Anda di halaman 1dari 6

3/10/2019 cikguniabmspm: KESALAHAN BAHASA

KESALAHAN BAHASA

SOALAN 3 C dan 3 D : KESALAHAN BAHASA

(EJAAN DAN IMBUHAN), (ISTILAH KATA DAN TATABAHASA)


TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA

1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan imbuhan’,
‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum
tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5. Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .


1.0 KESALAHAN EJAAN
1.1 EJAAN KATA MAJMUK
· Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
· Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah Betul
antara bangsa antarabangsa
beri tahu beritahu
bumi putera bumiputera
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan kakitangan
kerja sama kerjasama
mata hari Matahari
olah raga olahraga
pesuruh jaya pesuruhjaya
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya suruhanjaya
tanda tangan tandatangan
tanggung jawab tanggungjawab
warga negara warganegara

1.2 MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah Betul
kekanda kakanda
pengkalan pangkalan
pesaka pusaka
selsema selesema
istihar isytihar
istirihat istirahat
hajjah hajah
catit catat
jamaah jemaah

1.3 MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)


· (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah Betul
disitu di situ

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html 1/6
3/10/2019 cikguniabmspm: KESALAHAN BAHASA

diatas meja di atas meja


diKota Bharu di Kota Bharu
kesitu ke situ
kehadapan rumah ke hadapan rumah
kePulau Pinang ke Pulau Pinang

1.4 MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-)


Salah Betul
di tulis ditulis
di asuh diasuh
di bungkus dibungkus
ke tua ketua
ke dua kedua
ke kasih kekasih

2.0 TANDA BACA


2.1 TANDA TITIK (.)
· Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan.
Salah Betul
Hj Hj.
Prof Prof.
dll dll.
dsb dsb.

2.2 TANDA SEMPANG (-)


2.2.1 Sebagai tanda kata ganda
Salah Betul
meja meja meja-meja
berkata kata berkata-kata
bantah membantah bantah-membantah
gunung ganang gunung-ganang
ipar duai ipar-duai
batu batan batu-batan
saudara mara saudara-mara

2.2.2 Antara ke dengan angka


Salah Betul
ke 21 atau ke21 ke-21
ke 102 atau ke102 ke-102

2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran –an


Salah Betul
tahun 90
tahun 90-an
an atau 90an atau 90han
tahun 20
tahun 20-an
an atau 20an atau 20han

2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar


· Merujuk Tuhan
Salah Betul
hambaMu atau hamba mu hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya rahmat-Nya

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html 2/6
3/10/2019 cikguniabmspm: KESALAHAN BAHASA

· Huruf besar bagi nama khas


Salah Betul
pro Barat atau proBarat pro-Barat
pan Asia atau panAsia pan-Asia
KDN nya atau KDNnya KDN-nya

2.3 TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat


Salah Betul
Amboi! Mahalnya harga baju
Amboi, mahalnya harga baju ini!
ini.
Alamak! Saya terlupa Alamak, saya terlupa membawa
membawa pensel. pensel!
Cis! Engkau memang Cis, engkau memang
penderhaka! penderhaka!
Aduhai! Mengapalah Aduhai, mengapalah
malangnya nasibku ini. malangnya nasiblu ini!
Nah! Terimalah balasanku. Nah, terimalah balasanku!

3.0 KOSA KATA


3.1 MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah Betul
Kami sedang membincangkan
Kami sedang membincangkan
perkara itu.
perkata itu, yang sangat rumit.
Ia sangat rumit.
Ini buku cerita Ini buku cerita sejarah. Buku
sejarah. Iamengandungi inimengandungi kisah-kisah
kisah-kisah yang menarik. yang menarik.

3.2 MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA


Salah Betul
berbagai kuih berbagai-bagai kuih
bersama adik bersama-sama adik
kedua pelajar kedua-dua pelajar
setengah orang setengah-setengah orang
pada bila masa pada bila-bila masa

3.3 MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)


3.3.1 Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah Betul
mereka-mereka mereka
umat-umat umat
rakyat-rakyat rakyat

3.3.2 Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
Salah Betul
dua buah rumah-rumah dua buah rumah
semua penonton-penonton semua penonton
segala pegawai-pegawai segala pegawai
antara kemudahan-kemudahan Antara kemudahan
Senarai nama-nama Senarai nama
Kebanyakan sibuk dengan urusan-
Kebanyakannya sibuk dengan urusan
urusan

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html 3/6
3/10/2019 cikguniabmspm: KESALAHAN BAHASA
3.3.3 Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah
Salah Betul
guru besar-guru besar guru-guru besar
kertas kerja-kertas kerja kertas-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk reka-reka bentuk

3.4 GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH


3.4.1 Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah Betul
di pagi hari pada pagi hari
di abad ke-20 pada abad ke-20
di masa itu pada masa itu
di ingatan Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali Buku itu ada pada Ali

3.4.2 Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah Betul
hingga kepada hari ini hingga ke hari ini
kepada tempat lain ke tempat lain
dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu

3.4.3 Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah Betul
ke pegawai itu kepada pegawai itu
ke ketua pasukan kepada ketua pasukan
ke bahaya dadah kepada bahaya dadah
dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali
diserahkan ke Ketua diserahkan kepada Ketua
Pengarang Pengarang

3.4.4 Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)

Salah Betul
Saudara
Saudara datang dari mana?
datang daripada mana?
Daripada saat ini, ubahlah
Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
sikapmu.

3.4.5 Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal
kejadian dan sebagainya).

Salah Betul
Dari buku itulah banyak Daripada buku itulah banyak
diperolehnya banyak ilmu diperolehnya banyak ilmu
kebudayaan. kebudayaan.
Dia lebih kaya dari saya. Dia lebih kaya daripada saya.
Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu dari ayahnya. Kiriman itu daripada ayahnya.

3.5 PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.


· Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan
keterangan(Adverb).

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html 4/6
3/10/2019 cikguniabmspm: KESALAHAN BAHASA

· Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi, balik,
lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
Salah Betul
pergi sekolah (KI) pergi ke sekolah

balik kampong (KI) Balik ke kampung

lupa nama orang itu (KI) lupa akan nama orang itu

lalu jalan ini (KI) lalu di jalan ini

benci orang itu (Adj.) benci kepada orang itu

suka durian (Adj.) suka akan durian

aku cintanya (Adj.) aku cinta kepadanya.

takut hantu (Adj.) takut akan/kepada hantu.

tahu perkara itu (KI) tahu akan/tentang perkara itu

3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI


beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.

3.7 KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA


BUNYITETAPI BERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman

3.8 KESALAHAN MAKNA PERKATAAN


Penggunaan banyak dan ramai
· Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
· Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan
benda, sementara ramai khas untuk manusia.
· Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
· Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
· Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin
kerana banyak orang di pasar itu.

Penggunaan guna dan pakai

· Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti
‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
· kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian
dengan menggunakan senjata.

Penggunaan pedalaman dan pendalaman


· Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang
disebut interiordalam bahasa Inggeris.
· Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.

Penggunaan bila dan apabila


· bila = merupakan Kata Tanya

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html 5/6
3/10/2019 cikguniabmspm: KESALAHAN BAHASA

· apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.


· Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :
Salah Betul
Bila dia pulang, kamu Apabila dia pulang, kamu
bolehlah pergi. bolehlah pergi.

4.0 IMBUHAN
4.1 TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN
Salah Betul
Mereka sedang kerja. Mereka sedang bekerja.
Dia hendak ambil barang itu. Dia hendak mengambil barang itu.
Adik senyum kepadanya. Adik tersenyum kepadanya.
Kami sudah jawab soalannya. Kami sudah menjawab soalannya.

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html 6/6

Anda mungkin juga menyukai