Anda di halaman 1dari 69

BULI, BULI SIBER

DAN LGBT
OLEH : MAPATAN BIN SUDIN
KAUNSELOR BERDAFTAR
APA ITU LGBT?
◦ Singkatan kepada Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender.
◦ Merujuk kepada perkumpulan manusia yang mempunyai orientasi seks
songsang melangkau batas fitrah kemanusiaan.
◦ Komuniti LGBT ini pada dasarnya ditubuhkan untuk memperjuangkan
hak-hak mereka yang dikatakan tertindas dan tidak bebas dengan
berselindung di sebalik topeng akta hak-hak asasi manusia.
Istilah berkaitan dengan LGBT
◦ LESBIAN – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan
seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual.
◦ GAY – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual
terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;
◦ BISEKSUAL – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan
kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
◦ TRANSGENDER - Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita
yang tingkah lakunya seperti lelaki
◦ TRANSEKSUAL - Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang
merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan
pembedahan bagi menukar alat kelamin
◦ TRANVESIT - Lelaki yang penampilannya seperti wanita dan wanita penampilannya
seperti lelaki
◦ HOMOSEKSUAL - Orang yang melakukan hubungan dengan jantina
sejenisnya. lelaki akan disebut Gay manakala wanita akan disebut
Lesbian.
◦ HETEROSEKSUAL - Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita
dan begitu juga wanita. ini adalah hubungan yang betul lagi normal
dan DIHALALKAN oleh islam melalui PERNIKAHAN yang menepati
rukun2nya
◦ TRI-SEKSUAL - Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita,lelaki dan
transeksual. begitu juga dengan wanita.
◦ PENGKID - Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Dalam
kalangan pengkid ada yang penampilannya sebagai lelaki.
Takrifan LGBT Dari Sudut Sains Sosial

◦ Menurut Lerner di dalam bukunya “Genders Issues and Sexuality” telah menghuraikan
bahawa golongan LBGT atau lebih dikenali sebagai golongan“transgendereds” dan
“transsexual” ialah individu atau kumpulan individu yang mengalami ketidakstabilan
jantina dan kerumitan seksualiti.
◦ Golongan ini menganggap bahawa identiti jantina mereka adalah sepatutnya berbeza
daripada apa yang sepadan dengan alat seks mereka secara fisiologi. 
◦ Menurut Lerner lagi, golongan “transgendereds” dan “transsexual” ini sering
merasakan jika mereka seorang perempuan, mereka sepatutnya adalah lelaki. Jika
mereka seorang lelaki, maka mereka sepatutnya adalah seorang perempuan.
◦ Golongan ini juga seringkali mengalami masalah untuk bersosial kerana stigma
pemikiran masyarakat terhadap mereka yang beranggap bahawa mereka menjalani
kehidupan secara songsang.
◦ Laporan yang dikeluarkan oleh Bailey & Benishay (1993), gejala homoseksual selalunya
bermula dirumah. Berikutan dengan itu, ia selalunya berlaku kepada pasangan kembar
seiras berbanding dengan kembar tidak seiras.
◦ Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa anak yang bongsu adalah lebih cenderung
kepada masalah “transgendereds” ataupun “transsexual” berbanding dengan anak
sulung di dalam keluarga.
Sejarah LGBT
◦ Jika dilihat sejarah umat manusia secara keseluruhannya, malapetaka seks songsang
bukanlah penyakit moral yang baru.
◦ Di dalam Al-Quran, Allah swt telah menceritakan kewujudan perkumpulan manusia
seperti ini dalam kisah Nabi Lut dan kisah kaum Sudum, yang akhirnya membawa
kepada kemusnahan seluruh kaum akibat orientasi songsang mereka sendiri.
◦ Akhirnya kaum Nabi Luth A.s telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana alam, seperti
gempa bumi yang kuat dan hujan batu sehingga menghancurkan Kota Sudum.
Sejarah LGBT
◦ Seperti firman Allah dalam Surah Hud, ayat 82, bermaksud: “Maka tatkala datang azab
Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terbalik, tertangkup sehingga) yang di atas ke
bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-
tubi”. 
Sejarah LGBT
◦ Kemudian dari zaman kerasulan Nabi Muhammad saw sehinggalah zaman
pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah, tidak kedengaran perkumpulan seperti
LGBT memperjuangkan hak-hak mereka.
◦ Ini kerana Islam yang sifatnya bersesuaian dengan kejadian manusia telah
menghasilkan satu komuniti dunia yang bersih dan terjaga fitrahnya.
◦ Sebaliknya, bermula dari Era Revolusi Perancis sehingga jatuhnya
pemerintahan Turki Uthmaniyyah, masyarakat Barat yang pada
awalnya berada dalam Zaman Kegelapan mula membebaskan diri dari
ikatan beragama.
◦ Tindakan ini telah melahirkan satu masyarakat pada akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20, yang menjadikan kehendak manusia tanpa
batasan (humanisme) sebagai tuhan sehinggalah munculnya golongan
yang mula berani memperjuangkan orientasi seks songsang
berdalilkan kebebasan berkendak dan hak asasi manusia.
◦ Bermula dari sinilah penyakit moral ini mula tersebar ke seluruh dunia
yang mana negara-negara Islam turut sama menjadi sasarannya
termasuklah Malaysia
LGBT Di Malaysia
◦ Pada Alaf 2012, Malaysia dikejutkan dengan Isu gerakan kemanusian yang ingin
diperjuangkan kebebasannya di Malaysia.
◦ Isu gerakan kebebasan kemanusian ini menuntut agar golongan Lesbian, Gay, Biseksual
dan Transeksual (LGBT) diiktiraf diNegara ini.
LGBT Di Malaysia
◦ Usaha ini diperjuangkan oleh Ambiga Sreevanasan atau  wanita besi
atas semangatnya berjuang menentang arus. 
◦ Beliau mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. 
◦ Untuk itu, beliau telah dikritik dan diprovokasi berbagai pihak tetapi beliau berjaya
meraih penghormatan dan menerima penghargaan dari berbagai pihak juga.
◦ Beliau telah menerima anugerah International Women of Courage pada tahun 2009 oleh
kerajaan Amerika, dan pada 23 September tahun 2012, beliau menerima anugerah
tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur (Knight of the Legion of Honour)
daripada kerajaan Perancis.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA LGBT
Biologi

◦ Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang
homoseksual atau tidak.
◦ Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang
anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual.
◦ Alasan-alasan pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan
setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh
mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak.
Pembesaran Yang Salah
◦ Peranan serta tindakan ibubapa yang membesarkan anak mereka sebagai jantina yang
berbeza.
◦ Di antara ibubapa ada yang sangat mengingini anak lelaki padahal hanya dikurniakan
dengan anak-anak perempuan.
◦ Lalu mereka membesarkan salah seorang atau lebih daripada anak perempuan mereka
seumpama anak lelaki.
◦ Mereka memberikannya nama lelaki, pakaian lelaki, permainan lelaki dan bersikap
lelaki kepada anak itu.
Tiada Keseimbangan antara peranan ibu dan ayah

◦ Jika seorang anak lelaki banyak meluangkan masa pembesaran bersama ibunya tanpa
kehadiran ayahnya, maka ada kemungkinan dia terikut-ikut dengan sikap kewanitaan
ibunya.
◦ Demikian juga sebaliknya, jika seorang anak perempuan banyak meluangkan masa
pembesaran bersama ayahnya tanpa kehadiran ibunya, maka ada kemungkinan dia
terikut-ikut dengan sikap kelelakian ayahnya.
◦ Maka penyelesaiannya di sini adalah, hendaklah ibu dan ayah memainkan peranan
yang seimbang dalam membesarkan anak-anak mereka.
Pendidikan seks yang salah

◦ Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka.
◦ Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada
perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan.
◦ Islam menginginkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan
hubungan ini ada syarat-syaratnya.
◦ Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara
lelaki dan wanita adalah haram.
◦ Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan
kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka.
Pengalaman hidup/Trauma Zaman Kanak-kanak

◦ Seorang wanita mungkin pernah diperlakukan secara zalim oleh lelaki lain sehingga dia
amat membenci semua lelaki dan mencari ketenangan hidup sesama wanita.
◦ Seorang lelaki mungkin pernah terkecewa amat sangat dengan teman wanitanya
sehingga dia putus asa terhadap semua wanita dan mencari teman hidup dari kalangan
sesama lelaki.
◦ Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan
mendorong mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka.
◦ Sebagai contohnya ialah mangsa pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur
adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan
mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman
Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan
mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM
Peluang dan ruang
◦ Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus
ke dalam gejala LGBT.
◦ Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di kawasan Bukit
Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-kelab malam
(termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan
hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada
golongan remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah
gejala LGBT ini
Media Electronic dan ICT
◦ Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer,
modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap
masyarakat.
◦ Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang
menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian
produk-produk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit
kebanyakannya kini dilengkapi dengan capaian Internet.
◦ Menurut statistik yang diperolehi melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi
Malaysia (2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah yang melebih 15 jam adalah
29.6%.
◦ Angka ini perlu dikaji untuk menilai samada wujud masalah ketagihan Internet,
khususnya seks siber, dalam kalangan pengguna.
◦ Perkataan ‘seks’ adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari
untuk dilayari di Internet
Peranan masyarakat
◦ Merupakan kelaziman masyarakat kita untuk menyisihkan sesiapa yang mereka
anggap aneh.
◦ Penyisihan ini menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali
berkomuniti dengan orang-orang yang memiliki keanehan yang sama, agar apa yang
aneh menjadi tidak aneh.
◦ Akhirnya apa yang sedikit aneh menjadi bertambah aneh sehingga amat sukar bagi
mereka yang aneh untuk cuba kembali kepada yang tidak aneh.
Salah faham terhadap takdir

◦ Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan.
Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari
takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah
kemiskinan.
◦  
◦ Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti
kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada
dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil
agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir lain yang
selari dengan tuntutan agama.
Ciri-Ciri Lesbian & Gay
◦ homoGay umumnya suka memakai baju yang ketat, biar kelihatan lekuk tubuhnya. Karena bentuk body
bagi seorang gay adalah nilai jual tersendiri.
◦ Umumnya, para gay lebih senang memakai warna menjolok mata. Bila bercakap agak gelojoh diketahui
melalui gaya bicaranya.
◦ Umumnya, para gay ini terlihat sangat feminim dan perhiasan yang dikenakannya pun cenderung kepada
pandangan"ramai".
◦ Para gay juga umumnya suka berpenampilan yang rapi seperti wanita.
◦ Ciri lainnya, mereka selalu tertarik pada aktiviti yang biasanya dilakukan wanita.
◦ Para homo ini sukanya berpenampilan yang rapi, kebanyakan parfum yang baunya agak keras.
◦ Pakaian yang digunakan pun cenderung lain dari yang lain, bahkan kebanyakan bau wangian, agar
menarik perhatian.
◦ Pribadi mereka cenderung pendiam, tidak terbuka, tidak suka bergaul dengan banyak orang dan agak
cenderung kepada kelembutan. Tapi, banyak juga para gay yang dikenali secara umum, kerana mereka
cenderung memiliki ciri khas tersendiri.
◦ Sering berbicara hal-hal yang berkaitan dengan homo
Pandangan Islam
◦ Jika dikaji ketujuh-tujuh aspek jantina dan kecenderungan seksual di atas, ia dapat dihimpun kepada tiga
kategori hukum.
◦  Pertama: Hukum menyerupai jantina yang berbeza,
◦ Kedua: Hukum mencintai jantina sejenis umpama pasangan hidup dan 
◦ Ketiga: Hukum melakukan hubungan seks dengan jantina sejenis
Hukum Menyerupai Jantina Yang Berbeza.

◦ Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang
menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.”(Musnad Ahmad, no: 6875 dengan
sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).
◦ Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis
larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a..
◦ Berdasarkan hadis-hadis ini, jumhur ulamak mengatakan haram hukumnya untuk seseorang itu berusaha
menyerupai jantina yang berbeza dengannya, baik dalam bentuk tingkah laku, penampilan, pakaian mahu
pun perhiasan.
◦ Larangan ini termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang belum baligh, di mana haram hukumnya
bagi ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu berusaha menyerupakan mereka dengan jantina yang berbeza.
◦ Pengecualian diberikan jika penyerupaan itu memiliki dalil syar’e, di mana dalil itu mengecualikan
kemutlakan larangan penyerupaan di atas.
◦ Di antaranya ialah hukum memakai cincin bagi lelaki, maka ia bukan satu penyerupaan yang dilarang
kerana Rasulullah s.a.w. turut memakai cincin. Anas bin Malik r.a. menerangkan: “Bahawasanya Nabi
s.a.w., cincinnya diperbuat daripada perak dan mata cincinnya daripada (perak) juga.” (Shahih al-
Bukhari, no: 5870)
Hukum Mencintai Jantina Sejenis Umpama
Pasangan Hidup
◦ Menyebut tentang cinta, asas pertama yang perlu diketahui oleh semua umat Islam ialah cinta yang
paling unggul hendaklah ditujukan kepada Allah s.w.t.. Allah menegaskan hal ini dalam firman-Nya:
◦ Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah),
mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah; sedangkan orang-orang yang beriman
itu lebih cinta kepada Allah (berbanding selainnya).” [al-Baqarah 2:165]
◦ Cinta kepada Allah ialah mentaati segala perintah larangan-Nya, mencari keredhaan-Nya dan
melaksanakan kehidupan di dunia ini sebagaimana yang Dia kehendaki. Cinta kepada Allah juga
dibuktikan dengan mentaati segala perintah larangan, nasihat dan teguran Rasulullah s.a.w.. Fakta
terakhir ini ditekankan sendiri oleh Allah s.w.t.:
◦ “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu (umat Islam) mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Ali Imran 3:31]
◦ Termasuk pembuktian kecintaan kepada Allah ialah seseorang itu hanya mencintai jantina yang berbeza
sebagai pasangan hidupnya.
◦ Ini kerana Allah s.w.t. sejak dulu telah menciptakan manusia dalam jantina yang berpasangan, lelaki dan
wanita: “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah (Allah) yang menciptakan pasangan lelaki dan
perempuan.”[al-Najm 53:45]
◦ Justeru apabila ingin mencintai seseorang sebagai pasangan hidupnya, hendaklah ia dalam bentuk
pasangan lelaki dan wanita, iaitu lelaki yang mencintai wanita dan wanita yang mencintai lelaki.
Pasangan ini seterusnya menghalalkan percintaan mereka melalui ikatan nikah yang menepati rukun-
rukun nikah dalam syari’at Islam. Allah s.w.t. berfirman:
◦ “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (pasangan suami
isteri) perasaan cinta (kasih sayang) dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.” [al-Rum 30:21]
◦ Individu yang mencintai jantina sejenis untuk dijadikan pasangan hidup, dia sebenarnya mencintai
nafsunya melebihi cintanya kepada Allah.
◦ Atas dasar inilah dia berani mengarahkan cintanya kepada sesuatu yang berbeza daripada apa yang
disusun, diperintah dan diredhai oleh Allah.
◦ Jika mencintai sesuatu seumpama mencintai Allah sudah cukup untuk dikira sebagai perbuatan syirik
(rujuk ayat 165 surah al-Baqarah di atas), maka bagaimana pula tindakan mencintai sesuatu melebihi
cintanya kepada Allah? Sudah tentu ia adalah syirik yang lebih besar, lebih dahsyat.
Hukum Melakukan Hubungan Seks Dengan Jantina Sejenis.

◦ Hubungan seks yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. ketika Dia mencipta manusia adalah sebagaimana
firman-Nya: “Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan
daripada diri itu pasangannya (suami isteri), untuk bersenang-senang satu diri kepada yang lain.
Ketika suami mensetubuhi isterinya, mengandunglah dia……” [al-A’raaf 7:189]
◦ Ada pun hubungan seks yang berlawanan daripada kehendak Allah, maka ia bukan sahaja dilarang tetapi
langkah-langkah awal ke arahnya juga dilarang. Rasulullah s.a.w. menegaskan:
◦ “Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat
aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang
lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuhkan badannya kepada badan
wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih Muslim, no: 338]
◦ Imam al-Nawawi menjelaskan:
◦ “Di antara kesimpulan hukum yang diperolehi dalam bab ini ialah haram hukumnya bagi seorang lelaki
melihat aurat lelaki yang lain dan bagi seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Berkenaan hukum
ini tidak ada perselisihan di dalamnya (di kalangan para ulama’).” [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin
al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, 2000), jld. 3, ms. 145]
Kesan Keburukan Dan Bahaya
Dalam Masyarakat
Penyakit HIV AIDS

◦ Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun1981, doktor mulai


mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular
dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles.
◦ Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit
merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana
hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.
Penyakit Siflis

◦ Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis.   Penyakit
jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ  lain.  
◦ Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa. 
◦ Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD –
Venereal Disease).
◦ Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai
bilangan kes yang paling tinggi  antara penyakit berjangkit yang  dilaporkan.  Walau
bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan
kes yang dilaporkan
Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga :

◦ Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan


perkahwinan sesama sejenis, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga.
◦ Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan
anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut
mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung.
◦ Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan
persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan dengan
syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan
Kaedah Penyelesaian Secara Islam
Kesedaran dari dalam hati untuk berubah

◦ Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa yang terkutuk
ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke panggal jalan.
◦ Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi kita percaya jauh disudut hati
mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah tidak normal dan bertentangan dengan ajaran
Islam.
◦ Maka, kepada golongan LGBT yang mahu berubah, setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat
terlebih dahulu. Iaitu niat untuk berubah. 
Mendirikan Solat
◦ Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam daripada berbuat dosa.
Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu yang mendorong untuk
berbuat maksiat. Ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran firman Allah SWT:
◦ Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-
Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan
Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat

◦ Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu golongan LGBT
supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal dan kognitif. 
◦ Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimana-mana pejabat agama di seluruh
negara.
◦ Pihak kerajaan yang telah menubuhkan pusat perlindungan “Ilaj Home” untuk golongan LGBT untuk
mendapatkan rawatan dan kaunseling kaedah Islam. 
Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat

◦ Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak dengan masalah
LGBT ini.
◦ Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-anak tidak mengira peringkat umur
termasuklah anak-anak remaja berada dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat.
◦ Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang menunggu akan mempengaruhi mereka. Ibubapa
wajib membina asas pendidikan yang kukuh (foundation) kepada anak-anak.
◦ Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam
hidup mereka.
◦ Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah
terpisahnya ikatan akhlak yang mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala.Oleh itu,
ibubapa wajib membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut rohani atau bimbingan hati
Peranan Masjid

◦ Masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi ia juga berperanan sebagai pusat pembangunan
sosial dan komuniti umat Islam di negara ini.
◦ Pihak masjid adalah digesa untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi
zina, anti Valentines days dan program untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)
melalui kutbah Jumaat, ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti masjid sepanjang tahun.

Anda mungkin juga menyukai