Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN 1-- KERJA AMAL 1: BP 1 PERKEMBANGAN DIRI

TAJUK: MENGEMAS BILIK

Pada 1 Julai jam 3:00 petang, saya telah meluangkan dan menyumbang tenaga untuk mengemas bilik saya di rumah. Oleh
itu,saya telah membuat keputusan untuk mengemas buku dan katil. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab ,saya telah
membuat keputusan supaya mengemas bilik saya setiap minggu. Dengan ini,ibu saya bersetuju dengan keputusan itu. Selain
itu,saya telah meminta bantuan daripada ahli keluarga saya.
Pada hari itu,saya telah menyediakan alat-alat membersih pada pukul 2:30 petang selepas makan petang. Saya telah
mengeluarkan semua buku dari almari untuk membersihkan almari itu dan mengemas balik buku dalam almari itu. Di samping itu,
saya mula mengelap kipas bilik saya. Saya telah bersikap sabar dan kesederhanaan untuk mengelap kipas dan mengemas
almari untuk membersihkan almari. Saya berasa gembira apabila dapat mengemas bilik saya dengan sempurna.
Kerja amal ini disiapkan selama 60 minit dengan sempurna. Dengan ini,saya telah berubah sikap supaya menjadi
seorang yang lebih bertanggungjawab dan menunaikan janji. Akhirnya,saya insaf

bahawa sikap bertanggungjawab ini

memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Saya juga telah bersikap kerajinan tentang kepentingan menjaga
kebersihan dalam kehidupan saya.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR: ____________________

(254 patah perkataan)

2 KEPING GAMBAR TAMPAL DI BELAKANG


____________________________________________________________________________________________
KARANGAN 2-- KERJA AMAL 2: BP 2 KEKELUARGAAN

TAJUK: MEMBUAT KERJA RUMAH

Pada pagi Ahad yang lalu, saya telah menyumbang tenaga dalam membantu ibu saya melakukan kerja rumah seperti
menyapu lantai, mencuci pinggan dan ini juga merupakan masanya untuk belajar berdikari. Sebagai seorang anak dalam
keluarga, saya mempunyai tanggungjawab dalam meringankan bebanan keluarga, supaya sentiasa berada dalam keadaan yang
bahagia.
Saya juga sentiasa rajin membersihkan kawasan perumahan, supaya suasana kawasan perumahan yang bersih dan
ceria membolehkan kami sekeluarga hidup dalam keadaan yang sihat. Selain itu , saya juga prihatin terhadap kekemasan rumah
agar saya dapat belajar dalam keadaan yang tenang dan selesa. Di samping itu, saya telah menyumbang idea

dalam

penyusunan perabot di ruang tamu supaya rumah saya kelihatan lebih luas dan kemas. Saya dan adik telah bekerjasama dalam
menyusun perabot di ruang tamu supaya masa penyusunan dapat disingkatkan kerana masa itu emas.
Saya juga harus sentiasa prihatin terhadap perkara yang berlaku di kalangan ahli keluarga supaya keharmonian
keluarga dapat dijamin. Bukan itu saja, saya juga telah melaksanakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan dengan penuh
dedikasi. Sebagai buktinya , saya telah menolong ibu bapa menjaga kebersihan rumah dan keharmonian sekeluarga. Sebagai
anak dalam keluarga, saya telah memainkan peranan yang penting bagi menjadi teladan kepada adik saya.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________

(255 patah perkataan)

2 KEPING GAMBAR TAMPAL DI BELAKANG

KARANGAN 3-- KERJA AMAL 3: BP 3 ALAM SEKITAR

TAJUK: MENGEMAS DI RUANG HADAPAN RUMAH

Pada hari sabtu yang lalu, saya dan adik saya telah menyumbang idea untuk mengemas hadapan rumah saya. Saya
turut meluangkan masa untuk menyertai aktiviti tersebut. Saya menyumbang tenaga mengemas hadapan rumah saya dengan
menyertai aktiviti itu. Sebagai seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab, saya rajin mengekalkan kebersihan rumah saya.
Malahan, saya bersifat prihatin terhadap isu-isu alam sekitar dan berasa pentingnya saya berusaha mengawal keadaan
pencemaran yang semakin teruk.
Seterusnya, saya juga menyumbang idea untuk menyiram tanaman di hadapan rumah saya. Pada mulanya saya
menuangkan air hujan ke dalam penyiram. Ini adalah untuk tidak membazirkan air bersih dan menghargai alam sekitar. Aktiviti ini
untuk pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. Aktiviti yang
terakhir ialah menyapu lantai di luar. Aktiviti ini untuk mengamalkan melindungi alam sekitar dengan menyayangi dan
menghargai alam sekitar.
Saya telah melakukan aktiviti ini dengan rajin dan bertanggungjawab sekali. Saya juga berkerjasama dengan adik
saya sehingga kerja diselesaikan. Selain itu, melalui aktiviti ini juga telah mengajar saya menjadi seorang pemimpin dengan
mengamalkan sikap pemimpinan kerana telah mengawal gerak geri adik saya. Di samping itu, saya telah berjaya mengawal
keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________

( 270 patah perkataan )

2 KEPING GAMBAR TAMPAL DI BELAKANG


________________________________________________________________________________________________
KARANGAN 4-- KERJA AMAL 4: BP 3 ALAM SEKITAR

TAJUK: KITAR SEMULA

Pada minggu yang lalu , saya dan kawan-kawan kumpulan saya telah mengadakan aktiviti mengitar semula di taman yang
berdekatan dari rumah kami . Kawan-kawan kumpulan saya telah menyumbang idea dan menyumbang tenaga dalam aktiviti
yang bermakna ini kerana kami telah prihatin terhadap alam sekitar. Di bumi ini kita haruslah bertanggungjawab memelihara
dan mengawal keadaan pencemaran yang semakin teruk . Sebagai seorang ketua kumpulan , saya menunjukkan sifat
kemimpinan untuk membahagikan kerja kepada ahli-ahli kumpulan saya supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dan
menjalankan tugas serta kewajipan dengan sempurna .
Saya bekerjasama dengan kawan-kawan saya untuk membahagikan sampah kepada plastik beg yang berlainan .
Sebagai seorang murid , kami menunjukkan sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar serta keharmonian antara
manusia dengan alam sekitar . Pada biasanya , saya mempunyai tabiat menggunakan kertas dengan kedua-kedua muka baru
meletakkan ke dalam plastik beg yang untuk mengitar semula .
Saya juga peka terhadap isu-isu alam sekitar dengan mempunyai tabiat mengumpul kertas yang telah diguna dan tidak
digunakan lagi untuk mengitar semula. Pada mulanya , saya dan kawan-kawan mengeluarkan botol aluminium yang telah
dikumpul oleh kami dan memasukkannya ke dalam plastik beg bagi yang jenis aluminium. Kawan-kawan telah menunjukkan sikap
peka terhadap isu-isu alam sekitar dengan tindakan mengumpul plastik-plastik botol yang terdapat di merata-rata di taman
rekreasi.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________
Disediakan oleh,

(262 patah
perkataan)

____________
(NAMA PELAJAR:

2 KEPING GAMBAR TAMPAL DI BELAKANG

KARANGAN 5 ----TUGASAN HARIAN 1:

TAJUK : Rasuah merupakan musuh utama negara

Rasuah merupakan musuh utama negara dan harus dibendung dengan segera. Terdapat segelintir pegawai
yang sanggup terbabit dalam rasuah semasa menjalankan tugas mereka masing-masing. Oleh itu, beberapa nilai
haruslah perlu ada pada segelintir pegawai tersebut. Nilai yang perlu diamalkan oleh para pegawai ialah nilai amanah
Pegawai haruslah bersikap bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya supaya dipercayai orang
lain.Sebagai contoh, pegawai telah melaksanakan tugas yang diberikan tanpa melengahkan tugas tersebut dan juga
melakukan tugas tersebut dengan penuh teliti. Selain itu, nilai amanah yang diamalkan oleh pegawai boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain dengan melaksanakan tugas dengan cekap, bersih dan berkesan. Nilai
kedua yang perlu ditanam dalam hati pegawai adalah nilai rasional.
Pegawai-pegawai haruslah sanggup memikul tugas sebagai pegawai yang sebenar dengan mengikuti
arahan serta peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pegawai akan melaksanakan tugasnya dengan
mengikuti arahan yang telah diberi oleh pegawai atasannya dan tidak mengingkarinya. Di samping itu, para pegawai
haruslah mempunyai kesanggupan untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna supaya dapat menjamin
masa depan yang cerah. Sebagai contoh, seseorang pegawai perlulah bijak melaksanakan tugas-tugas atau jawatan
yang diberi dengan penuh semangat supaya dia dapat menentangi musuh negaranya iaitu rasuah.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________

( 259 patah perkataan )

GAMBAR TIDAK PERLU

____________________________________________________________________________________________________________________________
KARANGAN 6 ----TUGASAN HARIAN 2:

TAJUK : Remaja lari dari rumah

Remaja lari dari rumah dapat diatasi sekiranya serta ibu bapa memainkan peranan masing-masing demi
kesejahteraan hidup bersama. Dengan merujuk kepada beberapa nilai murni di bawah, kedua-dua pihak ini dapat
memainkan peranan bagi bagi menangani masalah ini. Peranan yang perlu diamalkan oleh remaja serta ibu bapa demi
kesejahteraan hidup bersama adalah mengamalkan nilai rasional iaitu remaja dan ibu bapa juga boleh berfikir tentang
kesan buruknya keluarga yang tidak aman damai serta kebaikannya tinggal sebagai satu keluarga.
Selain itu, ibu bapa serta remaja harus mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar supaya mereka
dapat berfikir tentang kesan buruk dan baik tindakan mereka. Sebagai contoh, ibu bapa dan juga remaja akan sentiasa
memikirkan kepentingan semua individu sebelum mengambil tindakan kerana mereka sedar bahawa jika tersalah
mengambil tindakan, susah untuk memperbaikinya masalah tersebut. Di samping itu, kedua-dua pihak ini haruslah
menanamkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga, iaitu kewajipan untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
Tambahan pula, nilai tanggungjawab terhadap keluarga dapat melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan
juga menjaga maruah keluarga. Seperti contoh, tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap individu keluarga lama
kemudian akan mewujudkan sebuah keluarga yang amat mementingkan perhubungan antara satu sama lain serta
mewujudkan sebuah keluarga yang bermaruah. Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga merupakan nilai yang
harus dilahirkan sejak muda lagi. Ibu bapa serta remaja juga harus memuliakan setiap anggota keluarga supaya dapat
mencipta asas pembentukan keluarga yang harmoni untuk anggota keluarga mereka bersatu dan mengelakkan konflik
antara satu sama lain.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________

( 258 patah perkataan )

)
GAMBAR TIDAK PERLU

KARANGAN 7 ----TUGASAN HARIAN 3:

TAJUK : Pencemaran terhadap alam

Dunia ini semakin terancam akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab, sehingga menyebabkan
pencemaran terhadap alam. Oleh sebab itu, orang ramai dapat melindungi alam kita supaya tidak tercemar dengan
merujuk kepada nilai-nilai murni di bawah. Masyarakat perlu ada nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu sikap
memelihara alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan fauna. Sebagai contoh, masyarakat
tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka dan penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu
memelihara flora dan fauna di sekelilingnya.
Masyarakat juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar, iaitu sikap saling
memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa
terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh, masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula supaya dapat
mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya, menjimatkan masa serta tenaga.
Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar insan-insan pada masa depan boleh
menikmati keindahan serta keunikan yang telah dijaga dengan teliti. Contohnya, masyarakat memelihara kualiti
kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuang sampah merata-rata dan juga tidak melakukan sebarang
aktiviti yang boleh mencemarkan udara.
Disediakan oleh,

( 253 patah perkataan )

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________

)
GAMBAR TIDAK PERLU

__________________________________________________________________________________________________________________
KARANGAN 8 ----TUGASAN HARIAN 4:

TAJUK : Cinta akan Negara

Kemajuan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pergorbanan anak watan
menentang penaklukan penjajah suatu masa dahulu. Oleh itu, beberapa nilai harus disemat oleh rakyat bagi
memastikan kemajuan yang dinikmati ini terus dikecapi. Rakyat perlu ada nilai sanggup berkorban untuk negara , iaitu sikap
kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa agar dapat mengekalkan sesuatu yang kita miliki. Sebagai
contoh, walaupun kemerdekaan sudah dicapai , pasukan keselamatan negara sanggup menggadai nyawa bagi
mempertahankan negara daripada ditawan musuh yang pada ketika itu ialah pengganas komunis.
Selain itu, nilai sanggup berkorban untuk negara juga membawa tanda kebaktian untuk negara agar rakyat
dapat menjamin kemerdekaan negara yang amat dihargai dan dicintai. Nilai cinta akan negara adalah salah satu nilai yang
juga boleh menjamin kemajuan negara. Rakyat haruslah mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara kerana
rakyat bersyukur untuk mendiami sebuah negara yang tidak berada dalam peperangan seperti Afghanistan.
Di samping itu,rakyat juga dapat meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya, rakyat
telah mengutamakan aspek pembangunan negara lebih daripada perkembangan diri sendiri. Rakyat juga haruslah
mempunyai nilai taat setia kepada raja dan negara, iaitu kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara kerana rajalah yang
telah bertungkus lumus untuk memelihara kemajuan negara yang masih dijaminkan. Nilai taat setia kepada raja dan
negara juga mendidik rakyat agar sentiasa mengamalkan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.
Disediakan oleh,

____________
(NAMA PELAJAR:
____________________

( 253 patah perkataan )

GAMBAR TIDAK PERLU

Anda mungkin juga menyukai