Anda di halaman 1dari 3

BUBUR MERAH PUTIH

Sejenis makanan tradisi masyarakat di negeri Melaka dan Johor terutamanya bagi
masyarakat berketurunan Melayu Jawa. Makanan ini kebiasaannya disajikan pada hari-
hari tertentu seperti ulang tahun perkahwinan, sambutan hari lahir dan majlis kenduri
sebagai tanda kesyukuran. Bubur ini menjadi pencuci mulut untuk para tetamu
disebabkan rasanya yang lemak dan manis.
______________________________________________

Masa membuat: 45 minit


Jumlah hidangan: 6 orang

BAHAN-BAHAN: CARA MEMBUAT:

1. Gula Melaka dan gula merah dimasak


1 bersama-sama daun pandan dan air sehingga
12 cawan beras pulut
larut. Sejukkan.
6 cawan air 2. Cuci dan toskan beras pulut. Masukkan beras
pulut, garam dan air ke dalam periuk. Masak
1 cawan santan pekat
dengan api kecil sehingga pulut kembang
1 ketul besar gula Melaka (anggaran 30 minit).
3 sudu besar gula merah 3. Kemudian, masukkan santan pekat dan kacau
1 rata. Biarkan mendidih.
12 cawan air (dimasak 1
4. Cedok keluar 12 cawan bubur putih. Asingkan.
dengan gula Melaka)
5. Tapiskan air gula Melaka ke dalam bubur yang
Garam secukup rasa selebihnya dan kacau sehingga sebati.
Daun pandan 3 helai 6. Apabila sudah masak, sendukkan bubur pulut
merah ke dalam mangkuk dan senduk sedikit
bubur pulut putih di atasnya.
7. Siap untuk dihidangkan.

Tips:
i. Tambah air sekiranya beras pulut masih tidak kembang.
ii. Tambah gula pasir di bubur pulut merah sekiranya suka manis.
LONTONG GORENG KAMPUNG
Makanan tradisi bagi masyarakat berketurunan Melayu Jawa. Makanan ini
kebiasaannya disajikan sebagai hidangan sarapan pagi atau minum petang pada Hari
Raya. Lebihan ketupat atau nasi impit akan digoreng seakan-akan nasi goreng dan
dimakan panas-panas bersama-sama secawan teh. Rasa nasi impit memberi kelainan
bagi hidangan ini. Sungguh nikmat!
______________________________________________

Masa membuat: 45 minit


Jumlah hidangan: 6 orang

BAHAN-BAHAN: CARA MEMBUAT:

10 bungkus nasi impit mini


1. Rebus nasi impit sehingga empuk dan potong
kiub 4 setiap 1 biji apabila sejuk.
Bahan A:
2. Goreng isi ayam dan ikan bilis. Ketepikan.
15 tangkai cili api
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3 biji bawang kecil
4. Masukkan lobak merah dan telur. Kacau rata.
3 ulas bawang putih
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
1 sudu besar ikan bilis
6. Masukkan nasi impit dan gaul sebati.
Sedikit belacan
7. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup
*semua bahan dikisar
dan daun bawang.
kasar / ditumbuk
8. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan B:
1 cawan isi ayam
1 cawan ikan bilis
1 cawan lobak merah
(dipotong kiub)
4 biji telur
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang

Tips:
i. Pastikan nasi impit betul-betul sejuk sebelum dipotong kiub.
LOMPANG MILO
Kuih lompang merupakan salah satu kuih tradisi yang masih digemari dan popular
dalam kalangan masyarakat Johor. Kuih lompang sangat unik kerana ia berlubang atau
biasa digelarkan sebagai lesung pipit di tengah-tengah kuih berbentuk cawan kecil ini.
Kuih lompang sering dijadikan sebagai hidangan minum petang disebabkan teksturnya
yang lembut dan manis rasanya.
______________________________________________

Masa membuat: 30 minit


Jumlah hidangan: 6 orang

BAHAN-BAHAN: CARA MEMBUAT:

Bahan A: 1. Campurkan bahan A di dalam periuk


3 dan masak sehingga larut. Sejukkan.
14 cawan gula pasir
2. Gaul kelapa parut dan garam (bahan
4 cawan air
hiasan). Kukus sekejap dan sejukkan.
1 helai daun pandan
3. Satukan bahan B di dalam mangkuk
Secubit garam
adunan.
4. Masukkan air gula dan kacau sebati.
Bahan B:
1
5. Panaskan periuk kukusan dan acuan
2 cawan tepung beras selama 5 minit.
2
1 3
cawan tepung ubi 6. Tuangkan adunan memenuhi acuan
2 4
1
sudu besar air kapur makan kuih lompang. Kukus selama 20 minit
2
1 sudu besar serbuk milo atau sehingga kuih masak.
7. Angkat kuih lompang yang telah masak
Bahan hiasan: dan biarkan sejuk seketika.
Kelapa parut putih 8. Keluarkan kuih lompang dari acuan
Secubit garam menggunakan hujung sudu atau lidi.
9. Hiaskan dengan kelapa parut.
10. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
i. Pastikan air gula benar-benar sejuk sebelum disatukan dengan adunan
tepung.
ii. Oles acuan kuih dengan sedikit minyak supaya mudah untuk mengeluarkan
kuih lompang.
iii. Besarkan api semasa mengukus kuih lompang supaya terhasil lubang yang
dalam di tengah-tengah kuih lompang.

Anda mungkin juga menyukai