini telah melibatkan seramai 83%
responden wanita, berkahwin, dan secara purata mempunyai dua orang anak yang tinggal
bersama ibu bapa di rumah. Kebanyakan responden berstatus berkahwin dan mempunyai dua
atau lebih anak yang bersekolah tinggal bersama di rumah. Secara keseluruhannya, anak
yang membawa balik soal selidik rensponden untuk kajian ini adalah agak seimbang dari segi
jantina, sementara pendidikan responden didapati paling banyak berada pada tahap sarjana
muda dan ke atas (lebih 35%), lulusan STPM atau Diploma (33.4%), dan tahap pendidikan
kurang daripada SPM kurang 30%. Lebih 70% responden ibu bapa melaporkan mempunyai
pendapatan kurang daripada RM 59,999 setahun.

Kajian ini mendapati 314 keluarga mempunyai komputer, dan daripada jumlah tersebut 296
keluarga melaporkan mempunyai akses kepada internet di rumah. Keluarga yang mempunyai
komputer dan akses internet lebih cenderung dalam kalangan keluarga yang berpendidikan
tinggi, dengan 67% terdiri daripada ibu bapa yang sekurang-kurangnya mempunyai sijil
diploma dan ke atas. Selain itu, majoriti keluarga yang mempunyai akses internet terdiri
daripada ibu bapa yang berkahwin dan tinggal bersama (78%). Mereka juga adalah golongan
yang mempunyai pendapatan isi rumah yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Statistik crosstabulation dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan antara beberapa


pemboleh ubah demografi. Dapatan menunjukkan terdapat perkaitan antara tahap pendidikan
ibu bapa dan status kerja (r = -.12, p < .05), dan pendapatan tahunan keluarga (r = .42, p <
.01). Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keluarga yang
mempunyai internet di rumah terdiri daripada kalangan keluarga kelas pertengahan dan ke
atas serta berpendidikan dan pendapatan tinggi.

Gaya Keibubapaan Internet


Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya keibubapaan terhadap penggunaan
internet oleh anak-anak. Nilai min keseluruhan dan sisihan piawai bagi setiap gaya
ditunjukkan melalui Jadual 1. Dapatan kajian ini menunjukkan gaya keibubapaan dalam
aspek penggunaan internet dalam kalangan anak-anak yang utama ialah gaya autoritatif,
diikuti dengan permisif, dan autoritarian. Sementara gaya pengabaian adalah cara yang
paling kurang digunakan oleh ibu bapa.

21
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Jadual 1: Taburan min dan sisihan piawai bagi gaya keibubapaan


Gaya Keibubapaan Min SP
Autoritatif 4.41 0.34
Permisif 4.17 0.46
Autoritarian 2.20 0.32
Pengabaiaan 1.69 0.61

Secara terperincinya Jadual 2 hingga 5 adalah skor min dan sisihan piawai bagi setiap
kategori gaya keibubapaan internet kajian.

Gaya Keibubapaan Internet Autoritatif


Jadual 2 menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengadaptasi gaya keibubapan internet
autoritatif adalah berkecenderungan memberi panduan dan arahan kepada anak-anak tentang
cara untuk menggunakan internet, yang menunjukkan nilai min yang paling tinggi (M =
4.62), diikuti dengan bercakap dengan anak tentang sesiapa yang boleh mereka berjumpa dan
berinteraksi dalam talian (M = 4.52), bercakap tentang bahaya internet (M = 4.48). Walau
bagaimanapun, ibu bapa yang menggalakkan anak-anak bercakap tentang pengalaman
menggunakan internet adalah yang paling kurang dipraktiskan (M = 4.28).

Jadual 2: Taburan min dan sisihan piawai bagi gaya keibubapaan autoritatif
Gaya Autoritatif Min SP
1. Saya berbincang dengan anak kebaikan dan keburukan 4.32 0.46
Internet
2. Saya berbincang dengan anak untuk menetapkan peraturan 4. 24 0.43
tentang penggunaan Internet
3. Saya memberi panduan kepada anak tentang bagaimana 4.62 0.57
menggunakan Internet dengan cara yang betul
4. Saya memberitahu anak tentang siapa yang mereka boleh 4.52 0.61
hubungi atau jumpa menerusi Internet
5. Saya memberitahu anak tentang potensi bahaya Internet 4.48 0.61
6. Saya menggalakkan anak bercakap tentang pengalamannya 4.28 0.44
menggunakan Internet
7. Saya menunjukkan simpati apabila anak kecewa semasa 4.45 0.60
menggunakan Internet
8. Saya memberi maklum balas secara spontan kepada 4.33 0.48
keperluan dan perasaan anak yang berkait dengan
penggunaan Internet
9. Saya menminta anak supaya mereka memberitahu saya 4.44 0.61
sekiranya mereka terjumpa sesuatu yang mereka tidak
selesa daripada Internet
Jumlah 4.41 0.34

22
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Gaya Keibubapaan Internet Permisif


Seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 3, skor min tertinggi bagi kategori ini adalah
mengelak daripada mengkritik anak semasa mereka sedang menggunakan internet (M =
4.59), mengelak berkonfrantasi bila anak menggunakan internet terlalu banyak (M = 4.43),
dan menerima semua pilihan anak-anak bila menggunakan internet (M = 4.36). Selain itu,
kajian ini juga mendapati ibu bapa ibu bapa yang mempraktiskan gaya permisif kurang
menetapkan limitasi masa terhadap penggunaan internet anak (M = 3.82), dan mengelakkan
menetapkan peraturan apabila anak menggunakan internet (M = 3.75).

Jadual 3: Taburan min dan sisihan piawai bagi gaya keibubapaan permisif
Gaya Permisif Min SP
1. Saya membantu anak bila mereka menghadapi 4.34 0.82
masalah teknikal semasa guna Internet.
2. Saya memilih untuk tidak menetapkan had masa 3.82 0.84
terhadap penggunaan Internet anak.
3. Saya menerima semua pilihan anak semas 4.36 0.76
menggunakan Internet.
4. Saya menjelaskan kepada anak tentang apa yang 4.03 0.86
mereka tidak fahami di Internet.
5. Saya memberitahu anak tentang potensi bahaya 4.12 0.85
Internet. 3.75 0.85
6. Saya membenarkan anak untuk menonton atau
mencari apa sahaja laman web yang mereka sukai. 4.43 0.68
7. Saya mengelak menetapkan peraturan ke atas
penggunaan Internet anak. 4.59 0.59
8. Saya mengelak daripada berkonfrantasi bila anak
menggunakan Internet terlalu banyak.
9. Saya membenarkan anak berhubung dengan kawan- 4.06 0.86
kawan mereka menerusi Internet.
Jumlah 4.17 0.46

Gaya Keibubapaan Internet Autoritarian


Jadual 4 merumuskan gaya autoritarian ibu bapa yang secara khusus memberitahu anak-anak
tentang apa yang mereka perlu buat dengan internet, yang menunjukkan nilai purata paling
tinggi, iaitu 2.59 dan diikuti dengan mengenakan peraturan yang ketat berkaitan dengan masa
yang dibenarkan kepada anak-anak untuk menggunakan internet. Ibu bapa yang
mangamalkan gaya ini juga menunjukkan kecenderungan yang paling sedikit terhadap
tindakan menampar anak apabila mereka melihat atau melawat laman yang tidak sesuai (M =
1.66) atau memukul anak apabila mereka menggunakan chat rooms atau media sosial (M =
1.87).

23
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Jadual 4: Taburan min dan sisihan piawai bagi gaya keibubapaan autoritarian
Gaya Autoritarian Min SP
1. Saya mengawal sepenuhnya apa yang dilihat anak di
Internet. 2.34 0.48
2. Saya tahu apa yang anak saya buat di Internet. 2.19 0.39
3. Saya harapkan anak saya menggunakan Internet
megikut apa yang saya arahkan padanya tanpa
mempersoalkannya. 2.26 0.44
4. Saya beritahu anak dengan tepat apa yang boleh dan
tidak boleh mereka layari di Internet. 2.59 0.50
5. Saya menampar anak sekiranya dia mengunjungi
laman Internet yang tidak sesuai. 1.66 0.74
6. Saya hukum anak saya bila dia tidak menepati apa
yang saya jangkakan berkait dengan penggunaan
Internet. 2.25 0.43
7. Saya menetapkan peraturan yang ketat berkait dengan
jumlah masa yang boleh mereka habiskan dengan
Internet. 2.39 0.48
8. Saya memukul anak saya bila dia menggunakan chat
rooms atau guna media sosial seperti Facebook,
Twitter, dll. 1.87 0.85
9. Saya tahu kandungan Internet yang terbaik dan paling
berguna untuk anak saya. 2. 32 0.46

Jumlah 2.20 0.32

Gaya Keibubapaan Internet Pengabaian


Jadual 5 menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengadaptasi gaya ini cenderung untuk
meninggalkan anak-anak bersendirian apabila mereka menggunakan internet (M=2.09),
mengamalkan komunikasi yang sedikit dengan anak-anak apabila mereka menggunakan
internet, dan mengabaikan soalan anak yang berkaitan dengan kesukaran yang mereka
jumpai di internet (M = 1.75). Ibu bapa gaya ini memberi skor yang sangat rendah dalam
menerangkan kepada anak tentang apa yang perlu dilakukan di internet (M=1.42), dan tidak
mengganggu anak semasa mereka menggunakan internet (M = 1.46).

24
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Jadual 5: Taburan min dan sisihan piawai bagi gaya keibubapaan pengabaian
Gaya Pengabaian Min SP
1. Saya meninggalkan anak keseorangan
menggunakan internet 2.09 0.08
2. Saya tidak mempunyai masa untuk duduk
bersama anak bagi memantau penggunaan
internet 1.58 0.70
3. Disebabkan anak saya lebih tahu daripada
saya tentang Internet maka saya tidak
mengganggu mereka. 1.46 0.65
4. Saya mengelak untuk menerangkan kepada
anak apa yang mereka perlu buat semasa
menggunkan internet. 1.42 0.62
5. Saya sedikit sahaja berkomunikasi dengan
anak tentang apa yang mereka jumpa di
Internet. 1.93 0.93
6. Saya memberi anak saya kebebasan
sepenuhnya bila dia berada di Internet. 1.73 0.79
7. Saya abaikan soalan anak yang berkait dengan
kesukaran mereka menggunakan Internet. 1.75 0.80
8. Saya memilih untuk tidak terlibat dengan
kerja-kerja anak saya semasa mereka
menggunakan Internet 1.74 0.87
9. Saya jangkakakan anak menggunakan Internet
dengan orang yang saya tidak kenal 1.51 0.73

Jumlah 1.69 0.61

Penggunaan Internet dalam kalangan Kanak-kanak


Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pola penggunaan internet
dalam kalangan kanak-kanak adalah bertujuan untuk hiburan dan bersosial. Aktiviti internet
untuk tujuan pendidikan adalah sangat minimum. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan
bahawa pembelajaran kanak-kanak juga dapat diperoleh secara tidak langsung melalui
aktiviti yang ada unsur-unsur hiburan dan sosial. Secara puratanya, kajian ini mendapati
bahawa penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak adalah sebanyak 3 jam sehari dan
masa bertambah hampir sekali ganda pada hari minggu dengan purata 5 jam. Keadaan ini
menunjukkan bahawa pengguna kanak-kanak kajian ini adalah pengguna internet tegar.

Selain itu, kajian ini juga mengandungi beberapa soalan bagi mengenal pasti tahap
penggunaan media dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak. Secara umumnya kekerapan
penggunaan pelbagai media lain adalah amat berguna untuk membandingkan jumlah masa
penggunaan internet mereka. Adalah tidak memeranjatkan apabila dilaporkan bahawa 60%
ibu bapa dan 56% kanak-kanak menyatakan yang mereka menonton televisyen selama 1-3
jam sehari. Di rumah yang tidak mempunyai akses internet, kebanyakan ibu bapa juga

25
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

melaporkan bahawa mereka menonton sekitar 1-3 jam. Ini menunjukkan bahawa keluarga
kajian menonton televisyen lebih daripada media lain di rumah.

Pengaruh Gaya Keibubapaan terhadap Penggunaan Internet Anak


Pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan internet kanak-kanak adalah antara fokus
utama kajian ini. Jadual 6 menunjukkan rumusan dapatan kajian yang berkaitan dengan
empat gaya keibubapaan ke atas penggunaan internet anak.

Jadual 6: Analisis regresi pengaruh gaya keibupaan internet


terhadap penggunaan internet anak
Pemboleh ubah b SE β t p
Pemalar 3.536 .206 17.140 0.000

Gaya Autoritarian .070 .046 .068 1.508 .132


Gaya Autoritatif .205 .046 .027 4.489 .000
Gaya Permisif -.035 .034 -.048 -1.041 .298
Gaya Pengabaian .003 .025 .005 .101 .919
Nota. N = 296; R = .209, R2 = .044; F = 6.429; p = .000

Merujuk Jadual 6, keputusan analisis menunjukkan bahawa model regresi pada keseluruhan
secara statiktiknya adalah signifikan (F = 6.429, p < .000). Nilai R2 menunjukkan bahawa
4.4% daripada varian dalam penggunaan internet dijelaskan atas sebab semua pemboleh ubah
yang digunakan.

Analisis regresi ini juga membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
gaya keibubapaan autoritatif dan penggunaan internet anak (β =.207, t = 4.489, p = .000).
Sementara bagi gaya keibubapaan yang lain (autoritarian, permisif, dan pengabaian) tidak
terdapat hubungan dengan penggunaan internet anak.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN


Internet telah menjadi sebahagian perkara penting dalam kehidupan kanak-kanak masa kini.
Malah kanak-kanak zaman ini telah terdedah kepada internet pada usia yang sangat muda,
sama ada di rumah atau di sekolah (Hofferth, 2010). Justeru, kajian dan dapatan ini amat
penting untuk menentukan sejauh mana keterlibatan ibu bapa dengan anak-anak dalam
konteks penggunaan internet.

Secara umumnya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa gaya keibubapaan internet
autoritatif adalah cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa, diikuti dengan gaya
permisif dan autoritarian. Sementara gaya pengabaian adalah cara yang paling sedikit
digunakan oleh ibu bapa. Keputusan ini menggambarkan bahawa ibu bapa yang inginkan
proses pembelajaran dalam kalangan anak-anak, seharusnya mengiktiraf potensi kesan positif

26
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

internet terhadap atas anak-anak. Mereka sepatutnya menyokong penggunaan internet oleh
anak-anak dengan peraturan atau limitasi yang munasabah. Kajian ini selari dengan kajian
Jones (2006), Lou dan rakan-rakan (2010), dan Valcke dan rakan-rakan (2010) yang
mendapati majoriti ibu bapa mengamalkan gaya keibubapaan internet secara autoritatif.
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa gaya keibubapaan memainkan peranan yang
penting dalam menggalak atau menghadkan pendedahan kanak-kanak terhadap internet.

Selain itu, gaya autoritatif juga dapat menggambarkan tentang hubungan yang berterusan
antara ibu bapa dan anak-anak dalam keadaan yang tegas dan berdisplin serta mesra. Cara
hubungan yang sebegini amat penting dan perlu pada masa sekarang bagi menangani gejala
keburukan yang boleh dibawa oleh internet terhadap anak-anak. Hubungan yang tidak mesra
dan tidak tegas antara ibu bapa-anak boleh menyebabkan tingkah laku delikuan dalam
kalangan kanak-kanak. Dalam konteks penggunaan nternet, hubungan yang tidak baik antara
ibu-bapa dan anak menjadikan kanak-kanak lebih cenderung menggunakan internet secara
ekstensif dan menjarakkan hubungan sosial mereka dengan ibu bapa (Sarina et. al, 2014).
Banyak kajian lepas yang telah mencadangkan keperluan hubungan yang baik antara ibu
bapa dengan anak-anak dapat mengurangkan tingkah laku yang berisiko dalam kalangan
anak-anak. Sebagai kesimpulannya, gaya autoritatif yang diamalkan oleh kebanyakan ibu
bapa berhubung dengan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak perlu dipertingkat
dan diperluaskan lagi pada setiap masa demi menjaga keharmonian keluarga. Hal ini kerana
capaian internet oleh kanak-kanak yang begitu berleluasa dan tanpa kawalan memerlukan ibu
bapa untuk memberikan perhatian yang lebih dekat dan berhati-hati terhadap apa sahaja
aktiviti internet kanak-kanak.

RUJUKAN
Anderson, C. A., Gentile, D. A., & Buckley, K. E. (2007). Violent video game effects on
children and adolescent. New York; Oxford University Press.
Baumrind, D. (1966). Effects of authoritative parental control on child behavior. Child
Development, 37, 887-907.
Baumrind, D. (1967). Child care practices anteceding three patterns of preschool behavior.
Genetic Psychology Monographs, 75, 43-88.
Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and
substance use. Journal of Early Adolescence, 11(1), 56-95.
Berg, B. (2011). The effects of parenting styles on a preschools aged child’s social emotional
development (Master dissertation). Menomonie: University of Wisconsin-Stout.
Didapati dari www2.uwstout.edu/content/lib/thesis/2011bergb.pdf
Buri, J. R., Louiselle, P. A., Misukanis, T. M., & Mueller, R. A. (1988). Effects of parental
authoritarianism and authoritativeness on self-esteem. Pers Soc Psychol Bull 14(2):
271–282.

27
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Byun, Ruffni, Mills, Douglas, Niang, Stepchenkova, Lee, Loutfi, Lee, Atallah & Blanton,
(2009). Internet addiction: Metasynthesis of 1999-2006. Quantitative Research,
CyberPsychology & Behavior, 12, 203-207.
DeBell, M., & Chapman, C. (2006). Computer and Internet use by students in 2003. National
Center for Educational Statistics. U. S. Department of Education, Washington, DC.
Diakses daripada http://nces.ed.gov/pubs2006/2006065.pdf.
Duerager A. & Livingstone, S. (2012). How can parents support children’s Internet safety?
EU kids Online. Diakses daripada http://www2.Ise.ac.uk/media@Ise/research/EUKids
Online/EU%20Kids20111/Reports/ParentalMediation.pdf
Dwairy, M. (2004). Parenting styles and psychological adjustment of Arab adolescents.
Transcult Psychiatry 41(2): 233–252.
Facer, K., Furlong, J., Furlong, R., & Sutherland, R. (2003). Screen play: Children and
computing in the home. London: RoutledgeFalmer.
Fuchs, T., & Wobmann, L. (2005). Computers and student learning: Bivariate and
multivariate evidence on the availability and use of computers at home and school.
Brussels Economic Review, 47, 359-385.
Hammer, J., & Black, J. (2009). Games and (preparation for future) learning. Educational
Technology Magazine: The Magazine for Managers of Change in Education, 49, 29-34.
Hofferth, S. L. (2010). Home media & children’s achievement & behaviour. Child
Development, 81(5), 1598-1619.
Johnson, G. M. (2006). Internet use and cognitive development: A theoretical framework. E-
Learning, 4, 565-573.
Johnson, G. M. (2010). Young children’s Internet use at home and school: Patterns and
profiles. Journal of Early Childhood Research, 8(3), 282-293.
Johnson, G. M., & Buck, G. (2009). Internet use during childhood: Gender differences in
psychosocial and cognitive predictors. Kertas kerja dibentangkan di The Annual
Conference of the American Educational Research Association, San Diego, California.
Johnson, G. M. & Johnson, J. A. (2008). Internet use and cognitive development during
childhood: The ecological techno-subsystem. Dlm. M. B. Nunes, P. Isaias, & P. Powell
(Eds.), Proceeding of the IADIS International Conference, Information systems 2008,
(ms. 167-173). Algarve: IADIS.
Johnson, G. M., Code, J., & Zaparyniuk, N. (2007). Online behavior and cognitive
development. In C. Montgomerie & J. Seale (Eds.), Proceeding of the World
Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2007
(1), (pp. 3279-3288).Virginia: AACE.
Jones, P. (2006). Resources for promoting online citizenship. Educational Leadership, 63(4),41.
Kuczynski, L. (2003). Handbook of dynamics in parent-child interactions. Thousand Oaks: Sage.
Kumpete, A. T. (2006). The effects of computers on kindergarten children’s social skills.
Turkish Online Journal of Educational Technology, 5, 52-57.

28
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

Kopko, K. (2007). Parenting styles and adolescent. Diakses daripada www.Parenting.cit.


cornell.edu/documents/Parenting%20styles.pdf
Li, X., & Atkins, M. S. (2004). Early childhood computer experience and cognitive and
motor development, Pediatrics, 113, 1715-1722.
Livingstone, S. & Bober, M. (2006). Regulating the Interent at home: Contrasting the
perspective of children and parents. Dlm. D. Buckingham & R. Willett (Eds), Digital
generations (ms.93-113). Mahwah: Laurence
Lou, S., Shih, R., Liu, H., Guo, Y., & Tseng, K. (2010). The influences of the sixth graders'
parents' Internet literacy and parenting style on Internet parenting. Turkish Online
Journal of Educational Technology, 9(4), 173-184.
Maccoby, E. (1992). The role of parents in the socialization of children: An historical
overview. Developmental Psychology, 28, 1006-1017.
Maccoby, E, & Martin, J. (1983). Socialization in the context of the family: Family-child
interaction. In P. H. Mussen & E. M. Hetherington (Eds.) Handbook of child
Psychology: Vol. 4, Socialization, personality, and social development (pp.1-101). New
York: Wiley.
Rideout, V., Foehr, U. G., & Roberts, D. F. (2010). Generation m2: Media in the lives of 8-
18 year olds. Didapati dari http://www.kff.org/entmedia/upload/8010.pdf
Rosen, L.D., Cheever, N.A., & Carrier, L.M. (2008).The Association of Parenting Style and
Child Age with Parental Limit Setting and Adolescent MySpace Behavior, Journal of
Applied Developmental Psychology, 29, 459-471.
Sarina, Y., Mohd Nizam, O., Md. Salleh, H. & Misha, T. (2014). Parents’ influence on
children’s online usage. Procedia-Social & Behavioral Sciences, 155, 81-86.
Soeters, K., & Van Schaik, K. (2006). Children’s experience on the Internet. New Library
World. 107(1220/1221), 31-36.
The Star. (2009, 23 Jan). China closes down 1,250 sites in online porn crackdown. The Star,
Malaysia.
The Strait Times. (2009, 8 Julai). Red light for the green dam. The Strait Times, Singapore.
Valcke, M., Bonte, S., Wever, B., & Rot, I. (2010). Internet parenting style and the impact
use of primary school children. Computer Education, 55, 454-464.
Valcke, M., De Wever, B., Van Keer, H., & Schellens, T. (2011). Long-term use of young
children. Computers & Education, 57, 129-1305.
Valkenburg, P. M., & Peter, J. (2007). Pre adolescents’ online communication and their
closeness to friends. Development Psychology, 43, 267-277.
Vandewater, E. A., Shim, M., & Caplovitz, A. G. (2004). Linking obesity and activity level
with children’s television and video game use. Journal of Adolescence, 27, 71-85.
Van Deventer, S. S., & White, J. A. (2002). Expert behavior in children’s video game
playing. Simulations and Games, 33, 28-48.

29
Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 6, Issue 1, 2016
ISSN: 2231-9948

PROFIL PENULIS
Wan Anita Wan Abas adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Minat kajian dan penerbitan
adalah banyak berkait dengan isu-isu penggunaan media dan komunikasi dalam konteks
keluarga dan masyarakat. Pada masa sekarang terlibat sepenuhnya sebagai salah seorang
penyelidik bersama mewakili Malaysia dalam Projek Media Literacy as Media Competence
for Social Change yang ditaja oleh Erasmus+ (Kesatuan Eropah). Projek ini dilaksanakan
secara kerjasama dengan Thailand, Vietnam, Austria, Belanda, dan Jerman.

30

Anda mungkin juga menyukai